Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

NOTA KULIAH 2
SEMESTER SEMESTER 3 DIPLOMA SESI 2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD/KURSUS ETN 7012 FUNDAMENTAL OF ELECTRONICS & CIRCUIT THEORY

KOMPETENSI 2.0 CAPACITOR

2.1 Capacitance, C
2.2 Construction of a capacitor
2.3 Types of capacitor
KOMPETENSI UNIT 2.4 Types of capacitor connection
2.5 Capacitor testing
2.6 Application

Upon completion of the course, students will be able to:


1. Apply basic electric & electronic law principles to solve electronic
circuit. (C3 PLO3)
KOMPETENSI 2. Differentiate between passive and active component in terms of
PEMBELAJARAN functionality. (P1 PLO1)
3. Discuss semiconductor devices in terms of applications. (A2 PLO5)

ETN 6014 /K 02/NK 02-06


NO KOD
MUKA : 01
̶ DARIPADA 13
NO KOD JPK
TP-300-4 DUTY06/TASK6.01
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
PENGENALAN KEPADA CAPACITOR (PEMUAT)

TUJUAN :
Capacitor merupakan salah satu komponen asas elektronik dan elektrik. Capacitor diperlukan
dalam litar yang mengalami perubahan medan elektrik samada pada bekalan arus terus atau arus
ulang-alik bagi mendapatkan voltan yang malar. Dengan pemasangan capacitor voltan beriak dapat
dikurangkan. Biasanya capacitor dipasang selepas bahagian penerusan arus ulang-alik. Capacitor
juga digunakan untuk mengurangkan kesan bunga api pada berus karbon, menghalang arus terus
yang tidak dikehendaki dan sebaliknya membenarkan arus ulang-alik mengalir melaluinya.
Capacitor juga boleh menentukan kadaran frekuensi penjana, frekuensi radio atau digunakan
sebagai pemula untuk memutarkan motor aruhan dan sebagai pembetul faktor kuasa. Di samping
itu capacitor juga boleh digunakan sebagai pembekal tenaga elektrik jika berlaku penurunan voltan,
tetapi kadarannya tidak bertahan lama. Sungguhpun begitu voltan yang dikeluarkannya mencukupi
untuk mencetuskan litar-litar elektronikatau membaiki penurunan voltan yang mendadak.

PENERANGAN :

 Capacitor ialah satu komponen penting dalam litar elektronik dan bertugas untuk menyimpan
cas dan menyahcas elektrik.
 Capacitor terdiri daripada dua plat pengalir yang berhadapan antara satu sama lain serta
dipisahkan oleh bahan penebat yang dinamakan “dielektrik”. Dielektrik yang biasa digunakan
ialah udara, kertas, mika dan sebagainya.
 Capacitor juga bekerja sebagai penapis (filter), menahan arus DC dan melepaskan arus AC,
sebagai penjodoh (coupling) dan melepaskan voltan yang tidak dikehendaki ke bumi (by-pass).

BAGAIMANA CAS ELEKTRIK DISIMPAN

Rajah 2 (a) menunjukkan bateri yang disambung merentangi capacitor melalui suis. Apabila suis
ditutup Rajah 2 (b) punca elektrod positif bateri akan mengeluarkan electron dari plat A dan ini
menjadikan plat tersebut bercas positif. Elektrod negative bateri pula akan mengarahkan electron
ke

2
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
plat B dan menyebabkan plat B bercas negative pada jumlah yang sama banyak dengan plat A.
Pengaliran begini dikenal sebagai arus pengecasan. Arus ini akan terus mengalir sehingga voltan
yang merentangi capacitor sama dengan voltan bekalan (d.g.e) bateri. Ketika ini capacitor itu
dikatakan bercas penuh. Simbol cas ialah Q dan unitnya Coulomb.
Apabila capacitor mengeluarkan cas, beza upaya wujud di antara plat dan mengeluarkan medan
elektrik. Apabila suis dibuka pada Rajah 2 (c), capacitor akan cuba mengekalkan cas dan medan
elektrik antara plat (dalam elektrik). Medan elektrik ini akan menurun apabila capacitor ini dinyahcas
melalui rintangan beban Rajah 2 (d).

CAPACITANCE (KEMUATAN)

 Kemampuan capacitor menyimpan cas dikenali sebagai capacitance (C).


 Unit capacitance ialah Farad (F).
 Satu Farad menyimpan satu coulomb cas dengan bekalan voltan satu volt.
 Amaun cas Q yang tersimpan berkadar terus kepada voltan bekalan.
 Capacitance yang lebih besar boleh menyimpan cas yang lebih.

Cas, Capacitance dan Voltan


Q = CV di mana ; Q = cas tersimpan dalam coulomb
C = capacitance (Farad)
V = beza keupayaan merentasi capacitor dalam volt.

Tenaga Tenaga yang tersimpan dalam capacitor dapat dikira dengan :-


W = ½ CV2 di mana ; W = tenaga diukur dalam unit Joules
C = dalam Farad
V = dalam Volt

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Capacitance

Rajah 3 : Binaan Capacitor

3
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
Terdapat tiga faktor yang menentukan capacitance :-
1. Luas Muka Keratan
Jika luas muka keratan capacitor ditambah, nilai capacitancenya akan turut bertambah,
kerana plat yang luas dapat memegang lebih banyak electron dan sudah tentu casnya
bertambah besar.
C∝A
2. Jarak
Jika jarak di antara dua plat capacitor dijauhkan bererti capacitancenya berkurangan kerana
daya elektrik untuk menarik cas-cas di antara dua plat menjadi lemah. Semakin dekat jarak
antara dua plat, semakin banyak cas yang disimpan dan semakin besar nilai
capacitancenya.
C∝1/d
3. Dielektrik
Dielektrik ialah bahan penebat dan setiap jenis bahan mempunyai daya penebatan yang
berlainan. Oleh itu capacitancenya juga berbeza dan jelas menunjukkan dielektrik
mempengaruhi nilai capacitance. Faktor dielektrik dijadikan sebagai nilai tetap (k) atau
pemalar dalam perhitungan capacitance.
C ∝ A/d
C = kA / d
di mana ; d = jarak antara plat
k = pemalar dielektrik
A = luas muka keratan plat

Nilai pemalar k bergantung kepada jenis bahan dielektrik. Ia menggambarkan ciri-ciri dielektrik dan
dikenali sebagai ketelutan mutlak bagi dielektrik yang digunakan itu. k terdiri daripada dua bahagian
yang dikenali sebagai telutan hampagas (Eo) dan telutan bandingan (Er).

VOLTAN KENDALIAN

 Selain nilai capacitor dalam farad, voltan kendalian capacitor juga perlu sesuai dengan
kadaran voltan yang hendak digunakan.
 Voltan kendalian ialah kadaran voltan maksimum yang mampu ditanggung oleh capacitor
tanpa merosakkan dielektriknya.
 Kadaran voltan ini biasanya dicatatkan pada capacitor seperti 10 DCWV (10 volt kendalian
arus terus) atau 400 V AC (400 volt arus ulang-alik).

4
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06

 Nilai kadaran voltan ini bergantung pada jenis bahan dielektrik dan ketebalannya. Bagi
menampung voltan yang tinggi ketelapan dielektrik ini mesti ditambah.

JENIS-JENIS CAPACITOR
Capacitor terbahagi kepada tiga iaitu Capacitor Tetap, Capacitor Boleh Ubah dan Capacitor Boleh
Laras. Capacitor dikelaskan berdasarkan bahan dielektrik yang digunakan seperti udara, seramik,
mika, kertas dan elektrolitik. Pengelasan kadaran voltan kendalian juga dicatatkan pada capacitor.

1. Fixed Capacitor (Pemuat Tetap)


Capacitor yang bernilai tetap telah disediakan pembuatannya, nilainya mungkin dituliskan terus
pada badan capacitor atau menggunakan kod warna.

 Capacitor Kertas
Capacitor ini paling banyak digunakan kerana harganya murah. Plat capacitor ini dibina
daripada jalur kerajang aluminium yang dipisahkan oleh dielektrik, kertas lilin atau kertas
tisu yang telah dibubuh minyak. Plat dan dielektrik ini akan digulung kemas menjadi tiub.
Seterusnya, tiub ini akan ditutup dengan lapisan lilin dalam bekas kertas tebal atau logam
plastic. Sambungan kaki capacitor dibuat pada hujung setiap plat yang telah digulung.
Bahagian lapisan luar jalur kerajang biasanya dijadikan sambungan ke bumi dan
ditandakan dengan jalur hitam pada badan capacitor atau ditulis kerajang luar atau bumi.
Capacitor ini biasanya berkadar 250 pF hingga 10 µF pada voltan kendalian 150 kV DC.
Capacitor yang berkadar lebih 600 V menggunakan bekas logam yang berisi minyak.

Sekarang capacitor moden ini menggunakan plastic bagi menggantikan kertas. Oleh itu
saiznya dapat dikecilkan dan ia tahan lebih lama. Antara penggunaan capacitor ini
termasuklah sebagai pengganding isyarat voltan dari satu peringkat ke satu peringkat,
membenarkan laluan arus terus yang tidak dikehendaki, menyekat arus terus pada
setengah-setengah litar, menyimpan cas dan pemisah fasa pada motor aruhan.

 Capacitor Mika
Mutu capacitor ini amat baik. Platnya dibuat daripada kerajang logam yang dipisahkan oleh
lapisan mika. Setelah digulung kemas, capacitor ini akan diisi ke dalam bekas plastic atau
logam (biasanya aluminium). Capacitor ini berkadar 25 pF hingga 0.25 µF pada kadar
voltan kendalian 2 kV DC.

 Capacitor Seramik
Capacitance capacitor ini rendah. Ia biasanya dibuat dalam bentuk cakera atau rod. Bahan
seramik digunakan sebagai dielektrik, sementara dua filem perak yang ditindih menjadi
platnya.

Kadar capacitance capacitor ini di antara 0.5 PF hingga 0.1 µF pada kadar voltan kendalian
sehingga 500 V DC. Biasanya capacitor ini berwarna coklat atau hijau. Nilai capacitancenya
ditulis secara langsung pada badan capacitor itu supaya mudah dibaca.

5
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
 Capacitor Elektrolit
Kadar capacitance capacitor ini besar iaitu di antara 1 µF hingga 1000 µF, pada kadar
voltan kendalian 600 V DC dan menurun ke 6 V DC dengan pertambahan nilai capacitance.

Capacitor ini digunakan apabila capacitor lain tidak mempunyai kadaran capacitance yang
dikehendaki. Capacitor ini mempunyai kekutupan jika digunakan pada arus terus. Dielektrik
capacitor ini dibina daripada boraks, fosfat atau karbon.

Semasa bekalan dikenakan di antara kedua-dua plat capacitor elektrolit terjadi di antara
dua plat itu. Ini mengakibatkan satu lapisan nipis oksida wujud pada elektrod positif.
Lapisan ini bertindak seperti dielektrik di antara plat positif dan negative. Capacitance yang
tinggi mempunyai lapisan oksida yang nipis. Biasanya capacitor ini berbentuk silinder. Bagi
penggunaan voltan rendah biasanya badan capacitor ini dibungkus dengan plastic.

 Capacitor Tantalum
Binaan capacitor ini serupa dengan capacitor elektrolit, bezanya hanya pada bahan
dielektriknya yang digunakan iaitu tantalum. Di samping itu pada ukuran fizikal yang serupa
dengan capacitor elektrolit, capacitor tantalum memberikan nilai yang lebih jitu, stabil dan
kurang arus bocor.

 Capacitor Mylar
Pada asasnya binaan capacitor ini serupa dengan capacitor kertas, bezanya bahan
dielektrik yang digunakan ialah mylar dan dibungkus dalam bekal plastic supaya nilainya
menjadi lebih baik.

 Capacitor Polycarbonate
Capacitor jenis ini menggunakan tebatan plastic. Capacitor jenis ini tidak disyorkan dalam
penggunaan berterusan dalam ‘Main Power Supply’

 Capacitor Polypropylene
Dibuat dari kerajang polypropylene disalut dengan polyester sebagai protection. Kebocoran
dielektrik rendah dan sesuai untuk penggunaan yang berterusan pada voltan tinggi.

2. VARIABLE CAPACITOR (PEMUAT BOLEH UBAH)

 Capacitor boleh ubah yang paling banyak digunakan ialah capacitor udara.
 Capacitor ini mempunyai plat tetap dan plat boleh bergerak.
 Plat capacitor ini dipasang berselang-seli. Setiap pasang plat dipisahkan oleh bahan
dielektrik udara atau mika.
 Dengan menggerakkan satu plat bererti pemukaan plat (tetap) yang bertentangan telah
berkurangan dan seterusnya mengurangkan nilai capacitance.
 Capacitor jenis ini biasanya berkadar rendah (beberapa pikofarad).
 Contoh penggunaan capacitor ini ialah dalam litar penalaan radio bagi mendapatkan
frekuensi radio yang dikehendaki.

