Anda di halaman 1dari 2

: 2

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum : 2
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 10-14 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama PdP

Pada hari pertama, saya tidak mempunyai waktu Pdp. Jadi saya memanfaatkan masa ini
untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian untuk keesokan harinya. Pada masa ini juga saya
mengambil peluang untuk menyiapkan alat bantu mengajar seperti papan kenyataan, bendera dan
bekas botol minuman. Saya menyiapkan semua ini di ruangan kerja bilik guru.

Pada hari Selasa, saya memulakan kelas pertama saya dengan mengajar murid tahun 6.
Apa yang saya dapati daripada pemerhatian yang saya buat, murid tahun 6 kurang aktif dalam
melakukan aktiviti fizikal. Sebagai contoh, mereka lambat bertindak selepas arahan diberikan.
Selain itu mereka juga malu untuk menjadi contoh apabila tiba masa demonstrasi. Kesemua dari
mereka mengelak untuk dijadikan contoh.Tanpa mereka sedar mereka telah membazirkan masa.

Selepas diteliti, rupanya mereka sudah 2 bulan tidak menjalankan pendidikan jasmani
kerana mereka lebih kepada Pdp bilik darjah dalam usaha mereka untuk lebih fokus kepada
peperiksaan UPSR. Jadi mereka sudah terbiasa dengan Pdp ‘Chalk and Talk’. Bila tiba sahaja waktu
pendidikan jasmani mereka seakan-akan kaku untuk bertindak.

Pada hari Rabu dan Khamis, PdP diteruskan seperti biasa untuk tahun 4 dan tahun 2. Tiada
masalah yang timbul pada PdP kelas mereka kerana mereka sangat bersemangat untuk belajar
dengan guru baharu mereka. Pada sebelah petang Rabu, saya dikehendaki menyertai mesyuarat
jawatankuasa majlis sambutan hari raya peringkat sekolah pada hari Jumaat. Saya telah ditugaskan
sebagai jawatankuasa persediaan tempat. Jadi pada hari Khamis saya telah bergerak secara
perlahan-lahan untuk menyediakan meja dan kerusi bagi kegunaan hari kejadian.

Pada hari Jumaat, tiada sebarang PdP berjalan. Sambutan hari raya dimulakan seawall 8.30
pagi. Pelbagai juadah disediakan pada hari tersebut hasil kerjasama di antara guru dan pihak kantin.
Saya dapat melihat hubungan kekeluargaan yang erat pada hari tersebut. Semua kerja menjadi
senang apabila semua guru bekerja keras dalam memastikan kelancaran majlis pada hari tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................