Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN MOTOR

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf
dan otot yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor
sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan
asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti
pembelajaran dengan penuh yakin.

MOTOR HALUS

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot


kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan
lidah.Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ
deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

MOTOR KASAR

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti
gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan.
Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan
tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam
pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan
motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan
keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan
sentuhan.
KEMAHIRAN MANIPULATIF

Perkembangan kemahiran manipulatif seseorang bermula sejak mereka lahir


seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran
manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor
kasar . Kemahiran manipulatif adalah merupakan kebolehan seseorang untuk
menggunakan dan mengawal anggota – anggota badan untuk mengendalikan
sesuatu alatan atau objek, contohnya seperti menendang bola, menyambut bola
dan sebagainya. Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata dan lain –
lain anggota badan.

KETEPATAN LAKUAN ( KEMAHIRAN MOTOR KASAR


DAN MOTOR HALUS ) DALAM PERMAINAN BOLA
BALING

Ketepatan lakuan di dalam sukan Bola Baling adalah berasaskan kepada jenis
atau saiz otot –otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti
melakukan jaringan. Sebagai contoh, ketika membuat hantaran paras dada, otot
kasar di bahagian tangan dan belakang badan memberi kekuatan yang
dimahukan ketika ingin membuat hantaran manakala otot halus dibahagian jari
akan menentukan ketepatan arah bola yang dilontar atau dibaling. Kemahiran ini
amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan
tangan-jari semasa membuat hantaran.
Ketika membuat jaringan, otot kasar di bahagian tangan dan bahu memberi
kekuatan yang dimahukan ketika membuat jaringan manakala otot halus pula di
bahagian jari akan menentukan arah tuju dan ketepatan bola yang dibaling.
Lain – lain aktiviti yang melibatkan motor kasar dan motor halus

Anda mungkin juga menyukai