Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 DAN TAHUN 4 2018

BERSAMA PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN SK PENDAMARAN


JAYA

1.0 PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin
keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan
Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan
dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat
Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat
Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari semasa ke semasa.
Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri
untuk menarik minat pelajar mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan
Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

3.0 OBJEKTIF
i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah dengan berkesan
iii. Menjadikan Pusat Sumber sekolah sebagai Pusat Penyebaran ilmu dan
maklumat.
iv. Memupuk sikap minat membaca
v. Menjadikan pelajar berdisiplin dan mematuhi adab dan peraturan di Pusat
Sumber.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN


8-12 Januari 2018

5.0 TEMPAT
Pusat Sumber Ibnu Khaldun.

6.0 SASARAN PESERTA


Semua murid Tahun 1 dan Tahun 4

1
KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 DAN TAHUN 4 2018
BERSAMA PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN SK PENDAMARAN
JAYA

7.0 AKTIVITI DAN TENTATIF PROGRAM

Tahun 1 (8-12 Januari 2018)

Isnin : 4.15-4.45 Petang (Pn. Rozana Binti Ibrahim)-1 Bestari


Selasa : 4.15-4.45 Petang (Pn. Syuharni Binti Abd. Wahab)-1 Dedikasi
Rabu : 4.15-4.45 Petang ( Pn. Syuharni Binti Abd. Wahab)- 1 Efisien
Khamis : 1.25-1.55 Petang ( Pn. Rozana Binti Ibrahim)- 1 Integriti
Jumaat : 4.15-4.45 Petang (Pn. Syuharni Binti Abd.Wahab)-1 Toleransi

Tahun 4 (12 Januari 2018)

Jumaat: 10.20-11.20 Pagi (Pn. Norazlina Binti Jamil )-Semua

7.1 Aktiviti

 Murid berbaris sebelum masuk ke Pusat Sumber. Guru menerangkan peraturan


sebelum masuk ke Pusat Sumber.
 Murid duduk dan mendengar penerangan berkenaan dengan peraturan dan adab
di PSS, aktiviti yang boleh dijalankan semasa di PSS, guru PSS, jenis-jenis buku
dan penerangan setiap tempat seperti kaunter sirkulasi,ruang SAL, Ruang
Permainan Dalaman, Ruang Membaca, Pentas Bercerita, Galeri Sejarah dll.
 Aktiviti mewarna ( Guru memberi murid gambar untuk diwarnakan,jika masa tidak
mencukupi, murid-murid dibenarkan bawa pulang)

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi
Pn. Hjh. Noorkedah Binti Mohd Yusof (Guru Besar )

Naib Pengerusi I
Pn. Salina Binti Zainuddin ( Pen. Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II
Pn. Norazian Binti Yusoff ( Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi III


Pn. Norihan Binti Shuib ( Pen. Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi IV
En. Azharisman Bin Amiruddin ( Penyelia Petang)

Setiausaha
Pn. Norazlina Binti Jamil
(Guru Perpustakaan & Media)

2
KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 DAN TAHUN 4 2018
BERSAMA PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN SK PENDAMARAN
JAYA

Penyelaras Peserta
Pn. Siti Norbaya Binti A. Ibrahim Kutty
Pn. Syuharni Bt Abdul Wahab
Pn. Rozana bt Ibrahim
Guru-guru mengikut jadual waktu yang ditetapkan

9.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA HARGA ANGGARAN HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. Bahan Mewarna RM 0.10 160 murid X RM 0.10 RM 16.00

10.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar program Pusat Sumber Ibnu Khaldun SK
Pendamaran Jaya ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang
diharapkan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada
Pusat Sumber Sekolah supaya lebih cemerlang dan gemilang .

Disediakan Oleh , Disemak Oleh,

............................................... . .....................................................
(PN NORAZLINA BT JAMIL) ( PN SALINA BT ZAINUDDIN)
Guru Perpustakaan & Media, Penolong Kanan Pentadbiran
SK Pendamaran Jaya. SK Pendamaran Jaya.

Diluluskan Oleh,
......................................................
(PN HJH NOORKEDAH BT MOHD YUSOF)
Guru Besar,
SK Pendamaran Jaya.

Anda mungkin juga menyukai