Anda di halaman 1dari 2

Gunung Bahaya di Dunia

1) Annapurna (8091m) – Gunung ke-10 Tertinggi di dunia

Sejak tahun 1950 iaitu pendakian pertama ke puncak Annapurna, lebih dari 130 pendaki telah
melaksanakan ekspedisi dan 53 pendaki dilaporkan maut. Ini menjadikan Annapurna merupakan
gunung paling berbahaya dengan kadar kematian paling tinggi dalam kalangan gunung berketinggian
8000 meter.

2) K2 (8661m) – Gunung kedua tertinggi di dunia

Terletak di Pakistan, Karokoram, direkodkan kadar kematian 1 dari 4 orang pendaki. Trek paling
senang mendaki Gunung K2, perlu menyeberangi glasier, pacak batu yang curam, dan perlu meredah
ais yang dipanggil seracs (yang terdedah dengan bahaya retak dan pecah tanpa amaran). Pendakian
K2 merupakan pendakian teknikal yang tinggi dan sangat berbahaya.

3) Nanga Parbat (8126m) – Gunung ke-9 tertinggi di dunia

Terletak di Gilgit Baltistan, Pakistan. Lebih kurang seperti K2, tahap kesukaran mendaki gunung ini
mendapat gelaran “The Man Eater.”

4) Kangchenjunga (8586m) – Gunung ketiga tertinggi di dunia

Kadar kematian pada 1 dari 5 orang pendaki yang merangkumi 22% pada tahun-tahun kebelakangan
ini. Pantulan avalanche dan cuaca buruk menambahkan lagi bahaya mendaki gunung ini.

5) Everest (8848m) – Gunung tertinggi

Sehingga kini, lebih kurang 700 orang pendaki berjaya sampai ke puncak saban tahun. Nilai
pelancongan meningkat. Namun begitu, gunung Everest tetap antara yang berbahaya dan
merekodkan lebih 200 pendaki maut dalam usaha menawan Gunung Everest.

6) Vinson (4892m) – Gunung Tertinggi di Antartika

Titik tertinggi di benua Antartika tidak pernah ditawan sesiapa sehinggalah tahun 1958 dijumpai titik
tersebut dan mula ekspedisi 8 tahun kemudian. Lebih 1400 pendaki Berjaya sampai ke puncak,
namun begitu, lokasinya yang ekstrim menjadikan gunung ini antara yang paling mencabar.

7) Mont Blanc (4808m) – Gunung Tertinggi di Eropah Barat

Mengisi ruang sempadan antara Perancis dan Itali, juga direkodkan sebagai gunung tertinggi di
Eropah. Cukup popular dalam kalangan pendaki ekstrim dan dilaporkan sudah ditawan oleh 8000
pendaki. Dan diantaranya ada yang maut.

8) Fitz Roy (3405m)

Juga dikenali sebagai Cerro Chalten, merupakan gunung tertinggi di Taman Negara Patagonia Los
Glaciares. Gunung yang terdiri dari batu-batuan curam memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi
dalam usaha untuk menawannya. Ditambah dengan cuaca yang tidak menentukan dan relative
isolation menjadikan gunung ini berbahaya. Dilaporkan hanya ada satu ekspedisi diadakan setiap
tahun.

9) Matterhorn (4478m)
Terletak di sempadan Switzerland dan Itali, merupakan salah satu puncak Alpine yang mesti didaki.
Kadar kematian yang tinggi direkodkan yang disebabkan oleh tahap kecuraman, permukaan batu
yang tidak stabil dan juga avalanche.

10) Eiger (3970m)

Merupakan salah satu puncak tertinggi di pergunungan Alps, mula ditawan pada tahun 1858, namun
tiada siapa yang berjaya sampai ke puncak melalui laluan north-face sehinggalah pada 24 Julai 1938.
Sejak 1935, sekurang-kurangnya 64 pendaki berjaya mengharungi trek laluan north-face dan diberi
nama Mordwand. Pergunungan berbatu tidak stabil dan pendakian teknikal menyukarkan pendakian
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai