Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan,
kegunaan dan cara mempelajarinya. Matematik yang diajar di sekolah perlu turut
berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan
dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian
bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran
matematik. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia
melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol.

Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing, recording in


mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship.
Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka
memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-
strategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu
mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa
matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia
adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk
mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu
konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang
digunakan oleh seorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang pelajar,
mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia
melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam
matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian.
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Puasat Perkembangan Kurikulum telah memberi
garis panduan berkenaan kurikulum matemaik iaitu Kurikulum Matematik Sekolah
Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya
penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya
melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan
kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan
penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. Ia juga bertujuan untuk membina
pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan
kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara
berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara
maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Sukatan Pelajaran matematik
sekolah rendah juga menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid di
peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah mengikut empat bidang
pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik. Bagi setiap
bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang
abstrak.

Objektif Kurikulum Matematik Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah menggariskan


objektif, Kurikulum Matematik Sekolah Rendah . Objektif yang dirangka adalah untuk
membolehkan murid:

1. Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang. berkaitan


dengan: nombor, operasi, ruang, ukuran, perwakilan data.
2. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu: tambah, tolak, darab,
bahagi.
3. Menguasai kemahiran operasi bergabung.
4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan
penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam
bentuk graf dan carta.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi. merancang strategi
menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam
kehidupan seharian.
6. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.
7. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian. untuk
membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan
menyelesaikan masalah.
8. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat . teliti.
9. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan
matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Apakah Kalkulator?

Kalkulator ialah satu alat elektronik yang menggunakan teknologi moden untuk
mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi asas matematik
termasuk operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan statistik.

KALKULATOR DI SEKOLAH RENDAH (memudahkan murid) (mengikut arus


pembangunan teknologi)

Adakah kita bimbang perkembangan mereka akan terbantut Cuba kita renung
dan teliti era perubahan pendidikan di seluruh dunia masa kini, masa bergerak pantas,
manusia sentiasa mengejar masa, setiap persoalan dan pertanyaan diperlukan dengan
jawapan dengan kadar segera hatta menerima wang baki dari peniaga. Jadi mengapa
perlu kita biarkan pelajar kita mengira secara manual. Terlalu banyak alat-alat moden
yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah matematik mereka dengan
cepat, tepat dan jimat.
RASIONAL
tidak dapat disangkal bahwa terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa.

Teknologi elektronik iaitu kalkulator dan komputer adalah alatan penting dalam
pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik. Alat ini
membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik, selain mempermudahkan
jalan kerja untuk mengatur dan menganalisa data serta menjalankan komputasi
dengan cekap dan tepat, di samping itu, alatan teknologi (kalkulator) ini dapat
menyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid
dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistic, algebra dan
nombor. Apabila teknologi (kalkulator) ini sedia wujud dalam proses pembelajaran
murid-murid, maka mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti
membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan
menyelesaikan masalah.

Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan
terperinci lagi apabila menggunakan teknologi (kalkulator) yang sesuai (Dunham dan
Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-Van Oosterum 1990; Rojano 1996; Groves 1994).
Teknologi kalkulator juga dapat digunakan untuk memupuk pemahaman konsep
matematik. Dalam program matematik, kalkulator patut digunakan dengan meluas dan
dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan
pembelajaran murid-murid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa
yang terkandung di dalam kalkulator membolehkannya untuk menyemak semula
matematik dan apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah
mereka dapat belajar dengan baik.
Sehubungan itu dalam meninjau matlamat kurikulum matematik sekolah Bestari
Malaysia (KBSM), terdapat 9 objektif yang perlu dicapai. Salah satunya ialah
membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dalam membuat anggaran
dan penghampiran. (Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Edisi Sekolah
Bestari, PPK, 1998). Alatan teknologi mengira, kalkulator adalah amat berguna dan
menepati kehendak Huraian Sukatan tersebut, iaitu dalam kemahiran menganggar dan
membuat penghampiran, sebagai contoh, kalkulator akan memberikan jawapan
15.234042 untuk soalan ‘berapa banyak bilangan bas yang muatannya 47 orang
sebuah untuk mengangkut seramai 716 orang’. Di sini pelajar perlu membuat
interpretasi yang bersesuaian kerana pada keadaan sebenar tidak ada bas 15.234042
buah. Dengan kalkulator jawapan amat pantas di dapati. Namun pelajar perlu menukar
nombor itu kepada suatu digit nombor yang bererti dan ini memberi peluang kepada
pelajar untuk membina kemahiran memahami nilai tempat bagi sesuatu nombor, secara
tidak langsung mereka turut membina perkembangan minda atau mental.

Dalam buku bertajuk Teaching Mathematics yang memuatkan subtajuk “ Calculators in


the classroom” yang ditulis oleh Colin Noble-Nesbit, menyatakan bahawa melalui
kaedah pemerhatian, kalkulator dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar
tentang algoritma yang mereka lakukan dalam kerja tradisi (kertas dan pensel), sebagai
contoh, pertimbangan operasi bahagi berikut yang bertujuan untuk mencari satu
peraturan (rule) bagaimana mendapat jawapan soalan pertama dengan cara kertas dan
pensil: 2.884 ÷0.7, 2.884÷0.7, 288.4÷7. Pemerhatian pertama yang hendak dilakukan
ialah pembahagian nombor terakhir melibatkan nombor bulat. Dijangkakan bahawa
pelajar boleh melakukan pembahagian dengan baik melalui kerja kertas dan pensel.
Manakala pemerhatian kedua ialah jawapan bagi setiap soalan itu adalah sama bila
menggunakan kalkulator. Kemudian pemerhatian ketiga ialah seorang pelajar akan tahu
menjawab soalan ini bermula soalan pertama dan seterusnya ke soalan kedua
sehingga ke soalan ketiga dengan mendarab setiap nombor dengan 10. Oleh itu
dengan bantuan kalkulator, pelajar dapat memahami bahawa apabila sesuatu nombor
dibahagi dengan nombor perpuluhan maka perlulah ditukar pembahagi itu kepada
nombor bulat. Daripada pemerhatian ini, pelajar akan dapat menemui satu peraturan
(rule) iaitu mendarab setiap nombor dengan 10 sehingga nombor pembahaginya adalah
nombor bulat dan seterusnya menyenangkan operasi bahagi dilakukan.

Kebaikan Kalkulator di Sekolah Rendah Berdasarkan hasil kajian dan


penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di Malaysia didapati ratio yang
menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang menggunakan kalkulator
adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian lebih memberangsangkan
daripada mereka yang tidak menggunakannya. Pemerhatian-pemerhatian yang
menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka,
mengapakah kita di Malaysia masih mangamalkan kemahiran mengajar yang
ketinggalan zaman kepada murid-murid kita? Terdapat kajian yang menunjukkan murid-
murid takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas pensel
yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti,
misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian
menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap murid terhadap
matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap
matematik. Menurut Bernard R. Yvon – Compelling case for Calculators – Arithmatic
Teacher Volume 381990/91 menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik
mempunyai fungsi, kelebihan dan bonus yang boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan


berterusan;
2. Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat
penyelesaian masalah;
3. Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan
diberikan kepada murid pada peringkat yang lebih awal;
4. Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam
tentang topiK-topik yang berkaitan;
5. Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola-
pola yang diperhatikan;
6. Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor)
7. Murid tidak merasa bosan menyelesaikan ‘problem solving’ malah mahu
menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama.
8. Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan
untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.
9. Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok
dengan matematik “seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics”.
10. Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid sebagaimana
seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan cepat jika
mempunyai peralatan yang cukup.
11. Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahki matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih komplek
12. Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan
penggunaan kalkulator.
13. Pengukuhan dalam skill jangkaan
14. Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan dengan
kaedah tanpa perlu bantuan guru.
15. Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila diarah
untuk menjaga keselamatan alatan.

Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti yang dinyatakan di atas, ianya sudah
cukup untuk membuktikan serta menggalakkan penggunaan kalkulator dalam
pengajaran matematik di sekolah rendah.

Murid sekolah rendah terutama yang lambat mengalami kesukaran semasa


menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan
kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana
mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan
menggunakan kalkulator, murid-murid di sekolah rendah boleh menumpukan perhatian
kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh
kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan
realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan mejadikan pembelajaran
matematik lebih bermakna dan menyeronokan. Sebenarnya, banyak masalah hanya
memerlukan anggaran jawapan dan bukan jawapan tepat. Oleh itu murid-murid harus
diajar cara membezakan dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan, sama ada memerlukan hanya
anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma kertas – pensel ataupun
kalkulator. Contohnya kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran yang paling
berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelah membeli barang-barang di
pasar raya, kita boleh mengganggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul atau
tidak. Seseorang murid yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam
kesilapan kiraan seperti “223 + 489 = 1099” kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi
1000. Oleh itu, murid digalakan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah
mendapat jawapan yang betul dengan kalkulator, galakan murid menaakul sama ada
jawapan yang didapati itu munasabah atau tidak ini akan menyebabkan motivasi belajar
matematik di kalangan murid sekolah rendah akan meningkat.

KESESUAIAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Penggunaan Kalkulator Kemajuan teknologi telah
membawa banyak perubahan dalam kehidupan seharian kita. Perubahan yang
membawa kepada kehidupan yang lebih mudah, senang dan produktif. Tetapi, pelajar
sekolah rendah di negara ini masih lagi belajar dengan cara yang panjang
menggunakan algoritma kertas dan pensel sedangkan murid di sekolah-sekolah negara
barat, yang terdekat Singapura telah pun menggunakan kalkulator untuk sekian lama.
Hasilnya, mereka telah berjaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik
lebih bermakna serta berkesan kepada murid-murid dan pelajar seperti yang telah
dilakukan di Australia. Murid telah diberi peluang atau “hands on” untuk mengira
sesuatu operasi atau perkara yang melibatkan kuasa dua. Soalannya, mengapa
revolusi ini tidak ada dalam kurikulum pendidikan di negara kita Malaysia sedangkan
kita tahu perubahan yang dibawa oleh kemajuan teknologi. Mengapa tidak digunakan
kalkulator dalam pendidikan secara keseluruhannya sedangkan kita menggunakan
kalkulator dalam kehidupan seharian. “the low cost of calculators, computers and
related new technology has already changed the nature of business, industry,
government and military. Why shouldn’t this affect classroom instruction, too?” – School
Mathematic: Option for the 1990s.

Apakah halangan dalam penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik di


Malaysia? Masalah harga kalkulator pada zaman ini tidak lagi menjadi masalah
walaupun bagi daerah yang terpencil dengan harga di bawah RM 5.00. Pihak sekolah
boleh menyarankan murid dan pelajar mempunyai bahan sebagaimana alat tulis yang
lain. Jika yang tidak berkemampuan, pihak sekolah masih boleh menanggung kosnya
memandangkan harga yang tidak mahal. Selain itu, halangan dalam penggunaan ialah
siapakah yang patut menggunakannya kerana ia boleh digunakan dalam penyelesaian
masalah, anggaran dan kiraan congak.

Paracendikiawan dan pendidik lebih memberatkan penggunaan komputer dari


kalkulator sedangkan ia sepatutnya seiring dalam kurikulum pendidikan. National of
Teachers of Mathematics berpendapat perlu ditukar penggunaan alatan pensel dan
kertas bersama-sama kelkulator dan komputer sebagai alat dalam kurikulum sekolah
rendah dan menengah sepenuhnya memandangkan ia membolehkan murid dan pelajar
berfikir dan menyelesaikan masalah. Pihak guru, pentadbir dan ibubapa perlu
mengalami perubahan tanggapan dan pemahaman tentang penggunaan kertas dan
pensel kepada kalkulator.

“the school curriculum, however is a conservative social institution. In this context,


decisive change, eve though based on logical argument and research likely to be
raised. Some aspect of school activity are treasured as fundamental; and proposals
which appear to devalue these aspects encounter a backlash off personal and political
prejudice and something called ‘common sense’” – Costello, (1993 p 23).

Penilaian dalam pencapaian matematik harus berubah. Lebih penting ibu bapa dan
komuniti pendidikan perlu bekerjasama dalam membentuk kurikulum penggunaan
kalkulator dalam pendidikan matematik. Komuniti pendidikan harus berhenti dari
menafikan penggunaan kalkulator sebagai alat proses pengajaran dan pembelajaran
dan dimulakan penggunaanya sekarang bermula dari sekolah rendah.
LANGKAH-LANGKAH PERMULAAN DALAM BILIK DARJAH

Di United Kingdom satu projek yang dipanggil Projek “Culculator Awer Number” (CAN)
telah dijalanakan pada tahun 1985. Ia bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran
matematik di sekolah rendah. Guru digalakkan memberi aktiviti yang bercorak secara
“open ended” daripada corak struktur. “children, even the less able, who previously
have been confined to members less than 10 or20, quickly brought large numbers into
their calculation.” Janet Duffin (1992), penilai projek CAN. Murid yang menggunakan
kalkulator terdedah lebih awal dalam konsep perpuluhan dan nombor negatif.
Groves(1991), p7 – “the calculator…….. tells me that children are capable of much
more than we expected from them”. Shuard(1991),- “the teacher became much more of
participator and motivato, rather than an instructor”. Pembelajaran Berbantukan
Kalkulator Kalkulator merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat sama ada
diperingkat menengah atau rendah. Di negara-negara Barat, kalkulator telah
diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih
menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita.
Mengapa kita boleh biarkan murid-murid menggunakan kalkulator dalam pembelajaran
matematik? Antara sebab-sebabnya seperti berikut:

1. Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi


2. Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
3. Dapat belajar sendiri
4. Merdeka minda
5. Menyingkatkan masa pengiraan
6. Kalkulator sebagai agen visualisasi
7. Mudah menggraf

Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga
peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran
matematik.
Keterangan selanjutnya seperti berikut:

1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan


dan member keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator
merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka
lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator,
membantu belajar nombor, boleh menambah dengan banyak dan membantu
kerja melibatkan nombor.
2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat
kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia
memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih pantas
dan bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga
angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari
pengalaman asal mereka di mana dengan ini mewujudkan cara yang pelbagai
untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak.
Malah kalkulator juga mampu memperkenalkan nombor negative dan nombor
perpuluhan kepada kanak-kanak.
3. Menambah kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawarkan cara
pembelajaran yang berbeza. Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,
menerangkan konsep dengan mencari pelbagai konsep yang telah diajar kepada
kanak-kanak seperti menggunakan “number sense” atau berkerja dengan cara
yang berbeza.
4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti
penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak. Ini mengalakan idea-
idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak
tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih
besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah
tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan
mental seperti ini mampu di atasi.
5. Kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk
permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan
pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik
sebagai persediaan mental untuk memahami matematik dalam bentuk yang lebih
abstrak.

Berdasarkan segala keterangan hasil dari kajian dan rujukan buku-buku ilmiah
didapati penggunaan kalkulator pada masa ini di Malaysia adalah sangat releven
dan bertepatan dengan kehendak dan aspirasi Kementerian Pelajaran dalam
melahirkan warisan minda kelas pertama dan warisan manusia yang bergerak
seiring dengan perkembangan dunia globalisasi kini. Tiada ada apa yang perlu
dikhuatirkan atau dirisaukan sebab penggunaan kalkulator adalah seiring dengan
kemajuan komputer yang diwar-warkan penggunaanya dikalangan murid dan pelajar
sekolah di Malaysia. Kalkulator merupakan sebahagian dari teknologi dan ianya
merupakan alatan komputer ringkas bagi tujuan memudahkan aktiviti harian
penggunanya. Maka di sini di syorkan agar pengaplikasian kalkulator di kalangan
murid-murid sekolah rendah diberikan perhatian yang sewajarnya dengan adanya
perubahan dalam sukatan kurikulum matematik di Malaysia .
Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik Perkembangan teknologi
telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. Mengikut
pengarang buku “Reshaping School Mathematic: A Philosophy and Framework for
Curriculum “ (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan
perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah:

v Pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua


rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang
demikian, skop dan kualiti matematik perlu di perkembangkan lagi dengan idea-idea
baru yang canggih.

v Ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik
dalam bidang teknologi (kalkulator) demi menghadapi cabaran alaf baru.

v Perkembangan teknologi (kalkulator) telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir


dan menyelesaikan masalah yang efektif.

v Pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman ini ingin belajar
dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa
dan menerokai penyelesaian masalah mereka

v Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek


yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua
peringkat.

Daripada titik ini perubahan peranan kalkulator dalam pendidikan matematik telah
membawa pembelajaran matematik melampaui batasan pembelajaran kemahiran
sahaja dan juga telah menimbulkan keperluan dalam merombak semula perhubungan
konsep serta konseptual dengan pengajaran pembelajaran matematik. Perubahan yang
dinamik dalam penyusunan semula kurikulum matematik harus dijalankan dan
dilaksanankan dengan baik dan berkesan bagi menjamin mutu pengajaran dan
pembelajaran matematik bergerak seiring dengan matlamat dan wawasan negara
cemerlang dan dunia sains dan teknologi selaras dengan hasrat falsafah pendidikan
Negara Malaysia. Cabaran Penggunaan Kalkulator Dalam Matematik
ANTARA POINT PEMBANGKANG

Di luar negara terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,


Perancis, Jerman Australia dan jiran terdekat Malaysia iaitu Singapura telah
mengaplikasikan penggunaan kalkulator dalam pengajaran matematik secara
berperingkat –peringkat bagi bersaing dalam era globalisasi kini. Cabaran yang
menghantui masyarakat kita mengenai penggunaan kalkulator dalam matematik ialah:

v Mereka bimbang kanak-kanak akan malas berfikir. Kalau difikirkan sudah tentu
kenyataan dan alasan ini terlalu lemah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah
penyelesaian masalah matematik, pelajar perlu berfikir terlebih dahulu cara untuk
menyelesaikannya. Contoh: “Abu mempunyai 123 ekor ayam, dia menjual 45 ekor
ayamnya di pasar. Dalam perjalanan pulang, Siti telah meminta 5 ekor ayam Abu.
Berapa ekor ayamkah yang tinggal?” Pelajar mesti memikirkan dulu operasi apakah
yang patut mereka gunakan, kemudian barulah dicari jawapan.

v Mereka bimbang murid-murid serta pelajar akan kurang faham penggunaan


algoritma dan konsep asas nombor. Murid akan mampu menguasai konsep asa
nombor dengan sendirinya setelah merela mahir menggunakan kalkulator. Apa yang
penting guru haruslah menerangkan dan sentiasa mengingatkan murid-murid tentang
konsep asas nombor dan bahasa matemaik, apabila pengulangan sentiasa berlaku
secara tidak langsung penanggapan dalam minda akan berlaku.

v Mereka bimbang murid akan leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam


mengikuti isi pelajaran matematik di sekolah. Sesuatu kaedah, metod dan strategi
yang baru pasti akan dapat menarik minat murid. Di samping itu mereka pasti akan
lebih seronok lagi menyiapkan tugasan kerana merasa semua soalan adalah senang
untuk diselesaikan. Di dalam peperiksaan, murid selalunya tidak dapat menyelesaikan
semua soalan dalam masa yang telah ditetapkan kerana terpaksa menyelesaikan
masalah tersebut dengan cara panjang dan mesti menghafal sifir dengan baik. Murid
kita dapat menyelesaikannya namun memerlukan masa yang panjag berbanding
dengan murid yang menggunakan kalkulator.
v Mereka bimbang akan adanya sikap kebergantungan kepada elemen moden
sahaja tanpa berusaha untuk mendalaminya secara manual. Cuba kita renung
situasi di sekeliling kita, kita ingin murid maju ke depankah, mundur ke belakangkah
atau tidak bergerak langsung? Tamadun teknologi dan IT telah menguasai dunia
sekarang, jika kita mengharapkan generasi masa depan kita maju ke depan kita perlu
bergerak seiring dengan tamadun tersebut, murid juga mempunyai impian dan hasrat
kearah itu. Namun jika mengharapkan generasi masa depan mundur kebelakang, kita
hidangkan mereka dengan cerita-cerita lapuk dan kebaikan menggunakan bahan-
bahan dan alatan-alatan lama, patah balik ke zaman ibubapa kita dulu, tetapi
sanggupkah mereka berada dalam situasi ini? Generasi masa depan yang tidak
bergerak langsung pula merupakan generasi yang tidak mahu perubahan, selesa
dengan apa yang ada dan tidak ada kemahuan dan kehendak untuk maju, betulkan itu
jua yang diharapkan oleh murid kita? Mereka tidak suka dan mahukan perubahankah?

v Kemahiran mengira akan terbantut. Dari sekecil-kecil hal hingga lah ke sebesar-
besar hal, kita berada dalam zaman teknologi. Ke mana jua kita berada pasti teknologi
digunakan, contoh nak membaca buku ada lampu dan kipad menggunakan kuasa
elektrik. Nak ke mana- mana ada kenderaan, nak hantar berita ada email, telefon bimbit
dan surat. Hatta nak kira jumlah markah pun kita guna tekologi. Sanggup pula kita
biarkan anak kita kira secara manual. Pernahkah kita lihat peniaga,akauntan, guru dan
sebagainya mengira menggunakan kertas atau secara manual? Murid yang
menggunakan telefon bimbint, mereka boleh menaip pesanan ringkas tanpa perlu
melihat huruf-huruf kerana mereka telah menguasai konsep tersebut. Begitu juga
dengan kalkulator, proses pengulang pasti berlaku, maka mereka juga mampu
mengusai kemahiran mengira tersebut. Contoh soalan darab, 7 x 5 = 35, soalan bukan
sekali akan muncul seumur hidup mereka pasti berulang kali, maka mungkin kali ke 2
mereka masih belum menguasai, tetapi untuk kali ke 3 dan seterusnya pasti mereka
telah mampu menguasai, jadi secara tidak langsung mereka tidak perlu lagi
menggunakan kalkulator untuk mengiranya.
Walaubagaimana pun menurut laporan Cockfort (1982), Penyataan 378
menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik tidak akan menjejaskan
kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Pengguna
kalkulator mesti mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai untuk
digunakan. Kajian yang dijalankan oleh Hembree dan Dessert (1986) ke atas 79 kajian
kesan penggunaan kalkulator dalam pencapaian prestasi matematik didapati:

v Murid yang menggunakan kalkulator dari pengajaran tradisi tidak menjejaskan


kemahiran mereka dalam penggunaan algoritma, malah ia mempertingkatkan lagi
kemahiran murid sederhana dalam empat operasi dan penyelesaian masalah.

v Sikap positif terhadap mata pelajaran matematik dan membina keyakinan diri yang
tinggi daripada rakan-rakan yang tidak menggunakan kalkulator.

v Kebolehan menyelesaikan banyak soalan/permasalahan matematik dengan cepat


dan tepat

v Menjimatkan masa guna tenaga kerja berbanding penggunaan kertas dan pensel

Teknologi merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian. Tanpa teknologi


manusia tidak mungkin sampai ke bulan. Dalam bidang pendidikan penggunaan
teknologi diperlukan sesuai dengan kemajuan dunia. Dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik, salah satu inovasi teknologi yang diambil perhatian ialah
penggunaan kalkulator. Kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna
baru dalam kehidupan manusia masa kini. Secara sepintas lalu, umumnya akan
memberi pendapat bahawa kalkulator mampu membantu seseorang itu untuk mengira
dengan pantas. Bagaimanapun, keupayaan alat canggih mengira ini dengan pantas
bukanlah perkara yang amat penting diambil perhatian. Tetapi, persoalannya adalah
bagaimana kalkulator digunakan secara bermakna agar para pelajar boleh memahami
sesuatu konsep, perkaitan, prinsip dan sebagainya dalam matematik .
Disini dipaparkan beberapa kajian yang telah dijalankan tentang penggunaan kalkulator
yang diluar dan dalam negara. Dalam satu kajian yang dijalankan di luar Negara oleh
Cockcroft pada awal tahun 1982, telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di
sekolah rendah tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan
secara congak atau bertulis. Ini adalh kerana kalkulator tidak akan membantu
seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai, mereka mesti terlebih dahulu
mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai digunakan. Tambahan pula
kanak-kanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep matematik
seperti perpuluhan dan nombor negative pada peringkat yang lebih awal daripada
mereka yang mengikutu kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan
kalkulator. Satu lagi kebaikan ialah pengalaman kanka-kanak mengenai nilai tempat
dan sifir juga turut diperluaskan . Laporan mengenai penilaian Matematik Keempat
(Lindquist,1989) yang dijalankan di Amerika Syarikat telah memaparkan hasil dapat
seperti berikut:

v Secara amnya, murid yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih
baik daripada pelajar tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan
pengiraan.

v Murid yang menggunakan kalkulator lebih Berjaya menyelesaikan soalan yang mana
nombor dan operasi yang diberikan adalah mengikut susunan dan tidak perlu
menyusun semula (reordering). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang
melibatkan pembahagian.

satu kajian telah dijalankan oleh para pendidik (Abu Osman Md. Taib dan rakan-
rakan) di UKM untuk meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar
kusus matrikulasi dalam pelajaran matematik. Hasil dapatan mereka seperti berikut;

- Didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan


penggunaan kalkulator dari penggunaan buku sifir.
- Didapati pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat
menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau
congak.
KESIMPULAN

- Penggunaan alatan seperti kalkulator memberikan banyak kelebihan dan


keberkesanan dalam pengajaran matematik di sekolah rendah dan di sekolah
menengah.
- Di negara-negara di Eropah telah lama menggunakannya dalam pengajaran di
peringkat awal sekolah rendah lagi.
- Pengaplikasian kalkulator dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya
dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya kearah mewujudkan generasi
berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi
selaras dengan wawasan 2020 negara. Oleh itu, untuk mencapai matlamat
pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir
dan penggunaan kalkulator.
Kesimpulannya dalam menangani transformasi pendidikan pada masa kini
kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira
bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang
rapi. Lazimnya sesuatu inovasi itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan
dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama
perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan,
menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan
falsafah pendidikan negara akan terlaksana.