Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM PASCA UPSR


2015

SK SIJANGKANG JAYA
42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR

Disediakan oleh

Sharifah Norazlina Binti Syed Amir

Penyelaras Program
A. PENDAHULUAN

Setiap tahun Jawatankuasa Tahun Enam sekolah telah merangka dan menjalankan
aktiviti untuk murid-murid tahun enam. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan saban tahun adalah
sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid setelah mereka menjalani
UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang
menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program
tersebut iaitu melibat aktiviti dalaman dan aktiviti luaran.

B. RASIONAL

Melalui program ini diharap dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang
dalam mencapai hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum melangkah
ke alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan diterap
seawalnya agar sikap berketrampilan murid dapat dikembangkan untuk menjadi insan yang
mempunyai matlamat dan berwawasan.

C. OBJEKTIF

1. Mengisi masa yang ditetapkan dengan aktiviti berfaedah dan menarik justeru mengelakkan
gejala ponteng sekolah

2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran
zaman dan sentiasa menepati landas- landas agama
3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi sosial
secara lebih positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan dalam kumpulan seterusnya menerapkan
gaya kepimpinan.
5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran
yang terpendam.
D. TEMPOH MASA

Sepanjang bulan September hingga November 2015.

E. SASARAN
Murid-murid Tahun 6

F. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


1. PENGERUSI

• Memantau program
• Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat
2. SETIAUSAHA

• Menguruskan surat menyurat


• Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
• Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
3. PENYELARAS PROGRAM

• Menyusun dan menyelaras program


• Menyediakan laporan penuh program
4. PENYELARAS AKTIVITI (KETUA PANITIA)

• Menjadi Ketua Fasilitator Aktiviti


• Membentuk jawatankuasa kecil kalangan guru untuk membantu aktiviti.
• Membahagikan kumpulan murid
• Menjalankan aktiviti dengan lebih menarik serta mampu memberikan keseronokan
kepada murid untuk mencapai objektif.

5. BENDAHARI

• Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa


• Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
• Menyediakan laporan perbelanjaan

6. GURU-GURU TAHUN 6

• Sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada Penyelaras Aktiviti.


• Sentiasa berbincang dan melahirkan pandangan untuk memurnikan lagi aktiviti
agar kelihatan teratur dan menarik.
G. JAWATANKUASA
Pengerusi : Tn Hj Mohd Nadzri bin Jamlus (GB)

Timbalan Pengerusi : Pn Fatimah binti Hj Husin (GPK1)


Naib Pengerusi : Pn Haliza binti Sabian (GPK HEM)
Pn Noor Hikmah binti Yusop (GPK Ko-kurikulum)
Pn Sariyati binti Saad (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras Program : Pn Sharifah Norazlina bt Syed Amir

Setiausaha : Pn Suriani bt Mohammad Rohamad

Bendahari : Pn Siti Mazlina bt Sheikh Talib

PENYELARAS AKTIVITI

Panitia Bahasa Melayu : Puan Norhayati Hashim

Panitia Bahasa Inggeris : Puan Hasnah Salleh

Panitia Matematik : Puan Asniza Abd Khalib

Panitia Sains : Puan Faradiah Omar

Panitia Pendidikan Islam : Puan Norhidayati Sapuan

Panitia Pendidikan Moral : Puan Norshidah Mohd Kassim

Panitia Bahasa Arab : Encik Nuresman Ramli

Panitia Kemahiran Hidup : Encik Ahmad Zarul Shafiqin

Panitia RBT : Puan Norazian Othman

Panitia PSV : Puan Azwani Yusop

Panitia TMK : Encik Norhisham Parjoh

Panitia P.Jasmani : Puan Norfadhilatul Akmar Nordin

Panitia P.Kesihatan : Encik Amri Faisal

Panitia P. Muzik : Puan Noryatimah Minu

Unit Bimbingan & Kaunseling : Encik Mohd Ismail Abd Ghani


I. RUMUSAN

Sokongan yang padu daripada pihak pentadbir dan guru-guru akan dapat melancarkan tugas

jawatankuasa yang mengelola program ini. Kewangan yang ada serta perancangan yang telit i,

InsyaAllah akan dapat dijalankan dengan jayanya hasil daripada komitmen yang tinggi oleh

semua pihak.

“MURID DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN”

Disediakan oleh , Diluluskan oleh ,

………………………….. …………………………..
Sharifah Norazlina Syed Amir Tn Haji Mohd Nadzri bin Jamlus
Penyelaras Program Pasca UPSR 2015 Guru Besar SK Sijangkang Jaya
SK Sijangkag Jaya

Anda mungkin juga menyukai