Anda di halaman 1dari 38

Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

1. Perkembangan

Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah
merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah
dunia. Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup
masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara
hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut
merubah geo-politik dunia.

Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh
para sahabat (r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan
keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka
muncul sebagai satu umat yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi
Islam. Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya
memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan
Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak
oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke
13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan
ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan.

Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki
oleh dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap
ibu kota pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan
Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak
serta disertai segenap lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar
khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta
mendalami berbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.

Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana
non-Muslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat
kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi.
Mereka telah menempa satu sejarah tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan
meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.

1.1 Zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam adalah bermula pada zaman
Rasulullah s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah
dan period Madinah. Kedua-dua zaman ini mempunyai perbezaan yang amat ketara
dari aspek pertumbuhannya. Period Makkah merupakan zaman asas dalam
pembentukan tamadun Islam yang memberi penekanan kepada aspek spiritual, mental
dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah zaman untuk membina komuniti
dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.

a. Makkah

Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah lebih bersifat
penyediaan kader-kader yang mantap dan kuat dalam menghadapi kejahatan puak-
puak ekstrimis kuffar dan musyrikin (kerana tidak membenarkan kebebasan
melaksanakan ajaran Islam atau dakwah yang diperintahkan oleh Allah). Malah mereka
bertindak kejam ke atas kaum Muslimin yang ketika itu sangat sedikit bilangannya. 13
tahun adalah masa-masa kritikal dan menyiksakan bagi orang Islam. Penghijraan yang
berlaku ke Habsyah dan Taif tidak banyak memberi ruang dan kejayaan kepada orang
Islam. Mereka menderita dengan pelbagai bentuk siksaan dan ancaman tetapi tetap
tabah dan yakin dengan akidah yang baru dianuti. Mereka adalah generasi awal yang
kental dan unggul yang dididik oleh Rasulullah s.a.w.

b. Madinah

Penghijrahan ke Madinah mencanangkan beberapa perubahan kepada orang Islam ke


arah yang lebih maju dan berjaya dalam segala bidang kehidupan berasaskan prinsip
keimanan. Hijrah turut menandakan bermulanya era pelaksanaan syariat samawi
secara menyeluruh mencakupi sosial, politik, agama dan lain-lain. Setelah menjejaki
bumi Madinah, Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan langkah-langkah berikut:

i. Sosial
Sebagai seorang Rasul dan pemimpin kepada bangsa Arab, Nabi Muhammad s.a.w.
berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada
positif. Penyatuan yang selama ini tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan bangsa
Arab telah menjadi kenyataan dengan kedatangan Rasulullah s.a.w. Malah kehidupan
mereka menjadi lebih aman dan tenteram. Contohnya, usaha mempersaudarakan di
antara golongan Ansar dan Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa
sahaja untuk kepentingan bersama. Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka
dibolehkan menerima harta pesaka kerana sebelum ini mereka tidak punya apa-apa
hak.

Rasulullah s.a.w. telah memberi fungsi kepada institusi masjid sebagai pusat ibadat
khusus sekaligus sebagai markaz, madrasah dan parlimen. Rasulullah menyusun
segala aktiviti harian yang berbentuk sebaran, maklumat, arahan dan sebagainya
melalui masjid. Ia juga berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat musafir
bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.

ii. Politik

Menurut catitan Ibnu Hisyam, “Sahifah al-Madinah” atau Piagam Madinah diasaskan
selepas terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian di antara orang-
orang Muhajirin dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang kaum
seperti Aus, Khazraj serta kaum Yahudi, Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan Bani al-
Nadir.

Termetrainya perjanjian ini bermakna Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan


memantapkan kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang sama
baginda telah berjaya mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai “Ummah”,
serta merubah sama sekali prinsip suku bangsa yang selama ini melahirkan
ketegangan kaum yang berpanjangan. Kejayaan Rasulullah dalam bidang ini telah
membawa keharmonian kepada penduduk kota Madinah. Sebarang aktiviti yang tidak
sihat, kebangkitan Yahudi dan munafik di Madinah dapat dibendung. Sebarang pihak
yang melanggar perjanjian akan dihukum.

iii. Ekonomi
Rasulullah s.a.w. telah mengemaskinikan pungutan zakat, cukai ghanimah, fai‟ dan
kharaj. Golongan Yahudi adalah kapitalis yang menguasai ekonomi Madinah ketika itu.
Mereka mengaut keuntungan tanpa perhitungan moral. Justeru itu Rasulullah memberi
galakan kepada orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi
memecah monopoli yang selama ini dilakukan oleh orang Yahudi. Dengan cara ini
masyarakat Islam dapat memecah jaringan kewangan golongan Yahudi yang
memerangkap orang-orang miskin dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang
tinggi. Rasulullah s.a.w. juga memberi perhatian kepada bidang penternakan dan
pertanian.

Ringkasnya, pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat


dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh. Tamadun Islam yang dibina
oleh Nabi s.a.w. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintah Islam
seterusnya. Sesungguhnya kesabaran, kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang
dimiliki oleh Nabi merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam.

Sebagai satu peringatan dan panduan hidup dalam kehidupan, Nabi dalam khutbah haji
terakhir baginda berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan
pesaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Baginda juga berpesan kepada lelaki supaya menjaga amanah khususnya mengenai
wanita.

1.2 Zaman Khulafa‟ al-Rasyidin (632-661 M)

Tugas membina dan memperkuatkan lagi umat Islam telah diteruskan oleh generasi
pelapis sahabat-sahabat terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar Bin al-Khattab,
Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abu Talib yang dilantik sebagai khalifah. Khalifah bererti
pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang
sebelumnya dilakukan oleh Nabi s.a.w. Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq (632-634 M /
11-13 H) sebagai khalifah di bai‟ah oleh kira-kira 3000 orang yang berada di Masjid
Nabawii. Dalam masa pemerintahannya, beliau terpaksa berdepan dengan golongan
yang enggan mengeluarkan zakat dan nabi-nabi palsu. Beliau juga menghantar tentera
diketuai Khalid bin Al-Walid untuk melindungi orang Islam dari ancaman Rom dan Parsi,
dan telah menerima pandangan Saidina Umar al-Khattab supaya mengumpulkan al-
Quran setelah ramai penghafaz al-Quran mati syahid dalam perang (Perang
Yamamah).
Umar al-Khattab (634-644M/13-23H) dilantik menjadi khalifah dengan persetujuan
seluruh kaum muslimin dengan gelaran Amir al-Mukminin. Dalam masa 10
tahun pemerintahannya beliau berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua
dasar-dasarnya. Di antara kemajuan yang telah dibuat oleh beliau ialah;

· Pendidikan. Menubuhkan kuttab, penekanan kepada membaca, menulis,


menghafal al-Quran, praktikal amalan ibadat dan latihan fizikal.

· Politik. Perluasan wilayah meliputi Afrika Utara, Asia Minor dan


Khurasan. Melantik gabenor pada wilayah-wilayah yang ditadbir.

· Menubuhkan dewan iaitu Jabatan. Antaranya Jabatan Tentera,


Jabatan Ganjaran dan Pengagihan, Jabatan Cukai dan Jabatan Polis. Beliau telah
memberi perhatian serius kepada jabatan tentera seperti rumah-rumah untuk tentera,
gaji, elaun dan lain-lain.

· Sosial. Pungutan cukai yang sistematik dapat membantu beliau menyediakan


pelbagai kemudahan asas kepada rakyat seperti jalan raya dan sebagainya.

Uthman Bin Affan r.a (644-656M/23-35H) mentadbir hampir kesemua mengikut apa
yang ditinggalkan oleh khalifah terdahulu.Aktiviti yang paling menonjol dapat dilihat
ialah penulisan al-Quran yang lebih sistematik. Sebanyak 6 salinan dibuat. Ini adalah
sumbangan paling berharga dari beliau yang kekal hingga kini.

Ali Bin Abi Talib k.w. (656-661M/35-40H). Beliau juga telah meneruskan pentadbiran
seperti khalifah sebelumnya. Dalam masa pemerintahannya ,beliau telah berdepan
dengan pemberontak yang menuntut beliau menghukum mereka yang terlibat dengan
pembunuhan Uthman Bin Affan r.a.

Dari penjelasan di atas, dapat dilihat tamadun yang dibangunkan oleh Rasulullah dan
diteruskan oleh Khulafa‟ al-Rasyidin merupakan tamadun terunggul dengan model dan
praktikalnya adalah yang terbaik.

