Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:

 1 cawan tepung gandum


 2 biji telur
 3 helai daun pandan
 1 1/2 cawan santan
 garam secukup rasa
 2 sudu makan minyak masak
 Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Cara Membuat Kulit Ketayap
 Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan.
 Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
 Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna
kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
 Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
 Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan
dan sapu minyak menggunakannya).
 Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan
melayang-layangkan kuali.
 Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya
sudah berwarna hijau semuanya.
 Angkat. Ketepikan.
 Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
 Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada
kuih dadar yang dah siap tadi.
 Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas
kuih. \
 Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
 Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan

Bahan Inti Kuih Ketayap


 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
 secubit garam
 2 helai daun pandan - disimpulkan
 1/2 cawan air
 2 sudu makan tepung gandum
Cara Membuat Inti Ketayap
 Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan.
Masak hingga gula larut.
 Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
 Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau
rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
 Sejukkan inti.