Anda di halaman 1dari 10

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal
kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini
diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat
Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas
lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan
kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu
sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu
mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga
digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama
kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila
harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu
kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat
yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali
makan makanan yang ?tajam? seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan
makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan
ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil,
terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak
bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut
kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk
angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada
perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi
masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang
pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang
kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-
orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal
menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang
bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang
mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur


rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-
saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem
nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat
mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu
diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga
akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan
atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab
tertentu.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk
mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat
diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat
Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut
kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka
iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada
asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,
watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan
perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang
kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara
mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana
ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan
ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan
memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana
bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan
berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak
perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah


bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai
dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin
sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,
umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang
diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis
pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang
dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan
kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-
kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan
berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa
yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan
kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua
bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin
emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak
menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah
besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga
pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat
dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin
yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut


tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus
hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang
berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan
lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin
yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna
putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang


ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan
akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-
masing. Seterusnya pasangan pengantin
akan didudukkan di atas pelamin yang telah
disediakan di ruang tamu. Selepas acara
bersanding, pasangan pengantin akan dibawa
bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di

Perkahwinan
Masyarakat Cina
samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat
penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan
pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.
Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di
rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-
pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua
pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua
belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan
beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara
tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

ADAT KEMATIAN MASYARAKAT CINA

Pengenalan

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan
dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang
tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina
berkaitan kematian.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai


memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu
dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati
terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan
dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang
dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat
Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si
mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian
mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang
diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini
adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga,
saudara-mara dan sahabat handai
dikehendaki menangis atau meratapi
pemergian si mati. Tangisan ini perlu
dilakukan dengan kuat apabila si mati
diletakkan di ruang tamu sehinggalah
diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu
diselitkan dengan kata-kata yang
Penghormatan terakhir kepada si
menunjukkan si mati telah membuat jasa.
mati
Tangisan ,mengungkit keburukan si mati
dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si
mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat
Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk
mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli
keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini
digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan
mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama
dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini
seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap
kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan
pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran
tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada,
ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman
sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke
dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Penghormatan terakhir Mayat diarak ke jirat


Ahli keluarga berarak ke jirat Keranda dibawa
dengan van

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu
akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu
tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang
juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya
pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan
bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak
akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam
akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna
hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah
hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring
yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju
hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang
disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan
pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Semasa Pengebumian

Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut
haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina
tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang
lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk
menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat
kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian
menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi.
Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian
mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang


strategik memainkan peranan penting kerana
menjadi lambang kebahagiaan yang bakal
dikecapi apabila seseorang telah meninggal
dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di
kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika
dibandingkan dengan tanah yang rata.
Kebanyakan tanah perkuburan terletak di
kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut
Upacara pengebumian
kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati
menemui jalan pulang.

Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan
yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai
melambangkan kekayaan si mati ketika hidup.
Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai
bentuk yang menarik menjadi lambang
kemewahan. Ini bermakna si mati layak
menikmati kemewahan selepas mati seperti
ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat
Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah
untuk ahli keluarga yang meninggal dunia.

Selepas Kematian Upacara pengebumian

Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai
beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian
warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau
suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai
berkabung.

Jirat cina biasanya dibina di kawasan berbukit

Upacara menyembah kubur Membakar duit untuk si mati


Contoh duit yang dibakar semasa kematian

Anda mungkin juga menyukai