Anda di halaman 1dari 4

NISE 2018

ANIS SAHA

Jarinya laju mencapai secebis kertas di atas meja. Pantas mata penanya berlari di atas kertas itu. Sesekali terdengar omelan kecil daripada mulutnya.

…….

Kertas kecil itu penuh dengan contengan, penuh dengan garisan memangkah beberapa perkataan. Cuma yang jelas adalah frasa, “Gembira = ???” frasa tersebut dibulatkan beberapa kali menandakan itu adalah konklusi terakhir daripada sesi contengan selama hampir satu jam itu.

Minn mendengus perlahan. Masih belum berpuas hati dengan konklusi kecil itu. Rasa seperti ada perkara yang dia terlepas pandang, yang menyebabkan dia seperti cacing kepanasan sekarang. Tidak senang duduk dibuatnya! Minn yang kemudiannya berasa penat untuk terus berfikir, mengambil keputusan untuk tidur. Dengan harapan, semoga dia bangkit esoknya dengan hati yang lebbih tenang, dan fikiran yang lebih fokus.

…….

Minn. Yasminn Hani. Pelajar tahun akhir jurusan Optometri di Cardiff University. Murah dengan senyuman, manis raut wajah. Namun tidak pada hari itu. Tiada satu pun senyuman dilemparkan kepada sesiapa. Wajahnya tampak kelam. Tiada sinar kemanisan seperti kebiasaan. Perbezaan itu disedari oleh rakan baik Minn, Adwa. Adwa yang setia bersama sejak zaman asasi di Management & Science University (MSU), Shah Alam sehinggalah ke bumi Cardiff ini.

“Minn? Kau okay? Kenapa masam sahaja hari ini?” perlahan Adwa bertanya. Hari ini adalah hari dimana mereka akan menjemput pelajar baru yang akan mendaftar di Cardiff University. Semestinya bukan hari yang terbaik sekiranya Minn memilih untuk tidak senyum sepanjang hari. Mereka akan berkenalan dengan pelajar-pelajar baru dan akan membawa mereka bersiar-siar di sekitar bandar Cardiff. Maka adalah penting untuk kekal ceria sepanjang hari ini.

Minn tidak menjawab terus soalan daripada Adwa. Seakan fikirannya masih melayang. Masih teringat akan keluarga di Malaysia. Masih belum bersedia untuk menerima hakikat. Hakikat bahawa kedua ibu ayahnya telah berpisah. Bercerai dengan talak satu.

Adwa yang geram kerana tidak mendapat respons daripada Minn terus menolak bahu Minn. Geram kerana dirinya dibiarkan bercakap seorang diri dan geram kerana sahabat baiknya itu seperti tidak mempedulikan kehadirannya di situ. Minn terkejut dengan tolakan di bahu itu, terus berpaling memandang Adwa.

“Haa, pandang pun. Dari tadi puas Wa cakap dengan Minn, berleter panjang-panjang pasal lelaki Mat Saleh yang lalu tadi, tapi rupanya Minn tak dengar pun apa yang Wa cakap. Wa macam cakap dengan tunggul kayu.”

“Haha maaf Wa. Minn mengelamun kejap tadi. Wa ulang lah balik apa yang Wa cakap tadi. Minn nak dengar” Minn cuba senyum dan melayan kerenah Wa. Bagi Minn, tidak ada sesiapa pun perlu tahu tentang masalah keluarganya. Dia yakin bahawa dia mampu untuk simpan semua hanya pada dirinya. Dan untuk hari ini, dia perlu berusaha untuk menjadi seceria yang mungkin, senormal yang mampu. Ya, dia perlu menjadi Yasminn Hani yang ceria dan murah dengan senyuman.

Hari tersebut berlalu dengan Minn dan Adwa masing-masing beramah mesra bersama pelajar-pelajar baru dan membawa mereka bersiar-siar. Dan untuk sehari itu sahaja, Minn lupa akan masalah yang dihadapinya.

…….

NISE 2018

ANIS SAHA

Minn duduk di meja belajarnya, terlihat olehnya secebis kertas contengan nya semalam. Dan frasa “Gembira = ???” kembali berlegar dalam kepalanya. Dia sudah hilang definisi untuk gembira. Kenapa? Kerana bagi Minn, dia melihat kedua ibu ayahnya gembira. Gembira melihat kejayaan dia apabila berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Ibu ayahnya juga gembira pabila dia berjaya melepasi kelayakan untuk menyambung pelajaran di Cardiff. Dia juga masih ingat riak wajah gembira kedua ibu ayah apabila mereka datang melawatnya di Cardiff.

Tapi kenapa mereka bercerai? Adakah mereka tidak gembira dan mereka cuba selindung dengan disebalik senyuman itu? Adakah itu bermaksud bahawa ibu ayahnya memang tidak pernah gembira atas kejayaannya selama ini? Sungguh Minn tak faham akan seluruh keadaan ini.

Minn teringat akan perbualannya bersama ibu beberapa hari yang lalu. Ketika perbualan itu lah ibu memberitahu bahawa dia telah bercerai dengan ayah. Minn seakan tersentap pabila mendengar kenyataan itu. Kelam sekejap dunianya. Betapa ibu dan ayah mencuba untuk merahsiakan darinya. Banyak kali Minn bertanya, kenapa mereka bercerai. Dan jawapan dari ibu, ialah mereka sudah tidak gembira lagi. Mereka mula bercanggah pendapat, yang kemudiannya mewujudkan pertengkaran. Bermula dari sekecil-kecil hal, dan kemudian diperbesarkan dan akhirnya membawa kepada tuntutan cerai.

Minn jadi keliru. Jikalau sebelum ini definisi gembiranya ialah melihat senyuman kedua ibu ayahnya, sekarang dia sudah tidak tahu apa definisi gembira yang sebenarnya. Hati Minn terasa sesak. Dan dia perlu keluar dari kesesakan yang dirasakan itu. Dia mengambil sehelai kertas lagi dan menulis beberapa formula baru. Setelah setengah jam menulis, Minn mendapat konklusi baharu. “Gembira = Melakukan apa perkara yang disukai.” Minn tersenyum puas.

…….

Minn duduk termenung di hadapan komputer, merenung artikel yang perlu dibacanya. Beberapa bulan telah berlalu semenjak insiden ibu ayahnya bercerai. Dan telah beberapa bulan juga dia tidak menelefon mereka untuk bertanyakan khabar.

Adakah dia gembira sekarang, memandangkan dia telah menjumpai definisi gembira yang baru untuk dirinya. Adakah dia telah memaknai kegembiraan dalam hidupnya?

Entahlah. Minn semakin rasa kusut. Dadanya semakin rasa sesak dan sakit. Dia sendiri tidak mengetahui puncanya. Ya, dia patut rasa gembira kerana dia melakukan setiap perkara yang dia sukai. Dia patut rasa gembira kerana kegembiraan hidupnya kini terletak mutlak pada tangannya, dan bukan pada kedua ibu ayahnya. Tapi kenapa, jiwanya seakan tidak tenteram?

Minn telah mencuba pelbagai aktiviti baru, termasuklah melawat kelab-kelab malam di sekitar Cardiff bersama rakan-rakan barunya. Minn juga berjaya memikat hati seorang pemuda tempatan, dan kini dia sudah bersama dengan lelaki tersebut lebih kurang dua bulan. Gembira? Ya dia gembira dan berbangga dengan hubungan tersebut. Tetapi kenapa, jiwanya seakan tidak tenteram?

Adwa telah lama tidak dihubungi. Minn juga tidak mengambil tahu perihal rakannya itu. Meskipun masih lagi bertembung di bangunan >inna pa>y, namun masing-masing hanya buat tidak endah. Minn juga semakin selesa bergaul bersama rakan-rakan tempatan. Cara pemakaian Minn juga sudah berubah, tidak seperti dahulu.

Sekarang, yang membezakan Minn dan rakan tempatan hanya lah sehelai kain di kepala, untuk menutup rambutnya. Seluar yang dipakai semakin ketat, menampakkan lekuk punggung. Baju di badan, sengaja memilih saiz yang kecil, supaya pabila dipakai, elok melekap mengikut potongan

NISE 2018

ANIS SAHA

badan. Jika ditanggalkan kain tudung di kepala, maka memang tiada bezanya antara Minn dan rakan tempatan. Minn seronok dengan perubahan itu. Minn suka dengan perhatian yang dia peroleh setelah mengubah cara pemakaiannya. Tetapi, kenapa, jiwanya seakan tidak tenteram?

Minn mengetuk meja dengan pen di tangan. Aktiviti hariannya sedikit terganggu hari ini kerana kekusutan yang melanda. Jeritan batinnya yang sekian lama tidak dipeduli, hari ini Minn mengambil masa untuk meluahkan. Berbekalkan sebatang pen dan sehelai kertas, Minn cuba menulis isi hatinya. Minn telah melakukan semua benda yang dia sukai, dia juga telah mencuba pelbagai perkara baru, dia telah berjumpa dan berkawan dengan ramai kawan baru. Tapi kenapa, kenapa, kenapa, jiwanya masih tidak tenteram? Apa yang dia terlepas pandang? Bukankah sepatutnya dia merasa gembira dengan semua benda yang dia lakukan? Bukankah itu formula kebahagiaan yang dia dapat beberapa bulan lepas? Tapi kenapa dia tidak merasakan bahagia itu walau sesaat?

Pen diletakkan dan telefon bimbit dicapai. Pantas nombor telefon teman lelakinya dihubungi. Dia perlukan tempat bercerita. Dia mahu berkongsi kekusutan yang dirasai. Dia mahukan belaian mesra dari teman lelakinya, dan juga kepastian bahawa semua yang sedang dirasakan ini akan berlalu pergi. Hampa apabila panggilannya itu tidak berjawab. Berkali-kali nombor itu didail, namun masih tidak berjawab. Minn kemudian membuat keputusan untuk terus pergi ke rumah teman lelakinya. Pantas Minn bersiap dan mengenakan pakaian lalu keluar dari rumahnya.

Sedang dalam perjalanan, Minn terserempak dengan seorang kakak. Kakak yang dahulunya sangat rapat dengan dirinya. Kakak yang mana tempat dia berkongsi segala masalah dan meluahkan rasa. Malu Minn kerana berjumpa dengan kakak itu dengan berpakaian sebegitu. Awalnya, Minn mengagak bahawa kakak itu akan berlalu pergi tanpa menegurnya. Tetapi tidak, kakak itu berhenti dan menyapanya.

“Assalamualaikum Minn, lama rasanya tak berjumpa Minn. Minn pun dah lama tak datang rumah akak. >inna pa khabar?” sapa Kak Dina, sambil tersenyum mesra. Minn serba salah. malu membaluti seluruh tubuhnya. Ya, dia yang memotong sebarang perhubungan dengan kak Dina. Dia juga yang tidak membalas sebarang pesanan ringkas yang diterima baik daripada Adwa mahupun Kak Dina. Dan siapa sangka, dengan sapaan kecil itu beserta senyuman mesra dia merasa seperti itulah ketenangan yang dicari.

Perlahan dia membalas sapaan Kak Dina, dia tidak memandang langsung riak wajah Kak Dina kerana perasaan malu. Kak Dina yang melihat keadaan itu, pantas menarik tangan Minn. “Minn ada masalah ke? Minn tahukan, kalau Minn ada masalah, Minn boleh cerita dengan akak.”

Tanpa disedari, air mata menitik perlahan di pipi. Minn menarik tangan kak Dina dan kemudian memeluk tubuh kak Dina. Eratnya pelukan yang dia rasakan itu, dan dalam eratnya pelukan itulah dia merasai ketenangan yang dicari selama ini.

…….

Minn mengangkat kepala daripada penulisan tesisnya. Dia terpandang akan sehelai kad bersaiz A5, yang elok tergantung di hadapannya. Tertulis di situ,

“Gembira = Senyuman Ibu Ayah + Melakukan benda yang disukai + Redha Allah”

Formula baru yang ditulis olehnya setelah perbincangan bersama Kak Dina dan Adwa. Minn menguntumkan senyuman kecil, mengingat kembali beberapa bulan yang dirasakan sangat, sangat gelap. Jiwanya ibarat sesat dalam keadaan terang mentari. Minn menggambarkan keadaannya seperti seorang yang celik tetapi buta, mendengar tetapi pekak. Hilangnya arah tuju selama beberapa

NISE 2018

ANIS SAHA

bulan dan dia rasakan itu adalah masa yang sangat menakutkan. Andainya dia tidak terserempak dengan Kak Dina semasa dalam perjalanan ke rumah bekas teman lelakinya, sudah tentu dia makin hanyut di bawa arus hitam kelam.

Sebulan telah berlalu dari tarikh keramat itu. Minn masih berusaha untuk memperbaiki dirinya. Cara pemakaian juga sudah kembali seperti sedia kala. Dia sudah memutuskan hubungan dengan teman lelaki tempatannya itu. Alasan yang diberikan kepada lelaki itu ialah, dia tidak merasa gembira dengan hubungan itu. Pabila diingatkan kembali, terasa ironi disitu kerana dia tidak dapat menerima alasan itu ketika ibu ayahnya bercerai.

Bercerita tentang ibu ayah, Minn kembali menghubungi kedua mereka. Meskipun masing-masing telah membawa haluan sendiri, tidak lagi tinggal sebumbung, namun mereka masih merupakan ibu dan ayah Minn. Mereka masih mahukan yang terbaik untuk Minn. Minn menyedari hakikat itu dan terus mencuba untuk menggembirakan hati mereka.

Pertemuan dengan Kak Dina, membawa kepada beberapa lagi sesi meluahkan perasaan ditemani Adwa. Minn mengakui bahawa dia mencari erti kegembiraan itu. Apa makna sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan andai kata kegembiraan itu sendiri tidak dimaknai dengan sebetulnya?

“Minn kena faham, gembira itu adalah satu perasaan yang fitrah, semua manusia inginkan kegembiraan, ingin merasai kebahagiaan. Dan apa yang Minn buat semua kerana Minn ingin mencari kebahagiaan yang sebenar. Tetapi, Minn terlupa akan sumber kegembiraan yang utama, faktor kebahagiaan yang paling penting, iaitu Allah SWT. Dalam Surah ar-Ra’d, ayat 28, Allah berfirman, sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Minn boleh buat apa sahaja untuk menggembirakan hati Minn, tapi setiap apa yang Minn buat, Minn harus bersandarkan pada hukum Allah SWT. Kalau Minn terus buat apa yang Minn nak buat untuk capai kegembiraan itu, dan tidak mempedulikan hukum Allah itu, maka itulah kekusutan jiwa yang Minn telah rasakan. Minn tak rasa tenang, gembira sedangkan Minn memang dah buat apa yang Minn suka. Maka, disini, sukalah Kak Dina nak beri satu lagi formula kegembiraan yang baru untuk Minn”

“Gembira + Bahagia = Redha Allah + Redha Ibu Ayah + Perkara yang disukai”

Minn menulis formula baru itu di atas secebis kertas baru, lalu diselitkan di dalam al-Quran miliknya. Ketenangan dan kebahagiaan inilah yang dicarinya dulu. Dan kini, dia tidak sanggup kiranya rasa tenang dan bahagia ini hilang dari dirinya.

Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (13:28)