Anda di halaman 1dari 25

Gambus

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di
bahagian badannya hampir-hampir
separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari
perut binatang atau loyang yang dipetik
dengan kuku tenggiling. Badannya diukir
dari sebatang kayu nangka yang berongga
di dalamnya. Lehernya ditutup dengan
sekeping kayu nipis dan permukaan
badannya ditutup dengan kulit kambing
atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk
hiburan persendirian, pemuzik gazal dan
muziknya menyerupai tarian Melayu
seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.
Rebab
Rebab (kordofon)
Pengenalan
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek
dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai
logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu
nangka dan berongga di bahagian dalam.
Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan
liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup
dengan kulit diperbuat daripada perut lembu
yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat
dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri
dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian
atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras
suaranya. Leher atau papan jari dipasang
pada bahagian atas badannya. Pada bahagian
atas kepalanya berukiran dan dipanggil
`Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke
bawah menerusi badan dan hujungnya
menjadi pancang dibahagian bawah di mana
alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan.
Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah
dadanya dan boleh diubah kedudukannya.
Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong
sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada
selapuk balutan mayang kelapa dan kini
digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak
Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang
duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan
sambil menggesek jari-jarinya mengawal
ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari
tangan sebelah lagi memetik atau menekan
pada tali?tali di bahagian leher untuk
mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali
dilaras pada jeda .

Pipa

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali
logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya
bulat dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar. Beberapa
kekuda titian tali dari kayu dipasang pada
papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada
hujung bahagian bawah badan dan pada 4
pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian
kepalanya berukir.
Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo
atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas
pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan
hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan
sebelah lagi diletak pada tali-tali antara
fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila
tali-tali dipetik.
Yang Kin

Pengenalan
Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan
dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama.
Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua
atau kembar tiga. Tali logam sejumlah
beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda
titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras
dari logam didapati dikedua belah kotak
suaranya.

Fungsi
Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

Cara Bermain
Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali
diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk
tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain
yang duduk di hadapannya

Beduk

Pengenalan
Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan
anak). Diperbuat dari kayu nangka yang
berongga dan kedua-dua permukaan dipasang
dengan belulang lembu atau kambing. Hanya
satu permukaan sahaja yang digunakan.
Sebelah lagi digunakan setelah permukaan
satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan
dipasang dua bilah kayu atau buluh yang
dijadikan kaki.

Fungsi
Digunakan untuk tujuan persembahan
wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat
di kampung-kampung.

Cara Bermain
Dipalu dengan pemalu kayu pada satu
permukaan sahaja

Geduk

Pengenalan
Geduk dibuat dari kayu nangka yang
berongga dan mempunyai dua permukaan
yang dipasang dengan belulang lembu atau
kambing. Pada satu bahagian badan dipasang
dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang
dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini
boleh didirikan muka ke atas mengikut
kedudukan masa bermain. Didapati dalam
dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi
kecil, dipanggil ibu dan anak.

Fungsi
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit
dan Menora.

Cara Bermain
Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap
pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang
pemalu kayu
Kompang

Pengenalan
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan
gendang. Ianya dimainkan bersama dalam
beberapa alatan lain dalam persembahan
tarian dan nyanyian.

Fungsi
Kompang dimainkan mengikut iramanya
sendiri ketika mengarak pengantin, atau
pembesar negara atau disatu majlis rasmi.
Kompang juga masyur di kalangan
masyarakat islam di Sabah dan dikalangan
suku Bajau

Cara Bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan
mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

Rebana Uni
Pengenalan
Rebana mempunyai satu muka berbentuk
bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat
dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di
kakinya. Ada tiga saiz.

Fungsi

Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus


oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan
digunakan untuk Dikir Rebana Besar di
Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.

Cara Bermain
Rebana digantung melintang dan dipalu
dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga
buah.

Seruling
Pengenalan
Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai
panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang
memetiknya.

Fungsi
Digunakan untuk memainkan muzik hiburan.

Cara Bermain
Ditiup pada pangkal. Seruling dipegang tegak
pada mulut peniup. Bibir bawah diletak pada
permukaan atas seruling dan angin ditiupkan
melalui lubang kecil pada pangkal bahagian
atas

Nafiri
Pengenalan
Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang
diperbuat dari perak dan berukuran panjang
32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup
dan menggerunkan.

Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis
hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi
istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan,
hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja
dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir
diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan
dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam
alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan
bibir mulut pemain.

Serunai
Pengenalan
Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu
nangka dalam bentuk kun dengan bahagian
bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7
lubang memetik di bahagian tengah
belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis
daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat
beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah
yang ukirannya agak kurang menonjol dan
serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara
serta diwarnai dengan warna yang terang.

Fungsi
Serunai dimainkan bersama wayang kulit,
nobat, gendang keling, menora dan juga
gendang silat.

Cara Bermain
Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam
rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit
dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka
atau menutup lubang memetik. Kaedah
pernafasan yang berpanjangan adalah perlu
supaya lagu dapat dimainkan sehingga
selesai
Sompoton

Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah
dikeringkan. Lapan batang buluh kecil
disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan
kebahagian buah labu tersebut dengan
menebuk. Gam kelulut digunakan untuk
melekatkan batang-batang buluh tersebut
juga untuk menahan angin dari keluar
melalui celah-celah buluh apabila tiupan
dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak
berfungsi hanya untuk memperseimbangkan
kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa
kepingan kecil plat buluh diletakkan pada
dasar tiap-tiap tepian buluh untuk
menghasilkan bunyi mengikut kod muzik
yang telah ditentukan.

Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan
di Sabah dalam persembahan nyanyian dan
tarian. Sompotan boleh dimainkan secara
hiburan persendirian atau kumpulan untuk
mengiringi tarian.

Cara Bermain
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut
labu dengan menutup dan membuka tiga
daripada empat buluh terpendek pada
hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh
terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar
dan menghasilkan satu bunyian harmoni
yang merdu
Anglung

Pengenalan
Batang-batang buluh yang tidak sama
ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu.
Batang?batang buluh ini terbuka pada satu
hujung dan tertutup dengan bukunya pada
satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada
satu bingkai khas yang membolehkannya
bergerak bila bingkai ini digoncang.

Fungsi
Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk
mengiringi tarian seperti kuda kepang di
Johor.
Cara memainkan
Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah
tangan dan digoncang untuk mengeluarkan
bunyi