Anda di halaman 1dari 31

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

PROGRAM KITAR SEMULA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

ABIDAH RAUDZAH BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PROGRAM KITAR SEMULA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

ABIDAH RAUDZAH BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008
iii

Maha Suci Allah dan segala puji baginya


Yang maha Pengasih lagi penyayang
Dengan izin dan rahmatmu
Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih Allah
Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga Projek Sarjana Muda ini membantu agamaku.

Khas buat semua yang tersayang.....


Mak & ayah..
Haji OthmanAhmad dan Azizah Din
Terima kasih kerana telah memberikanku ilmu...
Kalian teramat kucintai...
Selama-lamanya....

Buat abang dan kakak-kakak..


Bersama pasangan kalian...
Azman & Hasmina, Aziroh & Nizam dan Azlina & Anwar
Terima kasih atas bimbingan & dorongan kalian...

Adik-adikku & Anak-anak saudaraku...


Abidin dan Ahmad Arif....
Solehuddin, Asmaul Husna, Akasah, Hasan Husain dan Hakimi

Semoga kalian menjadi insan berguna kelak...amin....

Khas Buat Kesemua para pendidikku..


Jasa kalian teramat bernilai pada diriku...

Teristimewa buat sahabat-sahabat yang dikasihi


Perjuangan diharungi bersamamu terasa
Sahabat-sahabat seperjuanganku....
Kenangan bersama kalian tidak mungkin akanku lupakan...
Hingga akhir hayatku...

Terima kasih atas segalanya......


iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta


selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya laporan
Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
yang dihormati, Dr. Sulaiman bin Kadikon di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses penulisan
laporan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu
melengkapkan lagi laporan ini. Terima kasih juga kepada Encik Yuslee Bin Abd.
Hamid, Penolong Pengarah Kesihatan Persekitaran MPJBT di atas maklumat yang
telah diberikan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang yang
membantu dan bekerjasama di sepanjang proses mengedarkan soal selidik sama ada
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Buat sahabat-sahabat seangkatan tahun
akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2007/2008, terima
kasih kerana memberikan sokongan dan idea dalam usaha menyiapkan projek ini.
Semoga Allah melipat gandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan
kejayaan di dunia dan di akhirat.

Akhir kata, diharapkan agar hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada
para pembaca. Ribuan kemaafan dipohon diatas sebarang kelemahan dalam
menyiapkan projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat berkat dari
Allah S.W.T. Amin.
v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap program kitar semula menurut
perspektif Islam. Fokus kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap program
kitar semula, tanggungjawab melaksanakan kitar semula dan kitar semula menurut
perspektif Islam. Sampel kajian ini melibatkan 123 orang responden yang terdiri daripada
pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di
Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk
soal selidik yang mengandungi empat item berkaitan latar belakang responden dan 36
item soalan berkaitan persoalan kajian. Data yang diperolehi menerusi kajian ini
dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 14.0 bagi
mendapatkan kekerapan, peratus dan min bagi setiap data. Nilai kebolehpercayaan soal
selidik ialah α = 0.954. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden memberikan
persepsi yang positif terhadap program kitar semula. Ini menunjukkan responden sedar
tentang kepentingan kitar semula untuk kebaikan masyarakat seluruhnya. Sebagai
maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa
cadangan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian.
vi

ABSTRACT

The descriptive research aims to investigate the students’ undergoing Bachelor of


Sciences with Education (Islamic Study) perceptions towards the recycling programme
from the Islamic perspective. The focus of this research is to determine on the students’
perceptions towards recycling programme, responsibility and recycling on the perspective
of Islamic. The respondents involved were 123 students doing degree in Bachelor
Sciences with Education (Islamic Study) in Universiti Teknologi Malaysia. The
instrument used was a set of questionnaire, which contained four items related to the
respondents’ background information; consisting 36 items, focusing on the area of
research. The data that obtained were analyzed using Statistical Packages For Social
Sciences (SPSS) version 14.0 in order to get the frequency, percentage and min for each
data. Reliability a value of the instrument was α = 0.954. The result showed that most of
the respondents had positive perceptions towards the recycling programme. This shows
that the respondents are aware that recycling is vital for the benefits of the whole
community. As a response to this, some suggestions were proposed by the researcher to
certain individuals and organizations for them to take further actions.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
TRANSLITERASI ARAB xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar-pelajar UTM 7
1.6.2 Penjaga 8
1.6.3 Pendidik 8
1.6.4 Pihak Pentadbir Institusi Pendidikan 8
1.6.5 Pihak Yang Bertanggungjawab 9
1.6.6 Masyarakat Umum 9
1.7 Batasan Kajian 9
viii

