Cara2 Kawad Kaki
Cara2 Kawad Kaki
terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan
serentak; ~ cam proses mengecam orang yg disyaki dlm sesuatu jenayah dgn
membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai; ~ kaki
kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yg
mengutamakan pergerakan kaki serentak; ~ perpisahan kawad yg diadakan bagi
meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yg akan
bersara; ~ senjata kawad (polis, tentera dsb) dgn membawa senjata api spt M16;
berkawad berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll),
mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium
Merdeka.
Kawad kaki ialah kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis
yang mengutamakan pergerakan kaki serentak.
PENGENALAN KAWAD KAKI
TUJUAN KAWAD
1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
a. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib didalam organisasi Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Malaysia dan panduan tatatertib adalah berdasarkan kawad-kawad
yang diperbaiki berkali-kali. kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira dimana
tempatnya maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demi kepentingan untuk
menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.
b. Apabila mengajar kawad kaki hendaklah menerangkan tujuan berkawad bukanlah
sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-satu kumpulan.
c. Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari diatas padang kawad
semata-mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja.
d. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri sendiri
dan bertatatertib pada setiap masa. sekiranya berkelakuan tidak senonoh dan buruk
semasa rekrut atau selepasnya maka kejatuhan atau kekalahan akan dialamai oleh
pasukan itu.
1. Cergas
Perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan cergas,
Peringatan!
Apabila mengawadkan Skuad perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik oleh yang
dimikian pastikan :-
1. Apabila anda mengawadkan Skuad atau mengajar kawad, anda hendaklah sentiasa
berdiri dalam keadaan sedia
2. Apabila bergerak atau berpusing, berjalan dan membuat pergerakan yang lain,
tentukan anda tunjukkan yang betul dan tentukan Skuad itu buat seperti mana
kemahuan anda.
3. Apabila memberi pertunjukkan, mesti dibuat dengan betul. jika pergerakan itu dengan
menggunakan tongkat, gunakan tongkat sahaja jangan dicapur adukkan dengan yang
lain
4. Jangan gunakan perkataan "Maki"
5. Pakaian anda mestilah kemas dan segak.
6. Jangan gopoh dan menggelabah
BERBARIS
Bagi anggota yang baru atau pelatih hendaklah mereka diajar cara-cara membina bahasa
hukuman kawad menggunakan suara yang kuat seperti harkat, bahasa hukuman kawad dan
panggilan masa 1-2-3-1 untuk memudahkan mereka di latih adalah seperti berikut:-
PERINGATAN
Dalam keadaan skuad berbaris 3 barisan, hendaklah diterangkan kepada skuad yang mana
penanda kanan dan kiri bagi barisan masing-masing
PANGGILAN MASA
Anggota yang baru (pelatih) dan untuk permulaan berkawad hendaklah berteriak panggilan
masa pada semua pergerakan
1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak beramai-ramai
MASA BERJALAN
Masa cepat jalan biasa 116 - 120 langkah seminit
Masa cepat jalan rekrut 140 langkah seminit
Masa perlahan jalan 65 langkah seminit
Masa berlari 180 langkah seminit
JARAK LANGKAH
nota tambahan
Kembali