Anda di halaman 1dari 4

MANGSA-PEMANGSA

•Mangsa pemangsa merupakan interaksi di antara organisma


yang memburu dan menangkap organisma lain sebagai makanan.
•Contohnya seperti;
1 Burung hantu dan tikus
2 Ular dan tikus
•Ia digunakan dalam kawalan biologi

PERSAINGAN

•Persaingan merupakan interaksi antara organisma untuk


mendapatkan keperluan hidup yang sama.
•Contohnya seperti;
1 Rusa dan rusa bergaduh untuk mempertahankan kawasan.
2 Pokok-pokok di dalam hutan bersaing untuk mendapatkan cahaya
matahari.
KOMENSALISME

•Komensalisme adalah interaksi antara organisma di mana satu


organisma mendapat faedah manakala satu organisma lain tidak
mengalami sebarang keuntungan atau kerugian.
•Contohnya seperti;
1 Burung bangau dan kerbau
2 Ikan Remora dan jerung

MUTUALISME

•Mutualisme adalahinteraksi antara dua organisma di mana kedua-dua


pihak mendapat faedah.
•Contohnya seperti;
1 Lebah dan pokok bunga.
2 Bakteria Rhizobium dan akar kacang tanah.
PARASITISME

•Parasitisme merupakan interaksi antara organisma di mana satu pihak


mendapat faedah manakala satu pihak yang lain mengalami kerugian
•Contohnya seperti;
1 Cacing pita dalam usus.
2 Bunga Rafflesia dan tumbuhan.
untuk membolehkan gas dan mineral kembali kepada persekitaran.

Keseimbangan persekitaran
Persekitaran organisma adalah termasuk semua faktor-faktor yang
hidup dan bukan hidup yang mempengaruhi kehidupannya.

Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling


bergantung antara hidupan adalah seperti berikut:
1. Bekalan gas.
- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk
pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang
menjalankan fotosintesis.
- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk
fotosintesis daripada manusia dan haiwan apabila mereka
bernafas.
2. Sumber makanan.
- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi
haiwan dan manusia.
- Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan
haiwan-haiwan lain.
3. Perlindungan.
- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling
bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok).
- Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung
pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan rumah.

Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan


hidup, adalah:
1. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari (sunlight)
dan karbon dioksida untuk menjalankan fotosintesis
(photosynthesis).
2. Bumi (tanah), air dan mineral terlarut adalah
diperlukan untuk tumbesaran tanaman.
3. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk
bernafas.

Satu ekosistem dikatakan seimbang jika ianya terdapat benda-


benda hidup dan benda bukan hidup, yang sentiasa berkekalan.

Benda hidup dan benda bukan hidup berinteraksi antara satu sama
lain bagi mengekalkan ekosistem yang seimbang.

Suatu ekosistem yang seimbang (balanced ecosystem) adalah


juga bermakna suatu persekitaran yang seimbang (balanced
environment).