Anda di halaman 1dari 36

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN

TAJUK 7
PERTANDINGAN

SINOPSIS:
Tajuk ini bertujuan memberi pengetahuan tentang pengurusan dan
pengelolaan pertandingan terutama melibatkan permainan bola sepak dan
bola jaring.Pelajar juga dibekalkan dengan pengetahuan bagaimana
pembentukan jawatankuasa -jawatankuasa pertandingan. Juga pelajar
didedahkan dengan bidang tugas dan tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa
tersebut. Pelajar juga diberi pendedahan bagaimana menyediakan sistem
pertandingan yang akan digunakan dalam perlawanan. Akhir sekali pelajar
diperkenalkan juga dengan aspek asas kejurulatihan dan kepegawaian.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pembentukan jawatankuasa -jawatankuasa


pertandingan
2. Mengetahui senarai tugas jawatankuasa-jawatankuasa kecil
3. Menjelaskan pemilihan dan penyediaan jadual pertandingan
4. Menjelaskan tugas-tugas, tanggungjawab dan kod etika pengadil

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengurusan dan
Pengelolaan
Pertandingan

Pembentukan Sistem Kepengadilan dan


Jawatankuasa Pertandingan Kepegawaian

100
7.1 Pembentukan Jawatankuasa

7.1.1 Struktur Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa ini merupakan penggerak utama dalam sesuatu


pertandingan sukan atau permainan. Di bawah ini disenaraikan
cadangan bentuk jawatankuasa dan ia boleh berubah mengikut
keperluan dan tahap/peringkat sesuatu pertandingan atau kejohanan
1. Penaung
2. Penasihat
3. Pengerusi
3. Naib Pengerusi
5. Setiausaha
6. Penolong Setiausaha
7. Bendahari
8. Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil
8.1 Kewangan/Penajaan
 Penajaan
 Publisiti
8.2 Teknikal
 Pertandingan
 Pengadilan
 Peraturan
 Pemilihan
 Pembantu (peralatan/kemudahan)
8.3 Kawalan dan keselamatan
8.4 Upacara ( pembukaan dan penutup)
8.5 Pengangkutan
8.6 Penginapan
8.7 Hadiah dan cenderamata
8.8 Buku Cenderamata
8.9 Minuman dan jamuan
8.10 Siaraya / Publisiti
8.11 Perhubungan
8.12 Perubatan dan Pertolongan Cemas
8.13 Urusetia

101
7.1.2 Struktur Jawatankuasa Kecil

1. Pengerusi
2. Setiausaha
3. Ahli-ahli (bilangannya mengikut keperluan j/kuasa)

7.1.3 Bidang Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

1. Pengerusi
 mempengerusi mesyuarat
 memastikan perjalanan jawatankuasa-jawatankuasa lain
adalah baik

2. Naib Pengerusi
 membantu pengerusi dalam semua urusan
 mempengerusian mesyuarat apabila pengerusi tidak
mempengerusikan mesyuarat

3. Setiausaha / Urusetia
 Bertindak sebagai penyelaras antara semua sektor dan juga
Jawatankuasa
 Berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan pada peringkat
awal seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pihak-pihak
penaja serta lain-lain tindakan yang perlu.
 Berurusan dengan semua pihak yang berkaitan dengan
penyertaan dalam kejohanan ini.
 Membuka bilik urusetia di Pusat Sukan /Pertandingan
 Merekacipta sijil-sijil seperti berikut;
Penghargaan kepada J/Kuasa Pengelola dan Jawatankuasa
Kecil,
Sijil Penyertaan untuk semua peserta

102
Kerja-keja grafik yang lain.
 Menguruskan semua hal berkaitan dengan;
Mesyuarat Pengruus-pengurus pasukan
Mensyuarat Jawatankuasa Teknik Permainan
Taklimat pegawai Kejohanan
 Berurusan dengan pihak pengajur kejohanan sebelum untuk
mendapatkan semua butiran, piala, hadiah-hadiah yang
berkaitan.
 Berurusan dengan penaja-penaja lain dalam urusan tajaan; Co-
sponsors.
 Mengeluarkan satu edaran mengandungi semua maklumat
berkaitan dengan perjalanan dan perkembangan kejohanan
yang dianjurkan.
 Menguruskan semua hal surat menyurat
 Mencatat minit mesyuarat

4. Bendahari
 Menguruskan hal kewangan seperti menerima dan
mengeluarkan wang.
 menyediakan laporan perbelanjaan dan melaporkannya
pada setiap kali mesyuarat

5. Jawatankuasa Kewangan
 Menerima dan menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mengawal semua perbelanjaan dan bayaran
 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan
 Menyediakan penyata akaun dan melaporkan dari masa ke
masa

6. Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan

103
 Menyemak, mendapatkan pengesahan daripada Urusetia
mengenai peraturan pertandingan
 Mendapatkan dan menyemak borang-borang pertandingan
 Memberi taklimat dan pelarasan tugas kerja kepada
jawatankuasa kecil yang lain seperti Jawaatankuasa teknik,
Jawatankuasa Kepegawaian Hadian, Kemudahan dan lain-
lain Jawatankuasa yang berkaitan
 Mengemaskinikan bilik urusetia pertandingan
 Menetukan tempat, masa dan bahan-bahan mengenai
pertandingan untuk mensyuarat pengurus-pengurus
pasukan dengan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan
sahaja
 Membuat pengesahan penyertaan dengan dibantu oleh
Pengerusi Teknik dan Urusetia Induk, menentukan tempat
dan pegawai yang akan bertugas.
 Menyediakan buku rasmi pertandingan
 Mengemaskinikan borang-borang yang digunakan (mana
yang perlu)
 Menyediakan tempat pertandingan yang sesuai
 Menentu dan menyediakan jadual pertandingan
 Menyedia dan mengesahkan semua keputusan
pertandingan
 Mengemas dan memulangkan peralatan yang berkenaan
seperti sedia ada
 Menyediakan keputusan rasmi setelah tamat pertandingan

Kepegawaian:
 Menyenaraikan cadangan pegawai-pegawai teknikal yang
bertauliah utnuk lantikan pegawai pertandingan
 Menentukan bilangan pegawai yang cukup untuk kejohanan

104
 Menghantar surat lantikan dan mendapatkan pengesahan
bertulis untuk bertugas daripada pegawai-pegawai yang
dicadangkan
 Menghubungi Jawatankuasa penginapan bagi
mencadangkan tempat penginapan pegawai yang
memerlukannya.
 Menentukan ketua kumpulan, jadual tugas dan giliran
bertugas.
 Menentukan pegawai-pegawai simpanan bagi
menggantikan pegawai-pegawai yang tidak dapat hadir.
 Membuat pendaftaran kedatangan pegawai-pegawai dam
menjaga kebajikan mereka ditempat penginapan serta
merekodkan jumlah sebenar hari bertugas setiap pegawai
di kejoahanan ini.
 Memastikan pegawai-pegawai bertugas memakai pakaian
yang kemas sebagaimana yang diperlukan
 Memastikan ketua-ketua yang dlantik mengambil borang-
borang rasmi daripada Jawatankuasa Tekinik dan
Pertandingan dan mengembalikan semula setelah selesai

7. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata


 Menyediakan anggaran penyediaan cenderamata dan
hadiah
 Menentukan jumlah petugas dalam istiadat penyampaian
hadiah
 Memastikan peralatan yang akan digunakan sedia ada
 Mendapatkan hadiah-hadiah/ piala/menyemak/
mengasingkan mengikut kategori pertandingan
 Menyediakan senarai penyampaian hadiah mengikut sesi
dan menghantar surat kepada VIP yang akan

105
menyempurnakan upacara ini mengikut tarikh, masa dan
kategori acara serta pegawai pengiringnya
 Menyediakan semua hadiah dan cenderamata yang
diperlukan
 Menguruskan upacara penyampaian hadiah dengan
kerjasama Jawatankuasa Upacara dan Sambutan

8. Jawatankuasa Penginapan
 Berhubung dan membuat tinjauan tempat penginapan yang
dicadangkan menentukan kesesuaian dan keadaan fizikal
tandas, bilik air, asrama, tilam dan bantal dalam keadaan
baik dan mencukupi jika perlu berikan cadangan baik pulih
mana yang perlu
 Menyediakan tatacara pendaftaran penginapan dan
menyediakan peraturan penginapan yang standard untuk
semua tempat melainkan ada peraturan tersendiri ditempat
penginapan
 Menyediakan, mengurus urusetia kecil – menyediakan
papan-papan kenyataan untuk hebahan maklumat di tempat
penginapan dan giliran bertugas setiap sesi yang akan
dikongsi bersama bahagian-bahagian berikut; pendaftaran,
kawalan/keselamatan, urusetia induk, perhubungan dan
kebajikan kontijen, perubatan dan kecemasan
 Melebelkan bilik-bilik penginapan mengikut pasukan,
tunjukarah kawasan penginapan seperti bilik-bilik
penginapan, bilik air, bilik perubatan, menentukan tempat
kereta/bas kontojen dikawasan penginapan
 Merekod dan mengemaskinikan jumlah sebenar pegawai,
peserta yang menginap ditempat-tempat kediaman
 Semasa pertandingan, Memastikan dan menentukan
tempat-tempat seperti bilik-bilik, bilik air dalam keadaan

106
bersih. Tilam dan bantal bersarung dan berada dalam
keadaan terkawal
 Membuat penyeliaan dan melaporkan sebarang kerosakan
semasa kontinjen menginap di tempat penginapan kepada
pengurus pasukaan yang berkenaan. Tindakan hendaklah
segera sebelum kontijen meninggalkan asrama.
 Mempastikan semua alatan dan kemudahan yang
digunakan diserahkan kembali kepada yang berkenaan.

9. Jawatankuasa Buku Cenderamata


 Menentukan kandungan buku cenderama
 Mendapatkan iklan/derma bagi buku cenderamata
 Menghubungi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan
sukan bagi mendapatkan tajaan
 Menyenarai, mengumpul semua derma/iklan kepada
urusetia untuk dimuatkan dalam senarai penghargaan dan
buku cenderamata
 Menyediakan anaggaran perbelanjaan
 Membuat contoh Buku Cendermata
 Mendapatkan kata-kata aluan
 Menyemak dan menyiapkan draf buku cenderamata
 Mencetak dan menyerahkan buku cenderamata kepada
Jawatankuasa Sambutan

10. Jawatankuasa Minuman dan Jamuan


 Menyediakan anggaran perbelanjaan minuman dan jamuan
 Menetapkan menu dan bilangan tetamu
 Menyediakan tempat dan peralatan minuman
 Membuat penyelarasan dengan Jawatankuasa Jemputan
dan Sambutan

107
 Peralatan jamuan dan berhubung dengan jawatankuasa
kemudahan dan persiapan untuk penyelarasan tempat dan
kerusi meja dan lainnya.
 Menentukan sistem pembahagian jamuan untuk pegawai
sukan
 Mendapatkan tajaan daripada kerajaan negeri bagi jamuan
Rasmi Kerajaan Negeri (jika ada)
 Menguruskan Jamuan Rasmi untuk VVIP/VIP, ketua
Bahagian Kementerian (jika ada), ketua-ketua jabatan,
penaja, semua jawatankuasa pengelola termasuk
jawatankuasa kecil, semua pegawai kejohanan, semua
Pegawai kontijen dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian
 Menyediakan aturcara Jamuan Rasmi, Persembahan
Kebudayaan semasa Jamuan Rasmi (jika perlu)
 Menentukan tempat duduk VIP dan kontijen dan
menyambut tetamu semasa jamuan dijalankan
 Mengurukan beberapa Jamuan Keraian untuk VIP di
tempat-tempat tertentu (jika ada)

