Anda di halaman 1dari 5

ONE HEART ONE LOVE

Assalamualaikum. Nama aku harriz tapi aku lebih dikenali sebagai chong, mungkin kerana mata aku yang sepet dan mukaku yang iras-iras cina sedikit. Aku belajar di University Of Sheffield dan tinggal bersama 4 orang rakan-rakanku. Kami menyewa satu rumah di kawasan Broomhall Place, Sheffield.

Hidup aku adalah sepeti pelajar biasa sahaja, tiada yang menarik atau luar biasa. Setiap hari rutin harianku seakan-akan seperti sebelumnya dan tiada perubahan. Aku suka dengan gaya kehidupan aku sekarang kerana tiada siapa yang menegurku dan aku pula tidak mengambil tahu akan kehidupan rakan-rakan serumahku.

Setiap rakanku mempunyai perangai masing-masing dan ini kisah aku dan rakan-rakanku.

21 JANUARI 2018

8:00 PAGI

Suatu pagi, aku keluar dari bilikku untuk ke kelas tetapi langkahku terhenti apabila aku melihat dua orang rakanku, yang dikenali sebagai Ali dan Ahmad. Mereka sedang asyik bermain PS4dan tiba-tiba terdetik dalam hatiku untuk bertanya akan kelas mereka.

Aku mengatur langkahku kearah mereka dan bertanya,Korang tidak ada kelas ke hari ni?.

Mereka menjawab, Ada, tapi malaslah.

Aku seperti malas melayan karenah diorang ataupun menegur perbuatan mereka dan terus berlalu ke kelas tanpa memikirkan diorang. Hidup diorang adalah hak diorang dan aku tidak ingin masuk campur dalam urusan kehidupan diorang.

5:00 PETANG

Selesai sahaja kelas aku pada harini, aku terus mengolak langkahku ke rumah. Kebiasaanya aku akan tidur sekejap sementara menuggu maghrib kerana sudah seharian aku menghadap kelas hari ni. Apabila aku sampai di katil aku, aku baring atas katilku. Tiba-tiba Mukhriz membukak pintu aku dan membuatkan aku terjaga. Aku merasa geram and ingin marah akan sikap Mukhriz yang kacau waktu tidur aku.

Aku bertanya dengan nada yang marah,Kau nak apa?!!

Mukhriz membalas sambil gelak seperti orang yang tidak tahu malu,tolong ajar aku pasal Semiconductorboleh ke tak? Aku tak datang kelas semalam sebab aku terlajak tidur.

Api kemarahan dalam hatiku terus bergelora dan ingin sahaja aku menendang si Mukhriz ni.

Aku meninggikan nadaku keaarah Mukhriz,Engkau tahu ke tak kau telah kacau waktu tidur aku. Aku penat dan nak tidurlah!! Sedap engkau je kacau aku tidur dan suruh aku ajar kau sebab perangai kau yang kuat tidur dan suka ponteng kelas tu!

Aku terus menghalau Mukhriz keluar dari bilik aku supaya aku boleh sambung tidurku.

11:00 MALAM

Kebiasaanya aku akan tidur pada jam 2 pagi kerana belajar tetapi hari ni aku terasa seakan-akan penat dan ingin tidur awal. Aku berniat untuk tidur sekejap sebelum aku sambung belajar semula. Malam tu aku mendapat satu mimpi yang aneh. Aku bermimpi akan satu lembaga muncul dihadapanku.

Lembaga itu berkata kepadaku,Kau telah gagal. Engkau biarkan rakan-rakan kau sendiri tanpa memikirkan hal mereka semua. Ketahuilah wahai manusia bahawa runtuhnya satu binaan tu adalah kerana tiang yang lemah dan tiang yang lemah itu adalah kau sendiri.

21 JANUARI 2018

8:00 PAGI

Aku terus terjaga dan matahari sudah pun terbit. Aku tidak mampu menyambung tidurku kerana aku asyik memikirkan mimpiku yang aneh tadi. Aku memulakan hidup aku yang normal seperti biasa dan seperti semalam jugalah, aku ternampak Ali dan Ahmad masih lagi bermain PS4. Aku terkejut dan hati aku seperti tidak tenteram ingin menegur mereka akan sikap mereka yang masih lagi bermain PS4. Aku berjalan kearah mereka.

Aku berkata kepada mereka,korang dari semalam tak henti-henti lagi main game. Apa dah jadi kat korang ni. Asyik main game je.

Dengan selamba dan pelik diorang membalas,eh, sedap-sedap je kau main tuduh kitorang. Semalam kitorang pergi kelas lah. Kitorang baru sahaja main game ni hari ni.

Aku pelik dan terdetik dalam hatiku untuk bertanya akan tarikh hari ni,Hari ni hari apa dan apa tarikh hari ni?

Dengan reaksi wajah yang pelik akan perangai aku diorang membalas ,21 Januari 2018 hari selasa. Kenapa?

Aku terkejut dengan jawapan mereka dan terus berlalu ke kelas. Aku masih terfikir akan kenapa aku seperti dah melalui semua ini. Kenapa hari aku macam berulang. Aku terasa seperti kejadian dejavuakan tetapi ini adalah realiti dan aku bukan lagi dalam mimpi.

5:00 PETANG

Selepas selesainye kelas terakhir, aku terus mengorak langkahku kerumahku dan merehatkan tubuhku. Banyak perkara aneh berlaku terhadap aku hari ni dan aku terasa letih memikirkan semua tu. Setelah aku baring di katil, aku seakan-akan teringat bahawa waktu inilah si Mukhriz tu akan datang meminta aku untuk mengajar dia tentang Semiconductor. Aku terus membatalkan niatku untuk tidur dan menunggu kehadiran si Mukhriz.

Ketibaan si Mukhriz adalah seperti dijangka dan dia meminta aku untuk mengajar tentang Semiconductor. Aku membalas dengan nada yang baik bahawa aku betul-betul penat sekarang dan aku perlukan rehat.

Mukhriz bertanya kepada aku,Kenapa ni Chong? Aku tengok kau macam penat je?

Aku menjawab,Entahlah. Aku pun tidak tahu apa dah jadi pada diriku ini. Hari ni seperti ulang tayang hari semalam. Penat aku fikir dan tiap malam aku dpt mimpi yang mengatakan aku gagal.

Mukhriz terdiam dan pelik. Mungkin dia memikirkan yang aku sudah menjadi gila. Mukhriz terus beredar dari bilik aku. Aku sedikit pun tak terkejut dengan sikap Mukhriz yang terus berlalu dari bilik aku setelah mendengar keluhan aku. Sesiapa sahaja yang mendengar keluhan aku pasti akan terus beredar dan menjauhkan diri dariku kerana khuatir akan kegilaan aku.

11:00 MALAM

Malam ni adalah seperti biasa. Aku mendapat mimpi aneh sek ali lagi. Lembaga itu masih mengatakan bahawa aku gagal.

21 JANUARI 2018

8:00 PAGI

Aku terus terjaga dan terus melihat akan jam dinding aku mengharapkan hari telah berubah. Tetapi harapan aku musnah and senyuman di bibirku hilang setelah mendapat tahu bahawa hari masih tidak berubah. Setiap kejadian masih lagi berulang dan aku sudah merasa seperti malas dan tidak ingin melakukan apa-apa terhadapnya.

Aku pergi ke kelas seperti biasa tetapi hari ni aku tidak menegur Ali dan Ahmad yang sedang bermain PS4 kerana aku tahu kesudahanya tidak akan berubah. Mereka akan masih bermain PS4diorang.

5:00 PETANG

Setelah aku sampai di dalam bilikku, aku terus mengunci pintu kerana aku tahu bahawa Mukhriz akan datang dan mengejutkan aku untuk mengajarnya.

11:00 MALAM

Pada malam tu, aku memasang niat untuk berjaga sepanjang malam dan mengharapkan hari esok adalah hari baharu. Aku dah penat lalui semua ni berulang-kali. Tetapi, aku masih kalah dan masih mendapat mimpi bahawa aku gagal.

