Anda di halaman 1dari 44

AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENGHARGAAN

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 1
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur saya kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan folio yang bertajuk “Sistem Pendawaian Konduit” .

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan pensyarah iaitu Encik
Wan Zohal Bin Wan Ali kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar
sehingga siapnya tugasan ini dengan jayanya Insyaallah. Terima kasih jua saya rakamkan
buat rakan-rakan sekelas yang membantu menjawab pertanyaan pada perkara-perkara yang
saya tidak fahami terutamanya kepada Muhammad Shafiq bin Fadzilah.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga buat kedua ibubapa saya, Encik Mohamad
Hafiz bin Amrose dan Puan Saloma binti Ismail yang tidak jemu-jemu membantu saya,
sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Moga Allah saja yang membalas dan memberkati segala jasa baik bagi semua yang
terlibat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Insyaallah.

AHMAD SYAMIL SYAHMI

2 SVM TEK 2015

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 2
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENGENALAN

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 3
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENGENALAN
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi
mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan
dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia. Di Malaysia, sistem pendawaian
elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga
Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-
Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’,
MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS
1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’.

Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan


piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian
bagi wayar pengalir yang sudah berubah.

Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi.
Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan
membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan
utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya
pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku
ataupun penyangkut baju.

Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi
kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah
rapuh dan haus mengikut masa.

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 4
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

SISTEM PENDAWAIAN
KONDUIT

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 5
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT


Pengenalan Sistem Pendawaian Konduit

Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik
atau kimia, misalnya di kilang-kilang,makmal,bengkel dan sebagainya.Sistem ini boleh
dipasang dipermukaan atau tersembunyi:
Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian
terutamanya kerana ianya :

 memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan


mekanikal yang banyak.
 hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
 memudahkan penambahan litar pada masa akan datang.
 boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa dapat
memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem dipasang.

Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Konduit

Perancangan dilakukan terlebih dahulu untuk memilih sesuatu sistem pendawaian agar
tidak merugikan. Keutamaan harus diberikan supaya sistem ini mengawal kecekapan dan
keselamatan. Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut :

 Jenis beban yang hendak dipasang samaada melibatkan 1 fasa atau 3 fasa.
 Keadaan tempat pemasangan. Contoh: kawasan berair.
 Kos perbelanjaan.
 Tempoh ketahanan pemasangan.
 Kekemasan dan kecantikan.
 Keadaan sekeliling.
 Tempoh masa menyiapkan.
 Perubahan atau penambahan litar masa akan datang. Biasanya melibatkan rumah
kediaman dan bangunan besar dan bertingkat.
 Jenis voltan bekalan iaitu samaada 240VAC atau 415VAC.
 Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
 Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
 Memerlukan lebih keselamatan ke atas kabel pengguna.

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 6
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Jenis-jenis Konduit
Konduit terbahagi kepada 2 jenis (Bahan):

 Konduit Logam Bergalvani.


 Konduit Bukan Logam/PVC.

Jenis-jenis Konduit Logam Bergalvani

Konduit ini diperbuat daripada logam bergalvani dan termasuk di dalam kumpulan ‘heavy
gauge’. Konduit jenis ‘heavy gauge’ kebiasaannya digunakan untuk pendawaian 3 fasa.
Terdapat 3 jenis konduit logam bergalvani yang biasa digunakan iaitu:

 Konduit logam tolak ringan


 Konduit logam tolok berat
 Konduit logam boleh lentur.

Konduit Logam Bergalvani

Terdapat 3 jenis konduit logam bergalvani kebiasaannya digunakan, iaitu:

1. Konduit Logam Tolok Ringan

Konduit ini mempunyai ketebalan diameter yang nipis. Oleh yang demikian, konduit
akan mudah kemek jika menerima tekanan beban yang terlalu tinggi.

