Anda di halaman 1dari 5

Hak-hak Pengguna

Hak untuk mendapatkan keperluan asas


Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin
kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk
makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan
kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta
perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk
memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi
juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu,
penipuan dan penyelewengan.
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran
dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi
pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan
perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang
sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta
saksama daripada pentadbiran pengadilan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat
atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta
pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan
kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau
perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan
kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan
berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang
sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini
lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan
kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat
serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan
oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam
semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Tanggungjawab Pengguna
Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:

Kesedaran untuk mengkritik


Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika
berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-
hak pengguna.

Penglibatan dan tindakan


Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran
terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak
menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar
kepentingan mereka tidak mudah digugat.

Tanggungjawab terhadap alam sekitar


Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat
dipelihara untuk generasi masa akan datang
Profil FOMCA
FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan
politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya.
FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA
berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan
keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan
kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat
Objektif FOMCA
FOMCA (Federation of Malaysian Consumers Associations / Gabungan Persatuan-
Persatuan Pengguna Malaysia) ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif
berikut:

1. Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.


2. Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
3. Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi
pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar
yang lebih baik bagi semua.
4. Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di
Malaysia

Falsafah FOMCA
FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan pengguna, tetapi juga sebuah pertubuhan
pembangunan. FOMCA inginkan mewujudkan keadaan-keadaan seperti berikut:

1. Mewujudkan sifat berdikari di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling
Berkesan ialah Perlindungan Sendiri."
2. Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas
manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan
hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir.

Peranan FOMCA
Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting
iaitu:

1. Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.


2. Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
3. Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
4. Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi
maklumat yang benar

Anda mungkin juga menyukai