Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH

BOLA TAMPAR
Bola tampar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua


pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi
menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain
untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring
kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam
pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-
turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang
lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal
mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan
banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di
atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam
permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun
1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar
yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai,
sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang
lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah
William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke,
Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang
agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi
kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada
‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung
atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia
menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan
dan kesakitan pada tangan para pemain.
Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba
1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus
berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh
tenteratentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di
Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949,
iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut
membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi
apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964. Di Malaysia,
permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar
Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

Anda mungkin juga menyukai