Rajah 1: Konduit Logam Tolok Ringan Rajah 2 : Konduit Logam Tolok Ringan

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 7
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

2. Konduit Logam Tolok Berat

Konduit ini mempunyai diameter luaran yang sama dengan konduit logam tolok
ringan cuma berbeza ketebalan diameter dan lebih berat. Oleh yang demikian,
konduit logam berat berupaya memberi perlindungan mekanikal dengan lebih baik.

Rajah 3 : Konduit Logam Tolok Berat Rajah 4 : Konduit Logam Tolok Berat

3. Konduit Logam Boleh Laras

Pembuluh ini sangat berguna untuk menyambung pemasangan ke punca-punca


beban yang bergetar, bergerak, selalu diubahsuai dan pada kedudukan yang sempit
dan tidak rata.

Rajah 5 : Konduit Logam Boleh Laras Rajah 6 : Konduit Logam Boleh Laras

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 8
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Kaedah Pemasangan Konduit Logam

Pelan pemasangan dirujuk terlebih dahulu bagi memastikan laluan konduit dipasang
selari dengan dinding bangunan dan garis-garis tiang. Ini penting untuk mengurangkan off
set yang perlu dilakukan pada konduit logam.

Untuk memotong konduit, konduit logam akan diapit kuat ragum paip yang dipasang
bersama alat bender. Kemudian gergaji besi dengan mata pemotong bersaiz halus atau
‘konduit cutter’ digunakan untuk memotong konduit tersebut. Potongan mestilah lurus dan
sekiranya bengkok ia boleh diatasi dengan menggunakan kikir yang leper. Hujung setiap
batang konduit yang dipotong hendaklah dibebenangkan dengan menggunakan ‘dicceset’
supaya boleh dipasang dengan alat tambahan dan mestilah terlulas dengan sempurna untuk
mengelakkan kabel terluka sewaktu disalurkan. Alat yang digunakan ialah pelulas konduit
tetapi boleh menggunakan playar sebagai alternatif.

Untuk membuat lenturan, alat yang digunakan ialah bender. Jejari dalam minimum
bagi sebarang lentur hendaklah tidak kurang daripada nilai yang diberi bagi sebarang kabel
yang ia kandungi dan mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali diameter luar konduit itu.
Melentur menggunakan bender memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan yang
banyak.

Setelah dipasang mengikut laluan, konduit akan diikat dengan menggunakan ‘saddle’
logam mengikut saiz konduit. Tapak ‘saddle’ akan diskrukan terlebih dahulu dengan
menggunakan ‘hand drill’ dan dikuti meletakkan klip ‘saddle’ di atas konduit selari dengan
tapak ‘saddle’ dan diskrukan supaya lebih kukuh.

Kebaikan dan keburukan bagi konduit Logam

Kebaikan:

 Mempunyai perlindungan mekanik yang lebih baik


 Tahan cuaca dan keadaan panas.
 Tahan lama dan tahan lasak.
 Boleh dijadikan pengalir keselanjaran bumi tambahan.
 Boleh ditanam terus ke dalam tanah.

Kelemahan:
 Bentuk tidak kemas (tidak cantik ).
 Memerlukan pekerja mahir
 Perlukan peralatan khas – mesin pembengkok.
 Perbelanjaan Kos mahal / tinggi.
 Tempoh menyiapkan lebih lama.
 Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah bangunan
disiapkkan.

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 9
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Konduit PVC

Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat dari bahan plastik ( PVC )
yang tahan dan sesuai digunakan pada suhu 60º C. Pembuluh PVC ini tahan dari kakisan
(karat) dan dapat mengelakkan sebarang kebocoran aliran arus jika menyentuh bahagian-
bahagian yang boleh menjadi pengalir. Pembuluh PVC juga boleh didapati dalam dua jenis,
iaitu pembuluh tegar dan pembuluh boleh lentur. Bagi tujuan membuat ofset atau
bengkokan, pembuluh boleh dipanaskan terlebih dahulu atau menggunakan pegas ( spring )
yang khas.

Rajah 7 : Konduit PVC Rajah 8 : Konduit PVC

Kaedah Pemasangan Konduit PVC

Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu meneliti pelan yang disediakan supaya kita
dapat mengetahui bahagian-bahagian yang perlu dipasang dan dapat membuat perkiraan
bilangan konduit atau alat tambahan yang perlu digunakan. Ini adalah penting untuk
mengelakkan kesilapan pemasangan.

1. Cara kerja penyambungan konduit PVC.

 Setiap penyambungan antara satu konduit dengan satu konduit yang lain, pelbagai
alat tambah boleh digunakan seperti soket, two ways box, angle box dan sebagainya
berdasarkan pelan yang diberikan. Setiap penyambungan perlu kemas dan ketat
supaya tidak tertanggal dari sambungannya.

 Sekiranya konduit yang dipasang melebihi point yang ditetapkan, konduit tersebut
dipotong mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit.
Kemudian barulah dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan point
berkenaan. Penyambungan alat tambah tidak memerlukan hujung konduit PVC
dibebenangkan (threading).

 Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC
adalah lurus dan sebagai penyelesaiannya konduit tersebut perlu dibengkokkan.
Spring digunakan untuk membengkok konduit. Cara konduit dibengkokkan:

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 10
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

o Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan


berada pada kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang
mengikat spring sebagai panduan kedudukan.
o Gunakan kedua-dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit
tersebut. iii. Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang
dikehendaki, spring dikeluarkan dengan menarik tali yang diikat pada spring.
Sekiranya laluan konduit perlu merentasi dinding, dinding tersebut akan
dibuat lubang dengan menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang
bersesuaian dengan saiz.
 Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk
mengikatnya dengan menggunakan ‘saddle’. ‘Hand Drill’ digunakan untuk
memasang saddle. ‘Cordless hand drill’ lebih sesuai digunakan kerana mudah
dibawa dan ringan. Tapak saddle diskrukan dahulu pada permukaan dimana konduit
itu diletakkan. Kemudian, letakkan konduit di atas tapak saddle dan masukkan
klipnya ke dalam tapak saddle. Tujuan saddle dipasang ialah untuk kekemasan dan
mengelakkan konduit terkeluar dari kedudukan yang ditetapkan.

Kebaikan dan kelemahan bagi Konduit PVC:

Kebaikan:

 Tahan kakisan (karat ).


 Selamat dari kejutan elektrik (PVC-penebat)
 Kos – murah.

Kelemahan:

 Tidak memberikan perlindungan mekanik.


 Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 11
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Cara-cara Pemilihan Saiz Nominal Konduit

Saiz nominal konduit pula ialah 16 mm, 20 mm dan 32 mm. Pemilihan saiz nominal
konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu digunakan sewaktu pemasangan dan
ini perlulah dirujuk daripada jadual dibawah tersebut:

Jadual 1 : Ukuran saiz konduit

Jadual 2 : Ukuran saiz konduit

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 12
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Jadual 3 : Ukuran saiz konduit

Jadual 4 : Ukuran saiz konduit PVC

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 13
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Peraturan Elektrik dan Keselamatan Pendawaian Konduit


Peraturan IEE – Pemasangan Pembuluh :
1. Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-
kerja menarik kabel dilakukan.

2. Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratan pembuluh.

3. Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 – sesiku


pejal, atau 2 selekoh bengkokkan 90 .

4. Semua alat kelengkapan jenis periksa seperti tee, sesiku dan kotak simpang mestilah
dipasang supaya mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula

5. Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda
dari ukuran garis pusat luar pembuluh itu.

6. Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak


alatambah.

7. Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di
tempat-tempat yang terdedah kepada air.

8. Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang
berasingan.

9. Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding – lubang


khas perlu diadakan.

10. Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah


dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.

11. Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang – dimulakan


dari tengah-tengah sistem tersebut.

12. Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan digunakan bush getah untuk
mengelakkan daripada kabel rosak.

13. Bagi konduit jenis logam, ia mestilah dibumikan.

14. Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam mesti ditentukan bahawa suhu
ambiennya tidak melebihi 60˚C dan beratnya tidak lebih tiga kilo.

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 14
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja Konduit

Rajah 9 : Gergaji Besi Rajah 10 : Stock and Dies

Rajah 11 : Konduit bender Rajah 12 : Konduit Cutter Rajah 13 : OilCan

for Konduit GI

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 15
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Rajah 14 : Spring Bender PVC Rajah 15 : Konduit Cutter for Cond

Rajah 16 : aksesori konduit

Rajah 17 : aksesori konduit Rajah 18 : aksesori konduit

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 16
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENDAWAIAN SESALUR

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 17
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENDAWAIAN SESALUR

Pengenalan Pendawaian Sesalur

Dalam pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur. Dalam sistem bus-bar
sesalur memanjat, sesalur disikan dengan bus-bar. Pada kebiasaanya sistem pendawaian
sesalur tidak boleh bersendirian tetapi perlu bantuan oleh sistem-sistem pendawaian yang
lain bersama-samanya untuk membekalkan arus kebeban yang diperlukan, kecuali jika
sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban.
Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai
seperti sesalur ke atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Sistem sesalur ini dapat
menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang besar. Disamping itu, ia dapat
memberikan perlindungan mekanikal yang baik.
Penambahan jumlah kabel yang meningkat dengan pertambahan saiz dan kompleksiti
sesuatu bangunan dan pemasangan elektrikalnya, penggunaan konduit tidak lagi sesuai.
Untuk menyelesaikan masalah ini, sesalur digunakan. Sesalur merupakan alat penghantar
atau pembawa utama yang bertugas membawa kabel-kabel dari peringkat kawalan utama ke
kawasan keperluan bekalan. Ia boleh didapati dalam bentuk logam dan plastik.

Rajah 19 : Pendawaian Sesalur Menegak Rajah 20 : Pendawaian Sesalur Mengufuk

Rajah 21 : Sesalur

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 18
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Cara-cara Pemilihan Saiz Sesalur


Rupa bentuk adalah segi empat tepat dan terdapat dalam pelbagai saiz. Antara saiz
sesalur yang sering digunakan ialah:

 2” x 1”
 2” x 2”
 2” x 3”
 3” x 3”
 3” x 4”
 4” x 4”
 4” x 5”

Rajah 22 : Sesalur

Ciri-ciri Pemilihan Pendawaian Sesalur


Berikutnya adalah ciri-ciri yang diperlukan untuk melaksanakan pendawaian sesalur.

 Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa


 Bangunan besar dan bertingkat
 Memerlukan pemasangan kabel yang banyak
 Memrlukan penambahan litar pada masa akan datang
 Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih
 Memerlukan kesalamatan keatas kebal atau pengguna yang lebih

Kebaikan dan Keburukan Pemasangan Sesalur


Kebaikan

 Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar


 Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan
 Kerja pemasangannya cepat
 Perlindungan mekaniknya baik
 Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu
 Pemerikasaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 19
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Keburukan

 Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli


 Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli sesalur
 Ramai pekerja yang mahir diperlukan
 Mudah ditempati habuk dan kekotoran
 Susah dibawa dan dipasang
 Tidak cantik
 Memerlukan perancangan yang teliti di tempat ia akan dipasang
 Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja - tidak berliku-liku.

