14 Abxs1103 Topik 10
14 Abxs1103 Topik 10
10 Perkembangan
Sains Sosial
di Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memerihalkan sejarah awal kemunculan sains sosial di Malaysia;
2. Menjelaskan sumbangan sarjana tempatan dalam penyebaran dan
pembinaan ilmu sains sosial; dan
3. Menghuraikan kerelevanan ilmu sains sosial dalam konteks
pembinaan negara bangsa.
PENGENALAN
Topik ini menyusur galur sejarah awal kemunculan dan perkembangan sains
sosial di Malaysia. Sejarah sains sosial adalah sebahagian yang amat penting
dalam sejarah intelektual sesuatu bangsa dan negara. Sejarah intelektual itu pula
merupakan jiwa dan mata akal pencerahan kepada keseluruhan sejarah bangsa
dan negara. Sumbangan sarjana dan pemikir sains sosial dalam pembinaan
negara bangsa seperti masyarakat berbilang etnik di Malaysia adalah penting
untuk merealisasikan pembangunan negara. Perlu ditegaskan, ilmu sains sosial
masih relevan dan harus diberikan perhatian oleh semua pihak terutama para
pembuat dasar.
Dewasa ini rumpun sains sosial itu sudahpun mencorakkan dunia ilmunya
tersendiri dan juga memberikan kesan yang penting ke atas pembangunan
negara dan masyarakat. Semangat dan titik tumpuan ilmu sosial mungkin
berbeza-beza dari suatu zaman ke zaman yang lain. Namun beberapa prinsip
asasnya tetap kekal. Maka untuk melangkah ke hadapan dan memajukan sains
sosial selanjutnya pada abad ke-21 ini, adalah penting bagi kita meneliti sejarah
perkembangannya, membuat tinjauan ke atas perkembangan itu bagi mengenal
pasti semangat dan titik pertemuannya.
Apabila cawangan Kuala Lumpur menjadi Universiti Malaya (UM) pada 1961
(institusi asal di Singapura menjadi Universiti Singapura), perkembangan sains
sosial dipergiatkan lagi dengan memperbesarkan Jabatan Ekonomi menjadi
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran pada 1966. Di Fakulti Sastera pula terdapat
pelbagai jabatan seperti jabatan geografi, sejarah, pengajian Islam, pengajian
Melayu, Cina dan India. Bagi sains sosial lain seperti antropologi, sosiologi,
psikologi dan sains politik, tidak ada jabatan yang khusus yang berperanan
sebagai institusi pendukungnya. Disiplin-disiplin ini khusunya antropologi dan
sosiologi diserapkan melalui aliran budaya di Jabatan Pengajian Melayu mulai
1959 (Zainal Kling, 1995). Disiplin falsafah juga tidak mendapat dukungan mana-
mana jabatan falsafah sungguhpun ini tidak bererti pengajaran falsafah tidak
diserapkan ke dalam disiplin-disiplin yang sesuai.
segi pembangunan yang dialami oleh negara kita selepas merdeka sehingga ke
hari ini.
Oleh yang demikian, disiplin sains sosial mulai berkembang selepas negara ini
mengalami zaman pembangunan yang lebih pesat, iaitu dalam tahun 1960an.
Pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan juga politik telah menjadi faktor
utama yang memberi penghargaan dan perhatian terhadap disiplin sains sosial.
Bukti penghargaan dan perhatian yang diberikan oleh para ahli akademik,
pemerintah dan golongan perancang dasar pembangunan ialah dengan memberi
tempat kepada pembangunan disiplin sains sosial di pusat-pusat pengajian
tinggi di negara ini (Mohd. Yusof Hashim, 2006).
Sebagai universiti yang terawal, UM memang terkehadapan ketika itu dari segi
pengalaman dan tahap kelulusan ahli akademiknya kerana ia sudah pun
mempunyai sejumlah pensyarah yang berkelulusan PhD (Doktor Falsafah) dan
terkenal khususnya di Fakulti Sastera, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran serta
Fakulti Pendidikan. Mereka merupakan barisan pelopor yang mengembangkan
sains sosial dan kemanusiaan tempatan.
Tokoh-tokoh pelopor ini termasuk Ungku Aziz, Syed Hussein Alatas, Wang
Gungwu, Syed Naguib Alatas, Mohd Taib Osman, Awang Had Salleh, Kahar
Bador, Mokhzani Rahim, Syed Husin Ali dan Atan Long. Untuk
mengembangkan sains sosial di universiti-universiti baru pula, sejumlah
pensyarah telah dihantar ke luar negara, terutamanya Britain, Australia dan New
Zealand pada akhir 1960an dan awal 1970an untuk dilatih dalam pelbagai
disiplin sains sosial.
