Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Pembangunan ICT

KERTAS CADANGAN

PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN ICT SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Dalam dunia yang tidak bersempadan, “Information Communication Technology (ICT) telah menjadi alat
yang sungguh berkesan untuk meningkatkan produktiviti, keupayaan dan penyebaran luas maklumat
terkini.

2.0 RASIONAL

Kesedaran tentang pentingnya ICT dalam dunia pendidikan, pihak sekolah bercadang untuk mengambil
langkah signifikan bagi meluaskan penggunaan ICT antara warga SMK Tun Mutahir dengan mengadakan
Pembangunan ICT Sekolah. Diharap perancangan ini merupakan jambatan atau perantaraan untuk
merapatkan hubungan antara pelajar, guru dan masyarakat luar.

3.0 TEMA

“Jom ICT”

4.0 MATLAMAT

Mengoptimumkan penggunaan dan kemahiran ICT dalam kalangan warga SMK Tun Mutahir.

5.0 OBJEKTIF
• Memperolehi dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu
pelajar dalam pembelajaran dan kehidupan harian.

• Berkongsi idea dan maklumat antara warga SMK Tun Mutahir, dalam dan luar persekitaran sekolah.

• Bertanggung jawab dan akauntibiliti terhadap pembangunan dan keperluan ICT masakini.

6.0 SASARAN

Semua warga SMK Tun Mutahir

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Ditentukan oleh Jawatankuasa ICT mengikut kesesuaian program.

8.0 TEMPAT

SMK Tun Mutahir

9.0 PENGANJUR

Jawatankuasa ICT, SMK Tun Mutahir, Melaka

10.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


Bergantung pada program yang dilaksanakan

11.0 TENTATIF PROGRAM

11.1 Membentuk Jawatankuasa Laman Web guru dan murid (Januari)

11.2 Membangunkan portal/laman web sekolah (Februari)

- Sumbangan oleh Guru Cemerlang

- Aktiviti sekolah

- Facebook guru

- Maklumat untuk ibubapa: keputusan peperiksaan dan kehadiran pelajar.

11.3 Kursus LDP (Mac)

- Penggunaan Window 2007 dan membina soalan atau modul mata pelajaran

11.4 Minggu ICT (Jun)

- Pertandingan dan pameran

11.5 Latih tubi Skor A

12.0 PENILAIAN PROGRAM

Post-Mortem aktiviti yang dijalankan

13.0 PENUTUP

Diharap aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dapat membantu meningkatkan inovasi guru dan pelajar
sejajar dengan visi sekolah “SMK Tun Mutahir sekolah berdaya saing negeri Melaka menjelang 2015”
tercapai melalui pengunaan ICT.
“ ICT Pencetus Masyarakat Berdaya Saing”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………… ……………………

Pn Mariah Bt Abd Rahman (HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS)

Penyelaras Pembangunan ICT Pengetua,

SMK Tun Mutahir SMK Tun Mutahir

Batu Berendam, Melaka Batu Berendam, Melaka

Anda mungkin juga menyukai