Anda di halaman 1dari 5

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

SALAM SATU MALAYSIA

SALAM KEDAH SERATA-RATA

TERIMA KASIH ANAKANDA PENGERUSI MAJLIS

ENCIK AZIZAN BIN ABDULLAH


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK CHANGLUN

ENCIK ROSLI BIN ISMAIL


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

ENCIK MOHAMAD SYUKRI BIN BAKAR


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PUAN HAJAH NORHASHIMAH BT OSMAN


PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM

USTAZ MOHD SHATIR BIN MOHD THOHA


PENOLONG KANAN PETANG

BARISAN PARA KAUNSELOR

GURU-GURU KANAN

RAKAN-RAKAN GURU

ANAK-ANAK PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN


TERLEBIH DAHULU SAYA PANJATKAN RASA KESYUKURAN YANG TIDAK
TERHINGGA KERANA DENGAN IZIN-NYA KITA DAPAT MELANCARKAN
PROGRAM BULAN BAHASA DAN NILAM BAGI TAHUN 2018 PADA HARI YANG
BEGITU INDAH INI. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA
SEMUA JAWATANKUASA KERJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN
PROGRAM PADA HARI INI. TANPA ILTIZAM DAN KOMITMEN ANDA SEMUA,
MAJLIS SEUMPAMA INI TIDAK MUNGKIN AKAN TERHASIL.

“DINAMIKA BAHASA, PERKASA BANGSA” ITULAH TEMA YANG DIPILIH PADA


TAHUN INI. HARAPAN SAYA AGAR TEMA INI DAPAT DIREALISASIKAN OLEH KITA
SEMUA.. SAYA TIDAK MAHU TEMA INI HANYA ENAK DIDENGAR DAN INDAH
MENGHIASI KAIN RENTANG SEMATA-MATA. PERKARA YANG LEBIH UTAMA
IALAH KITA PERLU SAMA-SAMA MEMAHAMI, MENGHAYATI DAN CUBA UNTUK
MEREALISASIKANNYA.

ANAK-ANAK PELAJAR SEKALIAN,

SECARA RINGKASNYA TEMA INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA


PERKEMBANGAN BAHASA MESTILAH SELARAS DENGAN PERMODENAN
TAMADUN MANUSIA. KESELARASAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN
MEMPERKASAKAN SESUATU BANGSA TERSEBUT. ANAK-ANAK PELAJAR SELAKU
PEWARIS BANGSA WAJIB MEMARTABATKAN BAHASA AGAR BANGSA KITA
DIPANDANG MULIA DI MATA DUNIA. HAL INI SELARAS DENGAN SLOGAN
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA.

NAMUN DEMIKIAN, PERKARA YANG KITA SAKSIKAN HARI INI AMAT


MENYEDIHKAN. PADA ERA GLOBALISASI INI, KESANTUNAN BERBAHASA,
KEGRAMATISAN DAN KEINDAHAN BERBAHASA TELAH DIPINGGIRKAN.
GOLONGAN REMAJA AMNYA, PARA PELAJAR KHUSUSNYA LEBIH GEMAR
MENGGUNAKAN BAHASA SLANGA DALAM PERGAULAN HARIAN. SECARA
TIDAK LANGSUNG, PERKARA INI MERENCATKAN PERKEMBANGAN BAHASA
DAN MENCEMAR KESANTUNAN BERBAHASA.

PELAJAR SEKALIAN,

KAMU SEMUA PATUT BERSYUKUR, KAMU AMAT BERUNTUNG KERANA


BERSEKOLAH DI SMK CHANGLUN. BAGI SAYA SEKOLAH KITA AMAT UNIK. KITA
BELAJAR DI BAWAH SATU BUMBUNG YANG SAMA WALAUPUN KITA TERDIRI
DARIPADA PELBAGAI BANGSA. JUSTERU ITU, AMBILLAH PELUANG UNTUK
MEMPELAJARI BAHASA LAIN SELAIN BAHASA IBUNDA MASING-MASING. TIDAK
RUGI MENGUASAI PELBAGAI BAHASA, MALAHAN IA AMAT MENGUNTUNGKAN
KAMU SEMUA TERUTAMANYA KETIKA MENJEJAKKAN KAKI KE ALAM
PEKERJAAN. GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA INI UNTUK MEMPELAJARI
PELBAGAI BAHASA AGAR MINDA KITA LEBIH TERBUKA DAN LEBIH MATANG.
HAL INI SELARAS DENGAN ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA KITA YANG MAHU
MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMILIKI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI.

ANAK-ANAK PELAJAR SEKALIAN,

BERSEMPENA BULAN BAHASA DAN NILAM PADA TAHUN INI, PELBAGAI


AKTIVITI TELAH DIRANGKA SEBAGAI PENGISIAN PROGRAM TERSEBUT.
ANTARANYA IALAH PENULISAN KHAT, KALIGRAFI CINA, EXPLORACE, SAJAK,
PENULISAN ESEI DAN LAIN-LAIN. SAYA BERHARAP ANAK-ANAK PELAJAR DAPAT
MENYERTAI PERTANDINGAN INI DENGAN PENUH BERSEMANGAT. JADIKAN
PROGRAM INI SEBAGAI SATU PLATFORM UNTUK KAMU MENGASAH BAKAT
DAN KEMAHIRAN YANG TERPENDAM SELAMA INI. DI SAMPING MENDAPAT
HADIAH YANG LUMAYAN, KAMU JUGA DAPAT MENIMBA PENGALAMAN YANG
AMAT BERHARGA SEKALIGUS DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA.
HAL INI SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MEMBANTU DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.
SELAIN ITU, SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI, UNTUK MENYERU
ANAK-ANAK PELAJAR AGAR MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF DALAM
MENJAYAKAN PROGRAM NILAM SEKOLAH KITA. SELALULAH BERKUNJUNG KE
PUSAT SUMBER SEKOLAH. DI SANA DISEDIAKAN PELBAGAI BAHAN BACAAN
UNTUK KEMUDAHAN ANAK-NAK PELAJAR MEMBACA. JADIKANLAH TABIAT
MEMBACA SEBAGAI SATU BUDAYA HIDUP. AMALAN MEMBACA MAMPU
MELAHIRKAN INDIVIDU YANG CELIK AKAL DAN MAMPU BERSAING SECARA
SIHAT. SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHAWA MASYRAKAT YANG
MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA MAMPU MENJADI BANGSA YANG
BERJAYA DI PERSADA DUNIA. SEBAGAI CONTOH MASYARAKAT JEPUN, KOREA
DAN SWEDEN. NEGARA-NEGARA INI TELAH MENCAPAI PROSES PEMODENAN
YANG OPTIMUM LANTARAN MASYARAKATNYA YANG MENGAMALKAN
BUDAYA MEMBACA.

HADIRIN SEKALIAN,

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, SAYA SEKALI LAGI INGIN MENGUCAPKAN


RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JAWATANKUASA YANG BERTUNGKUS
LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM INI. SEMOGA SEGALA USAHA KITA DIBERKATI
ALLAH. KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR PULA, SAYA MENYERU AGAR ANDA
SEMUA MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULAN
INI SECARA AKTIF.

SAYA AKHIRI UCAPAN SAYA DENGAN SERANGKAP PANTUN;


YANG KURIK ITU KENDI.
YANG MERAH ITU SAGA
YANG BAIK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA

SEKIAN, TERIMA KASIH.