Anda di halaman 1dari 17

Amali 1

Tajuk
Menguji kandungan makanan

Tujuan
Mengenal pasti kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lipid dari
makanan yang dipilih.

Persoalan
Adakah sampel makanan iaitu tuna mengandungi kanji, gula penurun, gula bukan penurun,
protein dan lipid ?

Hipotesis
Tuna mengandungi kanji, gula bukan penurun, protein dan lipid.

Objektif
1. Mengesan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lipid dari
makanan yang dipilih.
2. Mereka bentuk amali bagi mendapat keputusan yang jitu.
3. Mengaplikasi kemahiran saintifik dan sikap saintifik semasa menjalankan amali.

Bahan dan radas


Mikrokop, slaid mikroskop, slip kaca, penitis, forcep, pisau, pencungkil gigi, mentilena biru,
kertas turas, air suling

Pemboleh ubah
Pembolehubah manipulasi : Jenis ujian dijalankan
Pembolehubah bertindak balas : Perubahan warna atas ujian makanan
Pembolehubah dimalarkan : Jenis tuna, kuantiti tuna

Bahan dan radas


Pemegang tabung uji didih, tungku kaki tiga, kawat kasa, tabung uji, bikar, larutan Benetict,
larutan Iodin, reagen Million?, spatula, kukus air, penunu Bunsen, natrium bicarbonate, asid
hidroklorik cair, kertas turas, penitis dan piring petri.
I. Ujian Iodin untuk kanji

Penyediaan radas

Rajah 1

Kaedah

a) Satu spatula tuna dimasukkan ke dalam sebuah piring petri.


b) Lima titisan larutan iodin dititiskan ke dalamnya.
c) Sebarang perubahan dicatatkan ke dalam Jadual 1.

Keputusan

Sampel Bahan uji Pemerhatian Kesimpulan


makanan
Warna berubah kepada biru gelap Tuna
Tuna Larutan mengandungi
iodin kanji

Gambar rajah 1

Jadual 1
II. Ujian Million untuk protein

Penyediaan radas

Rajah 2

Kaedah

a) Satu spatula tuna dimasukkan ke dalam tabung uji didih.


b) Lima titisan reagen Million ditambah ke dalam tabung uji didih.
c) Campuran tersebut digoncang dan dipanaskan dalam kukus air selama 10 minit.
d) Sebarang pemerhatian diperhatikan dan dicatatkan dalam Jadual 2.

Keputusan

Sampel Bahan Pemerhatian Kesimpulan


makanan uji
Tuna Reagen Tuna
Millon mengandungi
protein

Gambar rajah 2

Jadual 2
III.Ujian Benedict untuk gula penurun

Penyediaan radas

Rajah 3

Kaedah

a) Satu spatula tuna dimasukkan ke dalam tabung uji didih.


b) Lima titsan larutan Benedict dititihkan ke dalam tabung uji didih yang sama.
c) Campuran tersebut digoncang dan dipanaskan dalam kukus air selama 10 minit.
d) Perubahan yang berlaku pada kandugan tabung uji diperhatikan dan pemerhatian
dicatatkan dalam Jadual 3.

Keputusan

Sampel Bahan uji Pemerhatian Kesimpulan


makanan
Tuna Larutan Tiada perubahan warna Tuna tidak
Benedict mengandungi
gula penurun

Gambar rajah 2

Jadual 3
IV.Ujian untuk gula bukan penurun

Penyediaan radas

Rajah 4

Kaedah

a) Satu spatula larutan tuna telah dimasukkan ke dalam tabung uji didih.
b) Lima titisan asid hidroklorik cair dititiskan ke dalam tabung uji didih.
c) Campuran tersebut digoncang dan dipanaskan dalam kukus air selama 10 minit.
d) Tabung uji didih dikeluarkan dan disejukkan di bawah air pili.
e) Serbuk natrium bicarbonate ditambah ke dalam tabung uji didih dengan menggunakan
spatula sehingga tiada pembuakan.
f) Lima titisan larutan Benedict dititiskan ke dalam tabung uji didih.
g) Campuran digoncang lagi dan dipanaskan dalam kukus air selama 10 minit.
h) Perubahan dalam tabung uji diperhatikan dan pemerhatian dicatatkan di dalam Jadual 4.
Keputusan

Sampel Bahan uji Pemerhatian Kesimpulan


makanan
Tuna Larutan Warna berubah menjadi jingga Tuna mengandungi
Benedict, asid kekuningan gula bukan
hidroklorik, penurun
natrium
bikarbonate

Gambar rajah 4
Jadual 4

V. Ujian tampak gris untuk lipid

Penyediaan radas

Rajah 5
Kaedah

a) Satu spatula tuna dititiskan ke atas sehelai kertas turas.


b) Kertas turas itu dibiarkan kering di bawah kipas selama 30 minit.
c) Kertas turas dipegang menentang cahaya.
d) Sebarang perbezaan pada kertas turas diperhatikan dan pemerhatian dicatatkan dalam
Jadual 5.

