Anda di halaman 1dari 2

ALICE ALEXIUS @ ELSIE.

Sek.Keb.St.Francis Xavier.
Keningau. 01hb.April 2014

Guru Besar,
Sek.Keb.St.Francis Xavier,
Keningau.

Puan,

PERTUKARAN WAKTU BERTUGAS DARI SESI PETANG KE SESI PAGI


Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan surat puan SKSFX/XCA/100-7/5( )
bertarikh 26 Mac 2014 adalah berkaitan.
02. Terlebih dahulu, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan dan
keyakinan puan terhadap saya. Namun setelah mempertimbangkan beberapa aspek berkaitan
tugas dan tanggungjawab saya sebagai guru bahasa Inggeris Tahun 2, maka saya mengambil
keputusan menolak arahan pertukaran waktu bertugas tersebut atas beberapa sebab dan
justifikasi berikut:
a). Sebagaimana puan sedia maklum, pada masa ini, sidang petang masih kekurangan
guru Bahasa Inggeris. Pertukaran saya kelak akan menambahkan lagi masalah
kekurangan tersebut dan ini pastinya akan memberi kesan negatif terhadap tahap
pembelajaran murid-murid khususnya murid tahun dua.
b).Sebagaimana puan sedia maklum, murid-murid tahap satu pada ketika ini sedang
menjalani Ujian Lisan Linus Bahasa Inggeris. Perlaksanaan ujian ini memerlukan
seorang guru Bahasa Inggeris yang terlatih. Ini bagi membolehkan tahap penguasaan
murid menjadi lebih cemerlang. Oleh itu, anggapan bahawa tahap satu kurang penting
adalah salah sama sekali. Ini kerana, pada tahap inilah iaitu peringkat asas (basic)
penguasaan terhadap subjek ini amat dititikberatkan untuk membolehkan mereka
terus cemerlang pada tahap seterusnya.
03. Keputusan ini bukan bermakna saya tidak mematuhi arahan namun ianya adalah atas
kepentingan perkhidmatan dan kepentingan murid-murid yang saya dipertanggungjawabkan.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar pihak pentadbiran sekolah memohon guru baru
dari pihak jabatan bagi mengisi kekosongan tersebut.
04. Sekali lagi, saya memohon maaf dan mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan
lebih professional serta dalam semangat kekeluargaan demi terus memartabatkan
kecermerlangan pendidikan negara kita. Segala keprihatinan dan kerjasama dari pihak puan
saya ucapkan ribuan terima kasih dan hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
Sekian
Saya yang menurut perintah,

(ALICE ALEXIUS @ ELSIE)

S.k : -Pegawai Pendidikan Daerah Keningau,


Pejabat Pendidikan Daerah
Keningau.

- Penyelia Petang,
Sk. St. Francis Xavier,
Keningau.

- Fail Subjek.
- Fail Pentadbiran.