1.3 Kerajaan Bani Umaiyah (661-743M)


Pemerintahan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu
Sufian berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan Bin Ali kepada
Muawiyah. Pemerintahan ini berpusat di Damsyik. Sumbangan kerajaan Bani
Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran. Terdapat empat aspek utama dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyah.

· Sistem Khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.

· Sistem Wazarah iaitu perlantikan menteri untuk mengetuai sistem pentadbiran


negara bagi kerajaan pusat sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran
wilayah.

· Sistem urussetia. Beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan


rekod, menguruskan surat-menyurat dan sebagainya.

· sistem hijabah (penyekatan). Seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang


yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.

Dalam bidang sosial, ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan Kota Basrah
dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Kegiatan keilmuan ini
melahirkan ilmuan seperti Khalil Bin Ahmad (pakar bahasa dan filsologi Arab) dan
sibawaiyh (ahli nahu Arab). Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncaknya
apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Taraf kesihatan turut diberi perhatian
dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik.
Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak


pemerintahan Bani Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan
menyelaraskan pentadbiran kerajaannya. Akan tetapi pada peringkat akhir
pemerintahan Bani Umaiyah, penentangan berlaku dari dalam dan luar negara. Pada
masa yang sama, khalifah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat
di samping mengabaikan ajaran Islam. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan
yang diamalkan itu juga ditentang oleh sebilangan orang Islam khasnya golongan Syiah
dan Khawarij. Faktor-faktor di atas telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani
Umaiyah.

1.4 Kerajaan Bani Abbasiyah (750-1258M)


Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi semasa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) dan puteranya al-Makmun (813-
833M). Pada masa itu kota Baghdad (pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah)
telah memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
Perkembangan keilmuan itu telah berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya
asing ke dalam bahasa Arab. Di Baghdad telah dibina Baitul Hikmah iaitu sebuah
institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan hanya
berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun.

Para ulama juga turut menghasilkan tulisan dalam bidang fiqh, tafsir, sejarah dan lain-
lain. Di antara ulama terkenal pada era ini ialah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam
Syafi‟i dan Imam Ahmad bin Hanbal. Pada masa ini orang Islam memainkan peranan
besar kepada peradaban dunia. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap
kerana mereka telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh
Zaman Kegelapan iaitu pada ketika masyarakat mereka kurang menghargai ilmu
pengetahuan.

Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah menjadi lemah


dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan
Parsi dan Turki. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan
oleh tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

1.5 Kerajaan Islam di Afrika

Umat Islam dan tamadunnya menguasai dunia selama lebih satu alaf. Selama tempoh
masa itu tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadun Islam
tersebar luas ke serata dunia khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah.
Penyebaran tamadun Islam itu khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di
dalam berbagai bentuk dan cara. Afrika Utara mengalami proses Islamisasi dan
menjadi sebahagian dunia Islam sehingga kini. Beberapa bandar penting di Afrika Utara
seperti Kaherah dan Iskandariah di Mesir, Fez dan Tangiers di Morocco lahir sebagai
pusat perkembangan tamadun Islam di dalam jangka masa tertentu khususnya pada
zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah.

Ringkasnya, Islam telah mengurniakan kepada dunia satu pengertian sebenar kepada
apa yang disebut sebagai tamadun. Umat Islam dari Tamadun Islam yang diterima
mereka telah mencipta dan mewujudkan tamadunnya sendiri iaitu satu tamadun yang
teragung dengan segala kepelbagaian pencapaian dan kegemilangannya yang lahir
dalam kesatuan. Sejarah perkembangan tamadun Islam yang bermula pada zaman
Rasulullah dan mencapai tahap yang paling ideal di zaman khulafa al-Rasyidin. Model
dan praktikalnya masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini.

Sekalipun dikatakan bahawa kegemilangan Tamadun Islam berada di puncak pada


zaman pemerintahan Abbasiyah di Baghdad terutama dalam aspek ilmu pengetahuan
sehingga berjaya menggarap segala sumber kekayaan untuk kepentingan duniawi,
namun Islam melihat kekayaan dan kemewahan duniawi sebagai sebab kepada
berlakunya keruntuhan tamadun sekiranya aspek kerohanian yang mengingatkan
manusia kepada alam akhirat kian terhakis, lebih-lebih lagi dipinggirkan ketika
pembangunan manusia sedang rancak berjalan. Malah tidak dapat dinafikan dalam
zaman-zaman kegemilangan ilmu pengetahuan, masyarakat Islam menghadapi krisis
demi krisis sehingga berlaku perpecahan hingga akhirnya saat keruntuhan tidak dapat
dielakkan lagi.

2. Sumbangan Tamadun Islam Andalusia/Sepanyol Kepada Eropah

2.1. Pembukaan Andalusia

Andalusia atau dikenali juga sebagai al-Andalus atau Sepanyol adalah istilah yang
diberikan oleh ahli geografi Islam abad pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah
pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol
moden. Sebenarnya asal-usul nama Andalusia tidak diketahui secara tepat tetapi
mungkin diambil daripada perkataan „Vandalusia‟ yang bererti „Tanah Vandal‟ iaitu satu
suku bangsa Eropah yang mendiami rantau tersebut sekitar abad ke 5 Masihi.
(Encylopedia Brittanica 1969: 889).

Suku kaum Eropah dan Barbar telah mendiami negeri itu sejak dari zaman awal lagi
menurut catatan sejarah. Manakala Orang Phonecia dicatatkan telah menubuhkan
sebuah kerajaan mereka di Andalusia pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi.
Seterusnya pada kurun pertama Masihi datang pula orang Romawi dan diikuti oleh
suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalusia sehingga tahun 92H/711M.
(Chejne 1974: 3-4).
Keadaan social, ekonomi dan politik Andalusia terutamanya ketika di bawah
pemerintahan Visigoth amat buruk. Kesan daripada pentadbiran yang tidak teratur,
perasaan tidak puas hati daripada rakyat golongan bawahan dan keadaan yang
mengecewakan telah meletakkan negara dalam keadaan porak peranda. Andalus
melalui zaman keruntuhan yang tidak mungkin dapat lagi dibendung oleh pemerintah-
pemerintah Visigoth. Kesemua ini merupakan faktor kepada keruntuhan kerajaan
Visigoth di Andalus. Ini terbukti apabila kerajaan Visigoth dikalahkan oleh tentera-
tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 orang dengan mudah pada 92H/711M.

Misi kejayaan ini dibawa oleh Musa Bin Nusair, Gabenor Islam di Utara Afrika yang
telah mengutuskan Tarif Bin Malik dan telah berjaya menawan Algeciras. Berikutnya
beliau mengutuskan Tariq Bin Ziyad yang telah berjaya menawan keseluruhan bumi
Andalus.

Setelah Islam bertapak di Andalus, orang Yahudi dari Timur mulai mencurah masuk.
Cordova menjadi tumpuan utama mereka kerana ia merupakan pusat kegiatan
ekonomi, politik, sosial dan yang paling ketara dalam aspek ilmu pengetahuan. Dalam
jangka waktu yang singkat sahaja agama Islam telah tersebar luas di kalangan
penduduk tempatan Andalus. Ini mungkin disebabkan sikap toleransi Islam sendiri
terhadap penganut Kristian. Mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam tetapi hanya
perlu membayar cukai jizyah mengikut kadar kemampuan mereka.

Sikap toleransi pemerintah Islam serta interaksi di antara orang Islam dengan orang
Kristian mengakibatkan berlakunya asimilasi penganut Kristian Andalusia dengan
budaya Arab/Islam. Contohnya ramai orang Kristian menukar nama mereka mengikut
nama orang Arab, meniru cara hidup lahiriah orang Islam seperti berkhatan, meniru
resipi masakan, bentuk pakaian dan sebagainya. Di samping itu, penggunaan istilah-
istilah Arab telah menjadi kebiasaan kepada mereka dan pengajian bahasa Arab
mengambilalih pengajian bahasa Latin. (Arnold 1913: 136).

Ringkasnya, kehadiran Islam telah mengubah corak dan sistem masyarakat Andalusia
sekaligus melemahkan penguasaan bahasa Latin di kalangan masyarakat tempatan
sehingga memaksa ahli agama Kristian menterjemahkan buku-buku agama Kristian ke
bahasa Arab.
2.2 Faktor-faktor Perkembangan Keilmuan di Andalusia

Andalusia sering juga disebut Andalus pada suatu ketika dahulu (awal abad ke 8 Masihi
sehingga penghujung abad ke 5 Masihi) telah berjaya meletakkan taraf umum
kebudayaan masyarakatnya pada tahap yang paling tinggi sehingga hampir kesemua
penduduknya mengenal huruf. Pada waktu yang sama masyarakat Kristian Eropah
yang berjiran dengan Andalusia masih lagi berada di Zaman Kegelapan (Dark Ages).

Terdapat beberapa faktor yang membantu suasana perkembangan keilmuan di


Andalus, di antara yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. Gesaan Agama Islam

Islam menegaskan umatnya untuk mengambil berat terhadap kemajuan ilmu


pengetahuan. Melalui al-Quran dan al-Sunnah, umat Islam digesa supaya berusaha
menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akal fikiran yang
telah dikurniakan oleh Allah. Umat Islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang
berkait dengan keperluan dan kepentingan mesyarakat Islam. Tanpa penguasaan yang
sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut tidak akan memungkinkan umat Islam
mencapai kestabilan dan keselesaan dalam kehidupan sebagai individu, masyarakat
dan negara.

Kehadiran Islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Ramai kalangan


umat Islam yang berhijrah ke Andalus memainkan peranan penting dalam bidang
perkembangan intelektual. Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan
muncul sebagai sebuah obor yang menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu.
Sejarah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam hampir
tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Malah umat Islam dan masyarakat Andalus
sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah ke arah kemajuan hidup
yang lebih menyeluruh mencakupi seluruh dimensi spritual, fizikal dan intelektual.

ii. Galakan Pemerintah

Pemerintah-pemerintah Islam di Andalus mengambil berat dalam perkembangan dan


kemajuan kegiatan intelektual dalam berbagai bidang. Mereka berusaha menjemput
dan mengumpulkan para cendikiawan dari seluruh dunia untuk menampung keperluan
institusi keilmuan yang didirikan dihampir setiap bandar di Andalus. (Ahmad Amin 1969:
15).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman II (822-852 M), banyak perubahan dan
kemajuan telah dilakukan dan beliau dianggap sebagai penaung dan pengembang
kegiatan kesenian dan kebudayaan di Andalus. Beliau juga telah mendirikan banyak
institusi pengajian di setiap kota di Andalus dengan tujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan di kalangan masyarakat umum. Sarjana-sarjana daripada luar dibawa
masuk untuk mengajar di institusi-institusi tersebut dan kesan daripada usaha beliau itu
pendidikan Arab telah berkembang pesat di seluruh Andalus. (Irving 1973: 140).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961 M) Andalus mula mencapai ke
puncak keagungan dan kecemerlangannya dalam berbagai aspek kehidupan seperti
pentadbiran, sosio-ekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan. Di bawah
pemerintahan beliau Andalus mencapai puncak kemakmuran ekonomi. Beliau juga
berjaya menyatukan masyarakat Andalus yang terdiri daripada berbagai bangsa dan
suku kaum menjadi satu umat yang menghasilkan pencapaian tinggi. (Irving 1973: 166).

Berikutnya Khalifah al-Hakam II (961-976 M) telah menumpukan sepanjang lima belas


tahun kekuasaannya menggalakkan perkembangan kegiatan keilmuan di Andalus.
Pada zaman kekuasaannya Universiti Cordova diperbesarkan dan dipertingkatkan
peranannya hingga muncul sebagai sebuah universiti terbaik dan terbesar di dunia.
(S.H. Mahmud 1960: 71). Kebudayaan masyarakat Andalus mencapai tahap
tertingginya di bawah pemerintahan al-Hakam II. Menurut yang dilaporkan oleh Dozy di
dalam bukunya “Spanish Islam”, hampir semua penduduk Andalus tanpa mengira
lapisan masyarakat boleh menulis dan membaca dengan baik. (Dozy 1972: 455)( Irving
1973: 114).

Begitulah peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Islam di Andalus,


mereka begitu berminat dan cintakan ilmu sehingga masjid dan istana turut dijadikan
tempat pembelajaran.

iii. Kesungguhan Ulama


Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah
kesungguhan para ulama. Semasa pembukaan Andalus para cendikiawan dan ulama
Islam telah sama-sama datang sebagai tentera. Mereka membawa bersama ilmu dan
pengalaman untuk dikembangkan dan dicurahkan kepada penduduk Andalus. Pada
peringkat awal, ulama berperanan menerangkan akidah dan menyelesaikan soal-soal
asas yang dihadapi seperti ilmu syariat dan bahasa. Kemudian mereka turut
menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberikan galakan kepada masyarakat untuk
mendapatkan ilmu. Contohnya Ibn Hazm (994-1064 M) yang merupakan ilmuan Islam
yang agong di Andalus. Beliau juga seorang ahli fikir, sasterawan dan juga hakim.
Beliau mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Malah terdapat ramai lagi ulama dan
cendikiawan Islam yang turut memberi sumbangan besar dalam proses perkembangan
ilmu pengetahuan ini seperti Ibn Firnas (888M - mati) dan Yahya al-Ghazal. (865 -
mati). Kepesatan kegiatan intelektual ini juga disebabkan ulama dan ilmuan Islam
terpaksa menghadapi cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. Hujah-hujah,
falsafah dan ilmu logik mereka yang kukuh terpaksa ditangani dengan hujah-hujah yang
lebih mantap.

iv. Sikap Masyarakat

Masyarakat Islam Andalus menaruh perhatian besar terhadap kegiatan keilmuan. Minat
mereka dalam mencari dan mendalami berbagai bidang ilmu pengetahuan amat
dikagumi. Setiap lapisan masyarakat Andalus bermula daripada para pemerintah
sehingga masyarakat awam tidak kira lelaki dan wanita, sama-sama berlumba-lumba
untuk mempelajari dan mendalami pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Minat mereka
terhadap pelajaran tidak terbatas atau cukup di dalam negara mereka sahaja, tetapi
mereka sanggup merantau dan mengembara semata-mata untuk mencari dan
menambah ilmu pengetahuan.

Masyarakat Andalus juga amat berminat dalam pengumpulan buku-buku ilmiah


daripada pelbagai bidang. Minat mengumpulkan buku ini dimiliki oleh setiap lapisan
masyarakat di Andalus termasuk wanita dan golongan hamba. Bagi golongan wanita
yang miskin, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang
keilmuan dengan bekerja sebagai penyalin kitab suci al-Quran dan buku-buku ilmiah
lain.

Ternyata faktor-faktor yang disebutkan di atas iaitu gesaan ajaran Islam kepada
mencari ilmu gandingan mantap para ulama dan pemerintah dalam menyemarakkan
lagi kegiatan intelektual dalam masyarakat dan sikap masyarakat yang cintakan ilmu
terbukti menjadi suatu prasarana dalam menyemarakkan lagi kegiatan intelektual di
dunia Islam khususnya di Andalus.

2.3 Cordova Sebagai Pusat Kegiatan Keilmuan

Kedatangan Islam ke Andalus bukan sahaja telah membawa perubahan kepada


struktur politiknya, malah telah memandu Andalus ke mercu kejayaan cemerlang yang
tidak boleh ditandingi didalam segala bidang kehidupan. Khususnya dalam bidang
pertumbuhan dan perkembangan intelektual.

Penguasaan Islam di Andalus selama hampir lapan abad sebenarnya telah


memberikan pengertian yang amat besar kepada perkembangan kegiatan intelektual
dalam berbagai bidang bukan sahaja kepada masyarakat Andalus, malah kepada
seluruh masyarakat Barat dan dunia. Cordova yang menjadi ibu kota pemerintahan
Islam di Andalus pada zaman kemuncaknya telah muncul sebagai sebuah kota ilmu
pengetahuan yang ulung. Ia menjadi tumpuan para sarjana dan pelajar dari segenap
pelusok dunia. (Imamuddin 1965: 184).

Institusi pendidikan tumbuh dengan banyaknya di seluruh Andalus. Boleh dikatakan


semua bandar utama mempunyai universitinya yang tersendiri, sementara bandar-
bandar kecil mempunyai sekolah-sekolah. Masjid-masjid juga turut berfungsi sebagai
pusat pembelajaran. Dicatatkan juga bahawa pada zaman pemerintahan al-Hakam II, di
seluruh Andalus terdapat sebanyak seribu buah universiti yang dilengkapi dengan
perpustakaan yang baik. (Kabir Ahmad Khan 1982: 312).

Hasil daripada banyaknya institusi pendidikan ini, Cordova yang juga merupakan
ibukota pemerintahan Islam di Andalus pada waktu itu muncul sebagai pusat pengajian
dan kebudayaan yang terulung di Eropah bagi orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi.
Para pelajarnya terdiri daripada dalam dan luar negeri. Mereka boleh mempelajari
berbagai-bagai bidang ilmu dan di mana-mana institusi yang terdapat dengan
banyaknya di kota Cordova. Universiti Cordova muncul sebagai salah sebuah institusi
pengajian tinggi yang paling terkenal di zamannya. Hanya Universiti al-Azhar di Mesir
dan Universiti Nizamiyyah yang setanding dengannya. (Abdul Aziz Salim 1962: 296).
2.4 Cara Penyebaran Tamadun Islam Ke Eropah

Penyebaran Tamadun Islam ke Eropah melalui berbagai cara. Cara terpenting


berlakunya penyebaran tersebut ialah melalui Andalus iaitu dari 92-897H bersamaan
711-1492 M. Tiga golongan utama yang berperanan besar menyebarkan nilai-nilai
tamadun Islam ini ke Barat ialah masyarakat Kristian Andalus yang dikenali dengan
sebutan Mozarab, golongan pedagang dan para pelajar Kristian Eropah yang belajar di
unversiti-universiti Andalus. Cara terpenting berlakunya proses pemindahan khazanah
ilmu pengetahuan dan teknologi Islam ke Eropah ialah melalui aktiviti penterjemahan.

i. Orang Mozarab

Mozarab ialah panggilan kepada masyarakat Kristian. Ia diambil dari bahasa Arab
“musta‟ribun” (orang-orang yang diarabkan) iaitu orang Kristian yang tertarik dan
mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Penumpuan dan
pemerhatian mereka terhadap karya-karya Islam menyebabkan mereka lebih
menguasai bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Sebagai bukti, pada tahun
1049 M, John of Seville terpaksa mengusahakan terjemahan Bible ke bahasa Arab
untuk digunakan oleh penganut-penganut Kristian Andalus. Orang Mozarab telah
membelanjakan wang yang banyak untuk membina perpustakaan-perpustakaan besar
bagi menyimpan buku-buku Arab. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan
dan bantahan dari Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas terhadap karya-
karya Islam golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara
memindahkan elemen-elemen tamadun Islam Andalus kepada masyarakat Kristian
Eropah. (Azam 1991: 87).

ii. Pedagang

Pedagang-pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagang dengan negara


Kristian sama ada melalui perdagangan darat dan juga laut. Barang dagangan dari
Andalus menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak
perdagangan ini sistem nilai dan keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai
oleh masyarakat Kristian Eropah. Ini kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang
menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang mempunyai
kontrak perdagangan dengannya. (Imamuddin 1965: 186).

iii. Pelajar Kristian Eropah


Para pelajar Kristian Eropah ini dihantar oleh negara-negara Eropah seperti England,
Perancis dan Jerman ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian,
pertukangan dan lain-lain. Mereka juga menghantar pembesar-pembesar dan putera-
putera mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta mendalami dan
mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam.

Menurut Petter antara rombongan yang tiba ke Andalus ialah Elizabeth iaitu sepupu
kepada Louis IV dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara Jerman pula
menghantar perutusan diketuai oleh menterinya yang bernama William. Ketika ini
Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III merupakan universiti terbaik
ketika itu. Ia bukan sahaja menampung pelajar-pelajar Muslim, tetapi juga pelajar-
pelajar Kristian dan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia sama ada Eropah, Afrika dan
juga Asia.

Pada masa pemerintahan Hisham I, Putera Philip telah menghantar pelajar-pelajarnya


untuk mempelajari teknik-teknik dan metodologi pembelajaran setiap disiplin ilmu.
Secara tidak langsung ilmu-ilmu Islam telah tersebar dengan begitu cepat dan pesat. Ia
bukan sahaja menerangi dunia Islam tetapi turut membawa nafas baru kepada Eropah
yang masih dalam kegelapan.

iv. Aktiviti Penterjemahan

Pemusuhan politik dan agama di antara raja-raja Kristian dengan Islam tidak pula
memberikan kesan negatif kepada hubungan kebudayaan. Malah setiap kali mereka
berjaya menawan wilayah-wilayah Islam, raja-raja mereka memberikan galakan supaya
membuat pengajian dan penelitian terhadap buku-buku dan manuskrip-manuskrip Islam
yang berjaya mereka perolehi. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti
khusus untuk menterjemah buku-buku Arab ke bahasa Latin dan juga memberikan
pendidikan Arab-Latin kepada penganut-penganut Kristian. Sekolah Arab-Latin di
Toledo dan Seville telah memainkan peranan penting di dalam pengaliran ilmu
pengetahuan Islam ke Eropah. (Azam 1991: 88).

Dengan lahir banyaknya aktiviti penterjemahan ini maka ilmu pengetahuan serta sains
dan teknologi Islam mulai tersebar luas ke seluruh Eropah. Pengajian ilmu perubatan di
Eropah bermula di Salerno. Sekolah perubatan pertama telah ditubuhkan oleh
Constantin yang mendapat bantuan dari guru-guru Arab. Dilaporkan bahawa Constantin
telah mengembara selama 36 tahun ke seluruh negara Islam untuk mendalami
pengetahuan di dalam berbagai bidang. Beliau juga turut menterjemah karya-karya
Arab ke bahasa Latin. (Imamuddin 1965: 190).

Montpellier dan diikuti oleh Paris, muncul sebagai pusat pengajian ilmu perubatan yang
terkenal di Eropah. Bahasa Arab yang telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan telah
diajar di beberapa buah unversiti di Eropah dan juga di sekolah-sekolah, terutamanya di
Toledo, Narbonne, Naples, Bologna dan Paris. Hasil-hasil karya sarjana agung Islam
dalam berbagai bidang seperti al-Razi, Ibn Sina, Ibn Zuhr dan Ibn Rushd yang telah
diterjemahkan ke bahasa Latin telah dijadikan sebagai teks utama di universiti-universiti
mereka sehinggalah ke abad 16 Masihi. Penghujung abad ke 16 dan 17M barulah
pengaruh bahasa Arab kelihatan berkurangan dalam bidang falsafah dan sains tabii,
iaitu setelah sarjana-sarjana Barat seperti Copernicus, Vesalius, Michael Servatus,
Gallileo dan lain-lain lagi membawa arah baru dalam bidang tersebut. (Chejne 1974:
358).

2.5 Peranan Andalus Kepada Kebangkitan Eropah

i. Kebangkitan Eropah

Kebangkitan Eropah bermula ketika orang Islam mulai melalui zaman kemerosotan dan
kemundurannya. Negara-negara Eropah mula sedar dan mula mengejar kemajuan
dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial dan akhirnya berjaya
menewaskan orang Islam di Andalus pada abad ke 15 M. Mereka telah belajar daripada
orang Islam dalam membantu proses pemodenan masyarakat Kristian Eropah yang
jauh tertinggal. Mereka berbaik-baik dengan orang Islam Andalus dan bergantung
kepada jasa-jasa mereka untuk memindahkan khazanah-khazanah ilmu Islam ke
Eropah. Mereka mula mengkaji faktor-faktor yang telah membawa kepada kejayaan
Islam.

Abad ke 11M menyaksikan perubahan positif dalam bidang ekonomi di negara-negara


Kristian Eropah. Tanda-tanda pemulihan ekonomi ini adalah dalam pertambahan
penduduk, pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian, kemunculan golongan
pedagang yang bergantung kehidupan mereka pada perdagangan dua jalinan semula
hubungan Eropah Barat dengan Laut Mediterranean yang tertutup pada Zaman
Kegelapan (Dark Ages). Venice di Itali muncul sebagai pusat perdagangan penting di
Eropah Selatan. Mereka mewujudkan hubungan dagang dengan pedagang Islam di
Timur. Aktiviti ini berkembang ke Lambardy dan Tuscany tempat berkembangnya
bandar-bandar terkenal saperti Milan, Florence dan Siena. Pedagang Kristian mula
menguasai perdagangan dan berusaha menyingkirkan kapal-kapal dagang Islam di
bahagian barat Mediterranean. Pemulihan ekonomi juga berlaku di bahagian utara dan
hampir di semua kawasan di Eropah Barat. Institusi kewangan dan perbankan mula
berkembang khususnya di Genoa dan Tuscany di Italy. (Sivachandralingam 1996: 99-
109).