Keputusan

Sampel Bahan uji Pemerhatian Kesimpulan


makanan
Tuna Kertas turas Tompokan lutsinar dapat dikesan di atas Tuna
kertas turas mengandungi
lipid

Gambar rajah 5
Jadual 5
Perbincagan

Setiap sampel makanan mengandungi kelas makanan yang berbeza. Bagi


membuktikan kandungan kelas makanan tersebut, beberapa ujian makanan boleh dijalankan.
Dalam eksperimen ini, Tuna digunakan sebagai sampel makanan untuk menguji kehadiran
kanji. Kehadiran kanji telah dibuktikan dengan ujian Iodin yang dijalankan ke atas Tuna. Iodin
bertukar dari coklat kekuningan menjadi warna keunguan apabila larutan Iodin dititiskan ke
atas tuna tersebut. Ini menunjukkan Tuna adalah positif kepada ujian ini sementara sampel
makanan yang negatif kepada ujian ini tidak menunjukkan sebarang perubahan. Semasa
menggunakan larutan iodin, kita perlu berhati-hati supaya larutan tersebut tidak terkena kulit
atau mata kerana larutan iodin dikategorikan sebagai larutan yang beracun.

Kehadiran gula penurun pula telah diuji dengan ujian Benedict. Tuna dengan ujian
tersebut tidak membentuk jingga kekuningan. Hal ini kerana masih mengandungi kuprum (II)
sulfat yang terlarut. Tuna tidak mengandungi gula penurun seperti glukos. Kalau sesuatu
makanan tiada mengandungi gula penurun, warna biru akan dikekalkan dalam ujian. Jika
sampel makanan mengandungi gula penurun dan gula penurun dididihkan bersama larutan
Benedict, kuprum (II) sulfat yang bewarna biru akan diturunkan menjadi kuprum (I) oksida
yang bewarna jingga kekuningan dan tidak terlarut. Warna pada peringkat akhir bagi larutan
tersebut bergantung pada bilangan mendakan yang wujud. Langkah-langkah keselamatan
perlu diambil berat samasa menjalankan kajian ini kerana menggunakan alatan mudah
terbakar iaitu penunu Bunsen.

Selain itu, untuk ujian Benedict gula bukan penurun, Tuna sebagai sampel makanan
bertukar menjadi mendakan merah pada akhir ujian makanan tersebut. Ini menunjukkan
sampel makanan mengandungi gula bukan penurun seperti sukrosa. Asid hidroklorik
digunakan untuk memecahkan ikatan glikosidik dalam sukrosa dan menyebabkan glukosa
dan fruktosa akan memberikan keputusan yang positif. Oleh itu, asid hidroklorik mesti
dipanaskan dan dineutralkan menggunakan natrium bikarbonate terlebih dahulu sebelum
menambah larutan Benedict untuk bertindak balas dengan sukrosa yang terhidrolisis. Kita
perlu berhati-hati apabila bermain dengan asid hidroklorik kerana semua asid mempunyai
sifat-sifat menghakis.

Semasa saya melakukan eksperimen ujian makanan untuk protein, kehadiran protein
telah dibuktikan dengan ujian Biuret. Sampel makanan yang positif kepada ujian ini iaitu Tuna
telah bertukar kepada warna keunguan. Semakin tinggi kandungan protein di dalam sampel
makanan tersebut, semakin terang warna ungu yang terbentuk. Di samping itu, kehadiran lipid
pada sampel makanan telah dibuktikan dengan kehadiran tompokan minyak yang transparen
pada sampel makanan iaitu Tuna. Sekiranya sampel makanan merupakan pepejal, ia perlu
ditumbuk menjadi serbuk dan ditambah dengan air untuk menjadikan larutan yang pekat.
Selepas itu, kita perlu mengeringkanya di bawah sinaran cahaya matahari maka ia akan
membenarkan cahaya menembusi kertas turas tersebut dan ini akan membuktikan kehadiran
lipid di atas kertas turas itu.

Kesimpulan
Dalam eksperimen ini yang telah saya jalankan , saya mendapati bahawa sampel
makanan saya iaitu Tuna mengandungi kanji, gula bukan penurun, protein dan lipid. Tuna
yang digunakan sebagai sampel makanan saya tidak mengandungi gula penurun. Perubahan
warna larutan iodine menjadi keunguan menunjukkan Tuna mengandungi kanji. Kadar warna
menjadi jingga kekuningan pada hasil eksperimen menunjukkan Tuna ada gula bukan
penurun melalui ujian Benedict. Selain itu, perubahan warna ungu pada Tuna menunjukkan
larutan tersebut mengandungi protein. Manakala, timbulnya transparen pada kertas turas
menunjukkan adanya kandungan lemak.
Rujukan

Gan Wat Yeat.(2016). Success Biologi SPM. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.

http://documents.tips/documents/laporan-biologi-uji-makanan.html
Lampiran 1

Gambar rajah 1
Larutan iodin telah dititiskan ke dalam tabung uji yang mengandungi Tuna.
Lampiran 2

Gambar rajah 2
Reagen Million dititiskan ke dalam tabung uji yang mengandungi Tuna.

