Anda di halaman 1dari 4

Pengerusi: Selamat pagi, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Warga dewan
sekalian, bersyukur kita dapat bertemu dalam gelanggang Forum
bersama saya Chan Ling Fang pada pagi yang berbahagia ini. Hadirin
yang dihormati sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel
kita pada hari ini, kita sedia maklum, sistem pendidikan Malaysia telah
berubah dari KBSR ke KSSR untuk meningkatkan lagi keberhasilan
prestasi akademik bagi setiap pelajar di seluruh Malaysia. Justeru,
perubahan sistem pendidikan ini telah membawa pelbagai implikasi
kepada sistem pendidikan negara. Sebelum mengupas tajuk ini dengan
lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga
orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana
warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita
pada hari ini. Baiklah di sebelah kanak saya, ahli panel pertama,
saudari Irene Teo Kai Ni. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju
kurung saudari Lai Yee Huan dan di hujung sana, Nampak pemalu tapi
bijak berkata-kata, saudari Voon Shi Cheng. Apa kahbar saudara dan
saudari?

*Semua ahli panel menjawab khabar baik kepada pengerusi*

Pengerusi: Sebelum saya menyimpang dengan lebih jaun, soalan saya pada panel
pertama, apakah implikasi KSSR kepada sistem pendidikan negara?

Irene: Terima kasih kepada pengerusi majlis. Terlebih dahulu, yang dihormati,
barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-
rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian.

Pada pendapat saya, murid-murid mempunyai tahap


perkembangan mereka masing-masing mengikut peringkat umur.
Murid-murid yang mempunyai daya fikir yang tinggi amat
menepati matlamat KSSR dan mereka perlu dilatih oleh guru-
guru khas. Dari segi perkembangan kognitif, perubahan dari
semasa ke semasa akan di nilai dan dibuat penambahbaikkan.
Hal ini akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam
bidang pendidikan di negara kita. Mereka tidak lagi didedahkan
dengan pelajaran lama iaitu mereka sekaran didedahkan dengan
dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap kognitif mereaka
akan lebih cepat berkembang beserta dengan dorongan guru-
guru.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran implikasi KSSR
kepada sistem pendidikan negara yang utuh lagi berisi. Sebentar tasi
panel pertama ada menyatakan bahawa, kanak-kanak mempunyai
potensi yang tersendiri. Dengan ini melalui sistem pendidikan KSSR,
pelajar-pelajar dapat mencungkil bakat mereka yang tersendiri dan
memperkembangkan lagi potensi-potensi yan terpendam dalam diri
pelajar. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada
ahli panel kita yang kedua, apakan perubahan tugasan-tugasan guru
dalam sistem pendidikan KSSR?

Lai: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini.
Baiklah sebenarnya, cara pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas akan berubah. Hal ini adalah kerana kerajaan menetapkan
syarat supaya setiap guru meyediakan modul pengajaran yang
sesuai di sekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap
masa bagi mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam
pelajaran. Guru-guru perlu bijak dalam mengajar murid-murid di
sekolah. Sebagai contoh, mempelbagaikan gaya pengajaran.
Guru-guru tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks,
malah mereka mengeluarkan dan mengaplikasikan idea-idea
mereka dalam bentuk pengajaran di dalam kelas. Murid-murid
juga digalakkan memberi idea dan pendapat semasa
pembelajaran di dalam kelas. Bukan itu sahaja, perubahan dari
segi bahan kurikulum dan bahan sokongan kurikulum dapat juga
kami lihat. Dalam perubahan ini, dokumen standard bagi semua
mata pelajaran disediakan mengikut wajaran masa yang telah
ditetapkan oleh kementerian. Hal ini bermakna, guru-guru perlu
menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut ketetapan
peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat
bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh
bahawa sebenarnya tugasan-tugasan guru mempunyai
perubahan dan perubahan-perubahan dilakukan adalah
bertujuan untuk meningkatkan lagi pencapaian prestasi akademik
dan kokurikulum pelajar supaya merekan akan menjadi bakal
pemimpin negara pada dewasa nanti. Jika dua orang panel kita
telah menerangkan dua implikasi KSSR kepada sistem
pendidikan negara, saya ingin meminta pendapat panel ketiga
tentang implikasi yang lain terhadap sistem pendidikan KSSR.
Dipersilakan..

Voon: Salam sejahtera. Terlebih dahulu, terima kasih kerana


menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk
menjawab soalan ini, pada pendapat saya implikasi KSSR dapat
dilihat segi prasarana sekolah. Kurikulum KSSR contohnya
menekankan P&P yang menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Oleh itu, pihak kerajaan melalui sekolah
perlulah menyediakan prasarana yang sesuai dengan kurikulum
tersebut. KSSR telah mengubah landskap sekolah dari segi
kelengkapan sekolah, di mana bilik darjah atau makmal computer.
Setiap sekolah perlu disediakan dan dilengkapkan dengan
prasarana yang sesuaidengan keperluan kurikulum terbaru
terutamanya kelengkapan ICT seperti Laptopuntuk guru-guru,
LCD, projektor, skrin dan speaker di setiap kelas. Selain itu,
Dunia Kesenian juga memerlukan prasarana yang mencukupi
seperti alatan seni visual dan alatan muzik di setiap sekolah.

Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudara panel kita yang ketiga.


Seperti yang telah disedia maklum, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaburkan sejumlah wang untuk meningkatkan
lagi prasarana yang sesuai dengan kurikulum di sekolah. Dengan
adanya prasarana ini, guru-guru dan pelajar-pelajar dapat
didedahkan dengan teknologi yang terkini. Selain itu, dengan
adanya prasarana ini, guru-guru dan pelajar dapat mengakses
internet untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tambahan
dan bukan hanya berpandukan pengetahuan yang dinyatakan
dalam buku teks. Kesimpulannya, kejayaan transformasi
kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus
kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah baru ini tidak akan
memberikan impak yang positif jika tidak mendapat kerjasama
daripada semua pihak. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar
bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya daripada Tuhan, dan yang kurang elok itu
datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Saya akhiri
forum kita pada pagi ini dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai