Anda di halaman 1dari 8

Latihan Kata Majmuk~

1 Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.


A pakaian adat B pakaian sukan C pakaian seragam D pakaian angkatan

2 _____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.


A Ibu pejabatB Ibu Negara C Ibu pertiwi D Ibu jari

3 Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.


A rumah sakit B rumah tangga C rumah terbuka D rumah tumpangan

4 ________________yang dijaga oleh Edwin De Sar tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu
berlangsung.
A Pintu gol B Pintu keluar C Pintu depan D Pintu jendela

5 __________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.


A Beritahu B Sukarela C Tandatangan D Tanggungjawab

6 Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru
dibelinya.
A buku kedatangan B buku catatan C buku rujukan D buku lima

7 Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
A cahaya mata B cermin mata C mata pisau D matahari

8 __________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya
Aidilfitri.
A Suruhanjaya B Kakitangan C Pilihanraya D Olahraga

9 Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.


A antarabangsa B warganegar C setiausaha D matahari

10 Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
A budi bahas B budi pekerti C budi bicara D balas budi

11 Jejaka itu ternanti-nantikan ___________dengan gadis idamannya pada minggu depan.


A temu janji B temu bual C temu duga D temu ramah

12 Pei Chen tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
A berputus asa B bekerjasa C berbelah bagi D berjimat cermat

13 Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari Dataran Merdeka.
A lalu lintas B lintas akal C litar pintas D lintas langsung
14 Marsya kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan
nyanyian.
A baik hati B puas hati C sagu hati D gerak hati

15 Kai wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam _____________.
A peti besi B peti sejuk C peti wang D peti cadangan

16 “Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Ali kepada rakan setugasnya.
A tangan baju B campur aduk C tangan kanan D campur tangan

17 Cikgu Lim memastikan _______________lagu yang diterangkannya difahami oleh murid-murid.


A seni kata B tutur kata C kata putus D kata laluan

18 Telefon bimbit yang lama itu tidak di___________________ lagi.


A guna pakai B temu bual C kemas kini D ambil alih

19 Keluarga Winny berasa _______________atas pemergian datuk mereka.


A sukarela B sukacita C peribadi D dukacita

20 Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-anaknya.


A hak milik B asal usul C harta benda D harta pusaka

21 Kita hendaklah mengikuti segala _____________yang diberikan oleh guru.


A tutur kata B tipu helah C tunjuk ajar D bijak pandai

22 Kes jenayah berkurangan sejak adanya _____________di kawasan perumahan kami.


A rumah tangga B rumah terbuka C rumah pangsa D rukun tetangga

23 Encik Krishna bekerja sebagai pengurup ____________ asing di Kuala Lumpur.


A mata wang B mata gelap C mata hati D mata kail

24 __________________itu sedang menyediakan minit mesyuarat.


A Jawatankuasa B Warganegara C Suruhanjaya D Setiausaha

25 Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang
diberi oleh gurunya.
A mereka cipta B memuat turun C mengemas kini D mengatur cara

26. Pengguna kenderaan yang tidak membaharui______________telah ditahan oleh pihak polis dalam
operasi itu .
A. cukai pintu B. cukai tanah C. cukai jalan D .cukai pendapatan

27.__________kereta nasional Myvi menepati cita rasa pengguna di Malaysia.


A.Reka cipta C.Reka bentuk
B.Reka letak D.Reka corak
28.________itu mengalami kerugian kerana terpaksa ditutup beberapa jam
apabila menerima aduan ancaman bom.
A.Pasar malam C.Pasar raya
B.Pasar raya D.Bandar raya

29.Ahmad merupakan salah seorang_________di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai.


A.setiausaha B.suruhanjaya C.pesuruhjaya D. kakitangan

30.Zulkifli telah menimang ________yang pertama pada hari Khamis yang lalu.
A.anak emas B.anak bongsu C.cahaya mata D. mata air

31.Datuk Nicole Ann David telah menempa nama di peringkat_______dalam sukan skuasy.
A.olahraga C.warganegara
B.antarabangsa D.suruhanjaya

32.Peserta Program Khidmat Negara mengadakan sesi___________sebelum memulakan latihan.


A.tegur sapa C.ramah mesra
B.soal jawab D.adap sopan

33.Acara________merupakan acara kemuncak dalam pertandingan sukan itu.


A.antarabangsa C.kerjasama
B.olahraga D.setiausaha

34.Mereka sedang membaca perkara-perkara penting yang tercatat di dalam_______


A.nota mesyuarat C.notis mesyuarat
B.minit mesyuarat D.penyata mesyuarat

35.Guru Besar menyampaikan__________kepada penceramah motivasi itu.


A.cenderamata C.tanggungjawab
B.tandatangan D.kakitangan

36.Ramai _____________datang ke majlis perkahwinan Rozita untuk meraikannya.


