Anda di halaman 1dari 13

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

BAHAN BACAAN

1. PENGENDALIAN DATA

Modul ini meliputi dua tajuk utama iaitu Manipulasi Data yang meliputi tajuk
Pengumpulan Data, Paparan Data dan Terjemahan Data dan tajuk kedua adalah
Purata yang meliputi menghasilkan rumus dan menggunakan rumus.
Pengendalian data boleh dimanipulasikan berdasarkan masalah harian yang
melibatkan penggunaan purata yang boleh meliputi tajuk-tajuk ukuran,
timbangan berat, sukatan isipadu cecair dan masa.

2.0 Pengumpulan data

1
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Dalam mengendalikan data , pelajar perlu mengetahui peringkat penting yang terlibat
seperti berikut :

Peringkat Perwakilan Catatan


1. Menanya soalan Berapakah tinggi pelajar- Perhatikan ada pelajar yang
utama yang ingin pelajar dikelas ini? tinggi dan rendah
dibincangkan
2. Perancangan apa Mengukur ketinggian setiap Guna alat ukur dalam unit cm.
yang perlu dibuat pelajar Adakah alat ukur yang lain
kepada data yang ingin yang boleh digunakan?
dikutip
3. Mengutip data Setiap pelajar diukur Pelajar tidak memakai kasut.
dengan mengikut syarat ketinggian mengikut unit cm Pelajar ambil ukuran tinggi
tertentu rakan-rakan di kelas.
4. Persembahan data Catatkan ketinggian pelajar Paksi x dan paksi y harus
yang sesuai dengan dengan perwakilan data sesuai dan menggunakan
kaedah yang dipiih seperti jadual kekerapan pelbagai carta yang sesuai
yang sesuai seperti carta bar, carta pai
dan histogram.
5. Mengintepretasi Membaca data dan Contoh soalan:
data dengan menanya soalan yang Murid manakah yang tinggi
memberikan penegasan relevan dengan data dan sekali dalam kelas?
dan fokus kepada data menggunakan perwakilan
Murid manakah yang rendah
yang digunakan carta yang sesuai seperti ,
sekali dalam kelas?
carta bar dan piktograf .
Apakah min ketinggian murid
dalam kelas ini?

BAHAN BACAAN

2
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

1.1 Paparan Data – Piktograf Menegak

Konsep : Graf gambar adalah Piktograf yang mengandungi maklumat-maklumat

yang ringkas dan mudah difahami melalui gambar-gambar yang


dipamerkan dalam sesuatu jadual.

Objektif : Selepas aktiviti pembelajaran, pelajar boleh :

a. Membaca dan menerangkan maklumat-maklumat yang


terdapat didalam sesuatu graf gambar.

b. Membina graf gambar yan berkaitan dengan masalah


harian.

Alatan : graf-graf gambar, biji gula-gula, jadual-jadual untuk membina

graf gambar dan kad-kad gambar.


Aktiviti Pengajaran

a) Set Induksi : Guru menyoal murid berkenaan hobi mereka.

Contoh : Siapa yang ada hobi?

Siapa suka baca buku?

Bilangan buku yang di baca seminggu?

Langkah 1 : membaca maklumat dari graf gambar

Tajuk: Bilangan buku yang dibaca

3
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Amin Siva Kamariah


Helen Ng

Petunjuk : mewakili 1 buku

Berdasarkan graf gambar di atas, guru


membimbing murid membaca
maklumat-maklumat dengan beberapa
soalan seperti:

a. Apakah yang ditunjukkan dalam


graf gambar itu?

b. Apakah yang dinyatakan dalam


petunjuk?

c. Berapakah buku yang dibaca


oleh Amin?

d. Siapakah yang membaca buku


terbanyak?

e. Berapakah jumlah buku yang


dibaca oleh kesemua empat murid tersebut?

Ulang aktiviti dengan graf gambar dengan petunjuk 1 mewakili banyak.

Langkah 2 : Membina graf gambar

Guru berbincang dengan murid mengenai perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam
sesuatu graf gambar yang lengkap seperti :

a) Tajuk
b) Petunjuk
c) Gambar-gambar yang sesuai.
d) Jadual
Guru sediakan satu contoh jadual maklumat seperti berikut:

Nama pelajar Bil. Pisang Goreng


yang dimakan

Ahmad 11

4
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Beng Hock 10

Chandran 15

Devi 5

Guru membimbing murid-murid sehingga mereka memahami prosedur membina graf


gambar .

Simbol Tajuk

Nama label

Garis
melintang
Petunjuk Petunjuk mewakili
bilangan

i) Guru berbincang dengan murid beberapa soalan bagaimana hendak


menggunakan maklumat dalam jadual diatas untuk membina graf gambar.
a. Garisan apakah yang perlu dilukis dahulu untuk membina graf gambar?
b. Apakah perlu di tulis di bawah garis tersebut?
c. Apakah symbol yang boleh digunakan untuk mewakili makanan ?
d. Apakah tajuk yang sesuai untuk graf gambar yang dilukis?
ii) Guru mengedarkan kertas mahjong kepada setiap kumpulan murid.

iii) Guru meminta setiap kumpulan untuk membina satu graf gambar mengikut
langkah-langkah yang telah diterangkan.

5
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

iv) Setiap kumpulan mempamerkan graf gambar yang telah dibina dan
menerangkan hasil kerja.
Langkah 4 : Mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta menjawab soalan

Membina piktograf.

Rumusan : Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam


membina piktograf daripada maklumat yang diberi dengan menekankan
ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah piktograf seperti :
i) gambar-gambar yang sesuai.
ii) Penunjuk (key)
iii) Penyusunan gambar-gambar secara berturutan

Data diwakili oleh gambar sebenar untuk menunjukkan berapa banyak kategori yang
boleh dibuat berdasarkan label pada suatu paksi dan nilai-nilai pada paksi yang lain
dan tajuk ditulis di atas. Graf ini sesuai untuk kanak-kanak bagi membina kefahaman
secara mudah yang memerlukan pengamatan kepada symbol dan gambar yang
digunakan.

PERBINCANGAN

2.1.3 Contoh – Bilangan stem yang dikumpul oleh pelajar

Petunjuk : mewakili 10 stem

6
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Anuar Badrul Chong Dorai

1. Berapa jumlah stem yang dikumpul oleh keempat-empat murid?

2. Berapakah beza stem yang dikumpul oleh Chong dengan Badrul dan Anuar

dengan Dorai?

3. Sekiranya Badrul mengumpul 40 stem dalam masa 5 hari, berapa bilangan stem
yang dikumpul dalam 1 hari?
2.1 Paparan Data – Piktograf Melintang

LATIHAN

1. Anda dikehendaki membuat demonstrasi pengajaran mikro/makro dengan


memasukkan contoh soalan 2 yang diberi di bawah secara terperinci.
2. Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk 60 minit secara terperinci dan
serahkan kepada pensyarah yang berkenaan.

7
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

3. Tuliskan satu refleksi berkaitan pengajaran anda dengan memberikan tumpuan


kepada analisis SWOT (kekuatan-kelemahan-peluang-cabaran)

Soalan 2 :
Ali adalah seorang jurujual telefon bimbit Nokia di sebuah kedai di Subang Jaya.
Dalam masa 5 hari dia telah berjaya menjual sebilangan telefon bimbit tersebut.
Daripada jadual di bawah, carikan jawapan untuk soalan-soalan berikut :
1. Berapa jumlah telefon bimbit yang telah dijual oleh Ali ?
2. Pada hari apa yang penjualan telefon bimbit paling sikit ?
3. Berapakah beza penjualan telefon bimbit diantara hari Isnin dengan hari Rabu ?
4. Pada hari apa penjualan telefon bimbit paling banyak ? Pada pandangan kamu
kenapa penjualan pada hari tersebut paling banyak ?
5. Binakan satu graf bar menegak menggunakan data daripada jadual tersebut.

BAHAN BACAAN

2.2 Paparan Data - Carta Bar

3.2 Carta bar adalah sebuah carta yang digunakan bagi menunjukkan saiz relatif
sesuatu data yang boleh dilukis dalam bentuk menegak atau melintang dan nilai
tertentu di atas paksi x dan y dengan label yang jelas. Bar atau lajur digunakan untuk
sesuatu nilai. Carta bar ini mudah dibaca kerana jelas menunjukkan kekerapan sesuatu
nilai diberi. Ia sesuai digunakan untuk perbandingan antara dua set data yang dilukis
pada satu carta, menggunakan bar atau lajur dengan warna berbeza untuk
membezakan kedua-dua set data.

PERBINCANGAN

3.1.1 Contoh Jenis Filem Yang Digemari

8
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Katakanlah anda telah membuat tinjauan di kalangan rakan anda yang lain bagi
mengenalpasti apakah jenis tayangan filem yang sangat digemari oleh mereka. Berikut
adalah hasil kutipan data yang telah diambil :
JADUAL 3.1

Jadual : Jenis Filem Yang Digemari


Komedi Aksi Romantik Drama Sains Fiksyen
4 5 6 1 4

1. Anda boleh menunjukkan di atas kertas graf atau kertas berpetak bagaimana
suatu carta bar terhasil daripada data yang ada.
2. Adalah lebih baik jika dapat ditunjukkan carta yang mempunyai saiz yang relatif :
supaya mudah dilihat jenis filem yang yang paling digemari, dan yang mana
yang paling tidak digemari dengan sekali pandang sahaja
3. Anda boleh menggunakan carta bar untuk menunjukkan saiz relative banyak
perkara lain, seperti apakah jenis kereta yang dipandu oleh setiap guru, berapa
banyakkah pelanggan di hari yang berbeza dan sebagainya.

LAYARI INTERNET
http://www.mathsisfun.com/data/pictographs.html

http://www.mathopolis.com/questions/q.php?
id=1433&site=1&ref=/data/pictographs.html&qs=685_1433_1434_1435

RAJAH 3.1

9
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Jenis Filem Yang Digemari

Komedi Aksi Romantik Drama Sains Fiksyen


3.2. Contoh : Gred Pelajar

Dalam satu ujian Matematik yang dijalankan oleh Cikgu Halim dalam kelas 4 Jasmin ,
berikut adalah gred yang diperolehi oleh pelajar :

JADUAL 3.2

Gred A B C D
Pelajar 4 12 10 2

Carta bar yang terhasil adalah seperti berikut :

10
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

RAJAH 3.2

Gred Pelajar

PERBINCANGAN

1. Bincangkan apakah perbezaan yang jelas antara carta bar melintang dan
menegak.
2. Huraikan apakah kepentingan carta dalam manipulasi data yang diberi.
3. Pelajar digalakkan mencuba latihan dalam talian di
http://www.bbc.co.uk/schools/ks1bitesize/numer

BAHAN BACAAN

Konsep : Menyelesaikan masalah harian berkaitan perwakilan data.

11
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Objektif : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :

Menyelesaikan masalah harian melalui perwakilan data dan


gambar rajah.

Peralatan : Kad manila, pen marker, pembaris.

Set Induksi : Guru menimbulkan persoalan sama ada murid suka membaca
buku cerita.

Guru bertanyakan sama ada mereka pernah meminjam buku


daripada perpustakaan.

Langkah 1 : Guru memaparkan satu graf bar yang menunjukkan bilangan buku
yang dipinjam oleh murid dari perpustakaan dalam tempoh
seminggu.

Bilangan Buku Yang Dipinjam

Langkah 2 : i) Berpandu kepada graf bar, guru menanya murid soalan:


berapakah perbezaan buku yang dipinjam di antara Kelas B dan
Kelas A?

ii) Guru menyelesaikan masalah menggunakan Kaedah Polya:

Apa yang diberi? Kelas B membaca 50 buah buku seminggu

Kelas A membaca 30 buah buku seminggu

12
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Apa yang hendak dicari? Perbezaan bilangan buku yang dibaca


di antara kelas B dan kelas A

Apakah operasi yang diperlukan? Operasi tolak.

Penyelesaian 50 – 30 =

50
- 30
-----------
20
------------

Semak semula 20 + 30 = 50

Perbezaan buku yang dipinjam oleh kelas B dan kelas A ialah 20


buku.

Langkah 3: i) Guru menggalakkan murid memikirkan soalan-soalan lain yang


boleh dibentuk daripada graf turus yang diberikan di atas.

Contoh soalan:

1. Cari jumlah buku yang dipinjam oleh semua kelas.

2. Kelas yang mana meminjam bilangan buku yang sama ?

ii) Guru membimbing murid menyelesaikan soalan yang dibentuk


menggunakan kaedah yang ditunjukkan di atas.

Rumusan :
.
Guru menilai tahap pencapaian murid. Jika murid boleh menjawab
soalan yang dikemukakan, murid dibenarkan meneruskan ke tahap
seterusnya, iaitu menyelesaikan soalan-soalan lain yang berkaitan.

13

Anda mungkin juga menyukai