Anda di halaman 1dari 4

SJKT LADANG KRIAN,NIBONG TEBAL

KERTAS KERJA

Kelas Insentif Malam


UPSR 2017

Disediakanoleh :

PUAN REVATHY MUNIANDY


Penyelaras Program UPSR
2017

Pendahuluan

1
Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian murid-murid di kalangan
pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam semua mata pelajaran khususnya di dalam
subjek teras.

Perancangan program ini bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian 8A serta
memaksimumkan prestasi kelulusan dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6. Di
samping kecemerlangan dalam akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan.
Peningkatan ini juga diharap dapat mencemerlangkan pencapaian UPSR Tahun 2017 ini nanti.

Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan aset
penting ke arah mencapai Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi modal insan yang sangat
berguna kepada negara. Mereka nanti akan mampu membina negara yang maju berteknologi
tinggi dan setanding dengan negara maju yang lain.

Berlandaskan hakikat tersebut, seluruh warga sekolah dengan dibantu oleh PIBG serta
seluruh warga sekolah telah merancang program utama, sampingan dan sokongan untuk
mencapai aspirasi semua pihak.

Rasional
 Penekanan dalam program ini memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya
usaha , pengetahuan , kemahiran dan kerohanian demi kecemerlangan dalam bidang
akademik dan sahsiah.

 Memberi peluang seluas-luasnya peluang kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan


secara langsung dan berterusan.

 Secara keseluruhannya, program ini nanti dapat memberikan perhatian kepada


perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.

Matlamat

 Menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Tamil, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
 Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap pembelajaran masa
kini.
 Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain di samping semangat kerjasama dan
toleransi.
 Mengembangkan bakat, kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan
serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran asas yang dikuasai.
 Memperkembangkan potensi murid ke tahap yang paling optimum supaya murid boleh
mengenali diri dan dunia mereka serta bertindak dalam ruang yang sihat selaras proses
pembangunan Negara.
Objektif

2
 Meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti iaitu bilangan A ( 8 subjek
teras)
 Menerapkan budaya/teknik belajar yang sistematik dan berkesan.
 Memupuk semangat belajar dan kerja berpasukan.
 Menambah baik proses P & P dengan menggunakan pelbagai kaedah.
 Membolehkan pelbagai bahan dan alatan digunakan dengan maksimum untuk
menghasilkan P & P yang berkesan.
 Membina kecemerlangan murid berlandaskan wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Negara.

Sasaran
 Murid SJKT Ladang Krian
 Tahun 6 : 35 orang
 Jumlah : 35 orang

Tarikh
 3.7.2017 hingga 13.9.2017 ( 50 hari )

Tempat
 Bilik Darjah 6 Vetri SJKT Ladang Krian

Perbelanjaan
 Dilampirkan

Penilaian

 Petunjuk prestasi
1) Penglibatan guru dalam kelas malam yang dijalankan
2) Kelicinan perjalanan kelas malam
3) Keberkesanan dan mencapai objektif

 Cara mengukur prestasi:


1) Peningkatan dalam akademik

Disediakan oleh: Disemak oleh:

3
……………………………………. ………………………………………
(REVATHY MUNIANDY) ( VALLIYAMMAL SUBRAMANIAM)
Penyelaras Guru Besar
Program Kecemerlangan UPSR,2017 SJKT Ladang Krian,
SJKT Ladang Krian, SPS,Pulau Pinang
SPS,Pulau Pinang

Diluluskan oleh ,

( EN.A.SATHIYEMURTHY)
YDP PIBG,
SJKT Ladang Krian,
SPS,Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai