Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM PROFESIONALISME
PEMULIHAN KHAS, PENDIDIKAN KHAS DAN SWASTA DAERAH TAMPIN TAHUN 2017

CUE ANN NOTE

Sebelum Assalamualaikum dan salam sejahtera


memulakan majlis Sidang hadirin yang dimuliakan,
Salam hormat dan Selamat datang ke PROGRAM PROFESIONALISME
2.30 PEMULIHAN KHAS, PENDIDIKAN KHAS DAN SWASTA DAERAH TAMPIN
2017. Kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang
Berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin serta dif dif kehormat.

Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat
mematuhi adab majlis seperti berikut:
Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Tampin .
1. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.
2. Terus berada dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu
kehormat meninggalkan majlis
3. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
4. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian untuk menyanyikan semua
lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat.
5. Mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan kerana ia akan mengganggu
konsentrasi majlis pada hari ini.
6. Mohon agar hadirin senyap ketika tetamu kehormat memberikan ucapan
sebentar lagi.
KERJASAMA DARIPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AMAT KAMI HARGAI
DAN KAMI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
Mengumumkan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hamzah Bin Abu, Tuan Pegawai
ketibaan Pendidikan Daerah Tampin,

2.30 diiringi oleh Yang Berusaha En. Azhar Bin Arshad, Penolong PPD Lain-lain VIP jika ada
Pendidikan Khas dan Swasta, _____________

serta dif-dif jemputan.

Nyanyian lagu Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
kebangsaan dan Negeri Sembilan.
(Lagu Dimainkan)
Hadirin dipersilakan duduk.

Aluan emcee Bismillahhirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t., selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. para
sahabat dan keluarga baginda.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Hj. Hamzah Bin Abu,
Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.

Yang Berusaha En. Azhar Bin Arshad, Penolong PPD Pendidikan Khas dan Swasta,
selaku pengarah majlis pada hari ini.
Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Guru-guru Pendidikan Khas daerah Tampin.

Guru-guru Pemulihan Khas Daerah Tampin.

Pembantu-pembantu pengurusan murid.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan, profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran,


cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat
pada atau dilakukan oleh seorang profesional.
Maka dengan itu, sinonim namanya, majlis pada hari ini bertujuan meraikan setiap
individu dalam bidang pendidikan khas dan swasta di daerah tampin.

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan delegasi wilayah tampin berhimpun di dewan
bestari SMK Tunku Syed Idrus bagi mencapai maksud tersebut.

Sumbangan bakti serta profesionalisme yang dipamerkan oleh warga pendidikan


khas dan swasta daerah tampin layak mendapat pujian dan penghargaan.

Kejayaan-kejayaan rancangan yang dirangka oleh PPD Tampin dapat dicapai dengan
sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit daripada warga pendidik pendidikan khas
dan swasta daerah tampin. kecemerlangan bidang pendidikan khas tampin berada di
kelas yang tersendiri apabila mendapat pengiktirafan dan penanda aras daripada
daerah lain dan Berjaya mewujudkan jaringan bersama pihak putrajaya.

Majlis mengambil kesempatan merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah


kepada semua individu yang hadir pada hari ini.
Semoga Tampin terus cemerlang dalam satu visi, satu aspirasi.

Bacaan doa Melati kuntum menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang 2017,
Warga pendidik kita hargai

Sidang hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan
doa yang akan dipimpin oleh En. __________________.

(bacaan doa)

Amin yarabbal alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Pen. PPD Tuan-tuan dan puan-puan.


Pend. Khas dan Membuka majlis pada petang ini, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha
Swasta En. Azhar Bin Arshad, Penolong PPD Pendidikan Khas dan Swasta bagi
menyampaikan ucapan pembukaan. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

(Ucapan)

Majls mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Tuan Julung kalinya majlis diadakan


PPD Tampin Ruang yang indah acara dijalankan
Amanat dan ucapanmu kami nantikan
Tuan yang mulia kami persilakan
Tuan-tuan dan puan-puan, beralih ke aturcara seterusnya, majlis mempersilakan
Yang Berbahagia Tuan Hj. Hamzah Bin Abu, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan takzimnya mempersilakan.

(Ucapan)

Majls mengucapkan terima kasih atas ucapan Puan Pengarah sebentar tadi.

Jamuan, Kalau tuan pikat cemara,


Persembahan Buatlah bara bakar selasih;
Murid, Sudilah tuan jamu selera,
Persembahan Hidangan mesra pengikat kasih.
Multimedia PPD
Tampin Marilah kita bersama-sama menjamu selera menikmati juadah sudah terhidang.
Sambil-sambil kita menjamu selera, kita berikan juga perhatian ke hadapan dewan
kerana akan diserikan dengan persembahan murid dan multimedia. Selamat
menjamu selera, doa jangan dilupa.

Penyampaian sijil Sidang hadirin yang dihormati,

Melangkau ke detik seterusnya, majlis akan diteruskan dengan penyampaian


cenderamata dan sijil.

Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan en __________ untuk


menjemput dan mengiringi _____________ untuk mengambil tempat.

Kita mulakan dengan anugerah……….

Kategori Pendidikan Khas


Anugerah
Kategori Pemulihan Khas
Anugerah

Kategori Pendidikan Swasta


Anugerah

Dengan anugerah itu tadi, maka berakhirlah penyampaian anugerah kita. Majlis
mengucapkan terima kasih kepada _______________ (penyampai anugerah).

Penyampaian Bagi menutup acara, majlis menjemput yang berusaha en. Azhar bin arshad,
cenderamata penolong ppd pendidikan khas dan swasta untuk menyampaikan cenderamata
kepada tuan pegawai ppd tampin.

Sesi fotografi Tuan-tuan dan puan-puan, sebagai penutup acara, majlis mempersilakan Pegawai-
pegawai Pegawai-pegawai PPD Tampin serta semua warga dewan untuk bersama-
sama dalam sesi fotografi di _______________

Anda mungkin juga menyukai