Kegiatan ko-kurikulum ialah kegiatan luar bilik darjah.
Terdapat banyak jenis kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Murid-murid digalakkan menyertai kegiatan ini kerana mendatangkan banyak faedah.
Dengan menyertai kegiatan ko-kurikulum,seseorang itu dapat merapatkan
hubungan silaturahim dengan pihak lawan terutamanya.Jika kita berkhemah kita dapat melatih diri kita untuk berdikari tanpa bantuan daripada ibu bapa. Selain itu,aktiviti berkawat dapat memupuk sikap berdisiplin dalam diri murid- murid.Seterusnya murid-murid juga dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti gotong-royong selain dapat menyihatkan badan.
Murid-murid mesti melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum