Anda di halaman 1dari 14

Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

KULIAH MINGGU 3
SEKTOR PERTANIAN

PENGENALAN
Sumbangan sektor pertanian semakin berkurangan dari
segi KDNK, gunatenaga dan eksport.
Contoh:

KDNK: 30.8% (1970); 8.7% (2000); 2007?


Gunatenaga: 53.5% (1970); 15.2% (2000) 2007?
Eksport: 60.2% (1970); 4.0% (2000) 2007?

KEPENTINGAN SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN

Meskipun kepentingan sektor pertanian telah menurun secara


relatif, kepentingannya kembali pulih terutamnaya dalam
zaman krisis ekonomi dan terkini berlakunya krisis bahan
makanan dan tekanan daripada kenaikan harga bahan api.
Apabila ekonomi dilanda masalah, sektor pertanian biasanya
akan memainkan peranan `penyelamat’ kepada masalah
ekonomi yg dihadapi.

Pergantungan ekonomi kpd beberapa komoditi utama sebagai


hasil pendapatan menyebabkan sektor ini dianggap sebagai
tulang belakang ekonomi negara. Selain drpd itu, sektor
pertanian masih penting disebabkan faktor-faktor berikut:

1
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

Sektor pertanian penting terus dibangunkan sebagai:

a) Jaminan keselamatan bahan makanan


Malaysia masih mengalami kekurangan bahan makanan dalam
pelbagai keluaran seperti beras, ternakan, tenusu, sayuran dan
buah-buahan. Adalah wajar untuk mencergaskan kembali
sektor pertanian untuk mencapai jaminan keselamatan bahan
makanan. Ini berdasarkan nilai import bahan makanan adalah
tinggi hingga mencapai RM10 bilion setahun. Kadar mampu
diri dalam keluaran makanan masih rendah tetapi masih
mempunyai peluang untuk ditingkatkan dan perlu dicergaskan
kembali untuk jaminan keselamatan bahan makanan negara.
Jaminan keselamatan bahan makanan negara akan menjadi
lebih penting bagi negara yg selalu dilanda masalah
peperangan, bencana alam dll.

b) Industri asas tani

Keluaran pertanian merupakan input penting bagi industri asas


tani. Sebagai negara berasaskan pertanian, Malaysia
mempunyai sumber-sumber pertanian seperti getah, kelapa
sawit, kayu, koko dan bahan makanan yang boleh dimajukan
untuk keluaran asas tani. Industri asas tani telah dikenal pasti
sebagai industri yg berpotensi dikembangkan di bawah Pelan
Induk Perindustrian (PIP) dengan mengeratkan rantaian sektor
pertanian dan industri.

Contoh: industri perabut dikaitkan dengan pengeluaran kayu,


nanas ditin, perlukan nanas dll.

2
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

c) Pembasmian kemiskinan

Sektor pertanian dan desa masih menampung bilangan isi


rumah miskin dan termiskin yang ramai walaupun kadar
kemiskinan desa telah berkurang. Program-program
pembasmian kemiskinan di sektor pertanian dan desa masih
diteruskan dengan tumpuan kepada golongan termiskin.
Projek-projek pembangunan pertanian menawarkan peluang-
peluang pekerjaan dan pendapatan yg menyumbang ke arah
mengurangkan kadar kemiskinan.

d) Pekerjaan

Sektor pertanian masih merupakan sumber pekerjaan yang


besar kepada penduduk negara, walaupun sumbangannya telah
menurun. Produktiviti buruh pertanian boleh dipertingkatkan
lagi dengan mengurangkan pengangguran tidak ketara.
Kekurangan buruh di sektor-sektor estet, rancangan
pembangunan tanah dan perikanan laut dalam menunjukkan
bahawa terdapat potensi untuk meningkatkan guna tenaga
dalam sektor pertanian.

Ciri-ciri Utama di Sektor Pertanian

a) Kemiskinan desa
b) Kemerosotan sumbangan relatif output pertanian
c) Perubahan pola penggunaan tanah pertanian

3
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

SOALAN KUIZ 2

Bincangkan ketiga-tiga ciri utama sektor pertanian


tersebut.

DASAR PEMBANGUNAN PERTANIAN

a) Dasar Zaman Penjajah


b) Dasar Selepas Merdeka (fokus)

a) Dasar Zaman Penjajah


(Buat bacaan sendiri)

b) Dasar Pertanian Selepas Merdeka (fokus)

Dasar-dasar pembangunan pertanian boleh dilihat melalui


objektif pelbagai rancangan pembangunan yang dijalankan
semenjak merdeka sehingga ke hari ini.
 Rancangan Malaya Pertama (1956-60)
 Rancangan Malaya Kedua (1961-65)
 Rancangan Malaysia Pertama (1966-70)
 Rancangan Malaysia Kedua (1971-75)
 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-80)
 Rancangan Malaysia Keempat (1981-85)
 Rancangan Malaysia Kelima (1986-90)
 Rancangan Malaysia Keenam(1991-95)
 Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
 Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

4
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

RANCANGAN MALAYA I & II (1956-60 DAN 1961-65)

Matlamat pembangunan pertanian dan pembangunan luar


bandar dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-60) dan
Rancangan Malaya Kedua (1961-65) tidak banyak berbeza dan
meliputi perkara-perkara berikut:

a) menyediakan kemudahan dan peluang kepada penduduk


luar Bandar bagi memperbaiki tingkat sosioekonomi dan
kebajikan mereka.

b) menyediakan pekerjaan kepada penduduk.

c) memperluaskan lagi jenis-jenis pengeluaran, menumpukan


pembangunan terhadap pembangunan pertanian lain yang
sesuai sebagai petambahan kepada penghasilan getah
dengan memberi galakan sesuai kearah pembangunan
industri.

d) Meninggikan output per kapita dan mengelakkan kesan


buruk yang mungkin berlaku akibat kejatuhan harga getah.

e) Memperbaiki dan memperkembang peluang pekerjaan dan


pelajaran serta kesihatan.

Masalah utama pada tahun-tahun 1950an dan 1960an ialah


bagaimana untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi
akibat kejatuhan harga barangan eksport utama negara, iaitu
getah.

5
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

Objektif (a), (b) dan (e) di atas menekankan kepada penyediaan


infrastruktur dan perkhidmatan ekonomi dan sosial, tetapi
objektif (c) dan (d) menekankan tentang dasar
mempelbagaikan ekonomi dan pengeluaran untuk
mengurangkan kesan buruk daripada kejatuhan harga getah.
Dasar ini dijalankan melalui pengenalan dan peluasan kawasan
tanaman pertanian yang lain daripada getah seperti kelapa
sawit, koko, tembakau, nanas, lada hitam dan sebagainya.

DASAR RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-70)


(RMK-1)

a) menambah pengeluaran dan guna tenaga sektor pertanian


dengan menambahkan keluasan tanah.

b) Menambah pengeluaran per hektar dan pendapatan melalui


peningkatan daya pengeluaran.

c) Mewujudkan perusahann yg berasaskan pertanian.

d) Memperluaskan asas sektor pertanian supaya tidak


bergantung kepada beberapa barang utama sahaja.

6
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-75)


(RMK-2)

RMK2 (1971-75) lebih dikaitkan dengan Dasar Ekonomi Baru


(DEB), yang mempunyai matlamat pertanian seperti berikut:

a) Menambah peluang pekerjaan dengan cara menambahkan


penggunaan sumber pengeluaran seperti tanah, air dan
perhutanan.

b) Menambahkan pendapatan petani dengan menggunakan


peralatan pertanian moden dan membesarkan saiz
pengusahaan keperingkat yang lebih ekonomi.

c) Memperbanyakkan jenis dan kuantiti serta memperbaiki


mutu keluaran pertanian terutama bagi barang-barang
makanan, tanaman wang dan ternakan.

d) Memperkukuh institusi-institusi persatuan peladang dengan


memberi peluang kpd penduduk desa untuk mengambil
bahagian yg cergas dalam kehidupan ekonomi dan sosial
negara.

e) Membasmi kemiskinan dan menghapuskan pengenalan


ekonomi berdasarkan kaum tertentu.

Selain mengekalkan pelbagai matlamat daripada rancangan-


rancangan pembangunan yang lepas, RMK-2 juga menekankan
tentang keperluan membasmi kemiskinan dan memperbaiki
agihan pendapatan di antara desa bandar dan di antara kaum.
Selain itu, penekanan diberi kepada pertumbuhan ekonomi,

7
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

guna tenaga, penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan


ekonomi dan sosial.

Matlamat kedua daripada DEB ialah menyusun semula


masyarakat. Strategi ini melibatkan peningkatan penyertaan
bumiputera dalam aktiviti-aktiviti perindustrian, perdagangan
dan perbandaran. Penekanan kepada strategi ini menimbulkan
penghijrahan penduduk desa ke bandar untuk menceburi
aktiviti perindustrian, perdagangan dan perbandaran.

Penghijrahan penduduk telah memperbaiki nisbah tanah buruh


di desa dan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan
pertani.

RMK3 (1976-80) dan RMK4 (1981-85)

Matlamat dalam rancangan-rancangan sebelumnya diteruskan.


Matlamat membasmi kemiskinan dan memperbaiki
ketidaksetaraan agihan pendapatan mendapat penekanan yang
lebih.

Seterusnya matlamat RMK3 dan RMK4 adalah:

a) Mengurangkan kadar kemiskinan di desa terutama di


kalangan penanam padi, pekebun kecil getah, kelapa,
kelapa sawit, nelayan, pekerja-pekerja estet, penduduk
kampung-kampung baru dan buruh-buruh pertanian.

8
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

b) Menambah penyertaan bumiputera dalam guna tenaga dan


pengurusan sektor-sektor moden bukan pertanian serta
menambah penyertaan kaum lain dalam sektor pertanian.

Kesan :

* kadar kemiskinan dalam sektor pertanian berkurang


- 1970 (68%) ; 1980 (46%); 1985 ?

* peratus keluarga miskin berkurang:


- 1970 (74%) ; 1980 (67 %); 1985 ?

Bagaimana arah dan tujuan pembangunan pertanian dalam


rancangan Malaysia selanjutnya (RMK-5, RMK6, RMK-7,
RMK-8 dan RMK-9)? (TUGASAN MINGGU 3)

DASAR PERTANIAN NEGARA

Dalam setiap rancangan Malaysia penekanan dan perhatian


diberikan kepada sektor pertanian. Bukan sahaja untuk
meningkatkan sumbangan kepada output negara tetapi lebih
khusus dalam usaha membasmi kemiskinan.

Namun keberkesanaan tidak begitu merangsangkan. Ini


akhirnya menimbulkan persoalan? Dan hasilnya dirumuskan
keadaan ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan suatu dasar
yang menyeluruh. Ekoran itu, satu dasar telah digubal khusus
untuk pertanian, iaitu Dasar Pertanian Negara.

9
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

i) Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) 1984-2000

ii) Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2) 1992-2010

iii) Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 1998-2010

DASAR PERTANIAN NEGARA PERTAMA (DPN1)

Menggariskan panduan pembangunan dari 1984-2000.


Objektif DPN1:
a) memaksimumkan pendapatan pertanian
b) menggunakan sumber dgn cekap
c) asas kepada pembangunan pertanian bagi RMK-5

Langkah diambil :
a) mengurangkan subsidi sektor pertanian
b) pertanian secara perladangan dan berkelompok
(pertanian komersial dan ekstensif)
c) penggunaan jentera dan pengurusan moden
d) mengalakkan peluasan pembabitan sektor swasta
e) kerajaan terbabit dlm pertanian biasa dan juga dari segi
gakan dasar fiscal tertentu seperti pengcualian duti,
tariff dan perlindungan.

10
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

Kelemahan:
 Kelambatan dan kelembapan sektor swasta menyahut
galakan kerajaan untuk memaju dan mengkomersialkan
sektor pertanian.
 Kerajaan terpaksa mengambil-alih semula tanggung jawab
memaju dan memodenkan sektor luar bandar. Kerajaan
menyediakan penyelidikan, infrastruktur dan kredit
pertanian.

Tempoh masa DPN1 meliputi tempoh RMK-6. Di antara


matlamat RMK-6 ialah:
a) merombak semua sektor pekebun kecil supaya lebih efisien
dan bercorak komersial
b) penekanan kpd tanaman yg berdaya maju dan berupaya
bersaing di pasaran antarabangsa
c) meningkatkan produktiviti buruh
d) meningkatkan aktiviti pemerosesan hiliran dan pemasaran
keluaran pertanian.

DASAR PERTANIAN NEGARA KEDUA (DPN2)

DPN2 (1992-2010) merupakan kajian semula terhadap DPN1


yang dianggap gagal untuk mencapai matlamatnya. Malahan
sumbangan sektor pertanian kian merosot.

DPN2 menggariskan beberapa dasar dan strategi yang


merupakan penerusan DPN1 dan evolusi kepada dasar dan
strategi pembangunan pertanian sejak DEB.

11
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

Antara dasar yang digariskan dalam DPN2 adalah:

a) mengatasi masalah dualisme di sektor pertanian


b) meningkatkan pemodenan dan pekomersialan
c) mengingkatkan pendapatan melalui pengurusan sumber
optimum
d) mewujudkan industri pengeluaran dan pemerosesan bahan
makanan yg dinamik
e) menggunakan teknologi secara meluas
f) meningkatkan kecekapan dalam semua aspek

Matlamat umum dan khusus DPN2 diharap dapat dicapai


melalui strategi:

a) Penggunaan sumber secara optimum


b) Pencepatan pembangunan projek bersepadu asas tani
c) Intensifikasi penyelidikan dan pembangunan
d) Peranan utama sektor swasta
e) Reformasi sistem pasaran
f) Pengembangan output bahan makanan untuk pasaran
domestik dan eksport.

Perlu diingatkan bahawa tempoh RMK-7 sebahagiannya


berada dalam tempoh DPN2 dan sebahagian masanya pula
dalam tempoh DPN3. penekanan RMK-7 adalah kepada:

a) mengalakkan penyertaan sektor swasta berskala besar dlm


pengeluaran komoditi makanan.
b) Mengorietasi semula cara pengeluaranuntuk meningkatkan
persaingan pasaran.

12
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

c) Mengorientasi semula kawasan tanaman getah, koko dan


kelapa sawit berasaskan komersial untuk meraih ekonomi
bidangan dan berdaya saing.
d) Mempercepatkan penyesuain buruh dlm penggunaan
teknologi moden untuk mengurangkan kebargantungan kpd
buruh asing.
e) mempertingkatkan program R&D dan pembangunan
industri berasaskan pertanian dan penghasilan barang akhir.
f) membaiki peranan operasi-operasi pertanian agar lebih
efektif dlm menangani masalah pertanian.

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)

Tujuan DPN3:

a) mengatasi kelemahan DPN2


b) mengatasi krisi mata wang dan kemerosotan ekonmi
c) mengatsi maslah bekalan makanan
d) memaksimumkan pengunaan sumber input terhad.
e) mengubah pertanian kecil dan ke arah pembangunan
pertanian mapan

Objektif –objektif DPN3:

a) meningkatkan pendapatan petani


b) meningkatakan sumbangan sektor pertanian kpd
makroekonomi negar (KDNK, g/tenaga, dll).
c) meningkatkan keselamatan makanan
d) meningkatkan produktiviti dan daya saing berterusan sektor
pertanian

13
Ekonomi Malaysia 2008_NHMS

e) memulihara dan menggunakan sumber asli secara mapan


f) mewujudkan sektor pertumbuhan baru untuk sektor
pertanian supaya seiring dgn pertumbuhan sektor lain.

Pendekatan DPN3:

a) Pendekatan Perhutani (agroforestry approach)


b) Pendekatan berasaskan produk (product based approach)

TUGASAN MINGGU 3

1. Bagaimana arah dan tujuan pembangunan pertanian dalam


rancangan Malaysia selanjutnya (RMK-5, RMK6,
RMK-7, RMK-8 dan RMK-9)?

2. Apakah penekanan yang diberikan dalam Dasar Pertanian


Negara pertama (DPN1) dan bagaimanakah perbezaannya
berbanding DPN2 dan DPN3?

14

Anda mungkin juga menyukai