Pada abad ke 12 dan ke 13M, beberapa buah universiti mula didirikan di Eropah.
Universiti Oxford dibangunkan pada tahun 1167M, Universiti Cambridge pada tahun
1207M dan Universiti Pradua pada tahun 1222M. Selain unversiti-universiti ini,
kebanyakan unversiti lain di Eropah didirikan selepas tahun 1250M. (Azam 1990: 3).
Pada penghujung abad ke 12M terdapat enam buah universiti di Eropah dan menjelang
tahun 1500M jumlahnya meningkat kepada 76 buah. (Sivachandralingam 1996: 108).
Sementara kegiatan penulisan ilmiah pula mulai giat dilakukan di Eropah pada tahun
1647M iaitu setelah tertubuhnya Academy Experiment di Itali. Seterusnya di London
ditubuhkan pula Royal Society of London pada tahun 1662M dan di Perancis
dibangunkan French Academy of Science pada tahun 1666M. Kebanyakan sarjana
Kristian Eropah yang menjadi pelopor pengembangan ilmu di negara mereka pernah
berguru dengan sarjana Islam khususnya di Andalus. (Azam 1990: 3).

Meskipun sarjana Kristian Eropah banyak bergantung kepada kepakaran sarjana


muslim dalam merintis jalan kebangkitan Eropah, namun tidak ramai penulis sejarah
sains Barat yang menonjolkan sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam penulisan
mereka. Ini kerana kebanyakan mereka adalah penulis anti-Islam yang amat fanatik.
Mereka menafikan segala sumbangan besar saintis Muslim dan beranggapan bahawa
mereka (saintis Muslim) itu hanyalah sebagai penterjemah karya-karya yang telah
dihasilkan oleh saintis dan ahli falsafah Yunani. Namun begitu ada juga segelintir
sarjana mereka yang mengaku secara jujur dan menghargai sumbangan sarjana
Muslim.

Sesungguhnya sumbangan yang diberikan oleh sarjana-sarjana Muslim terhadap


khazanah ilmu pengetahuan dunia tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai
harganya.
ii) Iktibar Dari Sejarah

Orang Islam Andalus (Sepanyol) telah berjaya mencipta sejarah dari segi politik dan
peradaban yang tinggi dalam bidang keagamaan, intelektual dan senibina. Peradaban
Islam adalah berasaskan akidah. Akidah Islam adalah berbentuk universal, global dan
integral. Kegiatan senibina berkembang pesat di Sepanyol. Masjid merupakan institusi
pertama yang mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Masjid yang teragung di
Sepanyol ialah Masjid Cordova. Istana khalifah juga mencerminkan seni ukir dan seni
bina Islam. Istana yang paling indah dan agung ialah Istana al-Hamra‟ (Alhambra) yang
terletak di bandar Granada (Gharnatah).

Aspek perbandaran merupakan ciri terpenting dalam kehidupan orang Islam di


Sepanyol. Terdapat banyak bandar orang Islam yang baru dibina atau sudah sedia ada
tetapi diperbaharui di Sepanyol seperti bandar Cordova, Granada dan Seville. Di
bandar-bandar ini terdapat institusi-institusi agama dan pendidikan dan di sini juga
tumbuh dan berkembangnya peradaban orang Islam. Usaha membina dan memajukan
bandar-bandar Sepanyol merupakan suatu taktik dan strategi penting bagi
mengukuhkan pengaruh Islam dari segi politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Tegasnya dari bandar orang Islam mula berkuasa dan mengambil alih pemerintahan
dan diperluaskan ke desa-desa.

Di bandar terdapat ramai penduduk dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan bagi


menjalankan aktiviti-aktiviti untuk keperluan masyarakat dan negara. Pembinaan kota
Cordova, Seville dan Granada mencerminkan kegemilangan tamadun Islam di
Sepanyol. Namun terdapat juga aspek-aspek negatif dari kehidupan di bandar. Ciri-ciri
kebudayaan dan kemewahan yang terdapat di bandar boleh membawa keruntuhan
akhlak penduduknya. Kerana itu Allah mengingatkan tentang keburukan penduduk
bandar yang sering melakukan kerosakan di bumi. Firman Allah bermaksud:

“Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu ada sembilan orang yang semata-
mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak
melakukan kebaikan sedikit pun”. (Surah al-Naml ayat 48)

Mereka yang tinggal di bandar termasuklah kaum elit dan raja. Firman Allah yang
bermaksud:
“Sesungguhnya raja-raja apabila mereka memasuki sesebuah kampong mereka
membinasakannya dan penduduknya yang mulia dijadikan hina, dan demikian pulalah
yang akan mereka lakukan”. (Surah al Naml ayat 34)

Pengaruh budaya Barat yang tersebar luas di kawasan bandar Sepanyol telah memberi
kesan negatif terhadap kehidupan penduduknya. Ramai dikalangan pemimpin Islam
yang terjerumus ke lembah kehinaan, mereka lebih mementingkan hiburan,
keseronokan dan kebendaan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara. Keadaan ini telah menimbulkan sifat-sifat angkuh, tamak dan
mementingkan diri sendiri. Justeru itu timbul perbalahan dan akhirnya berpecah
sesama sendiri. Dalam keadaan berpecah ini umat Islam telah kehilangan kekuatan
politik dan menjadi semakin lemah. Perbalahan dan peperangan sesama sendiri
mengakibatkan kerugian besar dari segi nyawa dan harta benda.

Orang Kristian telah mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku ini.
Pada bulan Julai 1212M tentera Salib (Kristian) dari Castile, Leon, Navarre dan Aragon
telah bersatu tenaga untuk menyerang kerajaan al-Muwahhidun dan wilayah-wilayah
lain yang diperintahkan oleh orang Islam. Tentera Salib telah meraih kemenangan
besar dalam peperangan di Los Navas de Tolosa. Kemenangan tentera Salib ini
merupakan titik tolak kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) kerana
selepas itu satu demi satu wilayah Islam jatuh ke tangan mereka. (Mahayuddin 1990:
222).

Orang Kristian yang dilihat pada lahirnya baik dan jujur, mempunyai perancangan dan
niat jahat terhadap Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan orang
Islam. Perancangan ini telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan terus
dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

3. Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan

Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan
umatnya mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka mampu
menghasilkan karya-karya sendiri dan mampu menyumbang dan menyebarkan ilmu-
ilmu itu kepada masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Selama beberapa abad umat
Islam menjuarai dunia menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Beberapa disiplin
ilmu baru telah dikembangkan dan beberapa penemuan baru telah ditemui hasil
daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan dalam bidang-bidang sains
dan teknologi, sains kemanusiaan dan sosial dan lain-lain. Kewujudan dan
perkembangan pelbagai disiplin ilmu ini telah mempengaruhi dunia. Pada waktu itu
dunia khususnya di Eropah berada di Zaman Kegelapan. Sehingga kini penemuan
sarjana Islam masih dikaji, dipelajari dan dihayati sama ada secara langsung atau tidak,
diakui atau dinafikan.

3.1 Sumber, Prinsip dan Matlamat Keilmuan Islam

a. Sumber

Sumber ilmu pengetahuan adalah;

i. Al-Quran

ii Al-Sunnah

iii Al-Ijtihad

Al-Quran:

Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda


kebesaran Allah s.w.t, menggesa manusia mempelajari dan
mengembangkannya. Ada dalam bentuk umum dan ada dalam bentuk khusus.

Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti:

i. Astronomi; al-Anbiya: 23, al-An‟am: 97, Yasin: 38-40 dan lain-lain.

ii. Matematik; al-Nisa‟: 11-12.

iii.Biologi; alHajj: 5, al-Alaq: 2 dan lain-lain.

iv. Fizik; al-A‟la: 1-3, Luqman: 20.

v. Kimia; al-Rahmah: 7-9, al-Ra‟d: 3 dan lain-lain.

Al-Sunnah:
Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan, menggesa dan menganjurkan pencarian
ilmu serta melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang
dimiliki seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”.

Al-Ijtihad:

Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ini sesuai dengan
tuntutan mencari ilmu dalam Islam. Menurut Imam al-Ghazali, tuntutan mencari ilmu
adalah kewajipan keagamaan yang dibahagikan kepada fardhu „ain dan fardhu kifayah.

b. Prinsip Keilmuan

Ia mempunyai tiga prinsip:

i. Tauhid

Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan
maklumat dan ilmu itu dirujukkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber
muktabar yang lain.

ii. Berasaskan hiraki ilmu

Dari sudut hiraki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang
merupakan ilmu yang tinggi kedudukannya. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula merupakan
ilmu-ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh itu ia di tempat kedua dari segi hirakinya.

iii. Kesepaduan ilmu

Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai
matlamat jangka pendek sahaja. Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan
dan seterusnya mencapai kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s.w.t.
Akidah tauhid harus menjadi paksi atau tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah.

c. Matlamat Ilmu Dalam Islam


Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu:

i. Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah. Ini merupakan tonggak
matlamat segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini.

ii. Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat kepada
Allah.

iii. Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang sebenar.

iv. Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah.

4. Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan

Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam


pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam adalah
lahir dari ajaran Islam itu sendiri yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam. Ia
menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta ilmu terutama dari blok Eropah dan Barat. Hal
ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh tamadun Islam terhadap dunia Eropah
dan Barat dan dunia seluruhnya, antara lain:

i. Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam

Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith sejak dari
permulaan Islam lagi. Di samping ketekunan beribadat, mereka juga tidak ketinggalan
dalam usaha penemuan ilmu-ilmu umum baru yang lain. Kesemua ini bertujuan bagi
kepentingan umat manusia, baik untuk keselesaan hidup di dunia mahupun mencari
kebahagian di akhirat. Dengan sebab itu, lahir para ilmuan dalam pelbagai
bidang tersebar di seluruh pelosok dunia Islam. Pemimpin Islam telah mengambil
inisiatif untuk mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan diberi upah bagi mereka
yang mengajar dan membuat penyelidikan dari semasa ke semasa. Akhirnya tempat itu
menjadi Pusat Pengajian Tinggi Islam. Berbagai lapisan masyarakat datang ke tempat
itu sama ada dari dalam atau luar negara seperti pelajar-pelajar dari Eropah untuk
menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari tokoh-tokoh terkenal.

ii. Kewujudan Institusi Penterjemahan

Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur


Tamadun Islam kemudian mereka bawa pulang ke negeri masing-masing. Sejak
mereka mengenali kecemerlangan Tamadun Islam sekitar abad ke 11 Masehi, maka
semakin tinggi keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka
sehari-hari. Mereka berfikir bagaimana cara supaya ilmu pengetahuan yang amat
berguna itu masuk lebih cepat ke Eropah. Akhirnya golongan ilmuan di kalangan
mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.

Sebahagian besar usaha penterjemahan dilakukan oleh ilmuan di Universiti Islam di


Sepanyol, Sicily dan ilmuan Islam di Universiti Islam di Timur. Usaha penterjemahan
buku berjalan dengan pesat kerana mereka berkemampuan menterjemahkan buku-
buku bahasa Arab ke bahasa Latin dan Eropah. Pada mulanya mereka hanya
menterjemah ilmu-ilmu falsafah sahaja kemudian kegiatan ini diteruskan ke bidang-
bidang sains. Buku-buku hasil karya ilmuan Islam itu dijadikan rujukan di pusat-pusat
pengajian mereka di Eropah.

iii. Penubuhan Universiti Pertama di Eropah

Penubuhan universiti yang pertama di Eropah merupakan inisiatif daripada pelajar-


pelajar Kristian Eropah yang telah tamat pengajian mereka di Timur (Baghdad) dan di
Barat (Sepanyol). Penubuhan universiti tersebut juga ada kaitan dengan Perang Salib
kerana berlaku pemindahan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam serta bahan-
bahan ilmiah lain yang dibawa oleh tentera-tentera salib pulang ke negara mereka.
Model universiti-universiti yang dibangunkan di negara mereka adalah merupakan
tiruan daripada institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Sepanyol.

iv. Penggunaan Istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat

Para ilmuan Barat banyak menggunakan istilah-istilah Arab dan Islam di pusat
pengajian mereka di Barat. Ini kerana mereka pernah belajar dari sarjana-sarjana Islam
dan mempelajari buku-buku yang ditulis oleh mereka. Kebanyakan istilah-istilah Arab
dan Islam yang dikemukakan oleh ilmuan Islam pada masa dahulu, mereka kekalkan
sebagai istilah-istilah saintifik Barat sehingga dewasa ini. Contohnya ialah istilah Sifr-
sifar, Zero, Almanac-al-munakh (cuaca), Alcohol-al-kuhul dan Arsenic-al-zirnikh.

4.1 Disiplin Ilmu, Tokoh Dan Sumbangannya

Rasulullah s.a.w. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang


berbentuk duniawi dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama
lain. Di antara cara-cara yang biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk
merealisasikan perkara di atas antaranya pada malam hari baginda banyak
mengerjakan amal ibadah dan pada siang hari baginda bertanggungjawab dalam
pentadbiran dan pengurusan negara. Baginda juga mendidik para sahabat secara
langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan mereka sehingga tidak sanggup
melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat disebabkan
mereka menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang. Kecemerlangan keilmuan
dalam Tamadun Islam di zaman silam itu, akhirnya melahirkan ramai tokoh ilmuan
dalam pelbagai bidang. Ianya dikagumi dunia sehingga kini. Oleh itu lahir tokoh-tokoh
intelektual yang terbilang dalam pelbagai bidang. Berikut akan dijelaskan ilmu-ilmu yang
telah diterokai oleh para ilmuan Islam itu dan sumbangan yang telah mereka berikan.

a. Sains dan Teknologi

i. Astronomi

Merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan, bintang, planet,
galaksi, jirim antara bintang, nova dan pulsar dan apa jua bahan dan jasad yang
terdapat di angkasa lepas (Baharuddin Yatim, 1992, 20)

Walaupun ilmu astronomi turut dicurigai oleh masyarakat umum,Andalusia tetap berjaya
melahirkan ramai ahli astronomi terkenal. Ini kerana mereka mendapat galakan
daripada pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi. Salah satu
tempat yang digunakan sebagai kajian pencerapan angkasa lepas ialah di menara
masjid. Seterusnya sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina
berhampiran dengan Masjid Seville pada tahun 1190M. Para sarjana astronomi Islam
Andalusia telah mencipta pelbagai alat astronomi yang belum diketahui oleh dunia
sebelum itu. Contohnya Astrolab yang digunakan oleh orang Eropah sehingga kurun
ke-12 Masehi untuk menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada cara yang
dilakukan oleh orang Greek sebelumnya.

Antara tokoh astronomi Islam ialah Abd al-Rahman al-Sufi (903-986M). Sumbangan
beliau di dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih dari 1000 jenis.
Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh
ahli sains Barat. Namun demikian nama dalam bahasa Arab telah diubahsuai dengan
sebutan Eropah seperti algharab diubah jadi algorab (Mustafa Daud 1991: 262).

ii. Matematik
Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra
dalam bentuknya yang asli. Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah
dipelopori dan diketengahkan oleh para sarjana Muslim. Merekalah orang pertama
menggunakan Algebra dalam bidang Geometri. Di antara tokoh ilmu matematik Islam
ialah al-Khawarizmi (780-850M). Beliau merupakan seorang ahli matematik Islam
termasyhur. Beliau memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik
apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami‟ wa al-Tafiq bi Hisab al-
Hind. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal
dari India.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra.
Perkara ini dirakamkan di dalam kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-
Muqabalah. (Mustafa Daud 1991: 261).

iii. Perubatan

Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat


membanggakan dalam bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli
perubatan Timur. Berdasarkan teori-teori baru, ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah
berjaya melakukan eksperimen-eksperimen yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati
dalam semua operasi yang dilakukan khususnya dalam bidang aetiologi, patologi dan
terapuitik. Dengan itu Andalusia berjaya melahirkan ramai sarjana yang mempunyai
kepakaran yang mendalam dalam berbagai cabang ilmu kedoktoran dan mereka telah
menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat
pembedahan. Inilah sumbangan terbesar oleh sarjana perubatan Islam dan dunia
perubatan moden terhutang budi kepadanya. Orang Yahudi mempelajari ilmu daripada
sarjana Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di merata tempat. Selain
daripada itu, para sarjana perubatan menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti di
seluruh Andalusia. Mereka bertanggungjawab mengurniakan diploma atau ijazah
kepada para pelajar yang telah tamat pengajian kedoktoran. Seseorang itu tidak
dibenarkan untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu kedoktoran tanpa diploma atau
ijazah yang berkenaan. Banyak hospital awam didirikan di semua bandar penting di
Andalusia. Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani Umaiyah terdapat lebih
kurang 40 buah hospital di Cordova.
Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada
525H/1131M). Di Barat beliau dikenali sebagai Avensoon. Beliau juga merupakan pakar
perubatan yang termasyhur di Andalusia. Beliau telah meninggalkan karya yang amat
dihargai oleh Barat iaitu kitab al-Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
dalam tahun 1289M oleh Paravicius dengan nama Theisir. Ia dikenali
sebagai Facilitation of Treatment dalam bahasa Inggeris.

