Anda di halaman 1dari 1

Berita-Plus rugi RM13 juta akibat

vandalisme
2010/03/25

KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)


membelanjakan lebih RM13 juta untuk memasang semula peralatan dan
kemudahan yang dirosakkan di sepanjang lebuh raya itu tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, berkata pada
tempoh itu lebih 5,000 kes kerosakan harta dilaporkan di sepanjang lebuh raya
berkenaan seperti pagar, kabel tembaga telefon kecemasan, kelengkapan di tandas
dan perabot.
"Sungguhpun kita komited dengan perbelanjaan ini untuk keselesaan dan
keselamatan pengguna kita, perbelanjaan ini lebih baik digunakan bagi projek
menaik taraf kemudahan bagi manfaat semua pengguna," katanya pada taklimat
media di sini hari ini.

Beliau berkata, Plus komited untuk membanteras aktiviti merosakkan harta awam
supaya pengguna lebuh raya boleh menikmati perjalanan yang selesa dan
menyenangkan.

"Langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini termasuk meningkatkan


pemantauan dan pengawasan serta manjalankan operasi bersama dengan pihak
berkuasa serta polis di lebuh raya," katanya.

Plus, katanya, mempunyai lebih 300 anggota PlusRonda dan 60 pasukan intervensi
yang bertugas 24 jam untuk mencegah aktiviti merosakkan harta awamnya

Anda mungkin juga menyukai