Anda di halaman 1dari 4

Syair Bidasari

Rangkap 1

Dengarkan tuan suatu riwayat


Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat.


Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda
merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan
perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang


gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang
cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan
baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang
soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang
mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan.
Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan
berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam


perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.

Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan


aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda
terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di


ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti
dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda)
melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan
kemusnahan.

Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa.


Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara
dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta
rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil


menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-
hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda
bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula
yang berlaku.

...

PERBINCANGAN

1 Tema

Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah


negara (muka surat 3 antologi JKKDI)

2 Nilai

a) Keadilan: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil


(rangkap 2, baris 4)
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan: Walaupun dilimpahi kesenangan,
persediaan menghadapi keadaan sebaliknya
perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
c) Kebijaksanaan: bertindak cepat menyelamatkan diri daripada
huru-hara /kemusnahan (rangkap 5 dan 7)

3 Persoalan

a) Keadilan dalam pemerintahan


b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan /
tindakan (pada saat genting)

4 Pengajaran
a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi /
keluarga / menjalankan amanah
b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika
senang
c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan
/ tindakan

5 Perwatakan

a) Adil
b) Peka / prihatin / sentiasa waspada
c) Bijaksana / matang

Anda mungkin juga menyukai