11. Kawalan dan Keselamatan


 Menghubingi polis trafik dan balai polis daerah bagi
memaklumkan dan mendapat bantuan, bas kontijen dan
kenderaan penonton. Pastikan tempat bas menurunkan
pononton untuk dimaklumkan semasa taklimat
 Membuat pelan kawasan larangan dan kawalan untuk
taklimat pengurusan pasukan
 Mengadakan tunjukkarah letak kereta, tempat duduk
penonton dan kawasan larangan dan lainnya difikirkan perlu
 Menentukan pintu masuk dan aliran pergerakan penonton
supaya tidak memasuki ruang VIP dan peserta

108
 Rekabentuk, mengurus dan mengeluarkan kad pengenalan
diri seperti dicadangkan
 Mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan diri tidak
dibenarkan masuk ke tempat peserta ( melainkan VVIP dan
VIP) dan arena pertandingan
12. Jawatankuasa Pembukaan dan Penutup
 Membuat temu janji, berhubung dengan Setiausaha
Kerajaan Negeri (bahagian protokol), Pejabat Raja (Jika
melibatkan Keluarga DiRaja) – mendapatkan nasihat, surat
rasmi kepada kenamaan yang akan merasmikan kejohanan
dan kenamaan yang akan melakukan penutupan rasmi.
 Mengatur/menentukan masa, susunan acara perasmian
dan penutupan rasmi
 Pemilihan, melatih, menentukan pasukan pancaragam,
pembawa bendera, pembawa papan nama, koir dan
persembahan semasa pembukaan dan penutup.
 Menghubungi dan bekerjasama dengan
Urusetia/Kemudahan Alatan/kawalan dan keselamatan,
Sambutan dan Jemputan, Hadiah dan Cenderamata,
Teknikal, Pertandingan, Jamuan, Siaraya dalam
menentukan kelengkapan dan penyelarasan perjalanan
upacara Pembukaan dan Penutupan rasmi.
 Membuat, menyediakan papan tanda (beridentitikan
negeri), bendera Negeri-negeri, tiang bendera dan lain-lain
peralatan yang berkaitan dengan Jawatankuasa ini.
 Berhubung dengan Jabatan-jabatan Kerajaan yang
berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran,
JKR (Elektrik), Pejabat Penerangan, Pejabat Menteri
Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan
bantuan peralatan dan kepakaran terutama dari segi

109
protokol (jika melibatkan istana) dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan jawatankuasa ini.
 Melantik ketua-ketua bahagian dalam pembahagian tugas
seperti berikut; Bahagian Pancaragam, Persembahan,
Perbarisan dan Peralatan, Pembawa Papan
Tanda/pakaiannya, Juruacara dan Penulisan Skrip dan
Teknik / Alatan PA / Pentas Khas.
 Mengadakan dan menguruskan raptai dan raptai penuh
pembukaan rasmi dan penutup. Raptai Khas untuk
pembawa bendera. Mendapatkan nasihat daripada Urusetia
tentang Pembaca ikrar.
 Mendapat, menyimpan dan menyerahkan kembali bendera-
bendera yang terlibat daripada Urusetia. Sediakan tiang
bendera.
 Memberi kerjasama kepada media massa semasa
membuat liputan.
 Pengerusi atau wakilnya menyediakan bahan atau
menyampaikan taklimat semasa mesyuarat Pengurus-
pengurus Pasukan.
 Menyediakan draf untuk pesetujuan yang berkenaan untuk
Perasmian dan Majlis Penutup

13. Perubatan dan Pertolongan Cemas


 Menghubungi pihak berkuasa hospital bagi mendapatkan
pegawai perubatan, ambulan dan kakitangan. Mohon
kerjasama mereka bertugas di hari pertandingan serta
memberikan keutamaan rawatan sekiranya ada di antara
peserta-peserta atau pegawai yang memerlukan rawatan
kecemasan.

110
 Menyediakan rawatan pertolongan cemas semasa: upacara
pembukaan dan penutupan rasmi, sepanjang pertandingan
dijalankan dan tempat penginapan
 Menyediakan bilik rawatan dan kelengkapannya di tempat
pertandingan dan di tempat penginapan
 Dalam kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut –
membawa pesakit berkenaan ke hospital
 Merekod semua kes yang berkaitan dengan kemalangan
dan kecederaan peserta yang menerima rawatan dan
hantarkan ke urusetia untuk tindakan selanjutnya.
 Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

14. Siaraya / Publisiti


 Memastikan sistem siaraya berjalan dengan baik dan
sempurna sepanjang perjalanan kejohanan tempat-tempat
pertandingan.
 Menyediakan ‘Back-up’ sistem jika sekiranya sistem utama
‘break down’.
 Menyediakan sistem siaraya untuk penyelia peserta.
 Menentukan bilangan mikrofon dan tempat-tempat yang
menggunakan sistem siaraya.
 Membantu Jawatankuasa perasmian/penutup memainkan
lagu untuk perbarisan masuk dan semasa pertunjukkan.
 Membantu untuk memainkan lain-lain lagu bila diperlukan.
 Mengeluarkan berita kejohanan sepanjang perjalanan
kejohanan
 Menentukan bilangan pegawai/pembantu dalam pasukan
penerbitan berita kejohanan ini seperti: pemberita,
jurugambar, penyunting, pencetak dan pelukis grafik.
 Mengedarkan berita kejohanan kepada semua pengurus
pasukan dan semua tetamu khas.
111
7.1.4 Senarai Semak Jawatankuasa

Selain daripada senarai tugas, senarai semak perlu disediakan


supaya tugas yang dirancang dapat diselesaikan mengiku jadual dan
menjamin kelicinan pelaksanaan pertandingan berkenaan. Contoh senarai
semakan untuk jawatan kuasa makanan dan minuman adalah seperti
berikut:

Tandakan √
setelah
Bil Jenis Peranan Tarikh Catatan
tugas
dilaksanakan
1 Jawatankuasa Makanan dan Minuman

1.1 Mencadangkan menu untuk peserta

1.2 Mendapaatkan maklumat bilangan


peserta dan pegawai yang terlibat
1.3 Mendapat sebut harga pembekal
makanan dan minuman
1.4 Membentang kepada jawatan kuasa
pengelola
1.5 membuat tempahan, minuman, dan
tempat makan dan minuman
1.6 membuat pengesahan sebelum
acara di adakan
1.7 memastikan kebersihan tempat
jamuan dan segala peralatan adalah
mencukupi
1.8 Mengurus kebersihan tempat
jamuan selepas jamuan

112
7.2 Sistem Pertandingan

7.2.1 Pemilihan Sistem Pertandingan

Kelancaran dan keberkesan sesuatu temasya kejohanan sukan


banyak bergantung kepada sistem pertandingan yang telah dipilih
oleh pihak penganjur berdasarkan keputusan mesyuarat
jawatankuasa pengelola. Diantara syarat yang perlu diberikan
perhatian semasa memilih sesuatu jenis pertandingan yang akan
digunakan adalah seperti berikut;

i. Objektif Pertandingan
Pemilihan sistem pertandingan mestilah selaras dengan objektif
sesuatu pertandingan itu. Jikalau objektif pertandingan tersebut
adalah untuk memberikan peluang/pendedahan yang luas maka
sistem pertandingan yangg dipilih mestilah mengandungi jumlah
perlawanan yang banyak. Misalnya perlawanan yang dijalankan
sepanjang tahun, semester atau penggal bagi tujuan mengekalkan
motivasi pemain. Untuk mengekalkan tahap motivasi seseorang
pemain / pasukan sistem mencabar adalah lebih baik digunakan.
Walaupun sistem kalah mati boleh digunakan tetapi sistem ini tidak
memberi ruang dan peluang yang tinggi kepada pemain/pasukan
walaupun boleh ditamatkan singkat dan cepat. Sistem begini
patutlah dielakkan kecuali apabila sangat diperlukan.

ii. Bilangan Penyertaan Peserta/Pasukan


Bilangan peserta / pasukan yang mengambil bahagian dalam
sesuatu pertandingan boleh mempengaruhi sistem pertandingan
yang dipilh. Dalam pertandingan yang hanya diserta oleh jumlah
peserta/pasukan yang sedikit seperti enam individu atau pun enam
pasukan maka sistem liga biasa atau liga satu kumpulan boleh
digunakan. Jikalau jumlah penyertaan individu/pasukan yang
ramai, adalah lebih baik sistem kalah mati digunakan atau sistem

113
liga kumpulan. Walaubagaimanapun persoalan utama yang perlu
difikirkan oleh pihak pengajur adakah peluang menyertai yang
masimum telah dilakukan.

iii. Tempoh/Masa Pertandingan


Tempoh/masa sesuatu pertandingan itu dijalankan amat
mempengaruhi sistem pertandingan yang digunakan. Faktor ini
juga banyak mempengaruhi penyertaan secara maksimum
ataupun minimum. Tempoh masa pertandingan sering berkaitan
dengan objektif pertandingan itu sendiri, jikalau objektif
pertandingan hanya ingin membri galakan atau mencungkil bakat/
mencari bakat-bakat baru dalam sesuatu jenis sukan tempoh
masa yang diberikan mungkin singkat. Sebaliknya jikalau
objektinya untuk memberikan peluang atau memberi pendedahan
kepada peserta/pasukan kepada situasi sukan permainan tersebut
maka bilangan perlawanan dan peserta/pasukan perlulah
ditambah dan ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan
sistem liga.

iv. Kemudahan dan Peralatan


Kemudahan dan peralatan sangat memberi kesan ke atas bentuk
atau jenis pertandingan yang hendak dijalankan oleh pihak
penganjur. Bagi menjalankan perlawanan secara serentak adakah
pihak penganjur memilik kemudahan dan peralatan yang
mencukupi, persoalan ini mestilah difikirkan sebelum membuat
pilihan sistem yang ingin dilaksanakan.
Kemudahan pula boleh dikategorikan kemudahan luar dan dalam,
jikalau kemudahan luar maka faktor cuaca perlulah diambil kira
kerana hujan akan mempengaruhi jumlah perlawanan yang akan
dijalankan. Jikalau penggunaan perlawanan tersebut boleh
dijalankan di dalam dewan tertutup, gimnasium, dewan serba guna
maka perlawanan boleh ditambah kerana ianya boleh berjalan

114
sepanjang hari. Oleh itu sistem yang dipilih adalah sistem yang
boleh membenarkan bilangan perlawanan yang banyak.

7.2.2 Sifat Aktiviti / Jenis Aktiviti


Apa yang dimaksudkan dengan sifat aktiviti / jenis aktiviti adalah
merujuk kepada komponen fizikal yang banyak terlibat dalam sesuatu
jenis permainan. Perlawanan bola sepak dan bola keranjang yang
memrlukan tahap daya tahan otot yang tinggi peserta/pasukan tidak
boleh dijadualkan dua pertandingan dalam satu hari. Ini memberi
kesan yang menurun kepada prestasi peserta tersebut seterusnya
menjejaskan mutu permainan. Mereka perlukan masa
pemulihan/rehat yang lama bagi mengembalikan prestasi yang baik.
Justeru itu masa yang lebih panjang diperlukan untuk mengadakan
perlawanan yang seterusnya dan jika ini menjadi masalah maka
sistem pertandingan kalah mati lebih sesuai digunakan dalam
pertandingan tersebut.

7.2.3 Menyediakan Jadual Pertandingan


Dalam menyediakan jadual pertandingan ia melibat proses
menentukan tarikh, masa dan tempat bagi setiap perlawanan dalam
satu pertandingan. Jika sesuatu pertandingan tersebut dijalankan di
dalam bangunan, dewan tertutup atau gimnasium penjadual tetap
boleh dilakukan tetapi bagi pertandingan yang melibatkan permainan
luar jadual yang disediakan perlu boleh dianjalkan sekira berlakukan
keadaan cuaca yang mengggangu perjalanan pertandingan tersebut.

Sekiranya pihak penganjur mengharapkan kehadiran penonton yang


ramai seharusnyalah penentuan tarikh pertandingan mestilah sesuai
dengan kalender perayaan tahunan atau pun pertandingan tersebut
dijalankan pada cuti persekolah atau pun cuti umum atau cuti pada
hujung minggu. Dengan ini sejumlah penonton akan tertarik untuk
menonton pertandingan yang dijalankan. Oleh sebab itulah mengapa
115
penganjuran sukan-sukan besar seperti perlawanan akhir ‘Piala
Malaysia’ dan ‘Grand Prix Formula One’ dijalankan pada hujung
minggu.
Jawatankuasa Pertandingan yang dianggotai oleh pengarah
pertandingan mestilah merupakan seorang yang pakar dalam acara
sukan yang diceburi, supaya pengarah pertandingan menguasai
kaedah menentukan pemain atau pasukan pilihan ‘seeds’ dan
penggunaan ‘byes’ serta berjaya menempatkan pemain/pasukan
secara rawak tetapi adil dan tepat.

7.2.4 Menetapkan Tarikh, Masa Pertandingan dan Tempat

i. Penetapan tarikh
Tarikh permulaan mestilah dinyatakan dengan jelas. Pemilihan
tarikh mestilah sesuai dengan semua terutama jika kalender
organisasi, kejohanan peringkat kebangsaan dan kejohanan
persatuan terbabit. Ini bertujuan untuk membolehkan ramai
individu atau pasukan dapat menyertai pertandingan yang akan
diadakan

ii. Masa
Sepatutnya masa pertandingan mestilah juga dimaklumkan dalam
jadual. Ini penting kerana ia akan mempengaruhi perkara-perkara
lain seperti pengangkutan, tempoh memanaskan badan, rehat,
amakan dan minum. Jangka masa setiap perlawanan juga perlu
diambil kira sepaya semua peserta mempunyai masa minimum
untuk berehat. Ini Penting kerana keupayaan pulihan peserta
adalah mengikut umur dan tahap kecergasan masing-masing.
Jikalau pertandingan tersebut memerlukan jangkamasa
perjalanan, maka masa untuk perjalanan perlu dimasukkan ke
dalam jadual.

116
iii. Tempat Pertandingan
Tempat pertandingan yang dipilih oleh jawatankuasa penganjur
mestilah sesuai dan selesa untuk pertandingan dari segi tempat
meletak kenderaan, bilik rehat dan menukar pakaian dan jaraknya
tidak jauh dari tempat tinggal peserta

7.2.5 Menentukan Sistem Pertandingan


Secara am, pertandingan boleh dikategorikan kepada empat
kumpulan besar seperti yang dijelaskan di bawah;

Sistem Pertandingan

Kategori Jenis Pertandingan


1. Perlawanan  Temasya (Meet)
 Pertandingan berlapis
2. Kalah Mati  Sekali
 Sekali Bersagu Hati
 Berlapis
 Dua Kali
 Tiga Kali
 Bagnal-Wild
 Mueller Anderson
 Ombak
 Rawak Berterusan
3. Liga  Biasa
 Kumpulan
 Lombard
3. Cabar Mencabar  Tangga
 Piramid
 Serombong
 Corong
 Sarang Labah-labah

Kalah Mati Sekali


Sistem ini juga dikenali sebagai kalah mati berterusan. Sistem ini
menjadi pilihan kerana sifatnya mudah. Peserta/Pasukan yang
menang akan terus mara ke peringkat seterusnya manakala peserta

117
yang kalah terus tersingkir. Proses Penyinkiran itu berterusan
sehinggalah tinggal seorang pemenang.
Jika dibandingkan sistem pertandingan yang lain, sistem ini
melibatkan jumlah bilangan perlawanan yang paling rendah kerana
separuh dari peserta disingkir selepas pusingan pertama atau selepas
peserta bermain sekali. Selepas pusingan kedua cuma terdapat satu
perempat dari jumlah peserta yang tinggal.

Rajah 7.1 : Pertandingan Kalah Mati Sekali

Kalah Mati Bersagu Hati


Sistem ini meliputi dua bahagian iaitu satu bahagian kalah mati sekali
dan satu lagi sagu hati. Tujuan pertandingan ini adalah untuk
menjamin peserta mengambil bahagian di dalam sekurang-kurangnya
dua bahagian pertandingan walaupun bilangan permainan tidak
melebihi sistem Kalah Mati Dua Kali. Peraturan-peraturan sistem
Kalah Mati Sekali digunakan untuk sistem ini. Sistem Kalah Mati
Bersagu Hati ini boleh dibahagi kepada dua jenis:

118
Rajah 7.2 : Jenis I : Pertandingan Kalah Mati Bersagu Hati 8 pasukan

Rajah 7.3 :Jenis 2 : Pertandingan Kalah Mati Bersagu Hati 8 pasukan

Kalah Mati Dua kali


Sistem pertandingan ini menjamin setiap peserta/pasukan dapat
menyertai perlawanan sekurang-kurangnya dua perlawanan sebelum
tersingkir. Peserta yang kalah kali pertama masih berpeluang untuk
menjadi juara dan hanya tersingkir selepas kalah kali kedua. Jadi
penentuan peserta/pasukan pilihan adalah tidak penting. Prinsip asas
sisitem ini ialah ia membenarkan dua pasukan yang pernah bertemu
untuk bertemu semula.
119
Rajah 7.4 : Pertandingan Kalah Mati Dua Kali ( 4 Pasukan Dan Kurang)

Rajah 7.5 : Pertandingan Kalah Mati Dua Kali ( 5 Hingga 8 Pasukan)

120
Bagnall - Wild
Sistem ini merupakan penambahan sistem Kalah Mati Sekali. Ia
memilih pemenang dan kedudukan kedua dan ketiga. Dalam pada itu
kemungkinan ada peserta/pasukan yang bermain sekali sahaja.
Kelemahannya mungkin kelewatan untuk perlawanan bagi
menentukan tempat ke 2 dan ke 3, Jadual utama mesti dihabiskan
terlebih dahulu atau sehingga pemenang telah diketahui

Rajah 7.6 :Pertandingan Bagnal-Wild bagi 13 pasukan

121
Pertandingan Mueller – Anderson Playback
Sistem ini dicipta oleh Mueller dan Bruce Anderson dari Universiti
Minnesota. Tujuan sistem ini adalah untuk menentukan kedudukan
bagi semua peserta yang mengambil bahagian dalam suatu
pertandingan. Sistem ini melibatkan satu pertandingan Kalah Mati
sekali dan beberapa pertandingan Sagu Hati seperti sistem Kalah
Mati Berlapis

Rajah 7.7 :Pertandingan Mueller-Anderson melibatkan 8 pasukan

122
Sistem Liga
Sistem pertandingan ini dianggap mempunyai kelebihan berbanding
dengan jenis-jenis pertandingan yang lain kerana sistem ini
membenarkan seorang peserta menghabiskan bilangan
permainannya sebelum tersingkir dari pertandingan. Sistem ini sesuai
untuk bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu ramai.
Sebenarnya sistem ini juga sesuai untuk bilangan peserta atau
pasukan yang besar tetapi sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan.
Sistem Liga berkumpulan boleh digunakan dan kumpulan itu mungkin
dua, tiga atau empat peserta atau kumpulan. Jika kumpulan
dilaksanakan, biasanya ia diikuti dengan sistem Klah Mati Sekali
untuk menentukan pemenang. Sistem Liga boleh dibahagikan kepada
tiga kategori penting iaitu Liga biasa, Liga Berkumpulan (Dua, tiga
atau Empat) dan Liga Lombard.

123
Rajah 7.8 :Menjadualkan pertandingan liga lapan pasukan

Liga Kumpulan

Rajah 7.9 :Contoh Keputusan Liga satu Pusingan

124
Rajah 7.10 :Contoh Keputusan Liga Dua Pusingan

Sistem Cabar-Mencabar
Salah satu sistem yang terbaik untuk pertandingan yang tidak formal
atau pertandingan dijalankan dalam kumpulan tertentu. Kelebihan
sistem in tiada peserta/pasukan yanng tersingkir. Ia merupakan satu
bentuk pertandingan yang berterusan dan sepanjang tahun.
Pertandingan ini djalankan tanpa jadual yang formal. Sesuai
dijalankan untuk sukan individu atau pun berpasukan. Permaianan
yang sesuai menggunakan sistem ini seperti golf, tenis, skuasy dan
badminnton. Sistem ini digunakan dengan meluas di dalam kekals-
kelas pendidikan jasmani dan aktiviti ko-kurikulum.

Pertandingan Bentuk Tanga


Dalam pertandingan ini semua peserta diletakkan dalam lajur tegak
dengan nama-nama peserta dinyatakan. Peserta di bawah boleh
mencabar peserta di atas mengikut peraturan yang disediakan. Jika
peserta yang mencabar itu menang namanya akan menggantikan
nama peserta yang dikalahkan. Pemenang pertandingan yang

125
menggunakan sistem ini adalah mereka yang namanya terletak di
tangga teratas sekali pada akhir tempoh yang ditetapkan.

126
Pertandingan Bentuk Piramid
Pertandingan ini menyerupai sistem tangga kecuali ramai peserta
diletakkan pada satu-satu aras piramid itu. Pencabar dibenarkan
untuk mencabar peserta satu atau dua aras di atasnya. Ada peraturan
yang mementapkan bahawa sebelum peserta mencabar peserta di
paras atas dia mesti mencabar salah seorang peserta pada aras yang
sama. Kelebihan sistem ini ialah meletakkan lebih dari seorang
peserta yang mempunyai kebolehan yang hampir sama pada aras
yang sama dan ini mengelakkan perasaan kecewa atau malu bagi
peserta yang terbawah sekali.

127
Pertandingan Bentuk Serombong
Pertandingan ini juga dikenali sebagai bentuk Corong Terbalik.
Sistemm ini menggabungkan sistem tangga dan piramid. Objektif
pertandingan ini adalah untuk menentukan enam kedudukan teratas.
Bagi peserta yang diletakkan dalam bentuk piramid akan mengikut
peraturan piramid dan peserta-peserta di tangga akan mengikuti
peraturan bentuk tangga

Pertandingan Bentuk Corong


Dalam pertandingan Bentuk Corong persaingan antara peserta atau
pasukan berlaku di bahagian atas dan objektif pertandingan yang
menggunakan sistem ini adalah mendapatkan kedudukan dalam
sesuatu pertandingan yang dijalankan pada kedudukan yang paling
rendah sekali.

128
Pertandingan Bentuk Labah-labah

Dalam pertandingan ini ramai peserta diberi peluang untuk mencabar


peserta yang berada di kedudukan nombor satu. Bilangan besar
pencabar ini merupakan kelemahan sistem ini, Oleh itu adalah
digalakkan bahawa di luar pusat perlu mencabar seorang peserta
pada arasnya dahulu baru dibenarkan mencabar peserta di pusat itu.
Sebaliknya apabila pemain di pusat dikeluarkan setelah dikalahkan
oleh pencabarnya, dia seharusnya mencabar peserta dalam aras lain
sebelum mencabar untuk menebus kekalahan dan memduduki tempat
yang pertama semula.

7.3 Kepengadilan dan Kepegawaian


Bidang kepengadilan dan kepegawaian dan tidaklah serumit bidang
memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus mengikut sukan
pilihan mereka. Setiap guru akan terlibat sama membantu dalam urusan
mengelola dan mengendalikan pertandingan permainan secara lansung atau
pun tidak langsung. Begitu juga sebagai bakti dan sumbangan kepada
masyarakat, para guru biasanya akan dijemput bertugas sebagai pegawai
teknik ataupun pengadil pertandingan. Dalam hal ini individu terbabit
mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang tugas-tugas
pegawai teknik permainan atau pun pengadil.

Seorang pengadil harus mempunyai pengetahuan mengenai peraturan-


peraturan yang terkini dan harus selalu membuat ulang kaji untuk
mengekalkan ingatannya.Dia berperanan memupuk semangat keseronokan
dalam permainan-permainan yang diadilinya dan dapat menginterpritasi
peraturan-peraturan supaya setiap permainan dimainkan dengan betul dan
tepat. Di bawah ini akan dinyatakan keperluan-keperluan umum untuk
menjadi seorang pengadil yang baik dan cekap.

129
7.3.1 Tugas-tugas pengadil
Tugas-tugas pengadil adalah meliputi;
 Sebelum permainan bermula melibatkan padang dan peralatan,
pemain-pemain, kawasan penonton, pengadil lain/penjaga garisan,
penjaga masa dan pencatat dan perjumpaan dengan ketua
pasukan
 Semasa permainan dijalankan tugas pengadil mengambil
tepat/posisi, meniup wisel, penggunaan istilah dan isyarat yang
betul dan memulakan permainan
 Pada masa rehat, meneliti skor, penggantian atau pertukaran
posisi-posisi dan sebarang pertanyaan daripada ketua pasukan
tentang peraturan permainan
 Selepas permainan, menyemak buku skor pada separuh masa
dan selepas permainan tamat, menyemak skor muktamat atau
akhir dan menandatangai buku skor, ucapan terima kasih kepada
penjaga garisan/penjaga masa dan pencatat.

7.3.2 Ciri dan Sifat Pengadil


Pengadil merupakan orang sangat penting di dalam sesuatu
pertandingan yang berlansung . Segala keputusan nya diperhatikan
dan dipatuhi oleh pemain dan penonton. Oleh itu kegala keputusan
dan tindakan yang beliau lakukan mencermin profesion pengadil.
Di antara etika-etika yang patut dipratikkan oleh mereka yang
menceburi bidang kepengadilan ialah:
 Sampai ke tempat perlawanan dengan lebih awal
 Menunjukkan perawakan yang menyakinkan
 Mamakai pakaian yang sesuai untuk mengadili perlawanan
 Mengadakan satu mesyuarat tidak formal untuk membincangkan
perkara-perkara penting seperti perubahan peraturan terkini,
interprestasi peraturan rasmi, situasi khas dalam perlawanan, cara
berkomunikasi antara pengadil dan hal-hal lain yang berkaitan

130
 Setiap pengadil harus mengetahui tanggungjawab sendiri.
 Jangan mencampuri/mempertikaikan keputusan yang diberi oleh
pasangan(bola jaring)
 Sedia membantu jika pasangan pengadil memerlukan pertolongan
 Mempunyai ‘eye-contact’ dengan pasangan pengadil yang satu
lagi dan bekerja sebagai satu pasukan
 Menggunakan masa rehat untuk berbincang tentang permainan
yang dijalankan dan menyemak borang skor
 Setelah tamat perlawanan meletakkan bola di meja pencatat,
melengkapkan borang skor dan menandatangani, seiring dengan
pengadil, penjaga garisan dan penjaga masa serta pencatat
meninggalkan padang

7.3.3 Kualiti Pengadil yang baik


Mempelajari bagaimanakah menjadi seorang pengadil yang cekap
untuk sebarang sukan adalah satu tugas yang berlanjutan. Dalam
sukan, peraturan-peraturan dan undang-undang akan berubah dan
berkembang terus menerus. Seorang pengadil memikul
tanggungjawab yang besar. Semua pemain, jurulatih dan penonton
adalah pengikut pengadil dan mesti mematuhi keputusannya. Untuk
memikul tanggungjawab ini, seseorang pengadil mesti berusaha
memajukan diri dan memupuk kualiti-kualiti san sifat-sifat tertentu
yang harus dimiliki oleh seorang pengadil yang baik antaranya ialah;
a. Ketajaman mental
 Mempunyai reaksi yang cepat dari segi mental
(mentally alert)
 Boleh membuat keputusan dengan tenang, cepat, tepat dan
seragam
 Mengetahui waktu yang sesuai untuk membuat keputusan
 Boleh menjangka pergerakan pemain-pemain yang
seerusnya dan kemungkinan satu kesalahan sebelum

131
kejadian sebenar. Ini membolehkan pengadil berada di
posisi yang betul dan pada masa yang tepat untuk
melaksanakan keputusan dengan cekap.
 Mempunyai kemahiran untuk menguatkuasakan peraturan-
peraturan secara bijaksana, saksama dan tegas dalam
situasi permainan yang tertentu.
b. Kerjasama
Ini merujuk kepada keupayaan untuk bercampur-gaul dan
berkomunikasi dengan baik. Seorang yang baik harus;
Menolong ‘co-umpire’ dengan seberapa banyak yang boleh
tanpa menjejakkan kaki ke kawasan kawalannya di padang dan
bersedia untuk mengawal permainan untuk ‘co-umpire’ apabila
dia terkeluar dari posisinya untuk seketika (bola jaring)
c. Kematangan
Seorang pengadil yang matang dari segi mental dan emosi
adalah seorang yang:
 Berusaha menjalinkan perhubungan yang mesra dengan
jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain sebelum permainan
bermula
 Tidak mudah berputus asa dan dapat mengawal tekanan
 Tidak panik dalam kecemasan
 Menunjukkan ciri-ciri dengan gaya yang penuh keyakinan
 Memperlihatkan ketegasan dalam membuat keputusan
d. Dorongan Dalaman (Inner drive)
Pengadil yang mempunyai dorongan dalaman ialah:
 Sentiasa bekerja untuk meningkatkan kemahiran diri
sebagai pengadil
 Serius terhadap tanggungjawab sebagai seorang pengadil
 Berdedikasi untuk memperbaiki taraf pemain
 Penuh semangat semasa memegang peranannya sebagai
pengadil

132
7.3.4 Kod etika pengadil
Kod etika pengadil merupakan alat panduan yang mustahak untuk
melindungi dan menjaga kepentingan sukan dan profesion
pengadilan. Tujuan utama kod etika adalah untuk menjelaskan dan
membezakan amalan-amalan etika yang tidak betul dan
menyeleweng. Jika anda sebagai seorang pengadil haruslah anda
mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

a. Menghargai diri dengan memberikan contoh yang baik


sebagai seorang pengadil dari segi penampilan, kelakuan,
bahasa dan semangat kesukanan
b. Menunjukkan dan menanam pada pemain-pemain satu rasa
hormat dan berbudi bahasa kepada pihak lawan, jurulatih-
jurulatih dan pegawai-pegawai
c. Menunjukkan penghargaan kepada pegawai-pegawai di atas
sumbangan mereka
d. Memberi rasa hormat dan intergriti serta pertimbangan rakan-
rakan pengadil
e. Mengajar pemain-pemain bermain dalam semangat dan
mematuhi undang-undang
f. Menggunakan kriteria konsisten dan keadilan dalam
mempertimbangkan pemain-pemain dan mengiktirafkan
permainan mereka
g. Menegaskan kepada pemain sikap kesukanan dan bermain
dengan adil dalam semua keadaan pertandingan
h. Mengekalkan sikap ketegasan daripada keperluan peraturan
dan kelakuan
i. Menghadiri bengkel-bengkel dan klinik-klinik untuk mengikuti
perkembangan terbaru sukan, arah aliran semasa dan
peraturan-peraturan sukan

133
j. Menggunakan pertimbangan yang waras dan tenang
menempuhi keadaan yang tegang
k. Bekerjasama dengan rakan pengadil dengan melaksanakan
dan menjalankan satu pertandingan yang berkualiti
l. Menunjukkan rasa hormat kepada kaki kakitangan- kakitangan
pertandingan dan memberi pertolongan jika perlu
m. Menggalakkan penonton-penonton menghormati kepada
pasukan lawan dan pegawai-pegawai
n. Apabila kekacauan berlaku di kalangan pemain pengadil harus
menolong untuk mengawal ketegangan pemain.
o. Memastikan tarikh, masa dan tempat apabila menerima
jemputan untuk mengadili sesuatu permainan
p. Jika tidak dapat memenuhi jemputan, mest memberitahu
pengelola atau pasukan tersebut sekurang-kurangnya 24 jam
sebelum perlawanan tersebut bermula

Rumusan

Bidang kepengadilan dan kepegawaian perlu diberi perhatian yang lebih


lagi jika intitusi sukan inginkan pengiktirafan masyarakat . Banyak perkara
yang perlu dipertingkatkan dalam aspek kepengadilan dan kepegawaian
termasuk etika seorang pengadil, tugas dan peranan seorang pengadil,
kualiti pengadil yang baik dan etika seorang pengadil yang berjaya. Maka
barulah bidang kepengadilan dan kepegawaian mendapat pengiktirafan
dan boleh dijadikan sebagai kerjaya pada masa hadapan.

134
Latihan :

1. Natakan bidang-bindang yang menjadi tumpuan kepada


Jawatankuasa pengelolaan pertandingan

2. Secara ringkas jelaskan bidang tugas dan tanggungjawab


ahli-ahli jawatankuasa pengelolaan pertandingan

3. Analisis senarai semak dua daripada jawatankuasa yang


tersenarai dalam modul ini.

4. Secara ringkas nyatakan prinsip-prinsip memilih sitem


pertandingan yang sesuai

5. Kualiti pengadil bola sepak negara merosot?


Bincangkan

135