Anda di halaman 1dari 2

Penerangan.

*Karangan ini juga dikenali sebagai catatan.

*Karangan ini terbahagi kepada dua jenis, diari sehari dan diari beberapa hari.

*Jika diari sehari, sertakan hari, haru bulan dan tahun. Kemudian, diikuti waktu berlaku kejadian itu.

*Jika diari beberapa hari, ertakan hari, hari bulan dan tahun. Waktu hanya disertakan jika perlu.

*Peristiwa yang dicatat mesti penting dan berkaitan dengan tajuk.

*Urutan peristiwa dapat menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

*Cara persembahan tidak berbeza dengan karangan cerita, Cuma dibezakan oleh format.

*Perlu pendahuluan, empat idea dan penutup.


Soalan:

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.

Isnin, 16 Mei 2016

8.00 pagi

Semua guru dan murid berhimpun di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Pada pagi ini semua
guru memakai baju batik bertemakan warna merah. Sebelum acara sambutan hari guru bermula, Cikgu Mazlan
selaku pengerusi majlis pada hari itu sibuk mencuba pembesar suara.

8.15 pagi

Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu
Sekolahku Berjaya. Setelah selesai menyanyikan lagu-lagu tersebut, semua murid dan guru dibenarkan duduk.
Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri di atas pentas untuk
menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar.

8.45 pagi

Ketua Murid tampil ke depan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua Murid mengucapkan terima
kasih atas jasa dan pengorbanan para guru. Dia juga mendoakan kesejahteraan guru-guru.

9.00 pagi

Guru Besar dipersilakan menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri Pendidikan. Semua guru dan
murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti. Setelah itu Guru Besar merasmikan sambutan Hari Guru
peringkat sekolah 2016.

9.30 pagi

Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru lelaki bermain bola
sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula bermain bola jaring serta berjalan dengan
terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat telatah para guru.
11.00 pagi

Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara seterusnya ialah
persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti nyanyian,
deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan agak gamat dengan gelak
ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan.

12.00 tengah hari

Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru. Inilah kemuncak acara
sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut memberikan hadiah kepada guru-
guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh murid-murid untuk para guru

1.00 tengah hari

Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah mengemas semula dewan dan
peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa sangat seronok kerana berpeluang merayakan sambutan Hari
Guru peringkat sekolah.

Contoh Karangan Diari/ Catatan

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru
yang telah dijalankan pada hari tersebut.

ISNIN, 16 MEI 2011

7.45 pagi
Semua guru diarak ke dewan diiringi kumpulan kompang sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru 2011 . Semua
guru mengambil tempat masing-masing dan kelihatan ceria.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan Hasmah membaca perutusan Yang
Berhormat Menteri Pelajaran dan Encik Nordin pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara “Simpul Kasih” . Selain itu, terdapat pelbagai acara sukaneka lain yang menarik .
Perlawanan bola jaring turut diadakan antara murid dan guru.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih muih .

10.30 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara
nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Zakaria.

12.45 tengah hari


Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.
Acara pertukaran hadiah turut diadakan bagi memeriahkan acara.

Anda mungkin juga menyukai