Kaedah Pemasangan Sesalur


Sebelum sesuatu sesalur dijalankan, penyokong atau ‘bracket’ perlu dipasang terlebih
dahulu. Terdapat dua jenis bracket yang dipasang iaitu ‘wall bracket’ yang dipasang pada
dinding dan bracket siling yang dipasang pada siling. Ukuran perlu dilakukan terlebih dahulu
pada tempat awal pemasangan bracket. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan sebelah tangan
lagi letakkan water level ditepi batang ‘bracket’ untuk memastikan ‘bracket’ tegak. Tandakan
lubang untuk diskru dan sedikit garisan lurusditepi ‘bracket’ sebagai panduan. Gunakan
‘hand drill’ untuk menebuk lubang. Letakkan ‘bracket’ pada dinding dan pastikan lubang
pada bracket selari dengan lubang yang ditebuk. Masukkan ‘wall plug’ pada lubang dan
gunakan tukul untuk mengetuknya masuk.
Kemudian, pengikat berwarna kuprum dipasang pada salah satu hujung setiap sesalur
yang hendak dipasang dengan menggunakan playar dan pemutar skru. Semua sesalur tersebut
akan diletakkan di atas bracket yang telah disediakan dan sebuah kotak penyambung
diletakkan diantara 2 hujung sesalur yang hendak disambung. Lubang kotak tersebut
hendaklah selari dengan lubang pada sesalur. Pengikat berwarna kuprum akan diskru bersama
kotak penyambung tersebut.
Sekiranya ada halangan kaedah lipatan digunakan sama ada lipatan 90º atau 45º.
Lipatannya juga terdiri daripada lipatan dalam, lipatan luar, dan lipatan tepi. Lipatan sebegini
memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemotong sesalur, gergaji besi atau mesin ‘jig saw’ dan
sesiku L digunakan untuk membuat lipatan ini. Setiap kali pemotongan perlu dikikir bahagian
tersebut.
Setelah semua sesalur disambung, barulah sesalur tadi diikat pada ‘bracket’. ‘Hand
Drill’ digunakan untuk menebuk lubang pada sesalur melalui lubang yang ada pada bracket.
Kemudian masukkan skru dan nut pada lubang tersebut dan ketatkannya dengan
menggunakan playar dan pemutar skru.

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 20
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Peraturan IEE Mengenai Sistem Pendawaian Sesalur

 Semua sesalur mesti siap dipasang sebelum kabel-kabel dimasukkan ke dalamnya.

 Sesalur mesti diperbuat daripada logam atau bahan-bahan lain yang tidak mudah
terbakar.

 Faktor ruang bagi sesalur bagi sesalur ialah 45%.

 Sesalur mestilah dicat untuk mengelakkan dari kekaratan.

 Bahagian-bahagian sesalur yang dipotong mestilah dikikir supaya tidak melukakan


kabel-kabel yang diisikankan ke dalamnya.

 Setiap lubang skru hendaklah disekat dengan batang kayu supaya kabel tidak
terkeluar sebelum sesalur ditutup.

 Tiap-tiap tempat sambungan pada sesalur mesti disertakan ‘Continuity Earth” selain
daripada itu “Copper Bar” mesti juga diadakan disepanjang sesalur.

 Sekiranya terdapat sambungan antara sesalur dan konduit, maka pembumian mesti
dibuat antara sesalur dan konduit itu.

 Apabila sesalur ditamatkan pada kotak agihan, pembumian mesti dibuat antara kedua-
dua alat tersebut.

 Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan AU bagi setiap litar mestilah dipasang
dalam sesalur atau salur yang sama

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 21
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Peralatan Tangan yang Digunakan

Rajah 23 : Hammer wiring. Rajah 24 : Playar gabung.

Rajah 25 : Playar muncung tirus. Rajah 26 : Test pen

Rajah 27 : Mini hand saw Rajah 28 : Philip skru driver

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 22
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Rajah 29 : Flat skru driver Rajah 30 : Pita pengukur

Rajah 31 : Gunting tranking Rajah 32 : Gergaji besi

Rajah 33 : Sesiku L

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 23
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Contoh Kumpulan Sesalur

Rajah 34 : Pendawaian Sesalur Mengufuk Rajah 35 : Pendawaian Sesalur Menegak

Rajah 36 : Pendawaian Sesalur Mengufuk Rajah 37 : Pendawaian Sesalur Mengufuk

Rajah 38 : Sesalur

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 24
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Rajah 39 : Sesalur Memanjat

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 25
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENDAWAIAN CABLE
TRAY (DULANG)

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 26
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENDAWAIAN CABLE TRAY (DULANG)


Pengenalan Pendawaian Cable Tray

Pada asalnya sistem ini digunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia
membantu perjalanan pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian.

Sistem ini ialah satu sistem struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat
bagi mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya

Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian
iaitu dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal
atau tercabut terutama dulang yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan
kerja-kerja pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel.

Kegunaan Cable Tray

Antara kegunaan Cable Tray:

 Ia menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel


 Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang
luas/terbuka.
 Dulang kabel ialah menghubungkan itu membolehkan penghantaran pendawaian
yang selamat merentasi jarak yang luas.
 Maka, dapat disimpulkan bahawa dulang kabel sebagai struktur komponen yang
penting terhadap satu sistem yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik

Jenis-jenis Cable Tray

Dulang kabel terdapat beberapa jenis iaitu:

1. Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).


2. Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).
3. Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).
4. Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).
5. Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan).
6. Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 27
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Jenis-jenis Cable Tray Dan Kegunaan:

1. Perforated Cable Tray provides:


 Dari jenis yang berlubang-lubang.
 Membenarkan mengalirkan udara sokongan berterusan untuk kabel-kabel
dalam sistem pendawaian.
 Lebar (widths) : 6, 12, 18, 24, 30, dan 36 inchi
 Kedalaman (depths) : 3, 4, 5, and 6 inchi
 Panjang (lengths):10, 12, 20 and 24 kaki
 Penggunaan talam kabel berlubang

Penggunaan Talam Kabel Berlubang

Cable Tray (Dulang kabel) berlubang adalah salah satu jenis sistem
pendawaian seperti sesalur tetapi ia dalam keadaan terbuka (tidak bertutup) dan
mempunyi lubang-lubang. Ia diperbuat daripada metal / suitable non-metallic
material. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk pemasangan kabel dan
kerja-kerja menukar dan mengubah litar.

Sistem ini biasanya digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-bangunan


sederhana dan besar. Ia digunakan apabila terdapat kabel-kabel yang bersaiz
sederhana dan besar serta mempunyai perlindungan mekanikal. Pemasangannya
seperti sesalur mempunyai sudut 90°, 45°, offset dan saddles

Rajah 40 : Jenis-jenis alatambah perforated

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 28
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

Contoh Pemasangan

Rajah 41 : Perforated Tray

Perforated Tray dan Accessories


1. Straight Tray
2. 90° Horizontal Bend
3. 90° Vertical Bend Outside
4. 90° Vertical Bend Inside
5. Tee Equal / Unequal
6. Cross Equal / Unequal
7. Reducer
8. Reducer Abrupt
9. Partition Channel
10. Coupler Plate

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 29
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

2. Ladder Cable Tray:


 Dengan perlindungan sebelah tepi yang kukuh dan kekuatan sistem ini juga
dengan kelengkapan aksessori yang sesuai dan banyak pilihan mengikut saiz
pemasangan.
 Mempunyai kekuatan yang maksima pada penggunaan jarak yang panjang.
 Lebar (widths): 6,12,18, 24, 30, dan 36 inci
 Kedalaman (depths) : 3, 4, 5, dan 6 inci
 Panjang (lengths): 10, 12, 20 dan 24 kaki
 Luas anak tangga (rung spacing): 6, 9, 12, dan 18 inci

Biasanya cabel ladder ini digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-


bangunan besar terdapat kabel-kabel yang bersaiz besar dan mempunyai
perlindungan mekanikal digunakan pada jarak sokongan yang panjang antara 12
kaki hingga30 kaki.

Rajah 42 : 2. Ladder Cable Tray

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 30
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

3. Solid Bottom Cable Tray provides:

 Tiada sokongan pengedaran udara berterusan untuk kabel-kabel jenis halus


serta mudah rosak ini tetapi perlindungan bagi kabel hendaklah diadakan. Ia
boleh didapati dari jenis logam dan gentian kaca
 Lebar (widths): 6, 12, 18, 24, 30, dan 36 inci
 Kedalaman (depths): 3, 4, 5, dan 6 inci
 Panjang (lengths): 10, 12, 20 dan 24 kaki

Dulang kabel yang Dasar dan kukuh adalah biasanya digunakan pada
pemasangan elektrikal dengan kadar kepanasan yang minima atau apalikasi
telekomunikasi. Dengan jarak sokongan yang sederhana antara 5 kaki untuk 12 kaki.

Rajah 43 : Solid Bottom Cable Tray provides

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 31
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

4. Trough Cable Tray provides:

 Sistem pengudaraan yang sederhana dengan mempunyai kekerapan sokongan


kabel iaitu setiap setiap 4 inci. Boleh didapati dari jenis logam dan bahan-
bahan bukan logam
 Lebar (widths): 6, 12, 18, 24, 30, 36 inci
 Kedalam (depths): 3, 4, 5, dan 6 inci
 Panjang (lengths): 10, 12, 20 dan 24 kaki
 jarak anak tangga (rung spacing): 4 inci

Trough Cable Tray ini biasanya digunakan pada pemasangan yang mana boleh
menjana kepanasan pada tahap sederhana dengan jarak sokongan yang pendek iaitu
antara 5 kaki hingga 12 kaki.

Rajah 44 : Trough Cable Tray

5. Channel Cable Tray provides:

 Lebar (widths): 3, 4, dan 6 inci pada sistem logam manakala 8 inchi ke atas
untuk sistem bukan logam.
 Kedalaman (depths): 1¼-1¾ inci pada sistem logam dan 1, 1 1/8, 1 5/" dan 2
3/16 inci pada sistem bukan logam.
 Panjang (length): 10, 12, 20 dan 24 kaki.

Dalam sistem ini ia sebagai suatu sokongan laluan kabel yang ekonomi
dimana digunakan sebagai pecahan daripada laluan kabel utama.

Rajah 45 : Channel Cable Tray

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 32
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

6. Wire Mesh Cable Tray provides:

 Sesuaikan digunakan terutamanya untuk voltan rendah, telekomunikasi dan


gentian optik kabel-kabel. Sistem-sistem ini biasanya dari jaring dawai
keluli, zink bersadur.
 Lebar (widths): 2, 4, 6, 8, 12, 16, 18, 20, dan 24 inci
 Kedalaman(depths): 1, 2, dan 4 inci
 Panang (length): 10 kaki (118")

Jaringan Dawai (Wire mesh) biasanya digunakan untuk pengunaan talian


telekomunikasi, gentian kaca (fibre optic applications) dan ia dipasang pada jarak
yang dekat antara 4 hingga 8 kaki.

Rajah 46 : Wire Mesh Cable Tray

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 33
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

CONTOH PROJEK

Rajah 47 : Cable Tray

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 34
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

PENERANGAN DARI RAJAH DI ATAS :

1. Solid Bottom Tray


2. Tray to Box Splice
3. 90° Vertical Outside Bend
4. 90° Vertical Outside Bend
5. Horizontal Cross
6. Solid Cover
7. 60° Horizontal Bend
8. Trough Tray
9. 90° Vertical Outside Bend
10. 45° Vertical Outside Bend
11. 45° Vertical Inside Bend
12. 90° Horizontal Bend
13. 90° Vertical Inside Bend
14. Ladder Tray
15. 90° Vertical Outside Bend
16. Horizontal Tee
17. Barrier Strip
18. Horizontal Barrier
19. Reducing Splice
20. 90° Horizontal Bend
21. Box Connector
22. 90° Vertical Barrier
23. Channel Tray
24. 90° Vertical Outside Bend

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 35
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

KESIMPULAN

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 36
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

KESIMPULAN
Sebagai rumusannya dapatlah dikatakan kita dapat mengetahui ada tiga jenis sistem
pendawaian iaitu Sistem Pendawaian 3 fasa konduit, Dulang Kabel (Kabel Tray) dan
Sesalur (Trunking). Ketiga-tiga ini dapat digunakan di kilang-kilang, di rumah kediaman,
pejabat, kedai ataupun pust belibelah dan sebagainya. Ketiga-tiga jenis pendawaian ini
dapat mendatangkan manfaat ataupun kebaikan kepada pengguna. Sistem pendawaian ini
juga hendaklah dilakukan dengan keadaan yang baik untuk mendapatkan kekemasan dan
kecantikan. Selain itu, semasa melakukan pendawaian tersebut, ia hendakalah dimulakan
dengan langkah keselamatan terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan ke atas
pendawaian tersebut dilakukan dengan baik. Dan juga kita hendaklah mengikutdan
mematuhi peraturan IEE ketika melakuan pendawaian konduit, dulang kabel dan sesalur
sebelum meletakkan pada dinding. Seterusnya, pendawaian ini juga dapat diubah atau untuk
menambahkan litar pada masa akan datang

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 37
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

RUJUKAN

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 38
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

RUJUKAN
Rujukan dari Buku:
 MD Nasir bin ABD Manan, (2010) Pendawaian Elektrik di Bangunan kediaman
Panduan Berpandukan MS IEC 60364 (EDISI PERTAMA) Selangor: IBS BUKU
SBN. BHD.
 ABD SAMAD HANIF (2000) PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN
ELEKTRIK –(EDISI KE-2) Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan dari Internet:

 http://kksselectrical-salrashid.blogspot.com/2011/02/sistem-pendawaian-sesalur-
tranking.html (Dilihat pada 13/3/2015)

 http://norsamida.blogspot.com/2010/11/sistem-pendawaian-konduit.html(Dilihat pada
13/3/2015)

 http://www.uzairothman.com/2010/08/20/berikut-merupakan-senarai-jenis-jenis-sistem-
pendawaian-yang-umum-digunakan.html(Dilihat pada 13/3/2015)

 https://sites.google.com/site/kursuspendawaiandomestik/nota-kursus/unit-1(Dilihat pada
13/3/2015)

 http://adamayu.blogspot.com/2013/03/pendawaian-selongsong-pvk-
pembuluh.html(Dilihat pada 13/3/2015)

 http://basri-normohd.blogspot.com/2012/02/sistem-pendawaian-pembuluh-
konduit.html(Dilihat pada 13/3/2015)

 http://usoleha.blogspot.com/2010/08/sistem-pendawaian.html(Dilihat pada 14/3/2015)

 http://bijakwiring.blogspot.com/2011/07/jenis-jenis-sistem-pendawaian.html(Dilihat pada
14/3/2015)

 http://adamayu.blogspot.com/2013/03/pendawaian-selongsong-pvk-
pembuluh.html(Dilihat pada 14/3/2015)

 http://slopersonic.blogspot.com/2014/05/pendawaina-tersembunyi.html(Dilihat pada
14/3/2015)

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 39
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

LAMPIRAN

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 40
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

LAMPIRAN

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 41
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 42
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 43
AHMAD SYAMIL SYAHMI BIN MOHAMAD HAFIZ – 980722-11-5691 - 2 SVM TEK

ETE 303 |SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA KONDUIT, KABEL TRAY DAN SESALUR 44

Anda mungkin juga menyukai