Anda di halaman 1dari 10

KPPP 2214

PROSEDUR PERUNDANGAN

AMALI PENGAMBILAN, PENANDAAN


DAN PENYIMPANAN EKSIBIT

AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

PINDAAN 2000

BIL NAMA NO MATRIKS

1 MUHAMMAD FAUZI BIN KAMARUDIN BPPKP2015-5483

2 MUHAMMAD NAJIB BIN SULAIMAN BPPKP2015-5492

3 MUHAMMAD NIZAR IRFAN BIN MOHAMAD NASIR BPPKP2015-5493

4 MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD KIRAM BPPKP2015-5499

PENGAJAR : DR. HASAMIZI BIN MUSTAPA


CARTA ALIR PENGAMBILAN EKSIBIT

Taklimat kepada pasukan pemeriksaan

Periksa kelengkapan

Bertolak ke lapangan bersama pembantu

Bertemu dengan pemilik premis

Memperkenalkan diri dan tujuan lawatan

Menjalankan pemeriksaan bersama pembantu diiringi pemilik premis

Menemui pembiakan larva nyamuk yang masih hidup di dalam bekas

Tunjukkan peralatan pengambilan larva yang kosong kepada pemilik premis

Ambil specimen larva nyamuk disaksikan pembantu dan pemilik premis

Tunjukkan spesimen larva nyamuk kepada pemilik premis

Tutup botol spesimen, label dan lak

Ambil gambar premis dan tempat pembiakan sebagai eksibit


PENANDAAN EKSIBIT DI LAPANGAN

Label C1 menunjukkan bekas pasu


bunga yang mengandungi pembiakan
larva nyamuk.

Label C1A botol sampel yang


mengandungi larva nyamuk yang telah
dilak dan dilabel.

PENYIMPANAN BARANG EKSIBIT

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK

BUKU DAFTAR KELUAR MASUK EKSIBIT

Bil. No. Kod Barang Kes Tarikh Tarikh Masa Diserah oleh Tandatangan Diterima oleh Tandatangan
Eksibit Masuk Keluar Penyerah Penerima
Eksibit Eksibit
DIARI PENYIASATAN ( Investigation Diary )

Nama : Muhammad Syafiq Bin Mohd Kiram

No. Kad Pengenalan : 950409-06-5555

Jawata : Pembantu Kesihatan Awam U17

Pejabat : Pejabat Kesihatan Daerah Gombak,

No. 23, Jalan 2/8, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Tarikh & Masa Butir-butir Siasatan

01.03.2017 Saya dan pembantu saya Muhammad Nizar Irfan Bin Mohamad Nasir (Pembantu
Rendah Awam U11) menyediakan peralatan dan dokumen yang diperlukan untuk
2.00 Petang aktiviti pemeriksaan pembiakan aedes di sekitar kawasan Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Sungai Buloh, Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

01.03.2017 Saya dan Muhammad Nizar Irfan Bin Mohamad Nasir telah pergi ke kawasan
beralamat, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Jalan Hospital, 47000
2.15 Petang Sungai Buloh, Selangor.

Saya dan Muhammad Nizar Irfan Bin Mohamad Nasir tiba di premis beralamat,
01.03.2017 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh,
Selangor. Saya dan pembantu berjumpa dengan pemilik premis merangkap pengarah
2.30 Petang
kolej tersebut yang memperkenalkan dirinya Muhammad Najib Bin Sulaiman
(950511-02-6165). Saya memperkenalkan diri saya dan pembantu kepada pemilik
premis tersebut serta menunjukkan kad kuasa saya. Saya menyatakan tujuan
kedatangan iaitu untuk membuat Pemeriksaan Pembiakan Aedes di premis tersebut
kepada Muhammad Najib bin Sulaiman.
Saya meminta kebenaran daripada Muhammad Najib Bin Sulaiman untuk masuk ke
. dalam premis. Saya dan Muhammad Nizar Irfan Bin Mohamad Nasir diiringi oleh
Muhammad Najib bin Sulaiman melakukan pemeriksaan pembiakan di bahagian
dalam dan luar bangunan dalam kawasan premis tersebut.

01.03.2017 Semasa pemeriksaan dijalankan di dalam premis, saya menemui pembiakan larva
nyamuk di dalam dalam bekas pasu bunga yang menakung air jernih di hadapan
2.30 Petang perpustakaan dalam kawasan premis tersebut. Saya menunjukkan bekas pasu bunga
yang menakung air tersebut kepada Muhammad Najib Bin Sulaiman. Saya
memberitahu beliau saya akan mengambil sampel larva nyamuk tersebut untuk dibuat
pengesahan spesis nyamuk.