Sejak itu sehingga kini, pelbagai disiplin sains sosial khususnya disiplin-disiplin
baru seperti sosiologi, antropologi dan psikologi mengalami perkembangan yang
pesat. Ribuan graduan telah lulus dalam pelbagai bidang sains sosial dan mereka
memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara. Manakala
sesetengahnya pula menjadi pensyarah di beberapa buah universiti tersebut dan
turut menyumbang kepada pembinaan dan penyebaran ilmu sains sosial. Justeru
boleh kita simpulkan bahawa akhir tahun 1960an dan awal 1970an adalah titik
peralihan penting dalam sejarah perkembangan sains sosial di Malaysia (Abdul
Rahman Embong, 2006).
Menurut Mohd. Yusof Hashim (2006), orientasi ahli sains sosial di Malaysia
dapat disimpulkan kepada beberapa perkara seperti berikut:
(a) Ahli sains sosial hendaklah menumpukan minat yang mendalam kepada
profesionnya bukan sekadar di lapangan akademik semata-mata malahan
hendaklah menceburkan diri ke dalam penyelidikan yang berupa problem-
solving dalam jurusan pembangunan di negeri yang melibatkan
perubahan-perubahan sosial dan ekonomi. Kajian-kajian hendaklah
ditumpukan kepada perkara yang dinamik, yang bergolak, bukanlah
kepada perkara yang statik yang hasilnya tidak memberi apa-apa faedah
kepada masyarakat seluruhnya. Objektifnya hendaklah terdorong kepada
hasrat untuk menolong negara dan rakyat menempuh masa pembangunan
dengan lebih positif akan akibat-akibat pada masa hadapan.
(b) Ahli sains sosial juga harus mempunyai minat untuk mendalamkan kajian
terhadap sistem-sistem yang ada dalam masyarakat kita dan berani
membuat syor-syor yang dapat diterima supaya perubahan berlaku dengan
tersusun mengikut hala tuju yang tertentu. Sistem-sistem baru yang
disyorkan hendaklah berpandukan asas-asas yang kukuh yang telah pun
dikaji dan diselidik dengan secara mendalam. Perubahan-perubahan
Sumbangan sarjana sains sosial tempatan juga dapat dilihat dalam pelbagai
agensi dan kementerian kerajaan sama ada sebagai pakar perunding, penasihat
mahupun penyelidik. Sumbangan sarjana sains sosial dalam merencana dasar
kerajaan dan meninjau pencapaiannya juga amat penting selaras dengan tugas
mereka sebagai pakar rujuk dan juga penyelidik.
Ilmu sains sosial juga masih relevan dengan komitmen sosial yang diberikan
oleh ahli sains sosial dalam memajukan manusia, masyarakat dan negara.
Sumbangan ahli sains sosial dalam merencana hala tuju dasar juga amat penting
dan perlu diberikan perhatian. Banyak kajian telah dijalankan oleh ahli sains
sosial untuk menilai kembali keberkesanan sesebuah dasar yang direncana oleh
pihak pemerintah. Dalam hal ini, saranan dan kritikan membina yang diberikan
oleh ahli sains sosial dalam memperkasa dan memantapkan dasar amat wajar
dihormati sebagai satu komitmen sosial untuk memajukan pembangunan
masyarakat dan negara.
AKTIVITI 10.1
1. Senaraikan aktiviti kemasyarakatan yang pernah anda sertai
sepanjang pembelajaran anda. Apakah manfaat yang anda
pelajari dan kesan kepada diri anda sepanjang menyertai
aktiviti tersebut?
2. Pada pandangan anda apakah cabaran semasa yang dialami
oleh ahli sains sosial dalam memajukan disiplin sains sosial di
negara kita? Sejauh manakah pihak pemerintah memberi
perhatian kepada bidang sains sosial dalam merencana tema
pembangunan negara?
Ć Sains sosial sebagai suatu bidang ilmu cukup penting dalam mengisi tema
pembangunan masyarakat dan negara.
Ć Sumbangan dan peranan ahli sains sosial penting untuk memastikan setiap
dasar yang direncana oleh pihak kerajaan memberi tumpuan kepada aspek
pembangunan manusia.
Ć Disiplin sains sosial masih relevan dan perlu disebarluaskan dari semasa ke
semasa agar ahli sains sosial memperjuangkan pembangunan yang seimbang
dan mengambil kira perspektif dari Âbawah ke atasÊ, iaitu dari masyarakat
kepada pemerintah.
Abdul Rahman Embong. (2006). Peranan dan orientasi sains sosial di Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hairi Abdullah. (1995). Antropologi dan sosiologi: Menggaris arah baru. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Yusof Hashim. (2006). Peranan dan orientasi sains sosial di Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.