Anda di halaman 1dari 14

LAMPIRAN A

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


PROGRAM MINDA SIHAT
MENANGANI TEKANAN EMOSI (STRES) DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH

1. PENGENALAN
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan
remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres).
Persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta
suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah
merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial
yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan mental. Justeru, kesihatan mental amat
penting untuk dipromosikan. Kesihatan mental yang baik akan dapat membentuk
persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan murid-murid amnya dan warga
sekolah khasnya di samping mempunyai implikasi sosial dan akademik.

Kesihatan Mental boleh didefinisikan sebagai satu situasi di mana seseorang individu itu
mengenali potensi dirinya, dapat berdaya tindak terhadap tekanan emosi (stres) dalam
kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada
masyarakat (Pertubuhan Kesihatan Sedunia : 2001). Di dalam konteks kalangan murid
sekolah, seseorang murid yang sihat dari segi mental akan dapat
 Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan
kepada pihak lain yang berkomunikasi dengannya misalnya rakan sebaya, guru-guru
dan kakitangan sekolah.
 Berupaya untuk menangani cabaran tekanan emosi (stres) sehari –hari
 Berupaya terus maju dari segi psikososial
 Belajar dan bermain disamping dapat meraih pencapaian yang setaraf dengan
umur dan tahap inteleknya.
 Berupaya membezakan apa yang betul dan salah dari segi nilai dan etika yang telah
dibentuk oleh komuniti sekolah (Peraturan Disiplin Sekolah).

2. KONSEP
Pelaksanaan Program Minda Sihat dapat mengatasi sebahagian masalah kesihatan
mental yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini.
Statistik telah menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-
kanak dan remaja Malaysia telah meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006 kepada
1
20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 & 2011). Stres
yang berterusan dan tidak dapat ditangani boleh menyumbang kepada masalah
kesihatan mental dan kemurungan. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres
cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping
skills) dan teknik relaksasi akan membantu menangani gangguan perasaan dan
kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.

Memandangkan statistik masalah kesihatan mental kian meningkat, satu program perlu
dilaksanakan dengan memfokuskan kepada mempromosikan minda sihat dan
menangani tekanan emosi (stres) dalam kalangan murid. Guru-guru dan murid perlu
diberi pendedahan bagaimana untuk mengenalpasti murid atau warga sekolah yang
mempunyai masalah kesihatan mental dan tanda-tanda penyakit mental. Ini akan dapat
membantu guru-guru mengendalikan murid-murid yang mempunyai permasalahan
emosi, tingkah laku dan mental dengan cara yang betul dan seterusnya juga dapat
mencegah penyakit mental. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang
mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan
masalah emosi serta tingkah laku) akan dapat membentuk kesejahteraan murid.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang kepentingan


kesihatan mental
3.2 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid melalui
pelaksanaan saringan minda sihat bagi tahap stres, keresahan dan kemurungan
3.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk mengenalpasti
murid-murid yang mempunyai masalah mental contohnya tekanan perasaan yang
berterusan, kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku.
3.4 Memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru-guru untuk
mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku
3.5 Memberi kemahiran kepada murid sekolah tentang cara-cara menangani stres dan
mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku.
3.6 Melaksanakan intervensi stres bagi mengurangkan tahap stres dalam kalangan
murid
3.7 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada
pihak bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

4. PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Program ini dilaksanakan secara kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Peluasan Minda Sihat pada 16 Januari 2014 membuat ketetapan agar program ini
diperluaskan kepada semua murid Tingkatan 4 di sekolah menengah KPM.

2
Di dalam program ini, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi mengenalpasti
tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid. Alat saringan yang
digunakan adalah Borang Saringan Minda Sihat – Soal Selidik DASS (Depression,
Anxiety, Stress Scale) dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak. Pelaksanaan saringan ini akan
diintegrasikan ke dalam peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid di
Sekolah. Intervensi Minda Sihat akan menggunakan Modul Kemahiran Kesihatan
Mental Remaja dan Modul Pendidikan Kesihatan Remaja. Pelaksanaan dibahagikan
kepada dua strategi :

4.1.1 Promosi Minda Sihat


Melaksanakan promosi minda sihat di sekolah melalui aktiviti berikut:
Tarikh
Aktiviti Promosi Pelaksana
Perlaksanaan
1. Ceramah Minda Sihat
2. Kuiz  GBKSM
3. Lawatan  Guru Kesihatan
4. Pameran  Jawatankuasa
5. Sukaneka Kantin
6. Eksplorasi Minda Sihat  Jawatankuasa
7. Program 5 minit minda sihat Sepanjang tahun Sekolah Selamat
8. Pengucapan awam  SLAD
9. Brosur  PIBG
10. Pertandingan :  Unit Beruniform
4.2 Melukis poster
Sekolah
4.3 Kain rentang
4.4 Buku skrap

4.1.2 Mengesan Gejala Awal MindaTidak Sihat


Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid (carta alir-
Lampiran 1). Aktiviti yang dilaksanakan adalah:

a. Menjalankan Saringan DASS (Lampiran 2)


b. Menjalankan Soal Selidik Gaya Daya Tindak (Lampiran 3)
c. Intervensi – Perkhidmatan Kaunseling dan Pelaksanaan Modul Intervensi
Minda Sihat.
d. Pemantauan dan penilaian

4.2 Pendekatan Program Minda Sihat

Empat pendekatan program Minda Sihat yang akan turut dilaksanakan melalui
pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah:

4.2.1 Pendekatan Pencegahan


Guru bimbingan dan kaunseling akan memberikan bimbingan dan kaunseling
bagaimana mempunyai imej kendiri yang positif dan kesihatan mental yang
baik. Maklumat-maklumat ini akan disampaikan melalui slot taklimat 5 – 10

3
minit dalam sesi perhimpunan pagi, perhimpunan mingguan dan sebagainya.
Selain itu, edaran risalah – risalah bertajuk bagaimana menangani stres,
berkongsi perasaan dan latihan pernafasan akan diedarkan di samping poster –
poster berkaitan kesihatan mental dan minda sihat di papan kenyataan serta
mewujudkan sudut pameran bagi tujuan meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan mencegah
penyakit mental.

4.2.2 Pendekatan Perkembangan


Murid sekolah akan dibimbing bagaimana membentuk teknik berfikir secara
sihat, logik dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah, bimbingan
kelompok dan sesi mentor-mentee dengan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) di sekolah. Aspek kesihatan mental yang ditekankan melalui pendekatan
ini adalah keperluan kasih sayang, membina keyakinan dan harga diri,
kemahiran berinteraksi dengan rakan sebaya, kemahiran membina disiplin diri
dan kemahiran memilih dan membentuk persekitaran hidup yang sihat dan
selamat.

Murid juga akan diberi sesi-sesi secara berkala tentang kemahiran menangani
stres misalnya berfikir secara positif, berkomunikasi berkesan, mengendalikan
tekanan rakan sebaya, kemahiran asertif, kemahiran menyelesaikan masalah
dan konflik dan mengawal kemarahan. Modul yang akan digunakan adalah
Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Minda Sihat.

4.2.3 Pendekatan Pemulihan


Bagi murid yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan mental melalui
saringan, mereka akan di berikan perkhidmatan kaunseling. Proses kaunseling
akan menggunakan teori-teori kaunseling yang sesuai dengan murid berkenaan.
Proses ini termasuklah meliputi peringkat membina hubungan, peringkat
penerokaan, peringkat mengenal pasti masalah dan puncanya, peringkat
membincangkan alternatif, peringkat membuat keputusan dan peringkat
penilaian sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah dibuat.

4.2.4Pendekatan Krisis
Sekiranya didapati bahawa melalui saringan atau murid dikenalpasti mengalami
tanda-tanda kemurungan yang teruk atau mengalami tanda – tanda awal
penyakit mental (skizofrenia, kecelaruan bipolar), maka Guru Bimbingan dan
Kaunseling akan mencadangkan kepada pentadbir sekolah dan penjaga untuk
merujuk murid berkenaan kepada Pakar Psikiatri Hospital atau Klinik-klink
Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Unit Sekolah, KKM.

4.3 Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian

4
Guru BDK melaksana, memantau dan membuat penilaian berdasarkan tentatif
pelaksanaan Program Minda Sihat seperti dinyatakan dalam Lampiran 4. Semua data
hendaklah diklasifikasikan mengikut jantina, umur dan kaum dengan menggunakan
format seperti di Lampiran 5 berdasarkan pernyataan berikut:
4.3.4 Jumlah murid yang dikesan mempunyai masalah kesihatan mental (stres,
keresahan dan kemurungan)
4.3.5 Jumlah murid yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
4.3.6 Jumlah murid yang dirujuk kepada Pegawai Perubatan / Pakar Psikiatri (KKM)

4.4 Pelaporan
4.4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling menghantar laporan ke Pejabat Pelajaran Daerah
selepas melaksanakan saringan kali pertama dan kedua.
4.4.5 Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri menyelaras laporan dan
dihantar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (KPM) dan Jabatan Kesihatan
Negeri (JKN).

5. PENUTUP

Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara untuk
meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi permasalahan. Justeru ,
kemahiran mengurus stres wajar diketahui dan dipelajari oleh murid untuk mewujudkan
iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah. Melalui program ini murid sekolah dan
guru-guru didedahkan dengan keupayaan untuk mengenalpasti murid mempunyai
masalah emosi dan mental di samping murid-murid dapat diberi kemahiran dalam
menangani stres cabaran kehidupan seharian. Ini akan dapat meningkatkan
kesejahteraan mental warga sekolah secara amnya.

Lampiran 1

CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT

MULA

5
LAPORA
LAPORA
N
N
DASS 1

GAYA DAYA TINDAK 1

TERUK RINGAN / SEDERHANA /


BAIK

INTERVENSI
KHUSUS INTERVENSI UMUM

DASS 2

GAYA DAYA TINDAK 2

TERUK
RINGAN / SEDERHANA /
BAIK

DIRUJUK
KK INTERVENSI UMUM

SUSULAN /
MAKLUM
BALAS

Lampiran 2

SARINGAN DASS

NAMA : ___________________________ KAD PENGENALAN : _______________________


UMUR : ___________________________ JANTINA : L P
M C I L
6
BANGSA : Lain-Lain Nyatakan : _____________________________________
TINGKATAN / KELAS : _________________ NO. TELEFON : _______________________

SOAL SELIDIK DASS SMS 1a


BAHAGIAN 1
Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3) yang menggambarkan
keadaan anda SEMINGGU YANG LEPAS. Tidak ada jawapan betul atau salah. JANGAN guna terlalu
banyak masa untuk mana-mana kenyataan.
Skala markah adalah seperti berikut :
0 = Tidak pernah sama sekali 1 = Jarang 2 = Kerap 3 = Sangat Kerap
Tidak Sangat
S Jarang Kerap
Pernah Kerap
1. Saya rasa susah untuk bertenang 0 1 2 3
2. Saya sedar mulut saya rasa kering 0 1 2 3
Saya seolah-olah tidak dapat mengalami perasaan positif
3. 0 1 2 3
sama sekali
Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya bernafas
4. terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan 0 1 2 3
aktiviti fizikal)
Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan sesuatu
5. 0 1 2 3
keadaan
Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada
6. 0 1 2 3
sesuatu keadaan
7. Saya pernah menggeletar (contohnya tangan) 0 1 2 3
8. Saya rasa saya terlalu gelisah 0 1 2 3
Saya risau akan berlaku keadaan di mana panik dan
9. 0 1 2 3
berkelakuan bodoh
10. Saya rasa tidak ada apa yang saya harapkan (putus harapan) 0 1 2 3
11. Saya dapati saya mudah resah 0 1 2 3
12. Saya merasa sukar untuk relaks 0 1 2 3
13. Saya rasa muram dan sedih 0 1 2 3
Saya tidak boleh terima apa jua yang menghalangi saya
14. 0 1 2 3
daripada meneruskan apa yang saya sedang lakukan
15. Saya rasa hampir panik 0 1 2 3
16. Saya tidak bersemangat langsung 0 1 2 3
17. Saya rasa diri saya tidak berharga 0 1 2 3
18. Saya mudah tersinggung 0 1 2 3
Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, saya sedar
19. akan debaran jantung saya (contoh degupan jantung lebih 0 1 2 3
cepat)
20. Saya rasa takut tanpa sebab 0 1 2 3
21. Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi 0 1 2 3

7
Panduan Mengira Skor Saringan DASS
Masukkan skala markah jawapan bagi soalan (S) bagi setiap kategori.

STRES
Soalan S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18 Jumlah

Markah

ANZIETI
Soalan S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20 Jumlah

Markah

KEMURUNGAN
Soalan S3 S5 S10 S13 S16 S17 S21 Jumlah

Markah

KEPUTUSAN UJIAN DASS

UJIAN TAHAP

STRES

ANZIETI

KEMURUNGAN

SKOR SARINGAN
SKALA KEMURUNGAN ANZIETI STRES STATUS
NORMAL 0-5 0-4 0-7
INTERVENSI
RINGAN 6-7 5-6 8-9
UMUM
SEDERHANA 8-10 7-8 10-13
TERUK 11-14 9-10 14-17 INTERVENSI
SANGAT TERUK 15+ 11+ 18+ KHUSUS

Lampiran 3
8
SOAL SELIDIK GAYA DAYA TINDAK

BAHAGIAN 3
Sila baca setiap kenyataan dan Bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6)
Tidak Selalu
S
Guna Guna
Merujuk kepada orang lain (kawan, ahli keluarga, dsb) untuk
1. 0 1 2 3 4 5 6
membincangkan masalah.
Mendapatkan seseorang untuk mengadu nasib dan juga mendapat
2. 0 1 2 3 4 5 6
sokongan emosi dan keselesaan.
3. Cuba melihat kepada perkara yang paling baik dalam situasi. 0 1 2 3 4 5 6
Tidak melakukan sesuatu secara terus untuk mengubah situasi,
4. mengundurkan diri dan melihat kepada situasi daripada sudut lain 6 5 4 3 2 1 0
untuk menjadikannya kelihatan baik.
Menyedari bahawa sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah situasi
5. 0 1 2 3 4 5 6
lalu melaksanakannya.
Samada merokok, minum alkohol, mendengar muzik yang kuat,
6. menonton TV, makan atau hanya ”duduk-duduk sahaja”,tetapi tidak 6 5 4 3 2 1 0
berhadapan dengan masalah secara terus.
Menggunakan teknik-teknik relaksasi dan meditasi (seperti meditasi
7. 0 1 2 3 4 5 6
dan latihan pernafasan) untuk menenangkan diri.
Membuatkan diri sibuk supaya tidak memikirkan masalah yang
8. 6 5 4 3 2 1 0
dihadapi.
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang anda mahir (seperti
sukan, melukis, memasak, dll) dalam usaha untuk membuatkan
9. 0 1 2 3 4 5 6
dirinya merasa baik sebelum cuba menangani masalah yang
dihadapi.
Mengambil masa untuk membuat rancangan untuk menyelesaikan
10. masalah yang dihadapi (ini termasuk meninjau balik pengalaman 0 1 2 3 4 5 6
lepas)
Bercakap dengan diri sendiri untuk memberi semangat bagi
11. 0 1 2 3 4 5 6
menghadapi situasi.
12. Enggan mempercayai bahawa perkara itu telah berlaku. 6 5 4 3 2 1 0
Melepaskan kemarahan dan perasaan (seperti menjerit dan
13. 6 5 4 3 2 1 0
memusnahkan barang).
Merujuk kepada orang yang lebih mahir (seperti pensyarah, tokoh
14. agama, doktor, peguam, dll) untuk nasihat terperinci mengenai cara 0 1 2 3 4 5 6
menangani masalah.
Melihat kepada sudut yang baik iaitu mempercayai perkara akan
15. 0 1 2 3 4 5 6
menjadi lebih baik dan akan dapat diselesaikan pada masa depan.
Mengabaikan gangguan lain dan hanya menumpukan pada masalah
16. 0 1 2 3 4 5 6
yang dihadapi.
Membandingkan diri dengan seseorang, samada secara nyata atau
17. 6 5 4 3 2 1 0
bayangan.
Beralih kepada agama dan pengalaman agama untuk membantu
18. 0 1 2 3 4 5 6
dalam memahami dan menghadapi situasi.
19. Mengasingkan diri dari orang lain. 6 5 4 3 2 1 0
20. Mengasingkan diri (meninggalkan situasi bermasalah) 6 5 4 3 2 1 0
Menerima situasi seperti mana yang terjadi dan tidak melakukan
21. 6 5 4 3 2 1 0
sesuatu untuk mengubatnya.
22. Tidak melakukan apa-apa berkenaan dengan masalah dengan 6 5 4 3 2 1 0

9
segera, tetapi menunggu untuk masa yang lebih sesuai untuk
bertindak.
23. Hanya terikut-terikut dengan apa yang terjadi. 6 5 4 3 2 1 0
Meninjau balik tindakan dan prosedur sebelumnya untuk meluhat
24. 0 1 2 3 4 5 6
samada kesilapan telah dilakukan.