Saya telah menunjukkan botol sampel dan pipet yang kosong kepada Muhammad
Najib bin Sulaiman. Saya mengambil 5 ekor larva di dalam bekas pasu bunga yang
menakung air tersebut dengan menggunakan pipet dan memasukkannya ke dalam
botol sampel disaksikan oleh Muhammad Nizar Irfan Bin Mohamad Nasir dan
Muhammad Najib Bin Sulaiman.

Saya melekatkan label pada botol sampel yang mengandungi 5 ekor larva dengan
label yang mempunyai maklumat seperti berikut:

No Rujukan Spesimen: PKDG 01

Tarikh/masa diambil :01/03/2017 @ 2.30 PETANG

Tempat larva diambil : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Jalan
Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Bilangan larva yang diambil : 5 ekor.

Saya menutup botol sampel tersebut dan melak bahagian penutup botol sampel
dengan Lak Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di hadapan Muhammad Najib
Bin Sulaiman. Saya menurunkan tandatangan ringkas ke atas botol sampel tersebut.

Saya telah meminta kad pengenalan Muhammad Najib Bin Sulaiman dan
mencatatkan butiran peribadi beliau di dalam borang Laporan APSPP. Saya mengisi
borang Perakuan Pungutan Larva Nyamuk dari Premis dan meminta tandatangan
Muhammad Najib bin Sulaiman. Saya menyerahkan satu salinan borang Perakuan
Pungutan Larva Nyamuk dari Premis kepada Muhammad Najib bin Sulaiman .
01.03.2017 Saya dan pembantu, Muhammad Nizar Irfan Bin Mohamad Nasir telah mengucapkan
terima kasih kepada pemilik premis iaitu Muhammad Najib bin Sulaiman lalu balik
2.50 Petang ke Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

01.03.2017 Setibanya di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, saya mengisi Borang Penyerahan
Larva dan menyerahkan botol spesimen larva bersama borang Penyerahan Larva
3.00 Petang kepada Pemeriksa Muhammad Fauzi Bin Kamarudin (K/P :940720106285).

01.03.2017 Saya telah menerima keputusan sijil pemeriksaan spesimen larva yang telah
dikeluarkan PKA Pemeriksa Larva Muhammad Fauzi Bin Kamarudin. Keputusan
3.40 petang pemeriksaan larva menyatakan bahawa larva tersebut adalah larva Aedes aegypti.
Saya telah menyiapkan segala maklumat yang berkaitan dan telah menyerahkan
kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran unit vektor untuk tindakan
selanjutnya.

________________________________

(Muhammad Syafiq Bin Mohd Kiram)

Pembantu Kesihatan Awam,

Pejabat Kesihatan Daerah Daerah Gombak.


PENGAMBILAN GAMBAR EKSIBIT

MENGGUNAKAN KAEDAH ZOOM

 Pasu bunga yang ditemui


mengandungi air yang jernih
dan terdapat pembiakan larva
nyamuk.

MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Label C1 menunjukkan bekas


pasu bunga yang mengandungi
pembiakan larva nyamuk.

 Label C1A botol sampel yang


mengandungi larva nyamuk
yang telah dilak dan dilabel.

MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Kedudukan pasu bunga yang


terdapatnya pembiakan larva
nyamuk.
MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Kedudukan pasu bunga yang


berada di hadapan pintu masuk
Perpustakaan KSKB Sungai
Buloh.

MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Laluan dari anak tangga menuju


ke Perpustakaan KSKB Sungai
Buloh.

MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Laluan anak tangga ke aras 2


Perpustakaan KSKB Sungai
Buloh.
MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Laluan ke arah anak tangga


untuk ke aras 2.

MENGGUNAKAN KAEDAH FOCUS

 Laluan utama masuk ke dalam


bangunan KSKB Sungai Buloh.

MENGGUNAKAN KAEDAH
OVERVIEW

 Laluan menuju ke lobi KSKB


Sungai Buloh.
MENGGUNAKAN KAEDAH
OVERVIEW

 Laluan masuk utama KSKB


Sungai Buloh

MENGGUNAKAN KAEDAH
OVERVIEW

 Pintu utama masuk KSKB


Sungai Buloh

Anda mungkin juga menyukai