b. Sains Kemanusiaan dan Sosial

i. Antropologi dan Sosiologi

Di kalangan ahli antropologi Barat tidak wujud keseragaman dalam memahami manusia
ini kerana mengikut fahaman “humanisme” yang berkembang di Barat melalui abad
ke15 hingga abad ke18 unsur kerohanian atau keagamaan tidak wujud dalam
kehidupan manusia. Menurut Islam definisi manusia yang diberikan ini adalah amat
tidak lengkap. Mendefinisikan manusia dengan mengambil kira unsur biologinya sahaja
merupakan satu jenayah dan penafian tentang hakikat kemanusiaan itu sendiri kerana
manusia tidak dapat hidup berdasarkan kepada jasad sahaja. Malah ia memerlukan
roh. Tanpa roh manusia tidak dapat hidup. (Mustafa Daud 1991: 203).

Di antara tokoh ilmu sosiologi Islam ialah Dr. Ali Syari‟ati (1933-1977M). Beliau berasal
dari Iran dan merupakan di antara pakar sosiologi Islam mutakhir yang cuba
menganalisis sosiologi dari perspektif Islam. Percubaan beliau ini menghasilkan satu
kejayaan gemilang. Kegemilangan ini adalah berpunca daripada kejayaannya
mengadun ajaran-ajaran al-Quran dengan ilmu sosiologi moden yang dipelajarinya di
Perancis sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Keunggulan teori Dr. Ali Syari‟ati hanya dapat dilihat setelah dibandingkan dengan teori
perubahan sosial Barat. Barat menyenaraikan beberapa faktor yang membawa
perubahan sosial seperti penjajahan, kemajuan komunikasi, kemajuan teknologi, faktor
alam sekitar seperti gempa bumi dan sebagainya. Dengan bimbingan al-Quran, Dr. Ali
Syari‟ati menemukan teori perubahan sosialnya dengan menitikberatkan tentang umat
manusia itu sendiri. Istilah yang digunakan oleh beliau ialah al-nas. Hal ini berpandukan
kepada ayat al-Quran yang ber maksud:

“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu (kaum manusia) jika mereka
sendiri tidak mahu mengubahnya.” (Surah al-Ra‟d: 11).
ii. Psikologi

Ia adalah ilmu yang mengkaji tentang jiwa, merupakan ilmu yang paling tua usianya
bermula di zaman primitif lagi. Ia maju setapak pada zaman Yunani kuno. Ia dikira
sebagai era bermulanya psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti Plato,
Aristotles, Gelen dan sebagainya merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing
lagi kepada kita.

Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar didalam perkembangan psikologi
ini. Al-Imam Abu Mansur Al-Tahlabi telah berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah
digunakan oleh ahli-ahli psikologi Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu
sepertijanin, walid, rad‟i, baligh dan
sebagainya. Nafs (jiwa), qalb (hati), rohdan aql (akal) adalah empat istilah yang paling
popular dalam psikologi Islam. Semua istilah ini terdapat dalam al-Quran.
Perkataannafs diulang oleh al-Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti sebagai
kemanusiaan pada keseluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja.
Perkataan qalb pula diulang sebanyak 144 kali. Ia mempunyai berbagai-bagai makna,
seperti pemberian hidup, wahyu malaikat yang membawanya dan sebagainya. „Aql pula
diulang sebanyak 49 kali, bukan secara tepat tetapi dalam bentuk kata kerja,
iaitu „aqala yang memberi erti sebagai berfikir. (Mustafa Daud 1991: 210).

Tokoh Psikologi Islam yang utama ialah al-Farabi (meninggal pada 350/961M). Di Barat
beliau dikenali sebagai Alpharabius. Beliau meninggalkan Farab (Uzbekistan, Rusia)
untuk menuntut ilmu di Baghdad sejak kecil lagi. Al-Farabi ketika membicarakan
masalah roh bermula dengan menghuraikan akal. Akal dikatakan oleh beliau sebagai
satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya
kekuatan itu terangkum di dalamnya beberapa daya yang lain seperti daya keinginan
untuk hidup. Terdapat juga daya perasaan dan imaginasi yang terkandung di dalam
daya mengenal. Di samping itu ada daya yang berupa intelek yang praktis yang
digerakkan oleh intelek yang berbentuk teori yang kedua-duanya dapat mencetuskan
daya berfikir.

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang
berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya
kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan
kesempurnaan jasmani seperti bagaimana mencari makan dan tempat perlindungan.
Al-Farabi berpendapat bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan hancur, dengan
hancurnya jasad ditelan bumi. Sedangkan daya kekuatan yang pertama tetap kekal
bersama roh dan daya kekuatan inilah juga yang akan dibangkitkan bersama roh pada
hari kiamat.

iii. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejak dahulu lagi manusia bersastera dengan menghasilkan berbagai bentuk puisi
seperti nyanyian, sajak dan jampi mentera, di samping bentuk prosa seperti cerita-cerita
penglipur lara, dongeng dan sebagainya. Sebelum Islam, sastera mereka dipenuhi
unsur-unsur animisme terutama dalam puisi mistik. Beberapa pembaharuan dapat
dilihat selepas kedatangan Islam. Kemudian dengan kedatangan Barat telah mengubah
sama sekali dunia sastera orang Islam. Malangnya sebahagian besar masyarakat Islam
tidak menyedari bahawa dari segi prinsip dan konsepnya, seni Barat yang umumnya
bersifat sekular itu tidak selaras dengan Islam. Seni sastera Islam pula tidak diberikan
tempat dalam dunia yang sekular ini. Sifat asas seni sastera Islam adalah tauhid.
Sasterawan Islam hendaklah yakin bahawa hanya nilai yang ditentukan oleh Allah
sahaja yang mutlak dan terbaik.

Di antara tokoh seni sastera Islam ialah al-Ma‟ari (973-1057M). Beliau adalah seorang
sasterawan yang menguasai kedua-dua bidang prosa dan puisi. Karya prosanya yang
terkenal ialah Risalah al-Ghufran(Bingkisan Pengampunan). Ia mengandungi unsur
simbolik dan sindiran yang merupakan pengalaman pengembaraan penulis di alam
akhirat. Beliau juga menghasilkan kitab akhlak yang bermutu iaitu Mulk al-
Sabil (Tertinggal Jalan) yang mengandungi kata-kata hikmat dan ajaran akhlak.
(Mustafa Daud 1991: 323).

c. Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan

i. Pengurusan Sumber Maklumat

Dalam Islam, semua maklumat dan ilmu adalah milik Allah. Oleh itu sumber maklumat
utama yang tidak boleh diketepikan ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber
primer manakala sumber maklumat selainnya adalah sumber sekunder, atau dengan
sebutan lain sumber naqli (wahyu) dan sumber aqli (ijtihad). Sumber primer ialah
sumber asal maklumat dalam Islam dan bersesuaian dengan setiap zaman, manakala
sumber sekunder (alternatif) adalah sumber-sumber maklumat yang dikembangkan
oleh pemikiran manusia hasil analisis dan sentesis daripada prinsip-prinsip al-Quran
dan al-Sunnah.

Sejarah memperlihatkan betapa ramai tokoh-tokoh intelektual Islam yang terkenal


menjadikan sains pengurusan maklumat dan ilmu sebagai asas kejayaan mereka
dalam menguasai pelbagai bidang keilmuan. Di antara tokoh ilmu pengurusan sumber
maklumat Islam ialah al-Ghazali (1111M). Beliau adalah Abu Hamid Muhammad al-
Ghazali. Lahir di daerah Tus di kawasan perkampungan Ghazalah. Berhijrah ke Nisabur
dan berguru dengan Imam al-Haramain iaitu Imam al-Juwaini. Kemudian berhijrah ke
Baghdad dan dilantik sebagai professor di Universiti Nizamiyah ketika berusia 33 tahun.
Berhijrah lagi ke Damsyik, Bait al-Maqdis, Makkah, Madinah dan berkhidmat di
Universiti Nizamiyah sehingga beliau meninggal dunia.

Beliau dicatatkan sebagai bapa falsafah moden, mahir dalam bidang muzik, metafizik,
logik, sosiologi, matematik dan sebagainya. Telah menghasilkan lebih daripada 400
buah buku pelbagai bidang dan disiplin. Beliau mengkelaskan disiplin ilmu berasaskan
kepada empat aspek iaitu:

i. Ilmu Teoritikal dan Praktikal

ii. Ilmu Huduri dan Husuli

iii. Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan

iv. Ilmu Fardhu Ain (Individu) dan Fardhu Kifayah (Kemasyarakatan)

ii. Pengurusan Ekonomi

Ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku
manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan
diri dan juga masyarakat bagi mendapat keredaan Allah. Ekonomi Islam mempunyai
ciri-ciri khusus yang membezakannya dari ekonomi hasil penemuan manusia. Sistem
ekonomi Islam adalah sebahagian dari syariat dan erat hubungannya dengan akidah
selaku dasar.Kegiatannya bersifat pengabdian dan bercita-cita luhur iaitu
memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk kehidupan insan sebagai satu
bentuk kepatuhan terhadap perintah Allah. Kegiatan ekonomi Islam juga selain diawasi
oleh syariat, juga diawasi oleh hati nurani yang terbina di atas kepercayaan akan
adanya Allah dan perhitungan hari akhirat.
Di antara tokoh ekonomi Islam yang terkenal ialah Ibn Taimiyah (1262-1328M). Ibn
Taimiyah membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab
menopoli, penyorokan dan spekulasi. Di antara tulisannya ialah berhubung
dengan institusi hisbah yang berperanan untuk menjaga persaingan secara saksama
dan berurusan dengan jujur. Hal ini boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan
peraturan-peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah.

Berhubung dengan pemilikan oleh individu, Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa
untuk memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut, beliau juga
menekankan supaya pihak kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat. (Muhammad
Nejatullah Siddiqi 1989: 106).

Jelas sekali bahawa Islam merupakan alternatif tunggal yang dapat menyelesaikan
segala permasalahan hidup manusia di dunia ini. Justeru itu, Islam mesti digunakan
dalam pendekatan terhadap disiplin ilmu khususnya sains kemanusiaan dan sosial
seperti psikologi, sosiologi dan sebagainya.

Ahli-ahli sains Islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang
sungguh mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat
berharga kepada tamadun dan generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains Islam ialah
mereka bukan sahaja mahir sesuatu bidang malah menguasai pelbagai disiplin. Ibn
Rusyd contohnya bukan sahaja menguasai ilmu perubatan atau disiplin sains, malah
beliau juga menguasai falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains. Demikian juga
halnya dengan Ibn Khaldun yang terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli
sosiologi, tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur. Lebih
utama lagi mereka juga merupakan ulama yang menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti
ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.

Rujukan
Al-Quran al-Karim

Abdul Aziz Salim. 1962. Tarikh al-Muslimin wa Atharuhum fi al-Andalus. Beirut: Dar al-
Ma‟arif.

Ahmad Amin. 1969. Zuhr al-Islam. Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi.

Aidit bin Hj. Ghazali. 1994. “Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan
Kecemerlangan dari Perspektif Islam”.Penyunting Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Shahri
Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Al-Buti, Said Ramadan. 1988. Fiqh al-Sirah. Terjemahan Mohd Darus Sanawi Ali. Shah
Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Arnold, Thomas. 1913. The Preaching of Islam. London: Constable and Company Ltd.

Azam Hamzah. 1987. Sumbangan Islam kepada Tamadun Dunia.Klang: Fontarz


Enterprise

........................... 1991. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (711-1492M). Shah


Alam: Penerbitan Hizbi

…………………1991. “Sejarah Tamadun Islam di Andalus (711-1492)”. The


Commercial Press Sdn. Bhd.

Azam Bin Hamzah, Zulekha Yussof. 1990. Tamadun Islam Konsep dan
Pencapaiannya. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
Azhar Hj. Md Aros. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Yatim, Sulaimana Noordin. 1992. Sains Menurut Perspektif Islam. Bangi;
Pusat Pengajian Umum, UKM

Chejne, Anwar G. 1974. Muslim Spain: Its History and Culture.Minneapolis:


The University of Minnesota Press.

Dozy, Reinhart. 1972. Spanish Islam: A History of Moslems in Spain.London: Frank


Cass.

Encyclopedia Britanica. 1969. Chicago: William Benton Publisher.

Ibn al-Qifti, Ali bin Yusof.1903. Tarikh al-Hukama‟. Leipzig.

Imamuddin, S.M. 1965. Some Aspects of the Sosio-economic and Cultural History of
Muslim Spain. Leiden: E.J. Brill.

Inan, Muhammad Abdullah. 1959. Nihayat al-Andalus. Kaherah: Matbaah Misr Sharikat
Muhasamah Misriyyah.

Irving, T.B. 1973. Falcon of Spain. Lahore: SH. Muhammmad Ashraf.


Mahyudin Hj. Yahaya, Dr. 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Asri Abdullah dll. (editor). 1992. Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam
Menghadapi Cabaran Abad ke 15H/21M, Prosiding Seminar Tamadun Islam Peringkat
Asia Tenggara. Shah Alam: UPENA, UiTM.

Muhammad Nejatullah Siddiqi. 1989. Pemikiran Ekonomi Islam.Terj. Mohd


Amin Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mustafa Hj. Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

S.H. Mahmud. 1960. The Story of Islam. Karachi: Oxford UniversityPress.

Universiti Malaya. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

W. Abdullah Bin Hj. W. Mahmood, Dra. Wista Ahmad. 1997.Tamadun Islam dan
Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Selangor: Global Printers
Sdn. Bhd.

Wan Kamariah Leman, Mazlah Yaacob. 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah
Alam: Pusat Pendidikan Lanjutan, UiTM.
KESAN DAN SUMBANGAN IBN SINA TERHADAP TAMADUN DUNIA ~

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang
pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang
lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang
pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di
himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang
dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut
adalah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan


analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam
semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga
kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat
dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun,
dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12
tulang sendi. Hati (heart) adalah „pangeran‟-nya tubuh manusia, sementera paru-paru
adalah „menteri‟-nya. Leher merupakan „jendela‟-nya sang badan, manakala kandung
empedu sebagai „markas pusat‟-nya. Limpa dan perut sebagai „bumbung‟ sedangkan
usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah
mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" .
Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah,
kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan
pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara
gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh
tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan
Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri
daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi
pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Penyelidikan dan penulisan ibnu sina
berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah


menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama
di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak
16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi
(Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali. Al-Qanun
Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis.
Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya
sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah
menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Beliau
melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis.Berdasarkan cara ini, ilmu
perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Penulis- penulis Barat telah
menganggap Ibnu Sina sebagai „Bapa Doktor‟ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan
teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan
dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit


saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana
telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut
juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-
gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu
Sina yang luas. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau
"Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah
diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia
dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi
"Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun
378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam
keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Sehinggalah
berkat pertolongan yang telah di berikan oleh Ibnu Sina baginda (Sultan Nuh 11 bin
Mansur) telah kembali pulih sepenuhnya.

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap
dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan
beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.Ibnu Sina
merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai
berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu
mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh
ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious.
Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan
mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa
dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat
proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak
dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu
pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia
juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy,
Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara
satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut
telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu
Hayyan , Bapa Kimia Muslim.

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,
Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii
dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan
Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi
mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi kuat atau denyutan yang lemah, kedua ialah
masa antara denyutan dan terakhir adalah kandungannya lembap diparas kulit dekat
denyutan itu dsb.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan


tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.Ibnu Sina menyedari
kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan
oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat
kekasihnya itu melalui cara iaitu untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan
semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak
teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses
tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan.
Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka
temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka
buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan
bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh
menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit
kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang
mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan
psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan
termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis
dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah
karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance".
Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah
pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-
universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Anda mungkin juga menyukai