Anda di halaman 1dari 1

Ponniey adjustable racket merupakan satu alat yang telah direka khas bagi kegunaan aktiviti sukan.

Alat
ini dibina berdasarkan alat asal iaitu raket badminton yang digunakan dalam permainan badminton. Alat
ini khas dibina bagi kegunaan murid-murid berkeperluan khas terutamanya bagi murid keperluan khas
dalam kategori kecacatan anggota fizikal. Dengan adanya keunikan alat ini dari segi kebolehlarasan
dalam aspek kepanjangan, ia boleh membantu murid berkeperluan khas untuk melaraskan sendiri
kepanjangan raket mengikut kesesuaian yang dikehendakinya. Ia sekaligus dapat membantu murid
dalam mengatasi kelemahan dalam aspek pergerakannya yang agak terhad. Selain itu, kebolehlarasan
ini juga mempu mengatasi masalah berkaitan dengan kesukaran untuk membawa raket kerana saiznya
yang agak panjang. Ini terbukti kerana Ponniey Adjustable Racket bukan sahaja mampu dipanjangkan
namun juga mampu dipendekkan untuk memudahkan murid membawanya tanpa perlu menggunakan
ruang yang besar. Alat ini

Ponniey adjustable racket merupakan satu alat yang telah direka khas bagi kegunaan aktiviti sukan. Alat
ini dibina berdasarkan alat asal iaitu raket badminton yang digunakan dalam permainan badminton.
Kebolehlarasan yang dimiliki alat ini membuatkan alat ini sangat unik berbanding dengan alat sebenar.
Alat ini sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
dalam aktiviti beriadah. Ia bukan sahaja sesuai digunakan oleh murid normal namun juga amat sesuai
digunakan oleh murid berkeperluan khas, terutamanya golongan yang mempunyai kecacatan dalam
aspek fizikal. Kebolehlarasan alat ini mampu mengatasi masalah berkaitan dengan kependekan atau
kepanjangan alat agar murid mampu melaraskannya mengikut kesesuaian panjang yang diperlukan. Ia
juga mampu membantu serta mengatasi kelemahan dalam aspek pergerakan murid berkeperluan khas
yang agak terhad atas dasar keunikan kebolehlarasannya. Alat ini juga mempunyai beberapa kelebihan
yang lainnya, antaranya mudah untuk dibawa oleh penggunanya, tidak memerlukan ruang yang besar
untuk penyimpanan, mudah untuk disediakan oleh guru kerana kos yang murah, masa yang singkat
serta mudah untuk dibuat. Alat ini juga tidak mudah berkarat serta selamat untuk digunakan. Rekaan
yang unik dan menarik, dapat membantu guru untuk menambahkan lagi minat murid atau pengguna
untuk menggunakannya dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah.