Anda di halaman 1dari 2

eSarana dan Apa itu KSIB dan PIBK

KSIB atau lebih tepat disebut sebagai Kumpulan Sokongan Ibubapa di Sekolah

yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikan bagi merapatkan

hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan

swasta. Mereka memastikan penglibatan KSIB dalam membantu merealisasikan

anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025.

Iaitu bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

berpandukan perlembagaan PIBG yang sedia ada.

Menurut sistem guru online, PIBK pula disebut sebagai Penglibatan Ibu Bapa

Komunitidi sekolah. Penglibatan ibu bapa merupakan satu keadaan dimana

ibubapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah yang bertanggungjawab

memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan

kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan

ibubapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.


Rasional Permuafakatan Ibubapa dan Guru
 Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam keberkesanan

pendidikan kanak – kanak. Guru bertugas mendidik di sekolah dan

merangkumi masa selama tiga atau empat jam di pusat prasekolah,

sedangkan ibu bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk

mencorak kanak-kanak.

 Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh dikukuhkan oleh

keadaan di rumah atau sebaliknya.

 Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen

yang baik ke atas segala keputusan yang dicapai bersama.

 Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang optimum di atas

segala proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat

sokongan dari kedua belah pihak.

 Hubungan komunikasi yang erat diantara ibubapa dan guru membentuk

perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap

pendidikan anak-anak mereka.

Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :

 Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru)

dan pembantu (para profesional) dalam komuniti.

 Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang

dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli.

 Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan

melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama.