Anda di halaman 1dari 10

Resipi kuih seri muka

Bahan-bahan ( loyang 10x10 )

 LAPISAN BAWAH :-
 500 g beras pulut - dicuci bersih,rendam 15 min-20 min dan toskan
 2 cawan santan cair
 garam secukup rasa
 2 sb minyak masak
 1 helai daun pandan - dikerat2
 LAPISAN ATAS :-
 500 g santan KARA/pati santan
 450 g jus pandan (kisar 10 helai daun pandan + air dan tapis)
 3/4 cawan gula halus (rcp asal 1 cawan)
 1/2 cawan tepung gandum - diayak
 1/2 cawan tepung beras - ayak
 1/2 sk garam
 1/2 sk warna hijau

Cara-cara

1. Panaskan periuk kukusan berisi air. Campur dan kacau bahan2 lapisan bawah di dalam
loyang dan kukus hingga masak selama 30 min.
2. Sementara pulut masak, sediakan bahan2 lapisan atas...campurkan semua bahan dan
tapis.Masak hingga adunan hampir pekat sambil terus dikacau.

3.

Keluarkan daun pandan dr adunan pulut dan tekan2 pulut hingga rata dan padat.(Akak
ambil sedikit pulut dan warnakan dgn pandan pes)

4.
Tuang adunan lapisan atas tadi ke atas lapisan pulut dan ratakan permukaannya dan
kukus semula kuih selama 30 min dengan api sederhana.

5.

Biar kuih benar2 sejuk baru dipotong dan hidangkan.

Resepi Seri Muka


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah
400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.


2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak
dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas

2 cawan santan pekat


150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas.
Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di
atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.
Tips: Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang
dikehendaki. Buangkan pulut tersebut sekiranya ada pulut yang melekat di
pisau. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka Gula Merah


200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara-Cara Membuat Lapisan Atas untuk Seri Muka Gula Merah


1) Masakkan gula Melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut.
2) Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapiskan larutan gula
Melaka yang dimasukkan tadi.
3) Kacau sebati hingga tiada ketulan. Jikalau ada ketulan, boleh ditapis lagi.
4) Masakkan adunan di atas api sederhana sehingga naik wap.
5) Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang dan kukus selama 10 minit-15 minit atau sehingga
masak.
6) Tutupkan api dengan segera semasa adunan kelihatan menjadi berbintil-bintil.
7) Kemudian tuangkan adunan agar-agar dan biarkan mengeras.
8) Biarkan sejuk di luar sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam peti ais.
9) Selepas itu, potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

Tips: Gula merah yang dimasak hendaklah ditapis dahulu untuk mengasingkan hampasnya.

Keenakan Resepi Seri Muka dapat menceriakan seseorang dan muka akan menjadi berseri-seri
disebabkan perasaan lazat yang tidak boleh dibandingkan. Nama Seri Muka berkemungkinan mempunyai
maksud yang dapat menyebabkan muka seseorang berseri-seri selepas makan. Ramai orang suka mengisi
perut dengan seri muka dan makan dengan tidak berhenti-henti, serta terus makan berketul-ketul lagi. Suri
rumah tangga juga sangat berminat untuk belajar membuat kuih Seri Muka ini sebagai hidangan untuk
seisi keluarga. Teknik-Teknik yang tertentu diperlukan untuk mengekalkan keaslian kuih.

KUIH SRI MUKA


Oleh:Qaseira Ummi
cc : www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN BAHAN

BAHAN LAPISAN BAWAH


250 gram beras pulut
200 ml santan (sederhana pekat)
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

BAHAN LAPISAN ATAS

60 gram tepung gandum*


1 1/2 sudu besar tepung jagung*
70 gram gula pasir
2 biji telur Gred A
225 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
Pewarna hijau(ikut suka nak bubuh ke x,sebab dah guna daun pandan,dah dpt warna hijau)

Cara membuatnya

LAPISAN BAWAH

Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit


Toskan beras pulut(sekejap je)
Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam acuan lompang
Kukus selama 15 minit
Keluarkan acuan lompang dari periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

LAPISAN ATAS

Ayak bahan2 bertanda*


Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di
atas permukaan kuih
Sejukkan betul2 sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap (resepi dr kawan )
— with Niswati Tarji and 49 others.

Kuih koci

BAHAN-BAHAN:

250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa

200ml air
150gm gula melaka

2 sudu besar gula pasir

1/2 biji kelapa parut *putih sahaja

1/2 sudu teh garam

daun pisang *dipotong

BAHAN (A):

300gm tepung pulut

240-250ml air

3 sudu makan tepung gandum

1/2 sudu teh garam

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.

2. Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.

3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti ini.

4. Bancuhkan bahan (A) hingga sebati. Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan
bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.

5. Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan
yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.

6. Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.
Diharap resepi kuih koci yang tertera di atas dapat membantu anda menghasilkan kuih koci yang
seperti mana anda ingikan.

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

 300 g tepung beras (3 cwn rata) - (cap Gajah)


 300 g tepung ubi/tapioca flour (3 cwn rata)
 550-600 g gula pasir (2 cwn rata + 8 sb rata)
 1100 ml santan cair
 740 ml santan pekat
 1 sk garam
 3 helai daun pandan - disimpul
 pewarna merah,kuning,hijau dll ikut pilihan masing2
 **(guna 2 biji kelapa parut untuk mendapatkan santan...tapi akak guna 300 ml santan
kotak KARA = 100ml santan KARA+1000ml air untuk santan cair dan 200ml santan
KARA+540ml air untuk santan pekat)

Cara-cara

1. Didihkan air di dlm kukusan dan panaskan loyang yg disapu sedikit minyak.
2. Di dlm sebuah mangkuk,campurkan tepung2 dan santan pekat,gaul dan ketepikan.

3.

Di dlm periuk,campurkan santan cair,gula,garam dan daun pandan.Kacau rata dan masak
hingga mendidih dan matikan api lalu tuangkan terus ke dlm mangkuk berisi campuran
tepung.(Hati2 ketika melakukan tahap ini!)

4.

Tapiskan pula campuran tadi ke dlm sebuah mangkuk yg lain.Bahagi adunan kepada
beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.

5.
Tuang selapis adunan dan kukus hingga 5 min atau masak dan kukus lapisan berwarna
seterusnya hingga habis.Kukus lapisan terakhir selama 15-20 min supaya kuih masak
keseluruhannya.(loyang tk perlu di keluarkan dr kukusan ketika melapis)

6.

Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang sebelum boleh dipotong.

7.

**dalam 1 adunan kuih lapis ni,akak sukat 1 1/2 cwn bagi setiap lapis dan mendapat 8
lapisan...Apabila kuih dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Kuih lapis pelangi

Bahan-bahan

 1 1/2 cawan tepung gandum


 1 1/2 tepung beras
 1/2 cawan tepung ubi
 1 1/2 cawan gula pasir
 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
 1 sudu kecil garam
 pewarna merah, hijau, putih, kuning

Cara Penyediaan

1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.


2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan
kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung
periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus
dalam 20 minit ).
9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di
potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
Kuih lapis

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras

2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis

1/4 sud teh garam

sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk.
Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi
kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus
selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi.
Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi
pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis
demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..
7. *** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis

- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye..
tunggu sejuk sikit, baru potong.

- kata cik mat kuih lapis nyonya mesti ada 7 lapis... k.an punya dapat 6 je... kira Banjar punya versi la
ni...heheh..