SKOR SOAL SELIDIK


GAYA DAYA TINDAK

SKOR SARINGAN

Teruk ≤ 18
Ringan 19 – 72
Sederhana 73 – 96
Baik ≥ 97

KEPUTUSAN

Jumlah Keseluruhan Skor : ___________________

Gaya Daya Tindak : ___________________

10
Lampiran 4

TENTATIF PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2014

TARIKH/
AKTIVITI SASARAN PERSONALIA
MASA
Murid-murid menjawab Saringan Dass kali
MINGGU 3
pertama
JUN Tingkatan 4 GBKSM
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya
Tindak kali pertama
Menganalisis Saringan DASS kali pertama;
sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan
MINGGU 4
JUN
normal Tingkatan 4 GBKSM
Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali
pertama; teruk, ringan, sederhana dan baik
Murid-murid menjalani Intervensi Umum. Murid baik,
Murid-murid perlu menjalani Intervensi sederhana, ringan
Khusus. (Dapatan UGDT)
MINGGU 1 Intervensi Khusus dilaksanakan mengikut
10 modul Minda Sihat yang disediakan oleh Murid teruk
JULAI GBKSM
KPM (Dapatan UGDT)
Intervensi Khusus yang dijalankan
Murid teruk
berbentuk sesi kaunseling individu atau
(Dapatan UGDT)
sesi kaunseling kelompok
Murid-murid menjawab Saringan Dass kali Murid sederhana,
MINGGU 1 kedua teruk dan sangat
teruk GBKSM
SEPTEMBER Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya
Tindak kali kedua Murid teruk
Menganalisis Saringan DASS kali kedua ; Murid sederhana,
sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan teruk dan sangat
MINGGU 2 teruk
normal GBKSM
SEPTEMBER
Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali
kedua; teruk, ringan, sederhana dan baik Murid teruk
Murid dirujuk ke Klinik Kesihatan Murid teruk GBKSM,
Pengetua,
Murid yang tidak dirujuk mengikuti Murid Baik, Ibu bapa/
Intervensi Umum sederhana dan Penjaga,
MINGGU 3
ringan Pegawai
SEPTEMBER
Perubatan

GBKSM,
Pengetua

MINGGU 4 Menghantar laporan ke Pejabat Pelajaran


GBKSM
SEPTEMBER Daerah (PPD)

Pegawai
10 Menghantar laporan ke Jabatan Pendidikan Kaunseling
OKTOBER Negeri (JPN) PPD

Menghantar laporan ke Jabatan Kesihatan Pegawai


17 OKTOBER Negeri (JKN) dan Kementerian Pendidikan Kaunseling
JPN
Malaysia (KPM)

11
PROSEDUR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2015 DAN SETERUSNYA

TARIKH/
AKTIVITI SASARAN PERSONALIA
MASA
Murid-murid menjawab Saringan Dass kali
MINGGU 1
pertama
MAC Tingkatan 4 GBKSM
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya
Tindak kali pertama
Menganalisis Saringan DASS kali pertama;
sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan
MINGGU 3
normal Tingkatan 4 GBKSM
MAC
Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali
pertama; teruk, ringan, sederhana dan baik
Murid-murid menjalani Intervensi Umum. Murid baik,
Murid-murid perlu menjalani Intervensi sederhana, ringan
Khusus. (Dapatan UGDT)
MINGGU 2 Intervensi Khusus dilaksanakan mengikut 10
APRIL modul Minda Sihat yang disediakan oleh Murid teruk GBKSM
KPM (Dapatan UGDT)
Intervensi Khusus yang dijalankan berbentuk
sesi kaunseling individu atau sesi kaunseling Murid teruk
kelompok (Dapatan UGDT)
Murid-murid menjawab Saringan Dass kali Murid sederhana,
kedua teruk dan sangat
MINGGU 1 teruk
GBKSM
OGOS
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya Murid teruk
Tindak kali kedua
Menganalisis Saringan DASS kali kedua ; Murid sederhana,
sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan teruk dan sangat
MINGGU 1 normal teruk
GBKSM
SEPTEMBER
Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali Murid teruk
kedua; teruk, ringan, sederhana dan baik
Murid dirujuk ke Klinik Kesihatan Murid teruk GBKSM,
Pengetua,
Ibu bapa/
Penjaga,
MINGGU 3
Murid yang tidak dirujuk mengikuti Murid Baik, Pegawai
SEPTEMBER
Intervensi Umum sederhana dan Perubatan
ringan
GBKSM,
Pengetua

MINGGU 4 Menghantar laporan ke Pejabat Pelajaran


GBKSM
SEPTEMBER Daerah (PPD)

Pegawai
10 Menghantar laporan ke Jabatan Pendidikan Kaunseling
OKTOBER Negeri (JPN) PPD

Menghantar laporan ke Jabatan Kesihatan Pegawai


17 OKTOBER Negeri (JKN) dan Kementerian Pendidikan Kaunseling JPN
Malaysia (KPM)

12
Lampiran 5

LAPORAN SARINGAN MINDA SIHAT


(SEKOLAH KE PPD)

SEKOLAH: .....................................................

13
14

Anda mungkin juga menyukai