Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PROGRAM IJAZAH NAMA PELAJAR:


SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JANUARI
2013

KOD DAN NAMA KURSUS: SEMESTER:


EDU3083
ASAS KEPEMIMPINAN DAN 8
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU

TARIKH MULA 20 Jun 2016 TARIKH HANTAR 01 Julai 2016

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional (C2,LO1,LO8,EM1).

2. Membincangkan dengan kritis isu-isu etika dan integriti guru dengan merujuk kepada kod
etika,akauntabiliti dan integriti guru (C4,LO8,CTPS1,EM2).

3. Menginterpretasi peranan guru sebagai pemimpin yang profesional berdasarkan peringkat-


peringkat perkembangan guru dengan menggunakan pelbagai sumber yang relevan
(C5,A5,LO3,LO6,LO8,CTPS2,LL1,EM1).

4. Merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk menjadi seorang yang profesional
dalam organisasi pendidikan semasa (C 6,LO3,LO6,LO8,CTPS3,LL2,EM1).

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1 dan 2 sahaja

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional.

2. Membincangkan dengan kritis isu-isu etika dan integriti guru dengan merujuk kepada kod
etika,akauntabiliti dan integriti guru .

3. Mengaplikasikan amalan reflektif dalam penulisan tentang implikasi isu-isu etika guru.

4. Membuat justifikasi yang sesuai dengan mengemukakan bukti dan sokongan tentang
akauntabiliti dan integriti profesion keguruan..

1
Tugasan 1 – Indiviu (60%)
Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut/ciri dalam suatu profesion, iaitu
menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu,
adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi kepada
suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Bincangkan maksud penyataan di atas dari aspek konsep guru sebagai seorang profesional.

(Esei ini hendaklah ditulis dalam 1500 patah perkataan).

Tugasan 2 – Kumpulan (40%)

Cikgu Y mempromosi jualan insuran pendidikan dan

hayat dalam kalangan rakan sejawat di sekolah beliau.

Berdasarkan situasi di atas, beri ulasan secara kritis tentang implikasi tindakan Cikgu Y
terhadap dirinya sebagai seorang guru dari konteks Kod Etika Keguruan.

(Esei ini hendaklah ditulis dalam 500 patah perkataan)

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan Individu .


2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A edisi ke 6
v. Lampiran
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja kursus.
4. Panjang tugasan untuk penulisan esei tidak melebihi 8 muka surat dan pembentangan tugasan
kumpulan tidak melebihi 30 minit.
5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan ”citation” yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
6.
Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

2
Kerja kursus disediakan oleh: Disemak oleh Disahkan oleh Ketua Jabatan

...................................................... ........................................................ ................................................

(ROHANA BT OSMAN) (KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN) (AHNIZAH BT ARSHAD)

PENYELARAS KURSUS EDU3083 SME IPG KAMPUS PERLIS KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Tarikh: Tarikh : Tarikh :