Anda di halaman 1dari 41

Topik 1: Teknologi Pendidikan

 Konsep,
 Domain-domain,
 Prinsip-prinsip,
 Peranan dan Kepentingan Teknologi
Pendidikan Dalam Pengajaran-
Pembelajaran.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi :
 Teknologi biasanya ditafsirkan sebagai
mesin / peralatan yang terhasil drp ilmu
Sains moden. Bagaimanapun, tafsiran spt
ini dianggap amat sempit.
 Perkataan teknologi berasal drp Bahasa
Yunani. “techne” bermakna kamahiran.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi:
Teknologi:
 Gabraith (1967) mendefinisikan teknologi
sebagai:

…. the systematic application of scientific


knowledge and other organized knowledge to
practical tasks (kemahiran menggunakan
pengetahuan (saintifik mahupun tidak)
secara sistematik sehingga terbit satu
amalan yg praktikal bagi melaksanakan
sesuatu tugas).
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Konsep Teknologi:
Teknologi:
 Pengetahuan Saintifik bermaksud sebarang
himpunan / ilmu yg telah teruji & dpt
dinyatakan dlm bentuk satu set prinsip-
prinsip am.
 Pengetahuan lain yg tersusun bermaksud
pengetahuan yg tidak terbukti secara
saintifik ttp menjadi amalan kita kerana ia
diterima berdasarkan pengalaman &
pengamatan manusia.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi:
Teknologi:
 Menurut Heinich, Molenda dan Rusell
(1969): - “Teknologi bukan semata-mata
alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses
dan idea.”
 Perancangan pengajaran awal yg melibatkan
penggunaan idea s/a dlm bentuk teori,
pendekatan, kaedah & sbgnya adalah
merupakan proses yg terpenting.
 Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah
mencapai kejayaan.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Konsep Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Wan Zah Ali (2000), pengajaran
sebagai:
(a) Menyampaikan maklumat,
(b) Memindahkan maklumat,
(c) Mendorong pembelajaran,
(d) Membina manusia yg lebih baik.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Ramsden (1993), Trigwel , Prosser &
Lyons (1997), pengajaran sebagai:
“Proses bekerja bersama pelajar utk
membantu mereka berkebolehan &
berkemungkinan utk belajar. Ia melibatkan
usaha mencari & mengenalpasti salah tafsiran
pelajar terhadap sst yg diajarkan, mengambil
tindakan utk memastikan perubahan
kefahaman & mencipta konteks pembelajaran
yg menggalakkan pelajar terlibat secara aktif
dlm pelajaran yg diikuti.”
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Konsep Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Pullias dan Young (1968):
“Pengajaran itu keseluruhannya
merupakan cara membimbing murid utk
memperoleh sejumlah pengalaman yg
cukup bermutu sehingga mampu sejauh
mungkin menolong pembinaan
kemungkinan-kemungkinan sebagai
manusia.”

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Pengajaran:
Pengajaran: Rumusan
 Konsep pengajaran yg dikemukakan adalah
utk melahirkan pembelajaran yg berkualiti.
Apa yg menjadi inti pati konsep ini ialah
utk membebaskan manusia drp ikatan
pandangan yg sempit & terbatas.
 Ini hanya dpt dicapai jika manusia
didorong utk mencari makna, memahami
& melihat realiti spt adanya.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:
 Maksud & istilah teknologi pengajaran
sentiasa berubah menurut perubahan
zaman. Konsep ini bukanlah suatu konsep
yg statik.
 Menurut Ely (1963):
“Instructional technology is the theory
and practice of designing,
development, utilization, management
and evaluation of processes and
resources for learning.”
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Konse Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Association for Educational
Communication and Technology, AECT (1979):
“Teknologi pengajaran merupakan satu proses
yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan
manusia, prosedur, idea, peralatan dan
organisasi untuk menganalisis masalah-masalah
serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan
penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
keadaan di mana proses pembelajaran itu
adalah bermatlamat dan terkawal. “ (Dipetik
daripada Yusuf Hashim, 1998, hlm. 253)

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Persatuan Teknologi Malaysia
(1988):
“Teknologi pendidikan ialah proses yang
kompleks dalam menganalisis keperluan
pendidikan secara sistematik, saintifik
dan rasional bertujuan untuk mereka
bentuk dan mengaplikasikannya secara
sepadu idea, tenaga, sumber bahan,
kaedah dan tatacara untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.”
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Konsep Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan,
KPM (1991):
“Teknologi pendidikan ialah aplikasi
media, sistem, pendekatan dan teknik-
teknik ke arah pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.”

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:
 Menurut Reiser (2001), teknologi
pengajaran mengandungi 3 sub-bidang
utama, iaitu (i) media pengajaran, (ii)
reka bentuk pengajaran, dan (iii)
teknologi prestasi (performance
technology).

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Konsep Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:
Kesimpulan::
Kesimpulan

 Secara umumnya, teknologi pengajaran


adalah satu bidang yg berusaha ke arah
meningkatkan kualiti / keberkesanan
pengajaran & pembelajaran.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Domain Teknologi Pengajaran 1977:

 Domain teknologi pengajaran dibahagikan


kpd 3 fungsi, iaitu:
(i) Fungsi pengurusan pengajaran,
(ii) Fungsi pengembangan pengajaran, &
(iii) Fungsi sumber pembelajaran.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


DomainTeknologi Pengajaran 1977

2. Fungsi
Pengembangan
1. Fungsi 3. Fungsi Sumber
Pengajaran P
Pengurusan Pembelajaran
Pengajaran E
- Penyelidikan L
- Mesej
- Reka bentuk A
- Pengurusan - Manusia
- Penerbitan J
organisasi - Bahan
-Penilaian A
- Peralatan
- Penggunaan R
- Pengurusan - Teknik
- Pemilihan
kakitangan - Seting
Logistik
- Pengedaran

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


1. Fungsi Pengurusan Pengajaran:
Pengajaran:
 Fokus pengurusan organisasi ialah
mentadbir projek dgn cara mengenalpasti
keperluan organisasi, menentukan
matlamat dan objektif.
 Seterusnya, menguruskan soal
perbelanjaan, pembelian serta perkara yg
berkaitan dgn prosedur pentadbiran bagi
hubungan dlm dan luar organisasi.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


1. Fungsi Pengurusan Pengajaran:
Pengajaran:
 Pengurusan kakitangan pula terlibat dgn
perkara yg berkaitan dgn pengambilan,
penyeliaan dan penilaian pekerja.
 Tujuan ialah mewujudkan hubungan baik
serta meningkatkan keberkesanan
komunikasi antara pekerja.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Fungsi Pengembangan Pengajaran
 Fungsi ini bertujuan menganalisis masalah-
masalah pembelajaran serta mereka bentuk,
melaksanakan & menilai penyelesaian kpd
masalah ini.
 Peringkat 1: Mengkonsepsikan model
teoretikal bagi menyelesaikan masalah yg
dihadapi, maka, penyelidikan dijalankan bagi
memperolehi maklumat saintifik berkenaan
pelajar, P&P, sumber pembelajaran dsbnya.
 Teori dan Model dihasilkan dan diuji.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Fungsi Pengembangan Pengajaran
 Peringkat 2: Mereka bentuk pengajaran yg
selari dgn teori tersebut.
 Teori kini ditukar menjadi sebuat spesifikasi
yg akan menjadi asas kpd pembinaan
pengajaran.
 Ia dimula dgn:
◦ Analisis terhadap pelajar,
◦ Menulis objektif,
◦ Memilih strategi pengajaran,
◦ Memilih media pengajaran & menentukan
spesifikasi media tersebut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
2. Fungsi Pengembangan Pengajaran

 Peringkat 3: Penerbitan media pengajaran


dilaksanakan.
 Berdasarkannya, skrip ditulis, grafik &
gambar dihasilkan.
 Media pengajaran boleh dihasilkan asalkan
ada spesifikasinya.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Fungsi Pengembangan Pengajaran

 Peringkat 4: Penilaian. Media pengajaran


yg telah dihasilkan perlu dinilai dari segi
kemampuannya menepati kehendak
objektif sebelum ia digunakan.
 Penilaian terhadap kualiti teknikal turut
dilakukan.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Fungsi Pengembangan Pengajaran

 Peringkat 5: Penggunaan.
 Pelajar dibantu utk memilih sumber
pembelajaran (media pengajaran
sebahagian drpnya) yg sesuai dgn
pembelajaran mereka serta membantu
mereka menggunakan sumber yg dipilih.
 Pelajar juga dipantau kemajuan mereka
semasa menjalani aktiviti pembelajaran ini.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Fungsi Pengembangan Pengajaran

 Peringkat 6: Logistic.
 Untuk memastikan sumber pembelajaran
sentiasa tersedia, logistic / tempat
pengumpulan perlu disediakan.
 Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog,
diselenggara dan diedarkan.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Fungsi Pengembangan Pengajaran

 Peringkat 7: Penyebaran.
 Bagi memastikan perkembangan teknologi
pendidikan dpt diikuti, peringkat
penyebaran pula memastikan agar
maklumat ttg teknologi pengajaran
dikumpulkan & disebarkan, melalui
pemberian khidmat nasihat, latihan &
pemberitaan.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


3. Fungsi Sumber Pembelajaran
 Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yg
menyimpan dan / menghantar maklumat
kpd pelajar.
 Antaranya termasuklah mesej, manusia,
bahan, peralatan, teknik dan tempat /
keadaan.
 Mesej mengandungi maklumat yg diterima
oleh pelajar.
 Manusia ialah penyimpan & penghantar /
penyebar mesej.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
3. Fungsi Sumber Pembelajaran
 Bahan merupakan penyimpan mesej yg akan
disebarkan spt nota, pita video, modul, cakera
dsbnya.
 Peralatan berfungsi menghantar maklumat yg
tersimpan di dlm bahan spt projector, perakam
audio, pemain CD dsbnya.
 Teknik ialah cara bagaimana bahan, peralatan &
manusia digunakan bagi menghantar maklumat
spt perbincangan, lawatan, mel elektronik
dsbnya.
 Tempat/keadaan merupakan keseluruhan
persekitaran di mana mesej akan disebarkan
spt bilik darjah, makmal dsbnya.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Domain Teknologi Pengajaran 1994:

PENGURUSAN
PENGGUNAAN
Pengurusan projek
TEORI
Penggunaan media
Pengurusan sumber
AMALAN Difusi dan inovasi
Pengurusan system
Perlaksanaan
penyampaian
Polisi dan peraturan
Pengurusan maklumat

REKA BENTUK
PENILAIAN
Reka bentuk system pengajaran
Analisis masalah
Reka bentuk mesej
Pengukuran rujukan criteria
Strategi pengajaran
Penilaian formatif
Ciri-ciri Pelajar.
Penilaian sumatif.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Domain Teknologi Pengajaran 1994:
 Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip
& cadangan yg menyumbang kpd badan
pengetahuan.
 Amalan pula bermaksud penggunaan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
 Terdapat 5 domain dalam teknologi
pengajaran.
 Domain pembangunan, penggunaan dan
penilaian adalah terangkum dlm fungsi
pengembangan pengajaran.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Domain Teknologi Pengajaran 1994:
 Menurut AECT (1994):
“ Teknologi pengajaran adalah teori &
amalan tentang mereka bentuk,
membangun, mengguna, mengurus &
menilai proses serta sumber utk
pembelajran.”
 Dalam konteks perlaksanaan teknologi
pengajaran, hubungan antara teori & amalan
perlu dijaga & dipupuk demi perkembangan
serta kemantapan bidang ini.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Domain Teknologi Pengajaran 1994:
 Perlaksanaan teknologi pengajaran adalah
secara tersusun & sistematik. Ia melibatkan
proses.

INPUT ACTION OUTPUT

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Domain Teknologi Pengajaran 1994:

 Proses ialah satu siri aktiviti yg menjurus


ke arah mencapai sst keputusan tertentu.
 Proses merupakan satu urutan prosedur
yg bermula drp input, action dan output.
 Contoh proses adalah spt model
pengajaran, model reka bentuk pengajaran
& model komunikasi.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Domain Teknologi Pengajaran 1994:
 Selain proses, sumber adalah satu lagi
unsur yg penting dlm menyelesaikan
masalah pembelajaran krn sumber
menyokong pembelajaran.
 Sumber pembelajaran bukan sekadar
bahan & peralatan.
 Sumber termasuklah sistem bahan,
persekitaran pembelajaran, manusia,
belanjawan, fasiliti dll.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
Domain Teknologi Pengajaran 1994:
 Teori, amalan, domain, sumber & proses
ditujukan utk pembelajaran. Ini adalah
kerana teknologi pengajaran ialah utk
mengubah & memberi kesan terhadap
pembelajaran.
 Justeru, pembelajaran adalah matlamat,
manakala pengajaran adalah cara utk
mencapai matlamat ini.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Peranan Teknologi Pengajaran:
Pengajaran:

(i) Mengubah peringkat membuat


keputusan,
(ii) Mengubah sistem / pendekatan
pengajaran,
(iii) Mengubah pengalaman pembelajaran

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


1. Mengubah peringkat membuat keputusan.
keputusan.
 Biasanya, penggunaan media dirancang semasa
kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat
merancang & menentukan kurikulum.
 Oleh itu, terjadilah penggunaan media secara sesuka
hati tanpa berdasarkan perancangan yg sistematik.
 Dgn penerimaan teknologi pengajaran pada
peringkat perancangan kurikulum, perancangan
kurikulum dpt bekerjasa dgn pereka pengajaran utk
menentukan penggunaan teknologi pengajaran dlm
kurikulum sekolah.
 Cara ini akan lebih menjamin keberkesan
perlaksanan pengajaran & kurikulum yg telah
digariskan.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
2. Mengubah sistem / pendekatan pengajaran
 Tek. Pengajaran dpt menukar sistem /
pendekatan pengajaran konvensional ke
sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas
terbuka / sistem sekolah bebas.
 Tek. Pengajaran boleh mengubah cara
pengajaran dirancang & disusun. Pembinaan
pengetahuan dpt dicapai melalui
pembelajaran usaha sama, penyelesaian
masalah & penggunaan strategi
pembelajaran penguasaan.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


2. Mengubah sistem / pendekatan pengajaran

 Penggunaan tek. Pengajaran mungkin


mengubah cara jadual waktu dirancang &
dilaksanakan di sekolah/IPG/Universiti.
 Proses P&P pula berpusatkan pelajar &
berasaskan pengetahuan & maklumat.
 Guru hanya mengurus aktiviti
pembelajaran & menyediakan sebanyak
mungkin pengalaman & pencarian
maklumat menggunakan tek. Baru utk
pembelajaran.
Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang
3. Mengubah Pengalaman Pembelajaran.
Pembelajaran.
 Tek. Pengajaran terbuka kpd pelbagai jenis
pembelajaran, secara bersendirian /
berkumpulan, bersama sumber manusia (spt
pakar bidang) & bukan manusia (spt perisian
komputr), proses pembelajaran telah menjadi
sst proses yg aktif di mana pelajar diberi
peluang memberi makna kpd pengalaman yg
diterimanya.
 Penggunaan / aplikasi tek. Pengajaran secara
teratur boleh membantu setiap pelajar
mendapat pengalaman pembelajaran yg khusus
bagi menguasai sst perkara.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang


Sekian,, Terima kasih!
Sekian kasih!
Rujukan:
1. HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran,
OUM.

Prepared by Lu Cheng Soon, IPGK Rajang

Anda mungkin juga menyukai