1.8 Takrifan Istilah 10


1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Pelajar 10
1.8.3 Program Kitar Semula 10
1.8.4 Islam 11
1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13
2.2 Sejarah Kitar Semula 14
2.2.1 Konsep 3R 16
2.2.2 Sampah Yang Boleh di Kitar Semula 17
2.2.3 Kitar Semula Alternatif Terbaik 18
2.3 Faedah Kitar Semula 19
2.3.1 Pulangan Ekonomi 20
2.3.2 Penyelesaian Isu Tapak Pelupusan 20
2.3.3 Kesejahteraan Alam Sekitar 21
2.4 Kitar Semula Menurut Perspektif islam 22
2.4.1 Tanggungjawab Melaksanakan Kitar Semula 23
2.4.2 Cara Melaksanakan Kitar Semula 25
2.4.3 Kepentingan Kitar Semula 27
2.5 Prinsip-prinsip Sharicat Islam Dalam Pelaksanaan Kitar Semula 28
2.5.1 Saddudz Dzari’ah 29
2.5.2 Saddudz Dzari’ah Dalam Amalan Kitar Semula 30
2.6 Kesimpulan 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 35
ix

3.4 Populasi Kajian 36


3.5 Sampel Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 38
3.6.1 Soal selidik 38
3.6.1.1 Bahagian A 38
3.6.1.2 Bahagian B 38
3.6.2 Pengumpulan Data Skunder 40
3.7 Analisis Data 41
3.7.1 Kajian Rintis 42
3.7.2 Kajian Sebenar 42
3.8 Kesimpulan 43

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 44
4.2.1 Maklumat Jantina Responden 45
4.2.2 Maklumat Umur Responden 45
4.2.3 Maklumat Tahun Pengajian 46
4.2.4 Latar Belakang Sekolah Responden 46
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 47
4.3.1 B1: Persepsi Pelajar Terhadap
Program Kitar Semula 47
4.3.2 Analisis Keseluruhan Persepsi Pelajar Terhadap
Program Kitar Semula (Analisis Setiap Tema) 53
4.3.3 B2: Persepsi Pelajar Megenai Tanggungjawab
Melaksanakan Kitar Semula 58
4.3.4 Analisis Keseluruhan Persepsi Pelajar Megenai
Tanggungjawab Melaksanakan Kitar Semula
(Analisis Setiap Tema) 63
4.3.5 B3: Persepsi Pelajar Mengenai Kitar Semula Menurut
Perspektif Islam 65
4.3.6 Analisis Keseluruhan Persepsi Pelajar Mengenai
x

Kitar Semula Menurut Perspektif Islam


(Analisis Setiap Tema) 70
4.4 Kesimpulan 73

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74
5.2 Ringkasan Kajian 75
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 75
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Responden 75
5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Program Kitar Semula 77
5.3.3 Persepsi Pelajar Mengenai Tanggungjawab
Melaksanakan Kitar Semula 79
5.3.4 Persepsi Pelajar Terhadap Kitar Semula
Menurut Perspektif Islam 80
5.4 Rumusan 83
5.4.1 Rumusan Persepsi Pelajar Terhadap Program Kitar Semula 83
5.4.2 Rumusan Persepsi Pelajar Mengenai Tanggungjawab
Melaksanakan Kitar Semula 85
5.4.3 Rumusan Persepsi Pelajar Terhadap
Kitar Semula Perspektif Islam 85
5.5 Cadangan 86
5.5.1 Pendidikan 87
5.5.2 Pentadbiran Universiti 88
5.5.3 Peranan Pihak Yang Bertanggungjawab 88
5.5.4 Media Massa 89
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.7 Kesimpulan 91

SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan


(Pengajian Islam) di UTM, Skudai 36
3.2 Jumlah Penentuan Saiz sampel (Krejcie & Morgan 1970) 37
3.3 Pengkelasan Skala Likert 39
3.4 Taburan Soalan Berdasarkan Kepada Tema 39
3.5 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 40
3.6 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 41
4.1 Taburan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan responden mengikut umur 45
4.3 Taburan responden mengikut tahun pengajian 46
4.4 Taburan responden mengikut latar belakang sekolah 46
4.5 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 1 47
4.6 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 2 47
4.7 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 3 48
4.8 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 4 48
4.9 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 5 49
4.10 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 6 49
4.11 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 7 50
4.12 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 8 50
4.13 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 9 50
4.14 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 10 51
4.15 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 11 51
4.16 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 12 52
4.17 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 13 52
4.18 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 14 53
4.19 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 15 53
4.20 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi pelajar
terhadap pengetahuan berkaitan program kitar semula 54
xii

4.21 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi pelajar
berkaitan pengetahuan tentang kelebihan program kitar semula 55
4.22 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi pelajar
berkaitan pengetahuan tentang fungsi tong kitar semula 56
4.23 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 16 58
4.24 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 17 58
4.25 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 18 59
4.26 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 19 59
4.27 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 20 60
4.28 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 21 60
4.29 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 22 61
4.30 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 23 61
4.31 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 24 62
4.32 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 25 62
4.33 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi
pelajar mengenai tanggungjawab individu dan masyarakat
dalam melaksanakan kitar semula 63
4.34 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi
pelajar mengenai tanggungjawab kerajaan dan NGO dalam
melaksanakan kitar semula 64
4.35 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 26 65
4.36 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 27 66
4.37 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 28 66
4.38 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 29 67
4.39 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 30 67
4.40 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 31 67
4.41 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 32 68
4.42 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 33 68
4.43 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 34 69
4.44 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 35 69
4.45 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi item 36 70
4.46 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi
pelajar mengenai kitar semula menurut perspektif Islam
dari sudut Iman 70
xiii

4.47 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi


pelajar mengenai kitar semula menurut perspektif Islam
dari sudut Sharicat 71
4.48 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi persepsi
pelajar mengenai kitar semula menurut perspektif Islam
dari sudut akhlak 72
xiv

TRANSLITERASI ARAB

Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh Esiklopedia Islam
dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.

Konsonan

‫ء‬ (hamza) ’ ‫ض‬ (dad) d

‫ب‬ (ba’) b ‫ط‬ (ta’) t

‫ت‬ (ta’) t ‫ظ‬ (za’) z

‫ث‬ (tha’) th ‫ع‬ (‘ayn) ‘

‫ج‬ (jim) j ‫غ‬ (ghayn) gh

‫ح‬ (ha’) h ‫ف‬ (fa’) f

‫خ‬ (kha’) kh ‫ق‬ (qaf) q

‫د‬ (dal) d ‫ك‬ (kaf) k

‫ذ‬ (dhal) dh ‫ل‬ (lam) l

‫ر‬ (ra’) r ‫م‬ (mim) m

‫ز‬ (zay) z ‫ن‬ (nun) n

‫س‬ (sin) s ‫و‬ (waw) w

‫ش‬ (shin) sh ‫ﻩ‬ (ha’) h

‫ص‬ (sad) s ‫ي‬ (ya’) y

Vovel
َ (fathah) a fathah panjang a

ِ (kasrah) i kasrah panjang i

ُ (dammah) u dammah panjang u


xv

SENARAI SINGKATAN

IKIM - Institusi Kefahaman Islam Malaysia


IPT - Institusi Pengajian Tinggi
kg. - Kilogram
n - Sampel Kajian
NGO - Non Goverment Organisation
JAS - Jabatan Alam Sekitar
MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
RMK-8 - Rancangan Malaysia Ke 8
s.a.w - Sallallahu ’alaihi wasallam
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SWM - Southern Waste Management
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WPI - Wilayah Pembangunan Iskandar
xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik


B Ulasan Pengesahan Soal Selidik
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
D Contoh cerita kanak-kanak
E Contoh Poster
F Gambar Polisi 5R
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ajaran Islam adalah syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia


sebagai satu set peraturan hidup untuk memenuhi keperluan rohani dan jasmani di
dunia dan akhirat. Setiap persoalan kehidupan manusia diberi saranan dan panduan
secara jelas melalui kaedah-kaedah umum untuk memimpin manusia ke jalan yang
diredai supaya membawa kebaikan kepada alam semesta. Islam adalah agama yang
dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk membawa rahmat kepada manusia dan alam semesta.
Firman Allah S.W.T.

∩⊇⊃∠∪ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ïj9 ZπtΗôqy‘ ωÎ) š≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ

Maksudnya : ”Dan tiadalah kami mengutuskan Engkau (Wahai


Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
( Surah al-Anbiyya’ :107 )

Di samping itu, Islam dalamnya terkandung akidah kepercayaan kepada


pencipta alam iaitu Allah S.W.T. dan sharicat ialah undang-undang untuk
kepentingan manusia bersama. Dalam sharicah terdapat maqasid sharicat atau
objektif sharicat untuk membawa kebaikan dan menjauhkan keburukan serta
kemudaratan kepada manusia baik di dunia mahupun akhirat.
2

Manusia juga diberi hak dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi
sebagai amanah untuk memakmurkan dan menguruskannya. Firman Allah S.W.T.:.

$pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ

( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøム⎯tΒ

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) tΑ$s%

Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada


Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?".
( Surah Al-Baqarah : 30 )

Ulasan ayat diatas berdasarkan tafsir Al-Munir Juz 1 (2007) ialah manusia
akan mewarisi tugasan ini setiap generasi sehinggalah alam ini menjadi makmur.
Oleh itu, manusia tidak dapat lari daripada tanggungjawab untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar. Namun usaha memelihara dan menguruskan alam sekitar
secara bijak merupakan satu cabaran paling getir yang dihadapi manusia sekarang.
Penjagaan alam sekitar merupakan amanah Allah S.W.T. kepada manusia untuk
dilaksanakan dan natijah daripada penjagaan yang tidak bijak akan membawa kepada
tercetusnya krisis alam sekitar yang mengancam kehidupan manusia sendiri.

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia,


Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah untuk mengenalpasti
cabaran terhadap alam sekitar sebagai salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh
masyarakat Malaysia khususnya dalam perjalanannya ke destinasi menjadi negara
maju pada tahun 2020. Jesteru itu, kitar semula bahan-bahan buangan seperti kertas,
tin, kaca, surat khabar dan sebagainya adalah salah satu pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, agama Islam telah menetapkan garis
panduan tentang prinsip-prinsip penjagaan alam sekitar. Menurut perspektif Islam
3

dalam pendekatan Islam Hadhari, ianya terkandung pada prinsip kesembilan iaitu ”
pemuliharaaan alam semulajadi” yang menekankan keharmonian hidup manusia
dan alam sekitar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era globalisasi, masalah kemorosotan kualiti alam sekitar yang


disebabkan oleh aktiviti industri yang berkembang pesat lebih satu dekad. Oleh itu,
sampah sarap yang dihasilkan juga sama banyaknya dengan bilangan pertumbuhan
penduduk. Oleh itu, isu sampah dan mengitar semula sampah perlu dipandang serius
untuk memastikan sampah yang dihasilkan diurus dengan baik.

Perkembangan pesat teknologi dan peningkatan bilangan penduduk dunia


hari ini memberi impak pada cara dan gaya hidup yang semakin jauh dari peraturan
alam. Masyarakat sibuk mengejar kedua-dua eleman ini sehingga mengabaikan
tanggungjawab menjaga dan memelihara alam sebaliknya mengeksploitasinya
semahu mungkin.

Semasa awal kemerdekaan tiada isu masalah sampah kerana sampah yang
dihasilkan akan dilupuskan melalui pembakaran atau ditimbus ke dalam tanah. Ini
kerana, sampah yang dihasilkan pada masa dahulu juga kuantitinya tidaklah banyak.
Selain itu, zaman dahulu masyarakat mengunakan kaedah pembakaran dan
penimbusan ke dalam tanah sudah dapat menyelesaikan masalah sampah.

Namun hari demi hari keadaan semakin berubah. Pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh masyarakat dahulu, hari ini dilarang oleh pihak kerajaan. Ini kerana
aktiviti pembakaran secara terbuka hanya menyumbang kepada kemusnahan alam
sekitar. Contohnya bahan-bahan kimia yang digunakan dalam sesuatu produk akan
menyumbang kepada penipisan lapisan ozon jika dibakar secara terbuka. Selain itu,
cara pelupusan sampah melalui penimbusan tanah kurang sesuai sekarang kerana
4

ruang tanah yang terhad akibat setiap inci tanah telah mengalami pembangunan yang
pesat.

Realitinya, sejauhmanakah masyarakat hari ini prihatin dengan masalah


sampah yang melanda dunia hari ini? Sebenarnya masyarakat mampu untuk
menyumbang tenaga dalam mengurangkan masalah sampah. Contohnya, dengan
menyahut usaha kerajaan untuk mengitar semula barang-barang yang boleh
digunakan seperti botol plastik, kaca, aluminium dan kertas atau lebih dikenali
dengan ”Program Kitar Semula”, maka masalah sampah dapat dikurangkan.

Masalahnya kesedaran terhadap program kitar semula masih belum sebati di


dalam jiwa masyarakat termasuklah umat Islam yang sinonim dengan umat yang
mementingkan kebersihan di dalam apa sahaja yang dilakukan. Seandainya setiap
rumah dikehendaki menyimpan sampah masing-masing, maka barulah masyarakat
akan sedar betapa pentingnya seluruh masyarakat bekerjasama membantu usaha
kerajaan untuk mengurangkan sampah melalui program kitar semula.

1.3 Penyataan Masalah

Pada masa ini, masalah sampah sememangnya menjadi isu utama bagi pihak
berkuasa tempatan yang terpaksa membelanjakan banyak wang untuk aktiviti
pemungutan dan pelupusan sampah sarap yang dihasilkan oleh masyarakat. Sampah
biasanya dihasilkan oleh premis-premis perniagaan dan kawasan perumahan. Namun
pelajar sebenarnya tidak terkecuali sebagai penyumbang dalam menghasilkan
sampah. Isunya, adakah golongan terpelajar ini menyumbang kepada usaha kerajaan
untuk mengurangkan sampah atau sebaliknya? Ataupun mereka sama sepertimana
golongan masyarakat lain yang tidak prihatin dengan usaha kerajaan dalam
menangani masalah sampah ini?

Sebaliknya penyelidik melihat ramai pelajar di Universiti Teknologi Malaysia


tidak mengambil peduli tentang sampah yang mereka hasilkan. Majoriti daripada
5

mereka membuang sampah tanpa memperdulikan adakah sampah itu boleh dikitar
semula atau tidak. Mereka mencampurkan semua jenis sampah dalam satu tong tanpa
mengasingkannya. Di samping itu, mereka juga tidak mementingkan kebersihan
umum kerana jika ternampak sampah ditepi-tepi jalan atau sebagainya tiada inisiatif
untuk memungutnya, sebaliknya hanya mengharapkan tukang sapu untuk
mengendalikannya. Apa yang penyelidik ingin sampaikan di sini ialah sampah-
sampah yang dibuang sepatutnya diasingkan mengikut kategori untuk memudahkan
kitar semula.

Kealpaan yang rendah dikalangan golongan terpelajar ini menyebabkan


saranan kerajaan dalam program kitar semula kurang berkesan. Persoalannya, adakah
pelajar-pelajar ini tahu tentang usaha kerajaan untuk mengurangkan sampah?.
Adakah mereka mengikuti perkembangan semasa mengenai isu sampah dan kitar
semula yang hangat diperbahaskan bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara. Ini
kerana masalah sampah telah menjadi masalah dunia?. Masalah yang lebih besar
akan berlaku sekiranya golongan yang dikatakan terpelajar ini sendiri tidak
menyumbang dalam kitar semula ke arah membantu menyelesaikan masalah sampah.

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan, adalah sesuai


penyelidik membuat kajian terperinci mengenai program kitar semula kerana
didapati terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan berhubung dengan kitar
semula ini. Penyelidik mendapati sejak kebelakangan ini, program kitar semula yang
dijalankan kurang berkesan. Maka dengan ini, telah mendorong penyelidik untuk
membuat kajian tentang persepsi pelajar terhadap program kitar semula meliputi
pelbagai aspek tertentu.
6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar Universiti


Teknologi Malaysia terhadap program kitar semula. Objektif utama kajian ini ialah:

i. Mengetahui persepsi pelajar mengenai program kitar semula.

ii. Mengetahui persepsi pelajar mengenai tanggungjawab melaksanakan


program kitar semula.

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar mengenai kitar semula menurut perspektif


Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian yang dinyatakan, terdapat beberapa persoalan kajian


mengenai kajian ini. Persoalan-persoalan ini adalah seperti berikut :

i. Apakah persepsi pelajar terhadap program kitar semula?

ii. Apakah persepsi pelajar mengenai bertanggungjawab melaksanakan program


kitar semula?

iii. Apakah persepsi pelajar mengenai kitar semula menurut perspektif Islam?
7

1.6 Kepentingan Kajian

Program kitar semula sudah lama diperkenalkan, namun kejayaannya belum


menampakkan hasil. Jesteru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk memberikan
pengetahuan dan penjelasan umum kepada masyarakat tentang kepentingan kitar
semula dan kesedaran di kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia
tentang tanggunggajawab kitar semula untuk kesejahteraan bersama.

Hasil penyelidikan ini, diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat


bahawa kitar semula bukanlah isu yang boleh dipandang remeh kerana sekiranya
tidak diberi perhatian, masalah sampah tiada jalan penyelesaian. Di samping itu,
kesedaran pelajar tentang kepentingan mengurangkan sampah membolehkan masalah
alam sekitar dapat diatasi secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah
pembuangan sampah.

Penyelidikan ini sangat penting khasnya kepada penyelidik dan secara


umumnya kepada keseluruhan ahli masyarakat yang boleh dikategorikan kepada
enam sasaran utama iaitu:

1.6.1 Pelajar

Penyelidikan ini hanyalah untuk melihat tentang persepsi pelajar-pelajar


Universiti Teknologi Malaysia mengenai program kitar semula dan tanggunggajawab
kitar semula. Hal ini sangat penting bagi pelajar-pelajar UTM supaya mengetahui
tanggungjawab mereka dan memikirkan apakah sumbangan yang boleh mereka
lakukan untuk mengurangkan masalah sampah di negara kita dan seterusnya
menjayakan program kitar semula.
8

1.6.2 Penjaga

Penjaga atau ibu bapa adalah pendidik pertama dan paling dekat kepada anak-
anak kerana mereka merupakan orang pertama yang memberikan pengajaran kepada
anak-anak. Oleh yang demikian, penyelidikan ini diharapkan dapat membantu ibu
bapa dalam mendidik anak-anak menguruskan sampah dengan cara yang betul sejak
dari kecil lagi.

1.6.3 Pendidik / Guru

Orang kedua terdekat selepas ibu bapa ialah pendidik atau guru dalam usaha
mendidik anak-anak sama ada di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.
Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu warga pendidik untuk memberi
pendedahan awal kepada anak-anak muda tentang program kitar semula.

1.6.4 Pihak Institusi Pendidikan

Penyelidikan ini juga diharap dapat membantu pihak-pihak yang


bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pihak Pentadbir UTM dalam membentuk
peraturan yang sistematik dalam usaha membentuk warga UTM khasnya pelajar-
pelajar agar berdisplin dalam isu sampah dan kitar semula. Keadaan ini untuk
membiasakan diri warga UTM agar membuang sampah di tempat-tempat yang
sepatutnya.
9

1.6.5 Pihak-pihak Yang Bertanggungjawab

Pihak-pihak yang berkaitan dengan program kitar semula dan alam sekitar
diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha dengan mencuba langkah-langkah yang
baru agar perlaksanaan program kitar semula ini berjaya. Kerjasama daripada pihak-
pihak ini amat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu program.