6
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
3. ADJUSTABLE CAPACITOR (PEMUAT BOLEH LARAS)

 Capacitor boleh laras hanya membenarkan pelarasan capacitance pada nilai yang kecil.
 Capacitor ini dibina sama seperti capacitor boleh ubah udara, hanya saiznya yang kecil
(dibina daripada dua plat yang dipisahkan oleh kertas mika).
 Jarak di antar plat boleh dikawal dengan memutarkan skru pelaras.
 Contoh capacitor boleh laras ialah Capacitor Trimmer.

SIMBOL KAPASITOR

7
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
SISTEM KOD KAPASITOR

Contoh 1 :

152 K = 15 x 100 = 1500 pF atau 0.0015 µF, ± 10 %

Contoh 2 :

759 J = 75 x 0.1 = 7.5 pF, ± 5 %

8
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
B. Kod Disk Ceramic Capacitors

9
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06

C. Kod Warna Mica Capacitors

10
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06

SAMBUNGAN LITAR CAPACITOR


A. Litar Siri
Jika capacitor disambung secara siri jumlah capacitance akan berkurangan kerana sambungan
itu seolah - olah seperti sebuah capacitor dengan platnya berada pada jarak yang besar.
Jadual 2: Penyambungan dan Formula Bagi Pemuat Sesiri

11
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
Penyambungan Formula

Jumlah Capacitance (farad), CT

C1 C2

Jumlah Cas (coulomb), QT

QT = CT x VT atau QT = Q1 = Q2 = Q3 = …… = QN

Jumlah Tenaga (joule), WT

WT = W1 + W2 + W3 +…… + WN atau

WT = ½ QV, WT = ½ CV2, WT = Q2 / 2C

Contoh 1 :
Diberi voltan adalah 20 V, dapatkan :-
a) Jumlah capacitance, CT b) Jumlah cas c) Tenaga d) Voltan pada C1

Penyelesaian :-

a) 1 / CT = 1 / C1 + 1 / C2 + 1 / C3 = ½ x 0.97 µF x (20 V)2

= 1/ 5 µ + 1/ 2 µ + 1/ 3 µ = 194 µjoule

= 0.97 µF

d) VC1 = Q1 / C1

b) QT = CT x V = 19.4 µcoulomb / 5 µ

= 0.97 µF x 20V = 3.9 V

= 19.4 µCoulomb

c) WT = ½ CV2

B. LITAR SELARI
Capacitor yang disambung selari, jumlah capacitancenya akan bertambah kerana gabungan
itu seolaholah seperti sebuah capacitor yang mempunyai plat yang besar.

Jadual 3: Penyambungan dan Formula Bagi Pemuat Selari

12
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06
Penyambungan Formula

Jumlah Capacitance (farad), CT


C1
C T = C1 + C2 + C3 + ……. CN

Voltan adalah sama pada pada setiap


capacitor selari dengan punca voltan.

Jumlah Cas (coulomb), QT


QT = CT x VT atau
C2 QT = Q1 + Q2 + Q3 + …… + QN

Jumlah Tenaga (joule), WT

W T = W1 + W2 + W3 …… WN atau

WT = ½ QV, WT = ½ CV2,
WT = Q2 / 2C

Contoh 1 :
Diberi voltan adalah 50 V, dapatkan :-
a) Jumlah capacitance, CT b) Jumlah cas c) Tenaga d) Cas pada Q1

Penyelesaian :-
a) CT = C1 + C2 = ½ x 1µF x (50 V)2
= 1 µF + 1 µF = 1.25 m joule
= 2 µF
d) Q 1 = C1 x VT
b) QT = CT x VT = 1µF x 50 V
= 2 µF x 50 V = 50 µcoulomb
= 100 µcoulomb

c) W T = ½ C1 V2
C. LITAR SIRI SELARI

Merupakan gabungan litar capacitor siri selari bagi mencari jumlah capacitance adalah
dengan menyelesaikan capacitor yang disambung secara selari kemudian dicampurkan
dengan yang siri.

13
ETN 7012 / K 02 / NK 02 - 06

Jumlah kemuatan dikira seperti berikut:-

Jumlah kemuatan dalam sambungan selari ialah :-


C2 + C3 = CA
10 pF + 20 pF = 30 pF

Jumlah kemuatan ialah

14

Anda mungkin juga menyukai