Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : NAMA PELAJAR :


PROGRAM PDPLI DINI SM

KOD DAN NAMA KURSUS :


SEMESTER : SATU
DINK2013
PENGANTAR KURIKULUM
BERSEPADU DINI

TARIKH MULA 19 Februari 2018 TARIKH HANTAR 20 Mac 2018

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Menghuraikan matlamat, ciri-ciri dan skop pengajian Kurikulum Bersepadu Dini.


2. Membandingbeza antara ilmu-ilmu yang terkandung dalam Usuluddin.
3. Menghubungkait antara ilmu Syariah dan Ulum Islamiyyah.
4. Membincangkan adab-adab dalam Islam.
5. Mengaplikasi bahasa Arab mengikut teks-teks yang terpilih secara berpasukan.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Projek:

Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

1. Membuat satu artikel berkaitan isu penjenamaan Ahli Sunnah wal Jamaah yang

sedang berlaku di Malaysia.

2. Membuat analisis berkenaan dengan penghayatan adab terhadap Baginda S.W.A.

dan adab terhadap sesama makhluk yang diamalkan dan adab yang sering

diabaikan dalam masyarakat Melayu.

1
Tugasan Projek (50%)
Kurikulum Dini adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan dalam membentuk satu
masyarakat Melayu Islam Islamik dan berketerampilan dalam bidang agama. Sifat keutuhan
dan adaptasi dalam kemenjadian diri murid akan dapat membantu dalam pembentukan
masyarkat Islam Malaysia yang syumul dan mulia. Kurikulum ini juga menjadikan Bahasa
Arab sebagai bahasa pengantar dalam merealisasikan hasrat ini.

Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki :

Tugasan 1: Artikel: (40%)

- Anda diminta menulis satu artikel berkaitan isu penjenamaan Ahli Sunnah wal
Jamaah yang sedang berlaku di Malaysia.
- Nyatakan hujah bagi setiap pihak yang mempertahankan bahawa mereka adalah
Ahli Sunnah wal Jamaah.
- Jelaskan aliran pemikiran mereka dari segi Aqidah dan Feqah. Buat perbandingan
antara setiap pihak serta kemukakan pendapat anda dalam isu ini.
- Kemukakan dua potongan hadis yang berkaitan dengan isu Ahli Sunnah wal
Jamaah. Berdasarkan kedua-dua hadis tersebut dikehendaki mengi’rab setiap
perkataan dan keluarkan gaya bahasa yang digunakan dalam penyampaian maksud
hadis.

Tugasan 2 : Pembentangan: (10%)

- Anda perlu membincangkan isu berkenaan dengan penghayatan adab terhadap


Baginda S.W.A. dan adab terhadap sesama makhluk.
- Kemukakan 5 adab yang masih diamalkan dan 5 adab yang telah diabaikan dalam
masyarakat Melayu, merujuk kedua-dua konteks adab di atas.
- Berikan cadangan anda bagi menanam semula adab-adab yang telah diabaikan
secara praktikal.
- Anda hendaklah membentangkan dapatan ini secara berkumpulan.

Panduan Pelaksanaan Projek


1. Tugasan pertama adalah tugasan individu dan tugasan yang kedua adalah secara
berkumpulan. Tempoh pembentangan bagi tugasan kedua diperuntukkan 30 minit bagi
setiap kumpulan.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
3.2 Penulisan perlu menggunakan Bahasa Arab
3.3 Font traditional arabic.
3.4 Saiz huruf - 18 point.
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
4. Panjang esei adalah 1300 patah perkataan. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah
pengiraan perkataan.
5. Amalan palagiat tidak dibenarkan sama sekali.

2
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 sumber
Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain).

7. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan
dalam tugasan anda.

8. Tugasan mesti dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Tugasan disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ................................................
(NOORUL ALIMIN BIN NAZIRI) (SME)
Penyelaras Kursus DINK2013. Pakar Bidang
Pengantar Kurikulum Bersepadu Dini, Ustaz Muhammad Tajuddin bin Sidek.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam Moral,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPGK Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang Kuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh,

.................................................
(US ZULQUARNAIN BIN ALI)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPGK Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis.

Anda mungkin juga menyukai