Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KERDAU

28010 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR.

TEL : 09-2846489
FAX : 09-2846489

Ruj Kami : CBA 7020/01/13/00(1)


Tarikh : 29 Ogos 2016

IBU BAPA/PENJAGA
TAHUN 6 SESI 2013

Tuan / Puan,

MAJLIS MOHON RESTU & SOLAT HAJAT PERDANA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah Sekolah Kebangsaan Kerdau dan
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) akan mengadakan Majlis Mohon Restu & Solat Hajat
Perdana UPSR bagi tahun 2016.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga berbesar hati untuk menerima dan
mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Majlis Mohon Restu & Solat Hajat Perdana seperti
ketetapan berikut:
2.1. Tarikh : 02 September 2016
2.2. Hari : Jumaat
2.3. Masa : 08:45 pagi
2.4. Tempat : Surau Firdaus SK Kerdau

3. Pihak kami amat berharap agar tuan/puan dapat melapangkan masa bagi
menghadiri majlis tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa semoga usaha kita akan
dirahmati Allah dan calon UPSR tahun ini akan mendapat kejayaan dengan lebih cemerlang
dengan izin-Nya.

4. Bersama surat ini disertakan borang pengesahan kehadiran yang perlu dilengkapkan
dan dikembalikan kepada guru kelas anak tuan/puan selewat-lewatnya pada 01 September
2016 (Jumaat) sebagai makluman awal kami.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

_______________________
BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Kepada,
Guru Kelas Tahun Enam,
SK Kerdau,
28010 Temerloh.

Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MOHON RESTU & SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2016

Saya ___________________________________________ ibu bapa/ penjaga kepada


____________________________________________ Tahun Enam Hidayah/Hikmah akan
* hadir / tidak hadir ke Majlis Mohon Restu & Solat Hajat Perdana UPSR 2016 anjuran pihak
sekolah dan kerjasama PIBG Sekolah Kebangsaan Kerdau, 28010 Temerloh, pada 02
September 2016.

Bilangan ahli keluarga yang hadir (termasuk murid): -------------------------- orang

Dewasa

Kanak-kanak

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________________
( )

*Potong yang tidak berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai