SALUTASI :
MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENUTUP ORIENTASI & TRANSISI TAHUN 1,
PENYAMPAIAN HADIAH LARIAN ALAM SEKITAR
DAN 'SCHOOL EDUCATE WITH BSN'
Yang Dihormati, Pn. Noor Azileen binti Mohamed,Ketua Mandat BSN Johor
Yang Dihormati, En. Daud bin Jeni Kerani Kanan Unit Mandat BSN Johor
Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd. Nizam b. Abd. Rahman, Guru Besar SK. Gembut
Yang Dihormati Tn. Hj. Mohd. Aidil b. Maseh, Penghulu Mukim Sedili Besar,
Yang Dihormati Tn. Hj. Fadhil b. Mohd. Ali, Ketua Kampung Gembut,
Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan; En. Wan Supian b. Wan Ta’alim, Guru Ponolong Kanan Pentadbiran
Cik M.I Maslinni bt. Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Hairulnizam b. Ismail, Guru Penolong Kanan KoKurikulum,
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Gembut, Para Ibubapa Tahun 1 Arif, Murid-murid SK. Gembut serta Hadirin dan Hadirat
yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Transisi dan Orientasi
Tahun 1, Penyampaian Hadiah Larian Alam Sekitar 2018 serta School Educate with BSN.
Semoga program ini menjadi bertambah meriah, penuh gemilang dan membawa seribu makna
kepada kita semua. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa, dan
murid-murid ke majlis pada hari ini.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh Ustaz Norhashrul b. Sharifudin. Dipersilakan..
Amin ya rabbal allamin… majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Norhashrul b.
Sharifudin di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Persembahan Murid Hadirin sekalian, bagi menghangatkan suasana majlis kita pada pagi yang berbahagia ini,
Tahun 1 marilah kita sama-sama menyaksikan satu persembahan istimewa yang akan dipersembahkan
oleh murid-murid Tahun 1 Arif di bawah bimbingan Pn. Nadzrah bt. Musa.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 1 Arif yang telah memberikan persembahan
yang menghiburkan hati.Untuk pengetahuan semua, 2 buah lagu yang telah disampaikan tadi
bertajuk ‘Anak Kesayangan’ dan “Kami murid Tahun 1’. Tahniah dan terima kasih, anak-anak
Tahun 1 Arif.
Ucapan Guru Besar Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gembut.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd. Nizam b. Abd. Rahman untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan Tuan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd. Nizam b. Abd.
Rahman atas ucapan itu tadi.
Majlis dengan penuh hormat dan takzim, menjemput Yang Dihormati Pn. Noor Azileen binti
Mohamed,Ketua Mandat BSN Johor untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup bagi
Program Transisi dan Orientasi Tahun 1 bagi tahun 2018 ini. Dipersilakan puan.
******************************************* ucapan penutupan ********************************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Noor Azileen bt. Mohamed atas ucapan
tersebut.
Sebagai gimik perasmian penutupan Program Transisi dan Orientasi Tahun 1 2018, Dijemput
Pn. Noor Azileen bt. Mohamed dengan diiringi Tuan Hj Mohd. Nizam b. Abdul Rahman untuk
menyempurnakannya.
Gimik ini umpama ilmu yang tersembunyi di dalam setiap diri anak-anak. Program Transisi telah
berjaya mengeluarkan ilmu tersebut untuk digunakan dalam kehidupan.
Alhamdulillah.. terima kasih Pn. Noor Azileen dan Tn Hj. Mohd. Nizam.
Penyampaian Hadiah Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu sesi
Transisi penyampaian hadiah kepada anak-anak cilik Tahun 1.
Untuk itu, sekali lagi majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn. Nor Azileen bt.
Mohamed, Ketua Mandat BSN Johor, dengan diiringi Tn. Hj. Mohd. Nizam b. Abd. Rahman,
Guru Besar SK. Gembut untuk menyampaikan hadiah.
Tahniah dan Syabas kepada semua Murid Tahun 1 Arif. Teruskan kecemerlangan sehingga
hujung tahun.
Penyampaian Hadiah Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan penyampaian hadiah bagi Larian Alam Sekitar.
Larian Alam Sekitar Kita mulai dengan :
Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang. Yang tidak Berjaya, teruskan latihan. Teruskan
berusaha, tahun hadapanmunkin milik kamu pula..
Penyampaian Bagi menghargai kehadiran dan kesudian Pn. Noor Azileen bt. Mohamed, Ketua Mandat BSN
cenderahati VIP Johor menyampaikan perasmian penutup serta hadiah dan sijil kepada para pelajar, sudilah
kiranya Puan menerima cenderahati dari pohak sekolah sebagai tanda penghargaan kami
kepada puan. Dengan ini dijemput Tn. Hj. Mohd. Nizam b. Abd. Rahman menyampaikan
cenderahati kepada Pn. Noor Azileen bt. Mohamed.
- Penyampaian Cenderamata –
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohd. Nizam b. Abd.
Rahman atas kesudian menyampaikan cenderahati tersebut.
Jamuan Bersurai Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di penghujung majlis.
Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah sudah
Majlis Perasmian Penutupan Transisi dan Orientasi Tahun 1 dan Penyampaian Hadiah Larian
Alam Sekitar 2018.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima hadiah pada hari
ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus berjaya dalam bidang yang
diceburi di hari-hari yang mendatang. Renungilah kata-kata seorang cendekiawan:
“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa”
__________________________________________________
Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
hadirin atas kerjasama yang telah diberikan.
Saya selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja pada hari ini menyusun jari
memohon maaf atas segala kekurangan,terlanjur kata mahupun tersilap bicara sepanjang majlis
berlangsung.