Anda di halaman 1dari 25

YANG DI PERTUAN AGONG

Disediakan oleh Pn. Munni


MBSSKL

munni/06
KEDUDUKAN

Sebagai Ketua Negara
 Dengan itu mengetuai
ketiga-tiga badan
pemerintahan iaitu
perundangan, eksekutif
dan kehakiman
munni/06
SEJARAH KEWUJUDAN
JAWATAN YDPA
 Jawatan ini diwujudkan pada 31hb.Ogos 1957.
Yang Di Pertuan Agong adalah ketua negara
Tanah Melayu yang merdeka.
 Sebelum kemerdekaan Pesuruhjaya Tinggi
British yang menjadi ketua negara.
 Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang
raja berperlembagaan yang memerintah
mengikut kuasa yang diberikan kepada
baginda oleh Perlembagaan.

munni/06
Sejarah Kewujudan jawatan YDPA
 Mengikut perkara 32 perlembagaan Malaysia
terdapat maklumat-maklumat berikut:Hendaklah
ada seorang Kepala Utama Negara Bagi
Pesekutuan di gelarkan Yang di Pertuan Agong,
yang mengambil keutamaan mengatasi segala
orang dalam persekutuan.
 Permaisuri Yang diPertuan Agong (yang digelar
Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil
keutamaan mengatasi segala orang lain dalam
Persekutuan selepas Yang diPertuang Agong.
 Yang Di Pertuan Agong yang pertama adalah
dari Negeri Sembilan.

munni/06
Pemilihan YDPA
 Majlis Raja-Raja memilih Yang Di- Pertuan Agong.
 Baginda dipilih dari sembilan orang raja Melayu
mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga
Perlembagaan Malaysia.
 Seseorang Raja adalah layak dipilih menjadi Yang di-
Pertuan Agong melainkan
i. ia adalah seorang remaja;
ii. atau ia telah memberitahu kepada Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja bahawa ia tidak mahu
dipilih atau
iii. Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan untuk undi
sulit bahawa ia adalah tidak sesuai untuk
menjalankan tugas disebabkan oleh kelemahan
akal atau tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab
lain yang munasabah.
munni/06
munni/06
 Undian majlis sekurang-kurangnya lima
diperlukan untuk meluluskan suatu usul.
 Urutan senarai raja untuk pemilihan YDPA
adalah seperti berikut:
 Negeri Sembilan
 Selangor
 Perlis
 Terengganu
 Kedah
 Kelantan
 Pahang
 Johor
 Perak

munni/06
 Selepas seorang Yang di Pertuan Agong dipilh
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah
maklumkan keputusan ini secara bertulis
kepada kedua-dua Majlis Parlimen.
 Yang di Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh
Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima
tahun tetapi boleh pada bila-bila masa
meletakan jawatannya dengan mengutus surat
yang ditandatangani olehnya kepada Majlis
Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh
Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti
daripada memegang jawatan apabila terhenti
daripada menjadi seorang Raja.

munni/06
 Saraan YDPA adalah oleh Kumpulan
Wang Yang Disatukan.
 Yang diPertuan Agong hendaklah
menyimpan dan menggunakan Mohor
Besar Persekutuan.
 Baginda adalah ketua negara.
 Baginda juga menjadi ketua agama Islam
bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang,
Wilayah Persekutuan, Sabah , Sarawak

munni/06
Bidang Tugas Eksekutif
 Tugas YDPA boleh dibahagikan pada tugas
rasm i dan kuasa budi bicara

 KUASA BUDI BICARA


 Kuasa budi bicara YDPA adalah
 Melantik seorang Perdana Menteri
 Tidak mempersetujui permintaan membubar
Parlimen;
 Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis
Raja-Raja yang semata-mata mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia raja-Raja
dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat
itu
 Memberi pingat danmunni/06
anugerah
 TUGAS RASMI
 Tugas rasmi YDPA yang berkaitan dengan
pentadbiran adalah :
 Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah
terletak pada Yang diPertuan Agong
 Dalam menjalankan tugas-tugasnya YDPA
hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri atau Perdana Menteri
 YDPA berhak atas permintaanya mendapat apa-
apa maklumat mengenai pemerintahan
Persekutuan dari Jemaah Menteri.
 YDPA ialah Pemerintah Tertinggi angkatan
tentera Persekutuan.
munni/06
 YDPA adalah berkuasa mengampun dan
menangguhkan hukuman-hukuman mengenai
segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera dan segala kesalahan
yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
 Untuk tujuan pengampunan suatu lembaga
pengampunan harus diwujudkan.Lembaga
pengampunan terdiri daripada YDPA,
Perdana Menteri,Peguam Negara dan
sekurang-kurangnya tiga ahli lain.

