Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS PEPERIKSAAN

PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM-KPT-MSN


SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2016/2017


(KETUA GURU PENGAWAS SILA BACAKAN ARAHAN DI BAWAH SEBELUM PEPERIKSAAN BERMULA)

ARAHAN PEPERIKSAAN KEPADA PELAJAR

1. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk ke bilik peperiksaan alat tulis yang diperlukan dan
kalkulator sahaja.

3. Buku, beg, fail dan lain-lain yang tidak berkaitan hendaklah diletakkan diluar bilik peperiksaan.

4. Pelajar tidak dibenarkan mengambil peralatan yang tertinggal selepas peperiksaan bermula dan
pelajar juga tidak dibenarkan meminjam peralatan peperiksaan daripada rakan-rakan sewaktu
peperiksaan sedang berjalan. (Jika terpaksa mohon kebenaran guru pengawas)

5. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk dalam bilik peperiksaan.

6. Sila lengkapkan kulit kertas jawapan peperiksaan (bewarna merah jambu / pink) dengan
melengkapkan maklumat nombor matrik, kod dan nama kertas peperiksaan, dan tandatangan.
Tuliskan nombor matrik pada setiap helaian kertas jawapan dan pada muka hadapan kertas
soalan.

7. Semua kertas perlu dipulangkan semula kepada guru pengawas peperiksaan (kertas soalan
dan kertas jawapan yang tidak digunakan)

8. Sekiranya anda ditangkap kerana meniru, anda akan dihalang daripada meneruskan daripada
mengambil peperiksaan dan seterusnya kertas peperiksaan tersebut dibatalkan.

9. Sekiranya pelajar telah menyelesaikan peperiksaannya lebih awal, pelajar tidak dibenarkan
keluar dari bilik peperiksaan 15 minit sebelum tamat waktu kertas berkenaan.

10. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan menganggu ketenteraman bilik peperiksaan
sewaktu peperiksaan sedang berjalan.

11. Pelajar yang lewat hadir peperiksaan 15 minit selepas peperiksaan bermula, tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan dan dikehendaki berjumpa dengan Penolong Kanan Prauniversiti.