21 JANUARI 2018

8:00 PAGI

Hari ni aku berniat untuk tidak pergi kelas kerana aku dah muak lalui semua ini. Aku seperti ingin keluar ke taman untuk menenangkan fikiranku. Sedang aku termenung di taman, muncul jiranku yang bernama Saleh.

Saleh menegur aku,kenapa termenung ni?

Aku menceritakan segala yang telah aku lalui kepada Saleh dan bertanya kepada Saleh,engkau faham ke apa yang lembaga itu maksudkan dan apa yang ingin dia sampaikan?

Saleh memandang aku dengan muka tenang. Reaksi dia tidak seperti reaksi rakan-rakanku yang lain.

Saleh berkata kepadaku,aku seperti faham akan apa yang lembaga itu ingin sampaikan kepada kau. Mungkin lembaga itu ingin kau untuk menguatkan ummah dan hubungan silaturahim antara rakan- rakan kau dirumah dengan kau. Lembaga itu seperti mahukan hati kamu semua bersatu dan bersama saling tegur menegur dan saling menasihati. Hal ini demikian kerana salah salah satu punca musnah ummah diantara rakan serumah adalah tiada sikap ingin menegur dan tidak mengambil tahu akan orang disekeliling kita sendiri

Aku pelik akan jawapan yang Saleh berikan kepada aku dan aku bertanya kepada dia,kau rasa aku sombong ke?

Saleh membalas,soalan itu aku tidak mampu menjawab, hanya engkau sendiri yang mampu menjawabnya.

Saleh beredar dari tempat duduknya dan jawapan yang dia telah meninggalkan aku dengan seribu soalan yang tidak terjawab dalam otakku.

Aku pulang kerumah setelah hari makin gelap.

21 JANUARI 2018

8:00 PAGI

Hari masih tidak berubah dan aku masih juga mendapat mimpi yang aneh tetapi hari ni aku berazam untuk mengajak dan menegur rakan-rakanku akan perbuatan mereka.

Seperti biasa, aku berjalan kearah Ali dan Ahmad dan berkata kepada mereka,jom pergi ke kelas. Cukuplah tu main game, lepas habis kelas nanti masih lagi ada masa untuk bermain game. Korang tidak malu ke terhadap mak ayah korang yang penat lelah hantar korang untuk belajar?

Ali dan Ahmad terdiam sambil memandang aku. Mungkin pelik dengan tingkah laku ku yang tiba-tiba berubah. Ali dan Ahmad terus menutup game dan mengambil nota kelas untuk hari ni. Aku terharu melihat mereka menerima nasihat aku. Kami terus memulakan langkah kami bersama-sama ke kelas.

5:00 PETANG

Setelah sampai di dalam bilik, aku menunggu Si Mukhriz untuk tiba di depan pintu aku. Seperti diduga, dia meminta aku untuk mengajar aku tajuk Semiconductor. Tanpa membuang masa dan tidak memikirkan penat badanku, aku terus mengajar Mukhriz dan sedar tak sedar hati ku seperti makin bahagia dan terasa seperti hidup kembali.

11:00 MALAM

Aku terasa letih dan ingin tidur. Akan tetapi aku mula risau bahawa esok akan kembali seperti biasa dan hari tidak berubah dan dalam masa yang sama, hatiku yakin bahawa hari esok akan menjadi hari yang lain dan hari esok tidak lagi akan berulang seperti hari sebelumnya.

22 JANUARI 2018

8:00 PAGI

Aku bangun pagi dan terkejut bahawa hari telah berubah. Aku merasa bahagia dan bersyukur. Aku mula sedar akan perangai aku yang tidak mengambil kisah akan perbuatan rakan-rakanku sedangkan kita sebagai saudara seagama islam perlulah saling tegur-menegur dan saling nasihat menasihati supaya hati kita kekal bersama dan kearah syurga yang kekal lah kita melangkah bersama

Sekian.