munni/06
 YDPA bertanggungjawab memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
 Melantik Ketua Setiausaha Negara,
Akautan Negara, Juru Audit Negara, ahli
Suruhanjaya-Suruhanjaya, perdana
menteri , menteri

munni/06
Tugas Eksekutif
 Perlantikan Perdana Menteri
 Perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri
atas nasihat Perdana Menteri

munni/06
Tugas Perundangan
 Memanggil Parlimen bermesyuarat dari
semasa ke semasa
 Memberhentikan dan pembubaran
Parlimen
 Memberi ucapan dalam mana-mana majlis
Parlimen
 Memperkenankan Rang Undang-Undang
 Melantik dua orang senator untuk Wilayah
Persekutuan dan Labuan dan Putrajaya
 Melantik 40 senator yang lain
munni/06
Fungsi Kehakiman
 Melantik Ketua Hakim Negara, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya,
hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan
sarawak, hakim-hakim mahkamah Persekutuan,
Hakim Mahkamah Rayuan dan mahkamh Tinggi
atas nasihat perdana menteri setelah berunding
dengan majlis Raja-Raja
 Pesuruhjaya Kehakiman
 Memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66
tahun
 Menolak tribunal memecat hakim

munni/06
Fungsi-fungsi lain
 Mengeluarkan Perisytiharaan Darurat
 Menjaga hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak
 Fungsi diplomatik dengan melantik
diplomat Malaysia di luar negara dan
menerima mengadap diplomat asing.

munni/06
Perkara yang tidak boleh dilakukan
oleh YDPA
 Yang diPertuan Agong tidak boleh
menjalankan tugas-tugasnya sebagai
Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya
sebagai Ketua Ugama Islam.
 Yang diPertuan Agong tidak boleh
memegang apa-apa jawatan yang
baginya ada apa-apa saraan.

munni/06
 Yang diPertuan Agong tidak boleh
mengambil bahagian dengan giat dalam
apa-apa enterprais perniagaan.
 Yang diPertuan Agong tidak boleh
menerima apa-apa jua jenis pendapatan
yang kena dibayar atau terakru
kepadanya sebagai Raja Negerinya
dibawah peruntukan perlembagaan
Negerinya itu atau peruntukan mana-
mana undang-undang Negeri

munni/06
 Yang diPertuan Agong tidak boleh, dengan
tiada persetujuan Majlis Raja-Raja
meninggalkan Persekutuan selama lebih
daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan
Negara ke suatu negeri lain.
 Jika Timbalan Yang diPertuan Agong bagi
persekutuan atau mana-mana orang lain yang
dibenarkan oleh undang-undang menjalankan
tugas-tugas Yang diPertuan Agong selama
tempoh lebih daripada lima belas hari maka
hendaklah dipakai baginya selama tempoh itu
sebagaimana dipakai oleh Yang diPertuan
Agong.

munni/06
 Pengecualian diberikan untuk perkara-
perkara berikut:
(a) bersetuju atau tidak bagi meminda
Perlembagaan Negerinya ; atau
(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja
atau ahli Jemaah Pemangku Raja sebagai
ganti seorang Pemangku Raja atau ahli,
mengikut mana yang berkenaan, yang
telah mati atau yang tidak berupaya oleh
kerana apa-apa sebab menjalankan
kewajipan jawatan Pemangku Raja atau
ahli Jemaah Pemangku
munni/06
Raja.
Timbalan Kepala Utama
bagi Persekutuan
 Perlembagaan Malaysia pemperuntukan
seorang Timbalan Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan (digelarkan Timbalan Yang di
Pertuan Agong) dan ia hendaklah menjalankan
tugas-tugas serta mempunyai keistimewaan-
keistimewaan Yang diPertuan Agong dalam
masa berlaku kekosongan dalam jawatan Yang
di Pertuan Agong dan dalam masa Yang
diPertuan Agong tidak berupaya menjalankan
tugas-tugas jawatannya oleh kerana sakit, tidak
ada dalam Persekutuan ataupun oleh kerana
apa-apa sebab lain, munni/06
 Timbalan Yang diPertuan Agong
hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja
selama tempoh-jawatan lima tahun, atau
selama bagi tempoh-jawatannya itu.
 Boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya dengan mengutus surat yang
ditandatangani olehnya kepada Majlis
Raja-Raja,
 Hendaklah terhenti daripada memegang
jawatan apabila terhenti daripada menjadi
seorang raja.

munni/06
Timbalan Yang diPertuan Agong tidak boleh
menjalankan tugas-tugas itu dalam masa
Yang diPertuan Agong tidak berupaya
atau tidak ada dalam Persekutuan selama
yang dijangka kurang daripada lima belas
hari,melainkan jika Timbalan Yang
diPertuan Agong berpuas hati bahawa
adalah perlu dan mustahak tugas-tugas
itu dijalankan.

munni/06
munni/06
TERIMA KASIH

munni/06

Anda mungkin juga menyukai