Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang Kod Sekolah :ABA9002

31600 Gopeng, Tel : 6053593317


Perak Darul Ridzuan Faks : 6053593317

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ICT SEKOLAH (JPICT) DAN JAWATANKUASA


PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS) BIL. 1/2017

Tarikh : 5 Januari 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :

1. En. Anuar Bin Saad (Guru Besar)


2. En. Mohammed Salleh Bin Mohammed Noor (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Kamal Bin Abdul Rahman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Pn.Ruziah Binti Ramli (Penolong Kanan KoKurikulum)
5. Pn. Rohaya Binti Shaari (Guru Media/PSS)
6. En. Muhammad Basri Bin Abu Shahrim (Guru Penyelaras Bestari)
7. En. Ahmad Firdaus Bin Abdullah Lutfi (Guru Data / SU LADAP)
8. Pn. Najiah Binti Abdullah (AJK Frog VLE/ICT)
9. Pn. Zainab Binti Ismail (AJK Frog VLE/ICT)
10. En. Mohd Fakarul Radzi Bin Dahari (AJK Frog VLE/ICT)
11. Pn.Azwin Binti Hamdan (Guru Kelab Komputer)
12. En. Mohamad Razif Bin Mohamad Azidin (Juruteknik Komputer)
13. Pn Syamsinar Bt Mohd Osman (S/u PIBG)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli jawatankuasa JPMS 2017.

1.2 Urusan aset ICT – guru ICT diminta untuk menyenaraikan aset untuk dilupuskan.
Tindakan: Guru ICT

1.3 Kemudahan ICT – guru ICT diminta untuk menyenaraikan aset yang belum didaftarkan
sekiranya ada.
Tindakan: Guru ICT
1.4 Inisiatif ICT – semua guru diminta log in Frog VLE dan menggunakannya dalam memberi
latihan kepada murid. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru ICT kerana telah
berusaha meningkatkan penggunaan Frog VLE di kalangan murid sepanjang tahun 2016.
Tindakan: Semua Guru
1.5 Aduan ICT – En Kamal B. Abdul Rahman memaklumkan bahawa kadang-kala agak sukar
mengakses Frog VLE di makmal sekolah kerana berlaku gangguan internet apabila
penggunaan tinggi dan pada waktu puncak. Pengerusi meminta En Mohd Husni merekod
waktu kejadian dan kelajuan internet sekiranya berlaku lagi pada masa akan datang.
Tindakan: Guru ICT
1.6 Keselamatan ICT – Guru ICT diminta menyemak semula pekeliling Dasar Keselamatan ICT
(DKICT) dan melaksanakannya.
Tindakan: Guru ICT

2. Pengurusan Maklumat Sekolah

2.1 Pembentangan maklumat Modul Pengurusan Sekolah meminta guru yang terlibat
menyediakan maklumat berikut:
Profil sekolah – tindakan guru data
Insfrastruktur sekolah – tindakan guru data
Peralatan ICT – tindakan guru ICT
Peralatan Sains – tindakan Guru Sains
Perabot – tindakan Guru Kelas
Ikeps – tindakan Penolong Kanan Kokurikulum

En Muhammad Basri B. Abu Shahrim memaklumkan bahawa pemeriksaan keadaan fasiliti


sekolah telah dijalankan pada Disember 2016 dan laporan verifikasi pengguna fasiliti telah
disediakan mengenai perkara tersebut. Dapatan juga telah diisi dalam Modul Pengurusan
Sekolah (MPS/EMIS) secara atas talian.
Tindakan: Makluman
2.2 Pembentangan Maklumat Modul Pengurusan Guru– En Anuar B. Saad mengucapkan terima
kasih kepada semua guru kerana memberi kerjasama dalam mengemaskini maklumat
peribadi dalam MPG. Namun demikian, beliau meminta guru-guru dapat mematuhi tarikh
kemaskini yang beliau tetapkan pada masa hadapan. Beliau juga memaklumkan bilangan
guru yang layak diterima sekolah adalah 20 orang bagi tahun 2017. Bilangan kelas pula
adalah sebanyak 6 buah kelas.
Tindakan: Makluman
2.3 Pembentangan Maklumat Modul Pengurusan Murid (MPM) En Kamal B. Abdul Rahman
meminta semua guru kelas mengemaskini maklumat murid dalam sistem APDM setelah
sistem dibuka untuk diakses kelak. Guru kelas juga diminta menghantar slip kehadiran murid
bagi kelas masing-masing ke pejabat selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi untuk memudahkan
pengisian kehadiran murid secara atas talian.
Tindakan: makluman

3. Hal-hal lain

3.1 Pengerusi mengharapakan agar data-data dapat dikemaskini dengan ralat sifar. Ralat data
disemak menggunakan Utiliti Emis terbitan JPN Perak serta KPM versi terbaharu.

4. Ucapan Penangguhan
4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. ………………………………………
(MUHAMMAD BASRI BIN ABU SHAHRIM) (ANUAR BIN SAAD)
Setiausaha JPMS Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai