Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

َّ ْ‫منِا‬
‫لرحِ يْم‬ َّ ْ‫بِس ِِْمِللاِِِا‬.
ِِ ْ‫لرح‬

َِ‫ص َحا ِب ِِهِأَجْ َم ِعيْن‬


ْ َ ‫علَىِآ ِل ِِهِ َوأ‬ َ ِ‫علَى‬
َ ‫س ِي ِدنَاِم َح َّمدِِ َو‬ َ ِِ‫سالَم‬ َّ ‫ِ َوال‬،‫بِ ْال َعالَمِ يْن‬
َّ ‫صالَةِ َوال‬ َِّ ِ ِِ‫ا َ ْل َح ْمد‬.
ِِ ‫لِلِِ َر‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada Yang diraikan Tuan Hj. Mat Sidek b. Mamat yangِtelah menamatkan
perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan
ketenangan.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala
jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau
limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan bapa
yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk
kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga
kebahagiaan di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

َّ ‫لَّاللَّ ُه ََّّمَّفِ ْينَاَّ َو‬


َّ‫لََّ َمعَنَا‬ َِّ ‫لََّتَجْ َع‬
َّ ‫َّ َو‬،‫ص ْو ًما‬ ُ ‫نَّبَ ْع ِد َِّهَّتَفَ ُّرقَّا ًَّ َم ْع‬
َّْ ‫َّ َوتَفَ ُّرقَـَنَاَّ ِم‬،‫عاَّ َم ْر ُح ْو ًما‬ ََّ ‫عنَاَّ َهذَاَّا‬
ً ‫جت َّْما‬ َ ْ ‫جتمَّا‬ َّْ ‫اَللَّ ُه ََّّمَّاجْ َع‬
ََّ ‫لَّا‬
ََّ َ‫عذ‬
َّ‫اب‬ َ َّ ‫سنَةًَّ َوقِنَا‬ َ ‫سنَةًَّ َّ َوفِي َّاأل َ ِخ َرةَِّ َّ َح‬ َ ‫ َربَّنَا َّ َءاتِنَا َّفِي َّالدُّ ْنيَا َّ َح‬. ‫لَ َّ َمحْ ُر ْو ًما‬ َّ ‫ط ُر ْودًا َّ َو‬ ْ ‫لَ َّ َم‬ َ َّ ‫ن َّيَتْبَعُنَا‬
َّ ‫ش ِقيًّا َّ َو‬ َّْ ‫لَ َّ َم‬
َّ ‫َو‬
ََّ ‫بَّالعَالَ ِمي‬
.‫ْن‬ ََّّ ِ ‫َّ َو ْال َح ْمد‬،‫سلَّ َم‬
َِّ ِّ ‫ُلِلَِّ َر‬ َ ‫علَىَّ َءا ِل َِّهَّ َو‬
َ ‫صحْ بِ َِّهَّ َو‬ َ َّ‫علَى‬
َ ‫سيِِّ ِدنَاَّ ُم َح َّمدََّّ َو‬ َ َُّ‫للا‬َّ َّ‫صلَّى‬ َ ‫ِ َو‬.‫النَّار‬