Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU MUAR
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
2.6 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.
3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Agama
Bersepadu Daerah Muar.
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 1,2
dan 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).
5.0.3 Sumber bahan cerita akan diberikan oleh pihak penganjur. Hanya
peserta tahap satu akan membawa cerita haiwan.
5.3.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU DAERAH MAUR
KERTAS KERJA
5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.
5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk
menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita
5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.
6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.
6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan
tamat.
6.6 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi
satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).
6.7 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan
setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke
belakang.
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU DAERAH MAUR
KERTAS KERJA
Disediakan oleh,
………………………………
(HASINAH BINTI HASSAN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Muar.
Disemak oleh,
……………………………….
(LAILANIZAHA BINTI MASIRAN)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Muar.
Disokong oleh,
………………………………
(ZULKIFLI BIN ABDUL SAMAD)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Muar.
Diluluskan oleh,
………………………………….
(MOHD SANUSI BIN HAJI RAHIMAN)
Guru Besar,
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Muar.