1.6.6 Masyarakat Umum

Masyarakat umum dapat menjadikan penyelidikan ini sebagai rujukan dalam


mengendalikan isu kitar semula dan sampah, seterusnya memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kitar semula dan masalah sampah. Masyarakat umum akan lebih
prihatin mengenai isu ini.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini hanya


terhad kepada pelajar yang menjawab soal selidik sahaja dan tidak menggambarkan
keseluruhan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini tertumpu kepada responden
yang terdiri daripada pelajar-pelajar Muslim daripada tahun satu hingga empat Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (pengajian Islam) sahaja. Kajian ini meliputi
123 orang pelajar pengajian Islam bagi mewakili pelajar-pelajar di Universiti
Teknologi Malaysia.

Aspek yang dikaji adalah berkaitan persepsi pelajar Universiti Teknologi


Malaysia mengenai program kitar semula. Di samping itu, kajian ini juga melihat
persepsi pelajar mengenai tanggungjawab melaksanakan program kitar semula dan
kitar semula menurut perspektif Islam.
10

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah adalah huraian lanjut berkaitan dengan istilah-istilah yang


dijalankan kajian. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaca keliru dengan
pandangan yang berbeza dari apa yang dikehendaki dalam sesuatu kajian. Tajuk
kajian ini “Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Program Kitar
Semula Menurut Perspektif Islam” di jelaskan istilahnya di bawah :

1.8.1 Persepsi

Persepsi ialah bayangan atau gambaran dalam hati atau fikiran tentang
sesuatu. Tanggapan dan pandangan menerusi pancaindera juga diklasifikasikan
sebagai persepsi (Kamus Dewan : 2002 ). Istilah persepsi dalam kajian ini bermaksud
pandangan, dan pendapat pelajar mengenai kitar semula.

1.8.2 Pelajar

Menurut Kamus Dewan, pelajar ialah mereka yang menuntut ilmu seperti
murid sekolah, penuntut di maktab dan universiti. Di samping itu, ia membawa
pengertian orang yang mengaji atau menyelidiki ilmu sama ada di sekolah menengah
ataupun universiti (Kamus Dewan : 2002 ). Pelajar yang dijalankan kajian ialah
pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM.
11

1.8.3 Program Kitar Semula

Program ialah rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan


dalam pembangunan negara dan perekonomian (Kamus Dewan : 2002 ). Kitar
bermaksud berikhitiar dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu ( Kamus Dewan :
2002 ). Manakala perkataan semula menurut kamus dewan bermaksud yang dahulu,
yang mula-mula, sediakala, balik seperti sediakala, kembali seperti dahulu (Kamus
Dewan : 2002 ). Gabungan kitar dan semula mewujudkan perkataan kitar semula
bermaksud sampah yang terdiri daripada sisa buangan atau sisa pepejal yang melalui
proses perkilangan dan akhirnya menghasilkan satu produk baru.

Maksud program kitar semula dalam kajian ini ialah satu rancangan kerajaan
yang dilancarkan untuk memberi kesedaran cara betul menguruskan sisa buangan
dengan cara yang betul. Kitar semula merupakan strategi untuk pengurusan sisa
buangan atau sisa pepejal yang bermanfaat menggantikan penimbunan dan
pembakaran sisa dalam melindungi alam sekitar.

1.8.4 Islam

Menurut Kamus Dewan (2002), Islam adalah agama yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad s.a.w. Manakala Islam dari segi bahasa bermakna taat, patuh, dan
juga perdamaian serta jauh dari kecacatan zahir dan batin. Dari segi syara bermakna
mentauhidkan Allah s.w.t. dengan mengikuti segala perintah Allah S.W.T. Islam di
sini adalah berkaitan dengan tajuk “persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia
terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam”.
12

1.9 Kesimpulan

Kitar semula perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kitar semula adalah
salah satu alternatif terbaik dalam menangani masalah sampah. Oleh itu, jangan
jadikan kitar semula suatu yang membebankan kerana masalah yang lebih besar
seandainya sampah tidak dikitar semula dan diurus dengan baik seperti pencemaran,
kemusnahan alam serta pembaziran sumber. Oleh itu, penyelidikan ini dibuat untuk
melihat dan mengetahui persepsi pelajar terhadap program kitar semula,
tanggungjawab mereka melaksanakan kitar semula serta kitar semula menurut
perspektif Islam.

Anda mungkin juga menyukai