A.warga asing C.handai taulan
B.laki bini D.suami isteri

37.Sebuah helikopter Nuri telah terhempas di kawasan________yang sangat tebal.


A.hutan belantara C.tanah tinggi
B.taman rimba D.taman rekreasi

38.Pihak sekolah mengadakan minggu_______untuk mengenali murid-murid baharu


dengan lebih dekat lagi.
A.suai kenal C.soal jawab
B.temu duga D.temu bual
39.___________telah melanda kampung nelayan di Mersing menyebabkan banyak
rumah yang roboh.
A.Tanah runtuh C.Ribut taufan
B.Gempa bumi D.Tanah pamah

40.Budak-budak itu___________mendengar cerita Tuk Aki yang lucu itu.


A.geli hati C.habis akal
B.hitam legam D.basah kuyup

41.Muka Ali______________apabila dimarahi gurunya.


A. biru muda C.hitam manis
B.kuning langsat D.merah padam

42.Bapa diberikan peluang untuk melakukan_____________kereta baru yang akan dibelinya.


A.kaji selidik C.pandu uji
B.pandu laju D.soal siasat

43.Chee Seng datang ke rumah Pak Cik Lee dengan membawa_____________.


A.isi hati C.kata dua
B.hajat besar D.tali barut

44.Kerani sekolah itu menerima_________ke majlis sambutan Hari Guru.


A.surat akuan C.surat kiriman
B.surat tawaran D.surat jemputan

45.Puan Ani mendaftarkan namanya kepada________peraduan mewarna.


A.ahli panel C.urus setia
B.suruhanjaya D.sukarela

46.Sebagai________Persatuan Bahasa Melayu di sekolahnya,Aishah perlu menyiapkan laporan yang


diminta oleh Cikgu Lily.
A.urus setia C.setiausaha
B.kakitangan D.ketua kerani

47.Penduduk kampung berkumpul di ______________untuk mendengar ceramah daripada wakil rakyat.


A.balai raya C.pasar awam
B.balai polis D.pasar raya

48.Fariza sedang meneliti____________rancangan televisyen yang disiarkan dalm surat khabar.


A.inti sari C.sari kata
B.atur cara D.atur masa
49. ____________________ sebagai seorang guru adalah mengajar dan mendidik murid-murid
menjadi insan yang baik.
A Tandatangan B Tanggungjawab C Kerjasama D Sukarela

50. Nora suka mengambil bahagian dalam acara _____________ apabila tiba
Hari Sukan di sekolahnya.
A reka bentuk B ubahsuai C olahraga D atur cara

51. Orang kaya itu itu hendak ________________ banglonya supaya menjadi lebih luas.
A mengulang kaji B mencampuraduk C mencari gali D mengubahsuai

52 Projek itu berjaya disiapkan tepat pada masanya kerana mendapat __________ semua pihak yang
terlibat.
A kemas kini B serba guna C kerjasama D kenal pasti

53 ____________ itu dibeli di kedai buku.


A Alat-alat tulis B Warganegara C Matahari D Antarabangsa

54 _____________ di syarikat itu sedang bercuti di Pulau Langkawi.


A Jam tangan B Kapal terbang C Kereta api D Kakitangan

55 Sifat _______________ Hamin menawan hati kita.


A lemah lembut B lemah longlai C letih lesu D penat lelah

56 Nasri akan menghadiri ________________ bagi jawatan kerani esok.


A temu ramah B temu janji C temu duga D temu bual

57 Fikirkanlah kehendak soalan itu betul-betul, janganlah_________ saja.


A serah diri B serkap jarang C serang hendap D sampai hati

58 Halim memasukkan ikan dan sayur-sayuran yang baharu dibelinya ke dalam _______.
A peti ais B ais peti C air suam D air mata

59 Badan Pak Ali kelihatan ___________ sejak dijangkiti penyakit.


A gagah berani B kenal pasti C kurus kering D batu api

60 Keluarga Amin terpaksa tinggal di _____________ kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri.
A rumah api B rumah sewa C rumah papan D rumah batu

62 Ibu bapa Eng Chong sentiasa _______________ pelajarannya.


A mengambil alih B memberitahu C mengambil berat D mereka bentuk

63 Kaki Ben Li melecur kerana terkena ___________ .


A air mata B air suam C air sejuk D air panas
64 Encik Aru mendapat rawatan akupanktur di ______________ itu.
A pusat rawatan B taman bunga C balai raya D hutan rimba

65 Kamir bercita-cita menjadi _______________ suatu hari nanti.


A pakar bedah B warganegara C mata pelajaran D bandar raya

66 Hua Yi berkelah di tepi __________________ yang indah.


A gunung berapi B gulung tikar C pusat sumber D air terjun

67 Encik Dollah balik ke kampung halamannya yang jauh dengan menaiki ____________;
A kereta lembu B kereta api C kereta kuda D kereta mainan

68 Nenek Kumari mengalami ______________ sejak tiga hari yang lalu.


A tanggungjawab B beritahu C demam panas D bumiputera

69 Zhe Jet mengucapkan ______________ kepada Cikgu Leena.


A tengah hari B makan malam C minta tolong D terima kasih

70 Encik Wong mempunyai lima orang _________ yang mahir di syarikatnya.


A kakitangan B salah langkah C sukarela D bumiputera

71 Kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan di __________________ .


A semula jadi B jalan raya C gambar rajah D garis pusat

72 ______________ Utara – Selatan melibatkan negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang.
A Jalan Raya B Taman Air C Lebuh Raya D Hutan Simpanan

73 Pemandu kenderaan dinasihatkan memandu mengikut _________________ tidak melebihi 110k/j.


A had laju B sampai hati C tahan lasak D tinggi lampai

74 Bapa sedang berbual-bual dengan kawannya di ________________ .


A bumbung rumah B anjung rumah C atap rumah D tiang rumah

75. _____ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam .


A Reka bentuk B Reka tinggi C Reka acuan D Reka rupa

76. ________ majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
A Atur masa B Atur cara C Atur sesuai D Atur susun

77.Kedai yang menjual ______ alat tulis itu dibuka dari pukul 9.00pagi hingga 5.00 petang.
A alat tulis B alat padam C alat pensel D alat pembaris
78. Emak membeli beberapa bungkus _____ di warung itu untuk dijadikan sarapan
A nasi lemak B nasi putih C nasi pinggan D nasi campur

79. _____ Ani tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.
A Jam dinding B Jam randik C Jam meja D Jam tangan

80 . Dia bersikap ____ sedikit semenjak kebelakangan ini.


A luar dugaan B luar biasa C luar sikit D luar perangai

81. Sudah menjadi tanggungjawab Cikgu Zaid untuk menyediakan __________ bagi membersihkan
kelasnya.
A jadual harian B jadual bertugas C. jadual mingguan D jadual tugasan

82. Beberapa orang ______ Jabatan Pelajaran telah dinaikkan pangkat dalam majlis anugerah itu.
A jawatankuasa C pesuruhjaya B kakitangan D warganegara

84. Cikgu Jamil mahu kami menyusun kerusi dan meja di dalam kelas itu semula seperti _____.
A sukarela B. sediakala C sukacita D setiausaha

85 . Siti Hajar berasa _____ semenjak ayahnya meninggal dunia minggu lepas.
A dukacita B sukarela C sukacita D sediakala

86. _____ Encik Zainol berasal dari Pasir Puitih, Kelantan.


A Orang rumah B orang dapur C Orang harapan D orang atas

87. Syarikat yang mempunyai _____ yang tinggi itu mampu bertahan hingga kini.
A daya tenaga B daya saing C reka cipta D usaha sama

88. ______ yang berkaitan dengan program Tahun Enam telah disiapkan oleh Cikgu Mahmud petang
semalam.
A kertas nama B kertas siasatan C. kertas kerja D. kertas mahjong

89. _____ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam .


A. Reka corak B. Reka bentuk C. Reka rupa D. Reka acuan

90. Shan Shan mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.

A. mesin cetak B. papan kekunci C. komputer riba D. alat komunikasi

91. __________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.

A .Tandatangan B .Tanda nama C. Tanggungjawab D Sukarela


92. Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-anaknya.

A . hak milik B. asal usul C. harta pusaka D. harta benda

93. Lim Chong Wei tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang
disertainya.

A. berputus asa B. bekerjasama C. berbelah bagi D. berjimat cermat

94. Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari Dataran Merdeka.

A lalu lintas B. lintas langsung C. litar pintas D. lintasan kuda

95. Mawi kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan
nyanyian.

A. baik hati B. puas hati C. sagu hati D. gerak hati

96. __________ kereta nasional Myvi menepati cita rasa pengguna di Malaysia.

A. Reka cipta B. Reka bentuk C. Reka corak D. Reka letak

97. Pemain bola keranjang yang ______________ itu kini bersara.

A. kurus kering B. gagah perkasa C. tinggi lampai D cerdik pandai

98. Guru besar terpaksa mengadakan sesi ___________ dengan wartawan untuk menjelaskan

Perkara yang sebenar.

A. temu bual B. kenal pasti C. ulang kaji D. kemas kini

99. Penduduk di kawasan hulu sungai itu mendapat bekalan air daripada ______________ yang
terdapat di kaki bukit.

A. air mata B. mata air C. kaca mata D. perigi buta

100. Aiman telah berjaya dalam sesi ____________ untuk menjadi seorang sukarelawan.

A. temu bual B temuduga C temu ramah D . soal jawab

Anda mungkin juga menyukai