Gambar rajah 3
Tuna dengan reagen Million dipanaskan dengan kukus air.
Lampiran 3

Gambar rajah 4
Larutan Benedict telah dititiskan ke dalam tabung uji yang mengandungi Tuna.

Gambar rajah 5
Tuna dengan larutan Benedict dipanaskan dalam kukus air.
Lampiran 4

Gambar rajah 6
Asid hidroklorik cair telah dititiskan ke dalam tabung uji yang mengandungi Tuna.

Gambar rajah 7
Satu spatula natrium bikarbonate ditambahkan dalam tabung uji.
Lampiran 5

Gambar rajah 8
Setitik Tuna dititiskan ke atas sehelai kertas turas.

Gambar rajah 9
Tompok lutsinar dapat diperhatikan pada kertas turas.
Perbincangan
Setiap sampel makanan mengandungi kelas makanan yang berbeza. Bagi
membuktikan kandungan kelas makanan tersebut, beberapa ujian makanan boleh
dijalankan. Dalam eksperimen ini, Tuna digunakan sebagai sampel makanan untuk
menguji kehadiran kanji. Kehadiran kanji telah dibuktikan dengan ujian Iodin yang
dijalankan ke atas Tuna. Iodin bertukar dari coklat kekuningan menjadi warna biru
gelap apabila larutan Iodin dititiskan ke atas tuna tersebut. Ini menunjukkan Tuna
adalah positif kepada ujian ini sementara sampel makanan yang negatif kepada ujian
ini tidak menunjukkan sebarang perubahan. Semasa menggunakan larutan iodin, kita
perlu berhati-hati supaya larutan tersebut tidak terkena kulit atau mata kerana larutan
iodin dikategorikan sebagai larutan yang beracun.

Kehadiran gula penurun pula telah diuji dengan ujian Benedict. Tuna dengan
ujian tersebut tidak membentuk jingga kekuningan. Hal ini kerana masih mengandungi
kuprum (II) sulfat yang terlarut. Tuna tidak mengandungi gula penurun seperti glukos.
Kalau sesuatu makanan tiada mengandungi gula penurun, warna biru akan
dikekalkan dalam ujian. Jika sampel makanan mengandungi gula penurun dan gula
penurun dididihkan bersama larutan Benedict, kuprum (II) sulfat yang bewarna biru
akan diturunkan menjadi kuprum (I) oksida yang bewarna jingga kekuningan dan tidak
terlarut. Warna pada peringkat akhir bagi larutan tersebut bergantung pada bilangan
mendakan yang wujud. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil berat samasa
menjalankan kajian ini kerana menggunakan alatan mudah terbakar iaitu penunu
Bunsen.
Selain itu, untuk ujian Benedict gula bukan penurun, Tuna sebagai sampel
makanan bertukar menjadi mendakan merah pada akhir ujian makanan tersebut. Ini
menunjukkan sampel makanan mengandungi gula bukan penurun seperti sukrosa.
Asid hidroklorik digunakan untuk memecahkan ikatan glikosidik dalam sukrosa dan
menyebabkan glukosa dan fruktosa akan memberikan keputusan yang positif. Oleh
itu, asid hidroklorik mesti dipanaskan dan dineutralkan menggunakan natrium
hidrosikda terlebih dahulu sebelum menambah larutan Benedict untuk bertindak balas
dengan sukrosa yang terhidrolisis. Kita perlu berhati-hati apabila bermain dengan asid
hidroklorik kerana semua asid mempunyai sifat-sifat menghakis.

Semasa saya melakukan eksperimen ujian makanan untuk protein, kehadiran


protein telah dibuktikan dengan ujian Biuret. Sampel makanan yang positif kepada
ujian ini iaitu Tuna telah bertukar kepada warna keunguan. Semakin tinggi kandungan
protein di dalam sampel makanan tersebut, semakin terang warna ungu yang
terbentuk. Di samping itu, kehadiran lipid pada sampel makanan telah dibuktikan
dengan kehadiran tompokan minyak yang transparen pada sampel makanan iaitu
Tuna. Sekiranya sampel makanan merupakan pepejal, ia perlu ditumbuk menjadi
serbuk dan ditambah dengan air untuk menjadikan larutan yang pekat. Selepas itu,
kita perlu mengeringkanya di bawah sinaran cahaya matahari maka ia akan
membenarkan cahaya menembusi kertas turas tersebut dan ini akan membuktikan
kehadiran lipid di atas kertas turas itu.

Anda mungkin juga menyukai